Tuesday, October 26, 2021

PINDAAN AKTA HARTA PUSAKA KECIL (PEMBAHAGIAN) 1955


 DR 6/2021 PINDAAN AKTA HARTA PUSAKA KECIL (PEMBAHAGIAN) 1955

Kredit kepada Dr Zulkarnain Lukman

Pindaan ini melibatkan struktur cara pembahagian pusaka kecil. Dalam struktur sekarang agensi yang terlibat dengan pembahagian harta pusaka adalah Mahkamah Tinggi Sivil, Pejabat Pembahagian Pusaka Kecil (jika ada harta tak alih dan nilai di bawah RM2 juta) dan Amanah Raya Berhad (jika harta itu harta alih sahaja dan nilai di bawah RM600 ribu). Dengan pindaan ini, kes pusaka ringkas di bawah ARB akan dipindahkan ke pejabat pembahagian pusaka kecil.

Secara umumnya wujud perubahan struktur pentadbiran harta pusaka dalam pindaan ini yang mana satu entiti khusus diwujudkan bagi tujuan pembahagian harta pusaka. Langkah ini adalah baik kerana ianya akan lebih terfokus apabila ada satu jabatan khas berbanding sebelum ini yang lebih bersifat menumpang di pejabat tanah.

Begitu juga, ARB dan Majlis Agama diberikan peranan untuk lebih proaktif bertindak bagi mengenal pasti harta pusaka yang tidak ditadbirkan dan diberikan kuasa untuk memfailkan petisyen.

Pindaan penting:

Fasal 3 (Seksyen 2)

 - mewujudkan jawatan Estate Distribution Officer/ President of Estate Distribution Officer

- property (harta) ditakrifkan sebagai harta alih atau harta tak alih atau kedua-duanya.

Dengan pindaan ini, kuasa sedia ada Pentadbir Tanah untuk menjadi pegawai yang mendengar perbicaraan pusaka kecil akan dipindahkan kepada Pegawai Pembahagian Harta Pusaka yang akan diketuai oleh seorang yang digelar Presiden Pembahagian Harta Pusaka. Presiden ini akan menentukan bidangkuasa kawasan yang boleh ditadbirkan oleh seseorang Pegawai Pembahagian Harta Pusaka. Begitu juga, jawatan Timbalan Presiden Pembahagian Harta Pusaka juga telah diwujudkan. Sebelum ini, bidangkuasa sedemikian ditentukan oleh di mana harta tak alih itu berada. Contohnya, jika harta tak alih berada di Gombak, maka bidangkuasa bicara harta pusaka akan dibuat di Pejabat Pembahagian Harta Pusaka di Pejabat Tanah Gombak.

Kuasa berkaitan ini dinyatakan dalam pindaan seksyen baharu ‘Bahagian IA’ dengan pengenalan Seksyen 2A, 2B dan 2C.

Fasal 5 (Seksyen 3)

- Pindaan seksyen ini akan membolehkan Pegawai Pembahagian Harta Pusaka untuk mendengar kes sama ada melibatkan harta alih atau harta tak alih atau kedua-duanya. Sebelum ini, pejabat pembahagian pusaka hanya boleh mendengar kes yang melibatkan harta tak alih sahaja. Jika tiada langsung harta tak alih maka pejabat pembahagian harta pusaka tidak boleh mendengar kes berkenaan. 

- Pindaan lain yang signifikan dalam seksyen ini adalah nilai kes yang boleh dibicarakan telah ditingkatkan daripada nilai RM2 juta kepada RM5 juta.

Fasal 8 (Seksyen 8)

- Seksyen 8 ini adalah berkaitan orang atau siapakah yang boleh memfailkan petisyen harta pusaka. Sebelum ini petisyen harta pusaka hanya boleh dibuat oleh waris, pemiutang, pembeli atau penghulu atau settlement officer. Pindaan seksyen ini membatalkan perkataan penghulu dan settlement officer dan membolehkan petisyen untuk mendengar kes berkaitan harta pusaka boleh dikemukakan oleh Perbadanan iaitu Amanah Raya Berhad, Majlis Agama Islam, penjaga (guardian) atau pun sahabat wakil (next friend). Sahabat wakil adalah seorang kanak-kanak atau seorang pesakit melalui seorang dewasa menyaman misalnya ayah kanak-kanak atau seseroang in loco parentis, penerima pesakit atau official receiver.

Fasal 10 (Seksyen 8B dan 8C)

- Seksyen 8B dan 8C adalah seksyen baharu. 

- Seksyen 8B ini memberikan kuasa tambahan kepada Pegawai Pembahagian Harta Pusaka untuk membuat perintah pembahagian secara ringkas (summary distribution) jika harta pusaka itu hanya terdiri daripada harta alih sahaja dan nilainya tidak lebih dari RM600 ribu bagi permohonan kali pertama. Bagi permohonan berikutnya atau permohonan ulang bicara harta alih ini mestilah belum diisytiharkan lagi dalam bicara terdahulu dan nilainya tidak lebih RM600 ribu atau bertujuan untuk membatalkan perlantikan amanah (trustee) jika kanak-kanak itu telah mencapai umur majoriti.

- Sebelum ini, kuasa untuk pembahagian pusaka ringkas ini diberikan kepada Amanah Raya Berhad. Mengikut amalan, Amanah Raya Berhad tidak perlu memfailkan apa-apa permohonan untuk surat kuasa mentadbir di Pejabat Pusaka atau di Mahkamah dan boleh terus mendengar permohonan pemohon dan mengeluarkan satu perintah pembahagian. Kini kuasa ini diserahkan kepada Pegawai Pembahagian Harta Pusaka. Bagaimanakah cara perlaksanaannya tidak diperincikan dalam pindaan ini.

- Seksyen 8C adalah berkaitan dengan kuasa Pegawai untuk memberikan surat kuasa mentadbir pendente lite (pentadbir sementara dalam hal keadaan wujud pertikaian) kepada pempetisyen atau waris lain.

Fasal 11 (Seksyen 9)

- Seksyen ini dipinda bagi membolehkan Pegawai Pembahagian Harta Pusaka hanya perlu mengeluarkan notis bicara kepada pempetisyen sahaja dan menjadi tanggungjawab pempetisyen untuk menyampaikan notis itu kepada orang lain yang terlibat. 

- Sebelum ini, adalah menjadi tugas pejabat pusaka untuk mengedarkan notis itu kepada semua yang dinamakan dalam petisyen.

Fasal 12 (Seksyen 10)

- Seksyen ini berkaitan dengan kuasa Pegawai untuk melantik penjaga kepada orang yang tidak berupaya bagi tujuan menghadiri bicara kes. Pindaan seksyen ini dibuat untuk memasukkan perkataan pesakit (patient). Seksyen sedia ada hanya menyebutkan kanak-kanak atau orang tidak waras fikiran. Pesakit ini telah diberikan definisi sebagai orang yang menjadi waris tunggal yang sedang menderita sakit yang serius atau kecederaan parah atau orang yang terlantar sakit di atas katil (bedridden) dan tidak berupaya untuk menghadiri perbicaraan kes.

Fasal 13 (Seksyen 11)

- Pindaan yang dibuat untuk memberikan kuasa kepada Pegawai Pembahagian Harta Pusaka untuk menentukan tempat bicara kes. Sebelum ini, tempat bicara mestilah berdekatan dengan di mana harta tak alih si mati itu berada. Selain itu, kuasa juga diberikan untuk pegawai ini menyekat mana-mana orang berkepentingan untuk menghadiri mesyuarat.

Fasal 19 (Seksyen 16A)

- Seksyen baharu 16A dimasukkan iaitu kuasa Pegawai Pembahagian Harta Pusaka untuk membuat apa-apa pembetulan perkeranian ke atas apa-apa perintah yang dikeluarkan.

