Tuesday, June 26, 2012

Resensi Buku: Rothschild Yahudi Kepercayaan Dajjal

 Pre: Seorang sahabat (yunos) yang fanatik teori konspirasi dan juga supplier buku pinjam teori konspirasi dan tak lupa juga ....dia berjiran dengan freemason lodge Johor telah berbesar hati meminjamkan buku ini kepada saya. tajuknya "Rothschild Yahudi Kepercayaan Dajjal" (RYKD) dia bagi tempoh pinjaman 7 hari sahaja. Terima kasih cik yunos. kalau terlebih jangan cas lebih lebih yea... (yunos sebut 'roshil')

1. Mula-mula sekali sebelum baca buku-buku cenggini, kena lah tahu istilah istilah moderate yang digunakan terutamanya Teori Konspirasi. Disini AR bawakan tafsiran ehsan wikipedia (versi indon) :Teori persekongkolan atau teori konspirasi (dalam bahasa Inggris, conspiracy theory) adalah teori-teori yang berusaha menjelaskan bahwa penyebab tertinggi dari satu atau serangkaian peristiwa (pada umumnya peristiwa politik, sosial, atau sejarah) adalah suatu rahasia, dan seringkali memperdaya, direncanakan diam-diam oleh sekelompok rahasia orang-orang atau organisasi yang sangat berkuasa atau berpengaruh. Banyak teori konspirasi yang mengklaim bahwa peristiwa-peristiwa besar dalam sejarah telah didominasi oleh para konspirator belakang layar yang memanipulasi kejadian-kejadian politik.

2. Buku ni adalah kesinambungan kepada buku Rahsia Simbol Yahudi (RSY), yang amat diminati oleh anak-anak saya termasuk lah si Kiki (3 tahun), apabila orang buat peace symbol aje dia akan kata "jangan buat macam tu itu lambang syaitan". Apapun buku itu telah meniti sampai ke kawan kawan redo (9 tahun). Buku tu banyak gambar dan menarik pehatian setiap peringkat, InsyaAllah saya akan cuba resensi buku tersebut  ...oleh sebab buku RSY saya punya, jadi saya resensi kemudian walau telah dibeli 2 tahun lepas. Tapi buku RYKD saya akan resensi dalam masa terdekat.

 3. Tulang belakang buku ini ada 22 bab. saya nyatakan satu persatu seperti berikut:
Bab 1: Dajjal dan Keluarga Rothschild
Bab 2: Konspirasi Rothschild di Perancis
Bab 3: Kumpulan 300 Agen Dajjal
Bab 4: Rothschild Meyahudikan Britain
Bab 5: Konspirasi Rothschild Menguasai Amerika Syarikat
Bab 6: Dajjal Dan Rothschild Dalam Protokol Zionis
Bab 7: Rothschild Merancang Perang Dunia Pertama
Bab 8: Kerajaan uthmaniyah Bankrap Kerana Rothschild
Bab 9: Strategi Rothchild Mencetuskan Perang Dunia Kedua
Bab 10: James Bond Agen Rothschild
Bab 11: Rothscild Kuasa Sebenar Israel
Bab 12: Konspirasi Rothschild Menubuhkan Arab Saudi
Bab 13: Strategi Rothschild Menguasai Negara Jepun
Bab 14: Liga Bangsa dan PBB Idea Konspirasi Rothschild
Bab 15: Konspirasi Rothschild Menguasai Mesir
Bab 16: Rothschild Menjatuhkan Empayar Raja China
Bab 17: Konspirasi Rothschild di Indonesia
Bab 18: Rothschild dan Organisasi Syaitan
Bab 19: Dajjal menghukum Rothschild
Bab 20: Isu Pemanasan Global dan Konspiasi Rothschild
Bab 21: Kekejaman Rothschild Disembunyikan Sejarah
Bab 22: Rothschild dan Ibn Sayyad

4. Membaca buku macam ini memerlukan penumpuan 80%, sebab kita kena memikir untuk menyambung-siratkan dengan peristiwa dan sejarah dunia yang telah kita ketahui dari pada History Channel, Buku Sejarah STPM, SPM yang ditulis-ceduk dari Shellabear (Penumpuan 100% sewaktu baca Al-Quran sambil duduk tasyahud)
5. Walaupun dalam "cara baca buku ini" digariskan lebih awal oleh Ibnyaacob tetapi, perasaan curious AR melebihi segala-galanya, lalu lompat-baca dibuat sehingga dalam ms 144 Bab 12: Konspirasi Rothschild Menubuhkan Arab Saudi. Satu fakta (atau teori) yang banyak orang tak tahu bahawa Madrasah Idrisiah (di Kuala Kangsar Perak) dipelopori oleh kumpulan awal Wahabi, Sheikh Abdullah Maghribi seorang tokoh wahabi dijemput untuk mengetuai Madrasah ini. Dan satu fakta/teori lagi ialah berdirinya Madrasah Maahad al-Ihya As-Sharif di Gunung Semanggul (sekolah AR dari tahun 1987 sampai 1994) diasaskan oleh Almarhum Ustaz Abu Bakar Al-Baqir (cucunya Ahmad Husnain Wafir bin Shahar Mursyid bin Abu Bakar Al-Bakir adalah kawan AR sejak di Madrasah sehingga kini) adalah hasil dakwah wahabi!.

6. Pun begitu Ibnyaacob telah buat disclaimer dengan menyatakan kini pengaruh wahabi sudah tidak ada lagi di perak dan pulau pinang sebab kini banyak aliran ASWJ memenuhi Madrasah disana. Alhamdulillah, dan AR mengesahkan, memang sudah tiada lagi pengaruh Wahabi disana (wahabi/salafi masih boleh dibincangkan lagi), namun sekolah AR yang lama tu adalah tempat diasaskan parti "Hizbul Muslimin" sebelum wujudnya PAS dan aktivitinya pernah digelar penjajah sebagai "danger from the mountain". Mungkin ada sikit konflik dengan teori penulis. Apapun kita melihat kepada besarnya persamaan dari kecilnya titik perbezaan.

7. Begitu juga teori ada menyebut tentang pendapat Sheikh Muhammad Rasyid Redha, pengarang tafsir Al-Manar turut terheret sama dalam teori konspirasi, mulanya dengan isu ijtihad penggunaan riba, yang lain pembawa fahaman kaum muda seperti Jamaluddin Al-Afghani dan Muhammad Abduh, yang ni AR rasa boleh dibahaskan lagi, apapun kena berlapang dada.     

8 Untuk pre-reading awal, boleh tengok resensi di  masterpiece norziati dan juga ibnyaacob market web punya sendiri, happy reading   .... nanti sambung ada meeting kader kat KL