Soalan: Kawan aku yg suami meninggal ni tanya aku cm mana nk mula kan urusan harta utk faraid dll....
1. Mula-mula bertenang, jangan panik. Selesaikan dahulu urusan pengkebumian, bayar upah penggali kubur, pemandi mayat, van jenazah. Ambil dari duit sumbangan jika ada. Jika tiada ambillah dari duit Arwah suami.
2. Kemudian rancang dan mesyuarat sesama ahli waris yang lain. Contoh
ahli waris yang lain, ibu bapa arwah suami, adik beradik suami, anak yang telah
dewasa, datuk suami jika bapa telah mati… pendek kata berbincang untuk memudah
dan menyelarasakan urusan. Selalunya communication breakdown bila berlaku
kematian begini, elakkan bersangka buruk)
Dalam perbincangan sebut isu:
a) a) Ada berapa harta arwah
simati dan dokumen. Senaraikan
b) b)Ada berapa hutang arwah
samada dengan orang atau institusi bank. Senaraikan
c) c)Ada hutang dengan Allah,
Haji, Puasa yang tidak diganti, zakat simpanan tidak dibayar sebelum ini.
Senaraikan
d) d) Siapa yang akan pergi buat
pengurusan, buatlah pelantikan dan buat surat akuan sumpah jika perlu. (carilah
yang amanah, sihat dan bertanggungjawab)
3. Dapatkan sijil faraid di MAHKAMAH SYARIAH berdekatan.
Sediakan dokumen seperti sijil kematian, kad pengenalan ahli waris. Lebih mudah
jika upah peguam untuk lengkapkan dokumen permohonan sijil faraid di Mahkamah
Syariah. (tanya dulu berapa upah sediakan dokumen sahaja?
Nak failkan sendiri tanpa upah peguam boleh juga, tapi
kenalah isi borang
4. Pada masa yang sama boleh ke PEJABAT PUSAKA KECIL
sekiranya arwah suami mempunyai harta tak alih (tanah, kebun, rumah). Disana ada
disediakan check list (senarai dokumen diperlukan) dan milestone (carta aliran)
apa yang diperlukan untuk failkan pembahagian pusaka hinggalah surat kuasa
mentadbir dikeluarkan.
5. Sekiranya arwah suami meninggalkan harta alih sahaja (harta
alih: duit tabung haji, duit kwsp, duit simpanan bank, saham, kereta, motor) boleh terus pergi ke Amanah Raya berhad.
Dapatkan checklist disana.
Bila dah dapat siapa yang akan jadi wakil ke Mahkamah
Syariah dan Pejabat Pusaka Kecil, boleh update apa lagi dokumen diperlukan.
6. Sijil Faraid oleh Mahkamah Syariah, boleh digunakan untuk
keluarkan duit dari akaun simpanan, untuk sesetengah bank cukup zahirkan sijil
faraid, perakuan oleh ahli waris untuk melantik wakil buat pengurusan harta.
Tukar nama kereta dan lain lain. Namun ada juga agensi yang tetap perlukan
surat keputusan biccara pusaka kecil oleh Pejabat Tanah.
Abu Razeen