Fasal 21 (Seksyen 18)

- Seksyen 18 yang lama adalah berkaitan tanggungjawab penghulu atau settlement officer. Kini tanggungjawab itu diletakkan kepada Amanah Raya atau Majlis Agama Islam untuk memaklumkan kepada Pegawai Pembahagian Harta Pusaka dan selepas itu memfailkan petisyen. Fee berkaitan seksyen ini boleh dicaj kepada harta pusaka.

Fasal 23 (Seksyen 29)

- Seksyen ini dipinda dengan memasukkan tempoh untuk merayu ke Mahkamah Tinggi bagi sesiapa yang terkilan dengan keputusan Pegawai Pembahagian Harta Pusaka adalah dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan atau perintah itu dibuat. Sebelum ini, tempoh tidak dinyatakan dan rujukan harus dibuat kepada tempoh rayuan dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi. Mungkin wujud kepayahan untuk membuat rujukan silang sedemikian bagi bukan peguam.

Fasal 24 (Jadual Pertama)

- Pindaan ini untuk menggantikan Jadual Pertama. Jadual Pertama adalah berkaitan butiran perkara yang perlu diambil kira oleh Pegawai Pembahagian Harta Pusaka semasa membuat apa-apa perintah pembahagian.

* Adalah lagi pindaan lain yang tidak disebut di sini kerana ianya adalah ulangan atau terlalu teknikal atau tidak signifikan.

Dr Zulqarnain Lukman 26/10/2021

Thursday, October 7, 2021

MENCUCI KERIS

 

Video 1. Perkenalan kepada keris patani dan keris Madura

 

Bilah patani

 

 

Keris Madura lok 11

Cara keluarkan karat dari keris atau mencuci keris, ada dua kategori

1. Rendam dalam air kelapa, ditusuk dengan batang pisang

2. Cucian biasa

Limau agen menyingkirkan karat

Berus gigi

Minyak wangi

Pisau potong limau

Keluarkan bilah dari hulunya

 

Kenali hulu

Pendokok

Putting

 

Rendamkan bilah ke dalam air limau

Bembacan mula dari ekor cicak bawa ke hujung mata

Bawa ke satu arah sahaja.

 

Beruskan bahagian yang berkarat, jangan terlalu kuat.

 

Bilas dengan air mineral, air ada klorin boleh memberi tindakbalas terhadap bilah.

Lapkan bilah, bilah tidak digalakkan jemur pada matahari.

Cara tradisional mengeringkan keris adalah dengan mengasapkan.

Biasa diasap guna kemenyan.

Boleh juga menggunakan bukhor, konsep pengeringan menggunakan bara.

Penting untuk memastikan keris kering dari unsur air atau lembapan.

Air atau lembapan boleh tersimpan dalam rongga keris atas rekahan pamor

Jangan terlalu panas kerana ia boleh merosakkan besi pula.

 

Bacalah ayat quran mana yang diingat bagi mengelakkan pembaziran masa dan unsur pemujaan.

 

Minyakkan bilah, guna minyak bakalawali

 

Minyak wangi biasa tidak digalakkan, sebab mungkin termasuk bahan kimia yang boleh merosakkan bilah untuk jangka masa panjang.

 

Minyak mesin jahit Singer juga dikatakan minyak terbaik untuk menjaga besi.

 

Ratakan minyak keseluruh bilah, jangan terlalu banyak, cukup sekadar diratakan.

 

Masukkan kembali hulu. Ketatkan dengan perca kain atau benang jika perlu.

 

Hulu dan bilah tidak semestinya ketat. Hulu yang boleh dipusing bukanlah satu kecacatan pada sifat keris. Bahkan ia memudahkan isyarat bahasa keris untuk pemakai.

 

Sekiranya hulu menghala keluar, itu tandanya mahu ajak berperang, jika hulunya kedalam itu tandanya dalam aman, mengadap Sultan, pembesar atau masa dibawa berjalan. Biasakan hulu ke dalam.    

