Monday, April 11, 2022

AMAL WIRID SELEPAS SOLAT

 AMALAN WIRID SELEPAS SOLAT

Ramai orang Melayu di Malaysia khususnya dan di Nusantara amnya tidak berapa kenal atau tahu bahawa amalan wirid selepas solat yang diamalkannya merupakan susunan dari Al Arif Billah Syeikhul Akbar Ahmad Al-Qasyasyi , ulama besar di Tanah Suci di kurun-16. Amalan wirid telah dikumpulkan oleh beliau ,setelah melihat pada amalan-amalan ahli Madinah yang menjadikan wirid tersebut amalan yang telah berjalan sejak zaman Rasulullah S.A.W lagi.
Wirid-wirid ini telah dicatat dalam kitab-kitab Jawi seperti kitab Hidayat As Salikin , Bada i zuhur dan banyak lagi kitab-kitab karangan ulama Jawi yang terkenal.
Silsilah wirid ini dari pengarangnya adalah seperti berikut - Amalan Ahli Madinah - Syeikh Al-Qushashi - Syeikh Ibrahim Al-Kurani - Syeikh Abdul Rauf Al-Fansuri - ulama-ulama alam Melayu.
Syeikh Ahmad Al-Qasyasyi adalah Syeikhul-Akbar Syeikh besar Thoriqat Syathoriyyah. Beliau wafat pada tahun 1660M/1071H di Madinatul-Munawwarah di kebumikan di perkuburan Al-Baqi'.Beliau juga adalah guru Tarekat kepada Syeikh Abdul Rauf As-Singkili atau Syeikh Kuala(Acheh) , Beliau juga guru kepada Qutbuddin Syeikh Daud Al-Fathoni dan juga guru kepada Syeikh Abdul Malik bin Abdillah Sang Wali Keramat Tokku Pulau Manis.
Wirid pusaka (Auradul Madaniyah) Syeikh Thoriqat Syathoriyyah ini dulunya menjadi amalan popular ahli Madinah Ar-Rasul dan Tidak ada lagi sejak Zaman Pemerintahan Wahabi di Arab Saudi selepas 100 tahun . Beliaulah yang menyusun Wirid mulia ini kembali kepada Al-Qur'an dan Al-Hadis.Di-amalkan dia sesudah selesai tiap-tiap solat Fardhu yang lima.
Bersyukur lah kita Wirid dan zikir yang disusun As-Syeikh Qutubul-Wujud Sayyidi Ahmad Al-Qusyasyi r.a. berkekalan di Tanah Melayu semenjak dahulu sehingga kini. Kerana Kebanyakan masjid di Semenanjung Arab sudah tidak diamalkan lagi sejak pemerintahan Wahabi.
"Aku bangga Menjadi Melayu - Islam." Terlalu banyak jasa tokoh tokoh ulama tanah melayu terdahulu yang merantau dan menimba ilmu berpuluh-puluh tahun di Tanah Semenanjung Arab. Segala ilmu berbagai ilmu yang mereka perolehi di turunkan kepada anak-anak Melayu yang sanad ilmunya masih bersambung sehingga ke hari ini.
Alhamdulillah syukur! ❤
Kredit penulis Tengku Daeng Mawelle