Wednesday, April 18, 2012

Pondok Ledang Bandar Baru Uda.


Pengajian Pondok Ledang
Kuliah Ustaz Ibrahim Masri Al-Banjari
Jurnal 18/4/2012

Pra: Alhamdulillah doa saya untuk mengikuti pengajian secara bertalaqqi/tafaqquh di makbulkan tuhan, jumpa juga akhirnya pondok ledang di BBU, malam 18/4/2012 ni adalah malam pertama pengajian buat saya, kitab pun masih belum ada, nanti diikhtiarkan. Kalau jumpa yang diattach tu sebab pinjam surau punya untuk buat photostet. Doakan saya untuk istiqamah di surau ledang setiap hari Rabu lepas maghrib InysaAllah, Rabbuna yusahhil, Rabbi zidni ilma!. Tidak dilupakan terima kasih pada ummurazeen dan anak-anak aburazeen yang sabar dan ngerti betapa passionnya hamba milik Allah ini dengan ilmu ukhrawi. ni secebis ilmu untuk kita kongsikan bersama, yuk dibaca!.

Fathur Rahman Fi Aqai’dul Iman
m.s 4 baris 12 dari atas

“Barangsiapa membunuh akan seorang yang hendak sampai ajalnya maka baginyalah pakaiannya yang ada pada badannya..."

1. Hukum Syara’ atas perbuatan manusia sendiri. Sifat Wahdaniah bukan pada zat semata-mata, Wahdaniah termasuk sifat Salbiah ia menafikan Kam Muttasil dan Kam Munfasil. Kam Mutasil menafikan sifat Allah tersusun. Kam Munfasil, Allah ada sifat qudrah, ta’luk yang memberi bekas, walau berkuasa makhluk ia akan mati diada kuasa dengan pangkat manakala kuasa Allah adalah mutlak. Allah jadikan matahari –Sifat Wahdaniah- esa pada af’al menafikan ada kuasa selain dari Allah Ta’ala.

2-Perbuatan dari segi hakikat semua datang dari Allah, tetapi syariah itu datang dari kita, disandarkan kepada kita supaya hukum taklif dapat dilaksanakan kepada dia. Ikhtiar dan usaha, pilihan ikhtiar juz’iah yang memberi bekas itu tetap dari Allah. Memberi bekas pada hukum akal sahaja.
“Demikianlah engkau tilik dan fkir baik-baik dengan akal engkau sendiri...”

3 - Mengaji tauhid kena fikir, akal antara perkara pertama yang dijadikan namun khilaf dengan benda yang lain seperti arasy dan lain-lain. Namun sepakat pada perkara yang mula dijadikan adalah Nur Muhammad. Siapa kenal diri maka dia kenal Allah, dia kata dia ada akal. Mengaji tauhid tidak boleh taklid, fiqh ada kena taklid malah ada wajib taklid. Bab tauhid yang boleh taklid hanya bukan ahli Nazhor, seperti orang sakit pemikiran.

4. Kena mengaji tauhid terlebih dahulu, kerana “La tasihu ibadah hatta ta’limal Ma’bud” tidak sah ibadah hingga kenal dengan apa yang disembah. Paling kurang orang Buddha sembah patungnya, takkan kita ni sembah dinding. Mengenal Allah ada 3 jalan: 1) Khabar Sadiq – Nas Al-Quran dan Hadis. 2) Khawas yang lima – pancaindera; 3) Akal yang waras. Tahu mesti dengan jazam mesti keadaan ‘iklam.

5. Jangan jadi Jahil Murakkab, “la yadri an nahu la yadri” dia tak tahu bahawa dia tu tak tahu. Ada ungkapan “Al-Jahiluna fa mauta qabla mautihi, wal aqiluna, ahya hu ba’da mautihi” Perbandingan dengan orang yang tidak tahu ditanya dia tak tahu jawab, kalau pergi bilik mayat tanya pun mayat tak leh jawab, jadi serilah dia dengan mayat. Manakala orang alim dah meninggal pun namanya disebut-sebut, seperti Imam-Imam yang muktabar.6. Cuma kita yang dah tahu sikit ni jangan pula mudah mengkafirkan orang. Kalau ada orang kata aku nyalakan lampu ini, jangan kata orang itu kafir. “Qul Kullun min indillah, la tataharraku illa biiznillah” Katakan segalanya datang dari Allah, tiada digerakkan melainkan dengan izin Allah.