Friday, August 13, 2021

SENI KERIS

SENI KERIS :
~~~~~~~~
~ #FazlinaZahari
    07 Januari 2020; 00:33
    edit #HayamArirang

Jika keris menjadi senjata pendekar Melayu, pastinya dipenuhi "seni permainan" yang penuh "rahsia".

Di dalam dunia persilatan, seseorang yang tahu berseni keris akan tahu "bisa keris" di tangan. Orangtua-tua dahulu (para pesilat lama) menyimpan keris kerana mereka tahu berseni keris dan tidak menjualnya. Setiap keris lama ada cerita, rahsia, dan adat tersendiri yang bukannya dibuat sesuka hati.

Oleh itu, permainan keris di dalam persilatan perlu ditunjangi gerak seni yang diperkukuhkan dengan unsur-unsur keunikan, kehalusan, kekuatan, dan keberkesanan gerak permainannya. Gabungan "keharmonian" minda pesilat, gerak rasa yang mendalam turut memainkan peranan yang penting agar permainan seni keris itu benar-benar "hidup".

Gaya memegang keris perlu difahami terutama kepada para pesilat atau seseorang yang sedang mempelajari "ilmu berkeris" agar tidak tersilap langkah yang boleh menyebabkan keris sendiri memakan tuannya kembali.

Mata keris sentiasa menghadap ke hadapan sebagai langkah berjaga-jaga terhadap musuh setiap masa. Genggaman keris yang betul akan mempermudahkan keris digunakan oleh pesilat untuk menikam mangsa, samada musuh berdiri dengan kuda-kuda, atau terbaring rebah di tanah.

Gerak-geri seni berkeris dapat dirasai apabila gerakan menghunus, menolak, dan menikam ditunjangi kekuatan zikir dan "gerak rasa" daripada belakang tangan. Ibu jari menjadi kunci utama pergerakan "menggelek keris" (setelah keris ditusuk ke dalam badan). Manakala jari petunjuk memainkan fungsi utama mengeluarkan keris daripada sasaran. Keris ditikam dengan pusaran lengan, bila mengenai rusuk, dua tulang rusuk pasti terkepak.

Dalam ilmu persilatan, hal ini diistilahkan "gerak dengan petua, pegang berasa" kerana langkah musuh pun berahsia. Begitulah kepentingan berilmu yang perlu dipelajari dan difahami oleh pengamal "Seni Keris".

Apabila gerak sudah ada petua, petua pula bersama seni. Semasa menikam, musuh sukar untuk mengelakkan diri walau ke kanan, ke kiri, ke luar, dan ke dalam kerana setiap pergerakan lawan bakal menerima musibah dan tindak balas di luar jangkaannya. Bak kata-kata lama orang tua,

  "hendak cuit telinga, bagaimana
   dicuba elak sekalipun, tetap dicuit
   atau tercuit".

Dari sudut sifat orang Melayu melalui cara memegang keris, genggaman tangan dengan ibu jari ke hadapan dan empat jari yang lain digenggam ke dalam telapak tangan menunjukkan orang Melayu yang mempunyai sifat rendah diri, menghormati, dan beradab sopan. Namun, dalam kelembutan sifat orang Melayu itu tertera ketegasan, keberanian, dan kewaspadaan sepanjang masa.

Hal ini dibuktikan dengan senjata keris itu menjadi simbol sifat-sifat tadi. Jelaslah, bahawa cara genggaman keris merupakan simbol kepada sifat orang Melayu yang bersopan-santun dan berlemah-lembut. Manakala keris menjadi simbol pada keberanian, kehebatan, dan kekuatan bangsa Melayu.

Cara mengeluarkan keris pendekar Melayu pula mempunyai sedikit perbezaan dengan cara gaya penjurit (pesilat) Jawa.

~ Menurut "O’ong Maryono" (penulis
    Indonesia), selepas keris dikeluar
    kan senjata itu dibawa ke hadapan
    dan dikucup. Penjurit (pesilat)
    Jawa pula akan membawa mesej
    melalui pergerakan tadi iaitu,

        “Ia milik ku dan hak ku”.

~ Seterusnya, setelah dikucup dengan
    mesej yang disampaikan, penjurit
    (pesilat) Jawa akan mendekatkan
    keris itu ke ulu hatinya. Perbuatan
    ini untuk mendapatkan resapan
    makhluk halus ke dalam tubuh
   "si pemakai", jika ia memakai
   "Perewang" atau "Pendamping".

~ Bagi pendekar Semenanjung pula,
    keris yang telah dikeluarkan dari
    sarung akan dihalakan ke hadapan
    sebagai menyatakan “Ini Keris,
    Keris digenggamanku”.

~ Berbeza dengan pendekar Melayu,
    keris yang telah dikucup akan
    dibawa ke hadapan semula dengan
    lafaz di dalam hati,

   “Semua ini milik ALLAH".

~ Lazim juga di dalam seni tempur
    perang dengan berkeris, pendekar
    Melayu mencabut keris dengan,
    ~ mengucapkan,
       "Bismillahi Allahu Akbar";

    ~ menghunus keris ke langit dan
        ucapan "Laa ilaaha illallah";

    ~ mengucup bilah keris yang di
        hunus ke langit dengan Selawat
        atau,

       "Laa ilaaha illa anta subhanaka
        inni kuntu minadz dzaalimiin".

       [Doa ini lazimnya dibaca di
        dalam situasi "Tempur Perang"
        kerana harus "Membunuh atau
        Dibunuh"].

~ Permainan keris adalah seni keris
    di mana permainannya dalam
    kedudukan yang dekat dan rapat.
    Kadang-kadang juga disebut
    dengan nama "Merapat Maut", dll.

    Sehinggakan, mengelak tikaman
    keris yang dihalakan ke sudu hati
    (Ulu hati; "solar plexus"), hanya
    berkisar ke samping membuatkan
    tikaman bilah mata keris benar-
    benar melintas dan hampir-hampir
    saja mencecah dada. Begitulah
    rapatnya permainan "Seni Keris".

Bagi pahlawan Jawa, keris ialah senjata terakhir sekiranya senjata-senjata lain seperti lembing dan parang tiada lagi di dalam genggaman. Keris bagi pahlawan Kepulauan Indonesia ini dianggap suci dan keramat. Apabila dicabut, ia dianggap harapan terakhir "si pemakai" dan rohaninya akan bercantum dengan dunia mistik (makhluk halus), jika pemilik keris memakai "Perewang" atau "Pendamping". Pastinya cara ini bertentangan dengan budaya, fikiran, dan pegangan bangsa Melayu yang berlandaskan ajaran-ajaran Islam.

Pesilat juga harus memahami pantang larang "bertari keris". Setelah keris dihunus keluar, pantang bagi seseorang pesilat mengadapkan mata keris pada diri sendiri. Hal ini ditakuti senjata tadi boleh memakan tuannya kembali.

Hujung mata keris juga jangan melintasi tangan di sebelah. Kelak, musibah yang sama bakal berlaku kepada diri pesilat. Kedua-dua pantang larang ini untuk mengelakkan pesilat daripada melakukan kesilapan gerak tari dan pencak seni yang boleh memberikan mudarat kepada diri sendiri.

Sarung keris ditegah untuk ditinggalkan ataupun diletakkan di tempat yang lain semasa berpencak. Sarung keris haruslah disisip di pinggang atau dipegang kerana sarung juga merupakan senjata yang menjadi penahan atau penangkis serangan-serangan musuh.

Jika seseorang pesilat mampu "mencuri" sarung keris milik lawannya, ia telah dianggap satu "kemenangan" bagi pihaknya dan bebanan kesusahan untuk lawannya.

Keris turut boleh "bergaya" atau "bermain" seperti senjata-senjata Melayu yang lain. Bagi orang-orang lama (pesilat-pesilat tua), tunjang seseorang pendekar dapat menguasai kemahiran permainan senjata-senjata Melayu yang lain ialah setelah berjaya menguasai "ilmu keris".

Disebabkan itulah, seseorang pesilat dapat membayangkan dirinya memegang senjata-senjata lain seperti parang, lembing, pisau, belati, seligi, kerambit, lawi ayam, runcing daek dan mudah menguasai permainan senjata-senjata ini.

