Saturday, April 3, 2021

SEJADAH ADA GAMBAR MASJID

 SEJADAH ANDA GAMBAR APA?

Pra: Ada satu keratan video seorang syeikh (Arab) menjawab soalan tentang hukum sejadah ada gambar masjid. Syeikh tersebut menyatakan perkara tersebut tidak dibenarkan. Cuma tak tahu kalau bagi beliau haram atau makruh atas bagaimana. Terima kasih kepada soalan ini. 

1) Gambar yang ada pada sejadah atau didinding tempat solat telahpun berlaku sejak zaman Rasul lagi. Rasul pernah mengarahkan Aishah R.A menukar sejadah atau kain hiasan kerana mengganggu khusuk solat dengan sabdaNya:  

"Lukisan ini menggangguku, bawalah ia kepada Abu Jahm dan bawakan kepadaku hamparan tebal yang tiada lukisan" [Muslim] 

2) Asal peralatan untuk ibadah adalah harus selagi mana ia suci bersih dan tidak menghalang ibadat tersebut dilakukan. Dalam hadis Aishah objek yang dimaksudkan adalah objek binatang. Itu yang mengganggu Rasul, lalu disuruh bagi kepada orang lain.

3) Bermakna bukanlah haram terus sejadah yang ada gambar, sememangnya kalau gambar haiwan atau makhluk hidup haram hukumnya kalau dibuat sejadah, tapi kalau gambar lain, tumbuh tumbuhan, binaan dan lain lain hukumnya harus.

4) isu gambar masjidilharam atau gambar lain-lain ia bukanlah haram. Kecuali kita lukis dan kita hinakan ia dengan maksud merendahkan martabat Islam, atau masjid atau ibadah solat. Selain daripada itu tidak dihukumkan haram.

5) Siapapun tak pernah tulis sebab apa ada gambar masjid pada kebanyakan sejadah, sejak dahulu lagi dah ada gambarnya dah jadi custom. Cuma kalau fikir logik, ia dibentuk agar membantu kita ingat masjid dari yang lain lain.

6) alang alang masjid biarlah masjid yang paling utama, sebab tu ada gambar kaabah, masjidilharam masjidnabawi dan masjidilaqsa. Mungkin bila tengok gambar tu membantu untuk kita fokus mencapai kekhusukan. Atau paling kurang dia suruh yang lelaki ni solat fardhu yang afdhol adalah berjemaah di masjid ..kan.

7) lain orang lain caranya, bahkan kalau kita tengok karpet dekat masjidil haram atau masjidnabawi, ia pun ada corak ornament. Samada geometri atau motif tumbuh tumbuhan. Kenapa boleh pulak? Oleh itu persoalan ini kembali kepada niat pembuat.

8) saya yakin dan pasti, tiada sejadah setakat ini yang letak gambar kaabah kat tempat kita pijak, melainkan sejadah tu terbalik kedudukannya (depan pi belakang). Kalau ada pun ia bukan disengajakan oleh orang yang solat.

9) Pun begitu sekarang ni dah banyak design sejadah boleh pilih dan bawa kemana kita nak pergi. Ada orang suka tiada kaler, sebab tu ada masjid dulu dulu semasa solat jumaat mereka rentangkan kain putih di tempat sujud. Itu nampak bagus. Senang tiada perbahasan.

Abu Razeen

Post: Saya pernah nampak orang bawa kain ihram sebagai sejadah. Itu terbaik tapi susah nak jaga sebab kainnya putih dan besar. Paliing ideal kain ridak tanpa sebarang motif (plain), boleh jadi sejadah, selimut, lindung kepala hujan dan panas, sesak sesak boleh transform jadi cindai. Ikutlah mana-mana yang boleh membantu kita mencapai kekhusukan. Kami di Johor untuk masjid utama biasa warna royal blue disulami dengan motif bunga lada.