7. Hukum terbahagi kepada tiga: akal, adat dan syara’. Perbuatan terbahagi kepada ikhtiari dan idtirari. Ikhtiari adalah pilihan kita, sekecil-kecil ikhtiari adalah qasad. Kita berqasad untuk berbuat baik, telahpun ada pahala untuk kita, begitu juga dengan sebaliknya. Perbuatan idhtirari, bukan pilihan kita, contoh perbuatan tidak sengaja tidak dikira hukum taklifi, tidak ada dosa padanya contoh lain seperti jatuh ke bawah.


8. Pembahagian mazhab perbuatan hamba kepada 3. Muktazilah atau qadariah- usaha sandar kepada makhluk semata-mata dengan hujjah mereka, takkan Allah buat benda yang tak baik.. Kedua Jabariah, kita tak ada kuasa langsung. Kata meraka, “nak buat macammana dah ditakdirkan nak jadi pelacur”.

9. Dalam mu’tazilah juga ada perbuatan ikhtiari dan idhtirari. Ikhtiarai perbuatan sendiri samada baik atau buruk datang dari dirinya sendiri. Selalu kita dengan pengerusi majlis cakap yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk datang dari dirinya sendiri. “ma asobaka min khairin faminallah, wa ma asobaka min sharin famin nafsik”. Ini sebaik-baik ucapan dari segi adab. Manakala perbuatan idhtirari datangnya dari Allah. Oleh yang demikian bagi mu’tazilah orang yang buat dosa maka ia jatuh kafir.

10. Iman itu datang dalam 5 wajah; 1) matbu’ - iman pada malaikah 2) maqbul – Iman yang diterima iaitu iman pada mukminin 3) ma’sum – Iman pada anmbia’ 4) mardud – ditolak iman munafik dan 5) iman mauquf seperti iman mubtadi’ termasuk di dalamnya iman para muktazilah dan jabariah.

11. Jabariah pula mengatakan tiada usaha melainkan dari Allah, hamba ini seolah-olah mayat, seperti wayang kulit kepercayan sebegini adalah bahaya boleh keluarkan syarat taklif dan ditakuti kepada kafir.

12. Kemudian Al-Fadhil ustaz membaca kitab kedua “Daqaiqul Akhbar” pada menceritakan keadaan pada hari kebangkitan semula, dimana menyeru orang yang menyeru “dimana ahlul fadhli?” maka bangun segerombolan kecil maka masuklah mereka kedalam syurga, lalu ditanya oleh malaikat siapakah mereka, mereka itu adalah orang yang apabila dizalimi mereka sabar.

13. Barangsiapa yang sabar dengan maksiat maka akan diangkat 300 darjat Allah bagi 1 darjat jaraknya antara langit dan bumi. Setiap maksiat ada empat unsur, manusia, dunia, syaitan dan hawa nafsu. Siapa yang sabar dalam mentaati Allah maka akan diangkat sebanyak 600 darjat, jarak satu darjat adalah antara langit dan bumi. antaranya orang yang menuntut ilmu. “Awwaluddin makrifatullah, fa’lam” maka tuntutan untuk mengenal Allah kena dengan cara ilmu juga.

14. Barangsiapa yang sabar dalam musibah akan diangkat darjat 900 darjat, jarak antara satu darjat adalah diantara arasy dan 7 petala bumi. (bukan 7 petala cinta) sabar yang paling diganjari adalah sewaktu mula-mula ditimpa musibah (As-sabru fi sadamil ula). Arasy ada perhiasan, ditulis kalimah La ilaha illallah, Muhammadar Rasullullah, maka oleh itu dinding rumah kita jangan biarkan kosong dengan kalimah Allah dan Muhammad. Wallahu’alam.

Post: Ustaz juga promote kuliah Habib Umar yang akan diadakan pada 20 April kuliah subuh di BBU, Jumaat di UTM dan malamnya di Masjid Jauhar Mutiara Rini. Datnglah ambil imu dari ulama berketurunan Rasulillah. Semoga anda beroleh berkat dunia dan akhirat.