Permainan "hak" atau "persalinan" bermula "sembah guru" (menghormati orang di hadapan, membawa mesej agar berwaspada) mesti mempunyai kesepaduan ibarat tali yang utuh iaitu tapak (tapak sedia, tapak Melayu, tapak panglima), jual beli (buka ruang, umpan sasaran), pencak (gerakan tangkisan, pukulan), seni (kuncian, membinasa, hukuman), langkah kaki, dan gerak mata perlu bersatu.

Kaedah gerak perlu dirasa dan dihayati sedalamnya agar rentak dan tari keris "bernyawa". "Nyawa" keris terletak pada kesepaduan tadi yang menjadikan seni sebagai "roh atau batinnya".

Namun, seni permainan keris bukan mudah untuk dihuraikan. Perkara itu bertumpu kepada "gerak rasa" si pemakai dan "pakaian silatnya". Kaedah-kaedah biasa dalam "bertari keris" ialah cara kedudukan berdiri.

Jika seseorang pesilat tidak berpusat dengan betul pada tapak sedianya, boleh membuatkan pemegang keris jatuh tergolek apabila melangkah sedikit laju.

Pergerakan "ambil angin" ialah langkah awal seseorang pesilat menggerakkan pencak permainannya. Keris yang ada dalam genggaman akan bergerak atau "dihidupkan" untuk menanti musuh. Setelah sasaran diketahui dan didapati, serangan secara menghunus atau menikam menjadi penggerak "niat" pemegang keris itu.

"Hirisan dan putaran keris" melengkapkan niat tadi. Lok keris membantu mengoyakkan kulit. Bilah pula merobek isi badan. Mata keris dapat membuatkan mangsa putus urat hingga terhiris tulang. Manakala menarik keris keluar membawa mesej "kepuasan" si pemegangnya dengan isi daging musuh turut dibawa keluar. Begitulah "bisa keris". Makan apabila lapar; Berhenti setelah kenyang.

Gerakan-gerakan ini bukan sahaja dapat dirasai dan dihayati oleh pengamalnya, malahan dalam kisah Wali Songo yang ditulis oleh "Kiyai Sidek Maulashah Marikan" (Mahaguru Seni Silat Cindai Putih) mengenai "As-Syeh Sunan Kudus" (Majalah Seni Bela Diri 2001: 37) turut menggambarkan situasi berikut berdasarkan ayat,

   ”Maka ditusukkan siku Ki Ageng
    dengan hujung keris tersebut. Ki
    Ageng langsung mati ... ”.

Jika diamati dengan lebih teliti gerakan serangan dan tikaman keris umpama pergerakan-pergerakan unsur alam;

~ Hirisan dan putaran mata keris
    ibarat kocakan dan pusaran air;
~ Hentakan hulu keris atau sarung
    nya umpama pergerakan pohon
    yang tumbang;
~ Tikaman keris (hukuman) seolah-
    olah gerakan halilintar di langit.

Malahan, badan-badan keris juga diibaratkan anggota-anggota badan manusia.

~ Mata keris yang berfungsi untuk
    menikam, menghiris, merobek,
    merodok, mencucuk, melibas, dan
    menusuk sama fungsinya dengan
    tangan yang boleh mencengkam,
    merobek, menetak, menusuk dan
    melibas.

~ Hulu keris berfungsi menghentak,
    menuku, mengaut dan mengait.
    Peranan hulu keris pula seperti
    siku yang mampu menghentak,
    menuku, menyinggung, dan
    mengepit.

~ Manakala sarung keris berperanan
    mengalih, menekan, menghentak,
    menolak, dan menangkis sama
    seperti peranan lengan manusia
    bagi mengalih, menekan,
    menangkis dan menolak.

Setiap gerak keris "bertutur", keris pula "bercerita". Apabila langkah dipasang, gerak "bertutur kata" ;

   “Hak ini Hak ALLAH, Gerak ku,
    Kudrat ku dari Kuasa-NYA”.

Cara gaya pendekar berkeris ada madahnya;

  “Musuh menanti bakal disambut,
   datang berpusu bakal ditusuk.
   Namun yang menikam bukan
   tanganku, tapi gerak takdir sebagai
   penentu".

Segala pergerakan permainan keris yang disamakan dengan unsur-unsur alam serta "cerita dan madah berkeris" memperlihatkan kreativiti, daya imaginasi, manifestasi serta kejiwaan bangsa Melayu yang begitu tinggi.

Hal ini juga membuktikan bahawa bangsa Melayu dapat berinteraksi dan mengharmonikan unsur-unsur alam di sekelilingnya dengan cara perlakuan yang penuh berdisiplin hasil ketajaman minda, kefahaman dan pengolahan yang baik.

Jika disingkap lipatan tawarikh silam dalam Kerajaan Melayu khususnya di negara kita, keris telah diletakkan pada kedudukan yang "istimewa".

Dalam lingkungan istana, keris dijadikan tanda kebesaran, tanda pangkat dan alat kelengkapan pakaian seragam terutama dalam majlis upacara rasmi.

Antaranya Keris Panjang Di Raja (Keris Kerajaan) sebagai tanda kebesaran dan kekuasaan yang dipakai oleh ketua pemerintah negara. Tanpa keris, pakaian itu tidak dianggap lengkap. Begitu juga dengan pembesar-pembesar, pegawai-pegawai Kerajaan, rakyat mesti memakai keris apabila menghadiri upacara tertentu di istana.

Kebenaran ini dibuktikan oleh Dr. Hamka dalam buku Sejarah Melayu: Sejarah Umat Islam melalui ayat,

  “Jika masuk ke dalam istana tiada
   berkain pancung dan tiada berkeris
   di sebelah muka, tidaklah boleh
   masuk ke dalam istana walaupun
   sesiapa".

Namun, cara dan peraturan memakai keris kini tidak lagi dititikberatkan. Berbanding masa dahulu, masyarakat mengetahui jenis keris dan aturan memakainya. Bersesuaian dengan penghargaan dan kekeramatan yang ada, keris turut dijadikan sebagai senjata DiRaja untuk upacara Pertabalan Raja.

Berpandukan kepada sejarah Kerajaan Melayu Melaka pula, keris menjadi salah satu lambang penyerahan tugas DiRaja oleh Sultan ketika pelantikan seseorang Panglima atau Laksamana untuk melaksanakan kewajipan yang diamanahkan.

Sesetengah pemilik keris sanggup menyimpan senjata ini yang menjadi warisan keturunan sebagai artifak yang cukup berharga dan mesti dihormati.

Selalunya penjagaan dan pewarisan keris berhubung kait dengan sejarah keturunan yang boleh dibanggakan. Bagi golongan pesilat atau pengamal seni permainan senjata ini, keris yang diwarisi turun-temurun dijadikan pusaka yang berharga.

Cerita yang ada pada keris dapat menemukan Sejarah dan Salasilah Keturunan mereka. Keyakinan terhadap fungsi dan jasa yang besar dalam sejarah sesuatu perjuangan oleh keturunan dan jasa keris itu sendiri kepada pemilik sebelumnya menjadi landasan khusus seseorang pewaris tidak begitu mudah untuk menjual atau memberikan kepada orang lain yang tiada perkaitan darah atau sejarah keturunan.

Selain itu, keris tersebut boleh menjadi peniup semangat, pendorong terhadap keutuhan dan kegemilangan keluarga serta keturunannya.

Kesimpulannya, keris merupakan simbol pusat budaya dan pemahaman terhadap Sejarah sesuatu bangsa. Reka bentuk keris menjadi cerminan bangsa Melayu yang menggambarkan kreativiti, manifestasi yang tinggi, seni ukir dan tukangan yang begitu halus hasil ketajaman fikiran penukangnya.

Hasilan ini diindahkan dengan seni penggunaan dan seni permainan dalam Silat Melayu yang diharmonikan dengan pergerakan-pergerakan yang penuh "berisi" dan "berahsia" hasil pengungkapan dan pengolahan minda yang begitu mendalam. Keris turut menjadi lambang, darjat dan kudrat kekuasaan bangsa Melayu yang mencerminkan ketinggian budaya dan ketamadunannya.
...

Wednesday, August 4, 2021

ADAKAH KAKITANGAN AWAM BOLEH DISAMAN

