
2. Kitab yang disyarahkan oleh AL-Fadhil Ustaz adalah "Qatru Al-Ghaitsiah fi Ilmu Sufiah" karangan sheikh Husain Nasir bin Muhd Thoib Al-Mas'udi AL-Banjari. Tabarakallah pakcik mula melangkah ke alam sufi, so ada fenin lalat sikitlah nak faham. Sebab tu kena berguru. Pasal kitab tu nanti kita cerita lain.

3. Syahid pakcik untuk entry kali ni adalah majlis zikir dan selawat seperti mana dalam pict kat ataih sana, manatau kot-kot ada orang browse dan tahu majlis tersebut melalui entry kali ... panjanglah pahala untuk whistle blower kali ni. Ternampak advers ni masa dok belek belek aktiviti surau JMuttaqin ni, so tak salah rasanya kalau iklankan pulak dalam blog pakcik
4. Venue dekat Taman Daya JB, 18hb Feb 2012 Sabtu, harap pakcik takde sebarnag keuzuran (pesanan kepada diri sendiri). Sememang Johor amatlah subur majlis zikir dan ratib macam ni. Negeri Sembilan banyak juga gerakan tasaufnye tapi tak pasti pula serancak disini.
5. Pakcik nak tau sangat apa itu Ratib AlAttas, zikr Asmaul Husna, Qasidah wal macam macam lagi bende yangjarang jarang dianjurkan di sebelah tengah dan utara tanah air. so peluang begini jarang jarang dapat. Ya Allah tambahkan diriku ilmu bermenafaat dnia dan akhirat
6. Doakan diri ini istiqamah dalam perjuangan, cinta kepada ilmu, hidup mendapat maghfirah, mati kerana Islam. Tuhanku tambahkan ilmuku. Yuk solawat di Taman Daya1