1. Satu tabiat yang sukar dikikis meskipun dah hujung bulan adalah …membeli buku.
Sukar sekali untuk mengelakkan Book Fair, yang sebetulnya jangan tahu langsung.
Baiklah berita baik untuk penduduk JB Popular Mega Book Fair @ Danga City Mall
buat kesekian kalinya bermula 21/11/2013 hingga 1/12/2013.
2.
Meskipun syarikat ini nampak 50% lebih kepada bahan bacaan bahasa cina namun,
tawaran yang diberikan untuk buku English sangat sangat berdaya saing berbanding
book store yang seumpamanya. Melainkan anda berada di Lembah Klang, sememangnya
KL Book Fair lebih menawarkan harga lebih berpatutan. Cuma yang tak tahannya
kat KL nak beli buku semasa peak time seolah olah kita berebut rebut nak cium
hajarul aswad …boleh ke? Sangat sangat tidak sesuai untuk membawa budak apatah
lagi budak dalam strolly.
3. BADAN selaku lead Malay bookstore di JB juga ada menganjurkan jualan.
Tapi masih dalam liga tersendiri, terus terang saya lebih suka panjat tingkat 3
Angsana untuk beli buku di BADAN dari pergi tempat lain sekiranya dianjurkan
bookfair yang sama disekitarnya.
4. Yang tak tahan kali ini adalah harganya, namun harus diingat duit
hujung tahun ni kena banyak belanja untuk anak anak nak sekolah, jadi pembelian
dibuat atas tawaran yang paling patut, walau dihati terkilan tak dapat beli
buku lain juga dalam harga tawaran.
5. Untuk kali ini buku World Atlas yang sepatutnya berharga RM65.70
telah diturunkan ke RM19.90 jimat RM45.80. Buku yang padat dengan info taburan
penduduk, geografi, industries lebih dari 50 negara di dunia. Bagus untuk
anak-anak. Rasyid Redho menjadikan ini buku pertama yang dibeleknya dengan
tidak henti henti mengucapkan terima kasih… macam beli kat dia.
6. The Upside Of Irrationality, The unexpected benefits of defying
logic at work and at home, oleh Dan Ariely, bakal mengubah pemikiran dan
pandangan kita terhadap apa yang berlaku seharian, dari routine pekerjaan
kepada sesuatu yang lebih menarik dan tidak membosankan, malah menjadikan kerja
di pejabat dan rumah lebih ceria dan berfaedah. Dari RM112.00 offer RM8.90 (ye
ke nie?) jimat 103.10. Yang ni Edo tak baca pulak.
7. The 10 Laws Of Career Reinvention, Essential Survival skills for any
economy by Pamela Mitchell. Buku ni mengajar kita bersedia untuk embarking new
world of career, tapi bukan maksud nak suruh anda berenti kerja sekarang dan
cari kerja baru, Cuma apapun rancangan pada masa depan mesti ada plan dan
stategy. Dari 79.60 la nie dah jatuh RM6.90. Jimat 73.00.
8. Dan last not least (untuk tahun 2013) Speeches that changed the
World. Mencuri rahsia pemidato dunia, kalam kalam yang mengubah minda, lidah
yang mengubah paradigma, menariknya buku ini telah menyenaraikan Nabi Musa Nabi
Isa dan Nabi Muhammad SAW sebagai senarai tiga tokoh pengucapan yang mengubah
dunia dalam buku ini. Memberi suatu pengiktirafan. Selain dari melihat tokoh
tokoh lain.
9. Tokoh lain yang perlu anda kenal, seperti Jawarhalal Nehru, Malcolm
X seorang dua Islam yang tersenarai selain pemimpin Amerika, Perancis Jerman
dan sebagainya. Jika tuan puan mahu anak anak jadi pemidato, ada baiknya kita
belajar dari yang berpengalaman.. hanya kerana mulut Adolf Hitler yang
berhantu, beliau telah merobah peta Eropah dan mengakibatkan Eropah bermandi
darah. He heh, emosi sket. Harga Asal RM58.95 Great Offers RM15.00 potong
43.95.
10. Mungkin ada yang terdetik buku-buku yang dijual murah ini hanya
untuk mengosongkan stor setelah buku tak laku dijual. Bagi saya…. Tidak memandang
begitu. Masyarakat kita memandang rendah buku yang murah tapi sebenarnya ia
masih berkualiti, sedangkan bangsa-bangsa lain sibuk, mengambil kesempatan dari
tawaran yang diberikan dengan mengisi bonet kereta. Bagi mereka buku dan isinya
adalah harta dunia. Gerbang ilmu pengetahuan, meskipun belum tentu dibaca
tetapi sekurang-kurangnya duit dibelanjakan kepada yang berfaedah.
11. Kesimpulannya dari jumlah asal harga buku kesemuanya RM316.55 dapat
di crampkan kepada RM50.70 sahaja. Mungkin ini langkah kanan saya pada hari
Sabtu, tak tahulah sekiranya hari lain tak dapatpula rega macam ni jangan marah
saya. Apapun selamat membeli …tipah kata nak pergi jugak next time bebeh!.
P/S: pagi tadi pergi x-ray rasyid redo yang kepala terhentak windscreen
myvi, Alhamdulillah masih waras. Tiada sebarang clot atau crack dalam kepala,
apapun kejadian basikal langgar myvi bukan myvi langgar basikal akan
membantutkan impian berbasikal keliling taman buat cuti sekolah kali ni. Beli
burger jalan kakilah kau redo, baca buku kat rumah lagi baik. Huhu!