Seorang sahabat bertanya tentang kedudukan penjawat awam. Adakah mereka boleh disaman atas tugas mereka atau sebaliknya. Pertama-tamanya fahamkan erti saman itu dulu. Saman boleh jadi Saman Jenayah atau Saman Sivil. Perbincangan ini adalah mengenai Saman Sivil. Iaitu permohonan atau tuntutan yang dibuat bukan oleh Timbalan Pendakwa atau Pendakwa Syarie. 

1. Adakah Penjawat Awam boleh disaman?

Secara asasnya, semua orang boleh disaman. Semua kuasa yang terbit dari undang-undang mestilah dilaksanakan mengikut undang-undang. Ini termasuklah sesiapa yang berjawatan di pejabat kerajaan, termasuk Perdana Menteri, menteri, ahli parlimen, institusi awam dan juga penjawat awam.

Semakan kehakiman adalah proses untuk memastikan undang-undang dilaksanakan dalam negara. Mahkamah yang melaksanakan semakan kehakiman akan melihat sama ada agensi pelaksana melakukan tugas mengikut kuasa yang diberikan kepadanya. Oleh yang demikian tiada orang atau agensi yang keputusannnya mengatasi undang-undang. Prinsip undang undang yang dilaksanakan di Malaysia adalah bukti kepada kerajaan berasaskan demokrasi yang berfungsi

Prinsip ini tidak terhad kepada undang-undang yang diluluskan oleh kerajaan, tetapi meliputi keputusan yang dibuat oleh undang-undang tersebut. Contohnya Akta Prosiding Kerajaan 1956 membenarkan tindakan terhadap kerajaan diambil atas undang undang kontrak dan tort.

2. Apabila penjawat awam disaman, apakah tindakan ketua pejabat?

Ketua Jabatan atau Ketua Pejabat hendaklah mengemukakan notis/saman serta pernyataan tuntutan dikemukakan kepada Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri tersebut, bagi negeri, manakala bagi Wilayah Persekutuan kepada Pejabat Peguam Negara.

Bidangkuasa Penasihat Undang-Undang ini dinyatakan dalam seksyen 22 dan 22(1) Government Proceedings Act 1956, contohnya bagi negeri:

Parties to proceedings by and against a State Government

22. (1) Civil proceedings by or against the Government of a State shall be instituted by or against the Government of such State.

(2) Where any civil proceedings against the Government of a State are instituted, an application may at any stage of the proceedings be made to the court by or on behalf of the Legal Adviser of such State, or, in the case of the States of Sabah and Sarawak, the State Attorney General to have the Federal Government or the Government of such other State as may be specified in the application substituted for or joined with the Government of such State as defendant to the proceedings.

Prosiding tersebut walau saman terhadap Pendaftar contohnya, tetap akan dihadiri oleh Peguam Persekutuan dari Pejabat Penasihat Undang-Undang. Tidak boleh mewakili diri sendiri atau mengambil peguam selain peguam persekutuan.

Ini untuk kes saman sivil. Sama ada saman di Mahkamah Sivil mahupun Saman di Mahkamah Syariah. Manakala saman jenayah tidak terpakai.

3. Adakah undang-undang yang melindungi penjawat awam sewaktu menjalankan tugasnya?

Ada. Contohnya untuk kakitangan Mahkamah Syariah yang bertindak atas kapasiti lantikan beliau semasa melaksanakan tugas, terdapat seksyen 76 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Johor (2003). Pelindungan ini bertujuan diberikan kepada Hakim dan Pegawai Mahkamah berdasarkan tugas kehakimannya bagi Hakim Syarie dan melaksanakan waran atau perintah yang sah disisi undang-undang bagi pegawai Mahkamah:

(1) Tiada seorang pun Hakim Mahkamah Rayuan Syariah atau Hakim Syarie boleh didakwa di mana-mana Mahkamah Syariah atau Mahkamah Sivil bagi sesuatu perbuatan yang dilakukan atau diperintahkan olehnya supaya dilakukan dalam menjalankan tugas kehakimannya, sama ada dalam had bidang kuasanya atau tidak, dan tiada apa-apa perintah bagi kos boleh dibuat terhadapnya, dengan syarat bahawa dia pada masa itu dengan suci hati percaya bahawa dia mempunyai bidang kuasa untuk melakukan atau memerintahkan perbuatan itu.

(2) Tiada pegawai mana-mana Mahkamah atau mana-mana orang lain yang terikat untuk melaksanakan waran atau perintah yang sah di sisi undang-undang yang dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Rayuan Syariah atau Hakim Syarie boleh didakwa dalam mana-mana Mahkamah Syariah atau Mahkamah Sivil melaksanakan waran atau perintah itu.

Meskipun Seksyen 76 bertindak sebagai imuniti dalam menjalankan tugas rasmi, namun apabila kakitangan awam disaman, mereka tetap tertakluk untuk menjawab saman tersebut melalui prosedur yang dinyatakan dalam Akta Prosiding Kerajaan 1956.

Terdapat banyak kes yang melibatkan saman terhadap kakitangan kerajaan, contohnya dalam kes Othman bin M.Dalan @ Lan dan 7 Yang Lain lwn Normala binti Abdullah dan Pentadbir Tanah Daerah Pontian, Baharudin bin Baharom lwn Majlis Agama Islam Pulau Pinang dalam Jurnal Hukum 41Bhgn 1. Kes Lina Joy lwn. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Jld 24 Bhg 1 dan lain-lain lagi.

Abu Razeen

*Berbeza jika tindakan terhadap kakitangan kerajaan yang dibuat oleh jawatankuasa tatatertib, itu lain kitab. 

MAQASID SYARIAH: PROF. SYEIKH DR. AHMAD AL RAYSUNI


PROF. SHEIKH DR. AHMAD AL-RAYSUNI

KETUA KESATUAN ULAMA' DUNIA
SHEIKH PROF. DR. AHMAD AL-RAYSUNI Ahmad Abdul Salam al-Raysuni dilahirkan pada tahun 1953 di sebuah perkampungan Awlad Sultan di wilayah Larache utara Maghribi. Beliau menerima pendidikan rendah dan menengah di tempat yang sama sebelum berpindah ke bandar Fez, Maghribi, tempat beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam Undang-undang Islam dari Universiti AlQarawiyyin pada 1978. Beliau kemudiannya memperoleh MA pada 1989 dan PhD tiga tahun kemudian dari Universiti Mohammed V, Rabat. Tajuk kajian MA: Nazariyyah al-Maqasid 'Ind al-Imam alShatibi; Disertasi PhD: Nazariyyah al-Taqrib wa alTaghlib. Antara jawatan yang pernah disandang oleh alRaysuni termasuklah: 1. Dari 1996 hingga 2003, al-Raysuni adalah ketua pergerakan Al-Tawhid Wa al-Islah yang berpengkalan di Maghribi. 2. Al-Raysuni juga berkhidmat sebagai editor Jurnal Ilmiah Pengetahuan Islam dan merupakan ahli pengasas – dan presiden pertama – Persatuan Islam yang berpangkalan di Maghribi. 3. Dari 1994 hingga 1996, beliau mengetuai Rabitah alMustaqbal al-Islami yang berpangkalan di Maghribi. 4. Pada tahun 2018, al-Raysuni telah dilantik selaku Presiden Kesatuan Ulama Sedunia menggantikan Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradawi. 