Video 1.
Perkenalan kepada keris patani dan keris Madura
Bilah patani
Keris Madura
lok 11
Cara
keluarkan karat dari keris atau mencuci keris, ada dua kategori
1. Rendam
dalam air kelapa, ditusuk dengan batang pisang
2. Cucian
biasa
Limau agen
menyingkirkan karat
Berus gigi
Minyak wangi
Pisau potong
limau
Keluarkan bilah
dari hulunya
Kenali hulu
Pendokok
Putting
Rendamkan
bilah ke dalam air limau
Bembacan
mula dari ekor cicak bawa ke hujung mata
Bawa ke satu
arah sahaja.
Beruskan
bahagian yang berkarat, jangan terlalu kuat.
Bilas dengan
air mineral, air ada klorin boleh memberi tindakbalas terhadap bilah.
Lapkan
bilah, bilah tidak digalakkan jemur pada matahari.
Cara tradisional
mengeringkan keris adalah dengan mengasapkan.
Biasa diasap
guna kemenyan.
Boleh juga
menggunakan bukhor, konsep pengeringan menggunakan bara.
Penting
untuk memastikan keris kering dari unsur air atau lembapan.
Air atau
lembapan boleh tersimpan dalam rongga keris atas rekahan pamor
Jangan
terlalu panas kerana ia boleh merosakkan besi pula.
Bacalah ayat
quran mana yang diingat bagi mengelakkan pembaziran masa dan unsur pemujaan.
Minyakkan
bilah, guna minyak bakalawali
Minyak wangi
biasa tidak digalakkan, sebab mungkin termasuk bahan kimia yang boleh
merosakkan bilah untuk jangka masa panjang.
Minyak mesin
jahit Singer juga dikatakan minyak terbaik untuk menjaga besi.
Ratakan
minyak keseluruh bilah, jangan terlalu banyak, cukup sekadar diratakan.
Masukkan kembali
hulu. Ketatkan dengan perca kain atau benang jika perlu.
Hulu dan
bilah tidak semestinya ketat. Hulu yang boleh dipusing bukanlah satu kecacatan
pada sifat keris. Bahkan ia memudahkan isyarat bahasa keris untuk pemakai.
Sekiranya
hulu menghala keluar, itu tandanya mahu ajak berperang, jika hulunya kedalam
itu tandanya dalam aman, mengadap Sultan, pembesar atau masa dibawa berjalan. Biasakan
hulu ke dalam.
No comments:
Post a Comment