Wednesday, September 18, 2024

PERBEZAAN STATUS SAKSI NIKAH FASIQ DAN WALI NIKAH FASIQ

 PERBEZAAN STATUS SAKSI NIKAH FASIQ DAN WALI NIKAH FASIQ

Selaras dengan Quran dan Hadis Nabi, saksi yang fasiq tertolak kesaksiannya termasuklah dalam saksi nikah. Namun status saksi nikah dan wali nikah ada perbezaan dalam kitab fiqh, jika boleh dilihat dalam kitab Tuhfatul Muhtaj Imam Ibnu Hajar al-Haithami.

Qaul Masyhur Mazhab Imam Shafie tidak sah nikah wali yang fasiq, namun ada perbahasan fuqaha’ status nikah menggunakan wali fasiq.

Imam Ghazali, Ibnu Solah dan Imam Nawawi dalam Raudhah, Imam Subki dan Imam Azraie berpendapat sah wali yang fasiq menikahkan kerana jika berpindah wali Hakim, akan pergi kepada Hakim yang Fasiq pula.

Ulama’ mutaakhirin berpendapat sah wali nikah yang fasiq secara mutlaq. Kata Ibnu Hajar dalam Kitab Tuhfah, sah kerana fasiq itu telah umum, ghalib pada kebanyakan manusia.

Imam Ghazali kata, barangsiapa membatalkan hukum nikah dengan wali yang fasiq nescaya dihukumkan atas segala manusa pada masa ini anak zina, yakni tiada anak halal tetapi anak syubhah.

Wallahu’alam

[Idhohul Bab li Muridin Nikah Bi Sawab – Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathoni ms14]