5. Dari sudut pendidikan, beliau telah mengajar subjek usul fiqh dan maqasid al-Shari‘ah sejak tahun 1986 dan telah menyelia puluhan thesis universiti yang menyentuh isu maqasid al-Shari‘ah dan pemikiran maqasidi. Sekalipun al-Raysuni memiliki pelbagai tulisan yang amat penting berkaitan Maqasid al-Shari‘ah, kitab beliau yang paling mendapat perhatian ialah Nazariyyah al-Maqasid ‘Inda al-Imam al-Shatibi. Tujuan utama kitab ini ditulis adalah bagi mengkaji dan mengetengahkan segala konsep, metodologi dan pemahaman al-Shatibi mengenai Maqasid alShari‘ah. Al-Raysuni membuat satu penelitian bahawa sekalipun al-Shatibi mengkhususkan satu jilid yang berasingan bagi membincangkan isu maqasid, teori maqasid al-Shatibi tidak hanya tertumpu dalam jilid berkenaan, sebaliknya pemikiran maqasid al-Shatibi turut terdapat dalam keseluruhan tulisan beliau yang lain. al-Raysuni berkata: “Apabila al-Shatibi berkata-kata, kita dapati maqasid sentiasa mengiringinya, sentiasa wujud dalam ucapannya dan sentiasa memberikan kesan kepada pandangan-pandangan beliau. Maqasid telah memberikan al-Shatibi satu penelitian yang tepat dan mendalam manakala al-Shatibi pula telah memberikan maqasid lebih banyak penjelasan dan penerangan; sehinggakan hampir-hampir penuntut yang mengkaji al-Shatibi mendakwa bahawa alShatibi tidak menulis melainkan hanya dalam maqasid dan kesan-kesannya” Tulisan al-Raysuni ini telah membuktikan bahawa alShatibi telah membuat pembaharuan yang besar dalam ilmu Usul al-fiqh. Al-Raysuni turut mempunyai sejumlah kitab lain yang membicarakan tentang maqasid dan fiqh semasa: a. Muhadarat fi Maqasid al-Shari‘ah b. Al-Dhari‘ah ila Maqasid al-Shari‘ah c. Madkhal ila Maqasid al-Shari‘ah d. Maqasid al-Maqasid e. al-Qawaid al-Asas li ‘Ilm Maqasid al-Shari‘ah f. al-Kulliyyat al-Asasiyyah li al-Shari‘ah al-Islamiyyah (telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia dengan judul ‘Prinsip dan Kaedah Universal dalam Shari‘ah’) g. al-Shura fi Ma‘rakah al-Bina’ (telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia dengan judul ‘ Syura dan Demokrasi dari Perspektif Maqasid alShari‘ah’) h. Maqsad al-Salam fi al-Shari‘ah al-Islamiyyah (telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia) i. Fiqh al-Thawrah j. Dirasat fi al-Akhlaq k. Al-Ijtihad, al-Nas, al-Waqi‘, al-Maslahah Pemikiran Maqasid al-Shari‘ah al-Raysuni tercermin dalam ijtihad-ijtihadnya dalam fiqh dan politik. Beliau berkata, “Maqasid ini telah menjadi roh bagi fiqh dan bagi pemahamanku terhadap agama dan terhadap semua perkara. Maqasid ini telah menjadi manhaj dalam pemikiran dan dalam tingkah lakuku dalam setiap perkara. Aku sentiasa menuruti ungkapan yang dinyatakan oleh al-Shatibi, “maqasid ini ialah roh kepada semua amalan”. Maqasid ini ialah roh kepada nas-nas syariah, maqasid juga merupakan roh kepada hukum-hukum syarak dan maqasid ini turut merupakan roh bagi Syariat Islam. Kesimpulannya, maqasid ini merupakan roh bagi setiap perkara. Maka setiap perkara yang tidak mempunyai maqasid, perkara tersebut adalah umpama satu jasad yang tidak memiliki roh.”

Monday, August 2, 2021

Abu Razeen Book Review : Ziarah ke Alam Barzakh

BOOK REVIEW: ZIARAH KE ALAM BARZAH

Buku: ZIARAH KE ALAM BARZAKH
Penulis: IMAM JALALUDDIN AS-SAYUTI (1445-1505)
Tahun: 2012(M)
Penerbit: Inteam Publishing Sdn Bhd
Mukasurat: 455

1. Buku yang mengingatkan kita: “Manusia itu tidur, selepas kematiannya barulah ia terjaga”. Pengembaraan ke alam ghaib dan segala yang anda perlu tahu (kalau bukan semua) tentang perjalanan yang akan anda lalui …pasti.
2. Karangan salah seorang pendiri Mazhab Shafie. Imam Jalaluddin as-Sayuthi yang banyak menulis hasil agung dalam disiplin ilmu tafsir, hadis dan fiqh. Buku “Ziarah ke Alam Barzakh” adalah versi terjemahan atau ringkasan kepada Kitab “Syarhu as Sudr fi Hal Al-Mauta wal Qubur”.
3. Popular di kalangan asatizah, sehingga banyak huraian (syarah) diterbitkan bersumber dari kitab ini. Tidak ketinggalan keratan video-viral menyentuh hati yang kerap diulang oleh asatizah yang terkenal. Penulis menghimpunkan nas dan kisah seputar kematian dan segenap persoalan mengenai apa sesudah kehidupan.
4. Memperkatakan tentang kematian ia tidak semudah bercakap tentang dunia. Sumber yang menceritakan tentang alam ghaib kita kena hati-hati, tak boleh nak agak-agak atau reka-reka. sebab Allah ada sebut dalam ayat 85 al-Isra’:
"Apabila ditanyakan kepada kamu tentang ruh, katakanlah (Wahai Muhammad) ia adalah urusan Tuhanku, dan tidaklah diberi pengetahuan kepada kamu melainkan sedikit sahaja"

 Jadi sumber yang ada hanya al-Quran, Hadis dan athar Sahabah. Lain dari itu adalah qisah yang dinaqalkan oleh ulama salaf. 

5. Beberapa petikan kandungan yang menarik dalam kitab ini: 

    5.1 Adakah orang mati sebab covid ni mati shahid?
Ada yang menyatakan ya. Syahid dunia. Ini berdasarkan Hadis Abu Hurairah Rasul bersabda: “Barangsiapa yang meninggal dalam keadaan sakit, bererti dia meninggal dalam keadaan syahid.
 m.s 232

    5.2 Adakah kemungkinan, kita yang hidup ini boleh jumpa ruh orang yang sudah mati?
Boleh, berdasarkan Surah az Zumar ayat 42 dan dalil Ibnu Qayyim. M.s 372.

Kedudukan ruh yang dipegang oleh Allah bertemu semasa orang yang hidup sedang tidur. Tafsiran pertemuan orang hidup dan ruh orang yang telah mati diperkuatkan dengan pendapat Ibnu Qayyim.

    5.3 Setelah kita mati adakah kita boleh berjumpa dengan ruh yang lain?
Ya, kita akan berjumpa – dalam Surah Waqiah:  

Ayat 90 dan 91 Surah Al-Waqiah, menyatakan tentang hal keadaan orang yang beriman, apabila matinya akan berjumpa dengan perkumpulan orang yang beriman. Mereka akan bertukar berita antara satu sama lain.

6. Sumber lain yang banyak memperkatakan kematian adalah kitab Al-Ruh oleh Ibn Qayyim al-Jauziyah-AlHanbali, Kitab Daqoiqul Akhbar oleh Syeikh Abdul Rahim bin Ahmad Al Qadhi ulama jawi dan lain lain lagi. Tidak ketinggalan buku terbitan kontemporari dalam pasaran tidak terkira banyaknya. Belilah satu, buat bekalan untuk hari esok. 
Abu Razeen
Jangan Sangka Kamu Akan Masuk Syurga Kerana Banyaknya Amalanmu
Tetapi Bersangka Baiklah Kepada Allah, Kamu akan Masuk Surga Lantaran RahmatNnya.

Tuesday, June 29, 2021

PENGKHIANAT HOARDERS DAN FALSE FLAG

 AL-BAQARAH: 264 SATU TEGURAN

1. “Pengkhianat!”, “blacklist dari senarai bantuan”, “tamak macam ni la”, “mentality”, “mentedarah” …dan macam macam lagi perkataan yang tidak enak didengar. Terbit dari isu penerima bantuan beras, gula, garam yang tuan-puan bagi tu lah.

2. Sifat pemurah orang Malaysia, makin terserlah disebalik mendungnya ekonomi kebelakangan ini. Sedeqah, bantuan, ziarah, sokongan moral datang tanpa mengenal bangsa, agama dan sempadan. Walhasil banyak jiwa yang dapat diselamatkan. 

3. Tapi tu lah nak cakap, secepat mana bagi bantuan, secepat itu juga mulut nak mengata ke orang. Saya tak salahkan orang yang mengata 100%, sebab individu yang mengambil kesempatan memang wujud. Tapi tak semua yang meminta itu spesis yang sama.

4. Jika anda rajin (..jika!). Buatlah kajian lapangan sikit. Kan teknologi di hujung jari. Jadi tak salah kalau nak call sendiri orang yang minta bantuan. Kalau tak dapat, hubungi masjid, surau, komuniti setempat, ngo, parti politik berhampiran tanyalah mereka.

5. Bahkan setiap kawasan ada penghulu, tok sidang, ketua blok, ketua lorong. Apa-apa lagilah yang berkaitan. Tanyalah tentang situasi sebenar. Jangan dilupakan Pusat Zakat, Lembaga Zakat, Asnaf dan pelbagai nama lagi, takkan mereka tidak bekerja?.

6. Keperluan berbeza-beza antara satu sama lain. Mungkin dia dah dapat bantuan dari jiran, NGO, surau masjid berhampiran. Tu yang berguni guni beras dia kumpul. Tapi isunya dia perlukan cash.

