Friday, February 9, 2024

SETELAH 09 FEBRUARI 2024 ..KEPUTUSAN MAHKAMAH PERSEKUTUAN KES NIK ELIN V KERAJAAN KELANTAN

 


KITA HARUS BAGAIMANA?

10 perenggan Malaysiaku sayang

1. Hingar dentuman mercun, belum habis pening macammana nak lafaz jawab “Salam Isra’ Mi’raj”, dan pagi tadi keputusan Mahkamah Persekutuan 9 Panel pun as expected. Sentimenpun meletup-tup macam mercun juga.

2. Bagaimana mahu mula?. Macam ni boleh tak…

3. Bilakah kedatangan Islam ke Tanah Melayu?, cuma catatan baru bersurat Trengganu pada abad ke 13, manakala undang-undang Melaka dan Hukum Kanun Melaka abad ke-14.

4. Johor pernah terjemah Mejelle Al-Ahkam (Turki) dan jadi undang-undang negeri, kemudian ada Undang-Undang Tubuh Negeri Johor 1895 menyatakan Sultan mesti orang Melayu beragama Islam, ..ya Islam agamanya.

5.  Jadi tiada siapa dapat nafikan Islam adalah agama (termasuk adat Melayu) yang mentadbir di Tanah Melayu sebelum datangnya penjajah. British menukar fabrik masyarakat kepada Common Law & Civil Law dan secara halus meminggirkan Undang-Undang Islam yang tadinya gah kemudian jadi ibarat lukut ditepi gantang.

6.  Kuasa ugama dan adat istiadat Melayu kekal kepada negeri dibawah payungnya Sultan, manakala lain lain kuasa pentadbiran disatukan bawah bendera persekutuan. Jesteru Perlembagaan Persekutuan 1957 menjadikan kuasa perundangan dihimpun dan dipecahkan dalam Jadual ke 9.

7. Jadual ke 9 mencawangkan kuasa perundangan kepada 3 pecahan. Senarai 1 Persekutuan digubal oleh Parlimen, Senarai II Negeri oleh Dewan Undangan Negeri dan Senarai III senarai bersama.

8. Bagi mengekalkan konsistensi geoperundangan negara, Artikel 75 menyatakan mana-mana undang-undang negeri yang tidak konsisten dengan undang-undang persekutuan adalah terbatal setakat yang tidak konsisten.

9. Jestru, kuasa Dewan Undangan Negeri tidak boleh mengatasi Perlembagaan Persekutuan, boleh study kes Iki Putra dan terkini Nik Elin lawan Kerajaan Negeri Kelantan. Untuk dua kes ini, Artikel 75 kekal mengawal sempadan perundangan negeri dan persekutuan.

10. Jadi kita harus bagaimana? Ini adalah wake-up call kepada semua pihak yang terlibat dengan kerajaan, policy holder, perundangan hatta ke singgahsana, untuk mengembalikan Islam kepada tempat sepatutnya. Jalankan peranan anda, mungkin tak sama semua orang tapi kelak kita akan ditanya apakah usaha kita!.

Aburazeen

Ya Allah muliakan Islam dan Muslimin

di pelusuk dunia

dan di tanah kami ini.