7. Cash sebab nak bayar sewa, nak bayar bill, nak bayar HP (HP dan internet satu keperluan), nak bayar modal nak pi kerja, nak beli ubat, nak beli minyak motor. Jadi yang dia perlu tak dapat, yang dah cukup berlebih lebih. Tu yang jadi “Hoarders”.

8. So tanyalah!, kalau tak percaya dengan dia, boleh minta bill, boleh minta nombor tuan rumah sewa, boleh minta itu minta ini. Kalau dia tak nak bagi, terpulanglah kita nak bantu lagi atau tidak. Mungkin sebab dia dah cukup. So bila dah cukup, peminta jangan bagi false flag lagi. Impak false flag akan memakan diri dan pihak lain.

9. Ada baiknya juga penyumbang up-kan sumbangan pemberi dan penerima dalam medsos, supaya orang awam tahu, bahawa bantuan telah tiba. Masjid sekian sekian dah mainkan peranan. Sebab bahaya False Flag tu boleh jadi fitnah, seumpama komuniti tak ambil endah penduduk yang susah dikalangan mereka. So Masjid boleh post benda ni semua. Takde issue riak.

10. Ini lebih baik dari tuan/puan sebagai pemberi membatalkan sedeqah kita itu dengan kejian. Sedeqah pun sebenarnya ujian. Bukan bagi pemintanya sahaja bahkan kepada pemberi juga. Sebab tu al-Quran ada sebut:  "Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, ….” [al-Baqarah: 264]

* Hoarders:  to collect and often hide away a supply of: to accumulate a hoard / pengumpul/penimbun.

** False Flag:  false flag operation is an act committed with the intent of disguising the actual source of responsibility / memberi isyarat yang salah / tiada kena mengena dengan kempen bendera putih.

Abu Razeen
Jika anda rajinlah.
Tapi kalau nak bagi, lepas tu jangan keji.
Lagi teruk kalau tak pernah bagi, tapi keji macam dia dah selalu bagi.


Wednesday, June 23, 2021

Muzakarah dan Multaqa bulan Jun 2021

Multaqa dan Muzakarah sekali jalan. Dengar dua-dua belah telinga, jangan sampai yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran. InsyaAllah akan bagi few point untuk manfaat bersama.

Muzakarah Pemahaman Arahan Amalan Mahkamah Syariah Tahun 2020 Bagi Zon Timur (Kelantan, Terengganu, Pahang) dan Zon Selatan (Johor, Melaka, Negeri Sembilan) 
Tarikh            : 24 JUN 2021/ Khamis
Jam                : 9.00 Pagi – 12.30 Petang
Mood             : Dalam Talian/ Cisco Webex


 MULTAQA PAKAR TURATH SIRI 2 

22 Jun (Selasa) bersama AF Tuan Guru Ustaz Abdul Razak Kitab Nafaqat 
23 Jun (Rabu) bersama AF Tuan Guru Sheikh Wazir Kitab Hibah dan 
24 Jun (Khamis) bersama AF Tuan Guru Ustaz Ahmad Fuad Kitab Qadha

Monday, June 21, 2021

Nikah Aishah : revisit

Pentakwilan Hadis Aishah kahwin umur 18 adalah tidak benar. Sebab 5 kitab Sahih menyatakan 9 tahun. Ia adalah biah/keadaan setempat pada masa itu. 9 tahun pada masa itu adalah anak dara. Bukan syarat nikah mesti akil baligh pada pengantin lelaki ataupun perempuan

Sunday, May 16, 2021

BOOK REVIEW: MITOS ASAS PEMBENTUKAN NEGARA YISNOTREAL MODERN

Judul: MITOS ASAS PEMBENTUKAN NEGARA YISNOTREAL MODERN
Karya: ROGER JARAUDI (1913-2012)
Terbitan: Darul Syuruq. Nasr City. Cairo.
Tahun: 1998 cetakan ke 2
Tebal: 343 mukasurat paperback
Genre: Bukan Fiksyen, terbitan larangan di Perancis.   


Buku asal bahasa Perancis, diterjemah ke Arab oleh Mohd Hisyam, belum jumpa terjemahan Bahasa Melayu Malaysia. Indonesia telahpun ada.


1. Jika ada buku yang paling nak dihapuskan oleh regim paling ganas atas muka bumi ini, kemungkinan inilah bukunya. Membacanya, anda pasti akan berterima kasih kepada penulis, sambil berkerut dahi anda akan berkata “..biar bettul!”. “Sesuatu yang akan mengalahkan musuh itu adalah apa yang disediakan sendiri oleh musuh tersebut”. Sun Tzu.

Sun Tzu: Art Of War

2. Bahana dari buku ini menyebabkan Roger disaman sebanyak $240,000.00 (USD40,000.00) oleh Mahkamah Perancis. Atas dakwaan mempersoalkan jenayah kemanusiaan dan fitnah perkauman. Agak pelik untuk sebuah negara kelahiran liberalism dan republic yang terkenal dengan bapak segala macam kebebasan. Tetapi koyak apabila menyentuh tentang holocaust. Pihak pendakwaan menyifatkan buku beliau sebagai anti-semitik dan rasis. Mungkinkah ….anda masih ingat tentang majalah Charlie Hebdo?

Charlie Hebdo, Berhala kebebasan bersuara (selected)

3. Buku ini selesai ditulis pada tahun 1996 oleh seorang Falsafah Perancis bernama Roger Jaraudy (dibaca awalan ‘G’”), beliau adalah pendokong komunis sebelum memeluk Islam pada tahun 1982, setelah disabitkan kesalahan beliau telah merayu ke Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah tetapi permohonan beliau ditolak. Meskipun kalah, beliau tetap menang disisi dunia Islam dalam konfrontasinya dengan undang-undang Perancis mengenai buku tersebut. Nasib baik Iran membantu hampir separuh dari bayaran saman diikuti dengan sumbangan oleh Arab-Arab lain.

Roger Jaraudi 

4. Buku ini menjadi tumpuan utama di Pesta Buku Antarabangsa Kaherah pada tahun 1998, dan tidak ketinggalan menjadi tumpuan penggila buku termasuk orang Melayu sampai buat diskusi pada tahun yang sama. Kira macam panas-panas lagi lah waktu itu.

5. Masuk ke bahagian pertama adalah bab Mitos Teologi, ada tiga ceraian iaitu

(1) mitos perjanjian: samada tanah yang dijanjikan atau tanah yang dirampaskan?

    A. Tafsir Kristian terkini

    B. Tafsir Kenabian Yahudi  

(2) mitos bangsa pilihan

(3) mitos pemurnian bangsa

Ayat yang menjadi panduan zionis bertitik tolak dari Torah (Taurat) atau dikenali oleh penganut Kristian sebagai Old Testament (Perjanjian Lama):

 “On that day the Lord made a covenant with Abram and said, “To your descendants I give this land, from the Wadi of Egypt to the great river, the Euphrates— the land of the Kenites, Kenizzites, Kadmonites, Hittites, Perizzites, Rephaites, Amorites, Canaanites, Girgashites and Jebusites.”

[Old Testament: Genesis 15:18-21]

 Tafsiran Jeneral Moshe Dayan: “jika anda memiliki Kitab Torah dan jika kita menganggap diri kita sebagai ahli Kitab Torah, Kita seharusnya memiliki semua tanah yang disebut dalam Torah

                                                                                                                [Jerusalem Post 10 Ogos 1967]

Ytzhak Rabin PM Yisnotreal ke 4 dibunuh resaksa ciptaan sendiri, senjata makan tuan

6. Menggunakan tafsiran ini Dr Baruch Goldstein membunuh orang-orang Arab yang sedang berjemaah Subuh di Makam Para Wali (Haram El Ibrahimi) secara kejam. Dan lebih ekstrimis ayat ini memakan diri apabila Ygal Amir membunuh Perdana Menterinya sendiri Ytzhak Rabin dengan dakwaan “atas perintah tuhan”. Amir adalah dari cabang pelampau “Kesatria Israel”. Mereka akan membunuh sesiapa sahaja yang menyerahkan tanah yang dijanjikan Judea dan Sumeria” (Jordan) kepada orang Arab.

Tanah yang Dijanjikan untuk Bangsa Yang di pilih Tuhan

7. Perkara yang menjadi kontroversi di pinpoint dalam 3 bab iaitu:

1) Mitos Zionis anti Fasis

2) Mitos pengadilan di Nuremberg dan

3) Mitos enam juta atau dikenali juga dengan “Holocaust”.

General Helmet Wilberg. Jews di dalam Nazi

Part inilah yang mengundang kemarahan zionis dan pendokong mereka sehingga buku ini disaman dan disekat di Perancis. Saya ringkaskan ceraian 1 sahaja. Benarkah zionis anti fasis?. Hakikatnya Yahudi dipecahkan secara sistematik kepada dua puak. Yahudi Jerman dan Yahudi Integrasi. Dari pecahan ini rancangan membentuk Israel Raya terbina. Satu puak akan kekal mendampingi Third Reich dan menjadi fasilitator peristiwa menggoncang dunia ini, mereka ini disebut sebagai Hitlers Jewish Soldier dan ini bukan lagi rahsia (a) saya pernah tulis dalam preview filem inglorious basterds

Yahudi terpilih untuk korban dalam Holocaust

8. Satu lagi puak dikambing biri-birikan, korban propaganda agenda play victim dan pengorbanan ini akan menjadi dalil keperluan mengatur migrasi Yahudi secara Massal ke Palestin. Kumpulan Yahudi integrasi ini berperanan sebagai pemberontak dan penentang fasis, bergabung dengan nasionalis Sepanyol misalnya untuk provokasi Jerman mereka diburu ditangkap dan dibawa ke kem konsentrasi. Sebahagian besarnya percaya ini bukan tindakan yang diatur dan mereka ini tidak disukai oleh dominator Yahudi. Maka inilah lesen besar pembentukan negara Israel pada tahun 1948. Boleh baca petikan ucapan Ben Gurion (b)  

David Ben Gurion. Perdana Menteri Pertama Yisnotrael

9. "A lie would lead to another lie", dan apa yang kita kita lihat pada hari ini adalah hasil penipuan yang berlaku secara terancang, bermula dengan dongengan genoside atau holocoust oleh Hitler, perjanjian Balfour mengakibatkan migrasi besar besaran ke Jerusalem, peristiwa Naqba dan genoside sebenar terhadap rakyat palestin. Semuanya dihalalkan dengan penipuan agung, perang yang terancang.

Naqba 1948 Pembentukan Negara Yisnotreal dan pengusiran tuan tanah oleh tetamu tak kenang budi

10. Baiklah, saya reserve pendapat Roger Jaraudi dalam buku ni, mungkin holocaust tidak berlaku dan mungkin sebaliknya, Allah yang lebih tahu, tapi usaha untuk mempercayai kejadian tersebut telahpun dilakukan dari segenap media, tengok ajalah filem Schindler List, Jakob the Liar, Inglorious Basterds (c) dan berpuluh lagi filem dan dokumentari bagi menyokong wujudnya jenayah kemanusiaan terhadap Yahudi. O.K katakanlah awak percaya genocide itu, bagaimana pula dengan penghapusan etnik yang masih berlaku sekarang? Perampasan tanah? Pembunuhan terancang?, pengeboman manusia? Rumah awak takde TV ke, ke tak pakai Handphone..

Penghapusan etnik berjalan sehingga kini, dengan bantuan negara kuasa veto dan syaitan bisu

11. Justeru dimanakah keadilan untuk Palestin?, Apa sumbangan anda kepada saudara kita yang menjadi patron Tanah Suci Ketiga bagi Umat Islam, atau jika anda bukan seorang Islam sekalipun, dimana perginya naluri kemanusiaan, hatta dengan kucing pun kita sanggup bagi makan, minum and even sediakan jamban, untuk tapi untuk nyawa manusia, kita pandang sepele sebelah mata?

Abu Razeen

Post: Post terawal telah dipublish bertajuk Tragedi Palestin (d) dalam Majalah MAIS Vol 14 April 2009. Up di Blog pada bulan dan tahun yang sama. Saya mungkin semut yang merayap di tanah gelap, mungkin tiada daya menghinggut falsafah penzalim, namun menggenggam pena adalah lebih baik dari tak buat apa-apa. 

“There is only one way to defeat the enemy, and that is to write as well as one can. The best argument is an undeniably good book.”                                                                                         (Saul Bellow)


(a) https://www.latimes.com/archives/la-xpm-1996-12-24-mn-12209-story.html

(b) Roger Jaraudi, Mitos Asas Pembentukan Negara Yisnotreal Modern 87-88, Darul Syuruq 1998

(c) http://aburazeen.blogspot.com/2010/05/my-2-cent-of-inglourious-basterds.html

(d) http://aburazeen.blogspot.com/2009/04/kingdom-of-heaven-versi-seksyen-5-shah.html

Friday, April 9, 2021

SEJADAH AJK : JURNAL PRA RAMADHAAN (3)

1. Dia macam trending, bila nak masuk puasa Ramadhan macam macam isu keluar, meskipun isu itu telahpun selesai pada tahun lepas, tapi tu lah nak menunjukkan budaya ilmu bangsa Melayu tu, isu yang sama dicungkil kembali.

2. Ini bukan nak cerita isu injek vaksin semasa sedang berpuasa atau apa hukum tidur sepanjang siang hari di bulan Ramadhaan, tapi nak cerita salah satu isu yang mungkin akan dibahaskan oleh netizen, sebab flow dia, bulan Ramadhaan ni mood dia dah tak tengok sangat benda lagho yang lain.

3. Benda wajib bawa semasa terawih zaman PKP ni adalah sejadah. Orang kita memang kreatif bab sejadah, bermacam ragam dan bentuk boleh dilihat sejak boleh solat kat Masjid di kebelakangan ini. Sebelum ni trending sejadah motif karpet Raudhah, atau karpet Masjidil Haram, tahun ni motif Kaabah. Bukan gambar Kaabah kecik tau, tu biaser…ni Kaabah sebesar sejadah amek kau.
4. Yang biasa bawa sejadah tu tak jadi hal, ni yang jenis suka melenggang tu lagi masalah. Nanti Ajk tak lepaskan, tahu pulak nak marah marah. Abang lain kali simpanla dalam kereta sejadah ke, kain pelikat ka, kalau nak ekstrem kain kapan ke… (notes: serban Afghanistan besar atas kepala sebab boleh recycle jadi kain kapan)    

5. Up sikit dari geng melenggang ni, jenis bawa sejadah mini. Pernah tengok sejadah mini?, alaah yang sebesar muka tu, sekira-kira nak lapik dahi semasa sujud sahaja. Ia telahpun memenuhi definisi sejadah sebenarnya. Cuma saiz tu kadang-kadang menjadi khilaf setempat.


 

6. Saya cuba nak faham isu saiz sejadah ni sebenarnya. Kalau saya tersasar itu sebab saya bukanlah seorang doctor atau ahli sains. Isu saiz sejadah ini adalah berkaitan dengan saiz pendedahan permukaan kepada tempat. Semakin banyak ruang yang terdedah kepada tempat, maka semakin tinggi risiko jangkitan kepada virus Covid.

7. Sebab tulah adanya pemakaian PPE, cube tengok kadar dedahan petugas kesihatan semasa mengendalikan kes Covid, udah macam astronaut pun ada (kudos untuk frontliner!). Semua tu sebab nak kurangkan risiko jangkitan. Begitu juga dengan amalan kita, aci boleh nak kurangkan risiko jangkitan. Itulah dengan penjarakan sosial, larangan sentuhan bersalaman dan pakai mask.

9. Jadi ini isu dedahan sebenarnya. Kalau pakai sejadah besar cukup syarat, maka ruang sentuhan dengan lantai masjid semasa solat adalah hampir nil atau sangat minima, makin kecik sejadah makin besar dedahan kepada ruang terbuka maka bertambahlah risiko jangkitan.

 


10. Nanti ada yang cakap, kalau macam tu pakai PPE sajalah pergi masjid!. Itu soalan tak perlu dijawab, “mahu seribu daya tak mahu seribu dalih”. Jadi kalau anda dihalang untuk solat dengan sejadah mini, maka akurlah dengan bidangkuasa tempatan tersebut. Kita kena ingat selain dari Pengerusi dan Ajk, wujud juga pemantau dari Jabatan Agama dan Polis yang buat risikan. Jangan sebab anda yang “holier than thou”, itu satu masjid kena tutup.

AbuRazeen

Stay with multitasking Ridak’. Sejadah/Payung/Selimut/Selfdefence. Ni belum cerita sejadah ada gambar na’al.