Sunday, February 7, 2010
my 2 cent of 9 Nyawa
9 Nyawa
Pra: Ini mungkin novel tercepat saya habiskan.. 1 minggu! mula beli pada 21/1 habis baca 26/1. (saya bukan punya masa untuk membaca sekaligus). Fikir perjalanan dari Taiping ke Shah Alam pastinya amat membosankan. Sebelum 3.15 petang saya gagahkan juga mencari kedai buku popular di pekan Taiping.. akhirnya dapat juga.
1. Ramli Awang Murshid, tidak perlu dibahaskan lagi, punya peminat tegar yang tidak mampu digugat penulis-penulis lain. Saya kira kalau di terjemahkan ke Inggeris dan diadaptasikan ke filem mampu jadi macam John Carpenter.. horror master.
2. Bagusnya RAM punya resepi-resepi penulisan yang tidak dipunyai oleh orang lain, rahsianya boleh diperolehi dalam kelab RAM, kalau sesiapa yang berniat nak menulis, boleh mengambil langkah-langkah seperti beliau.... beliau mengambil berat tentang hubungan rohani menjadikan penulisannya berisi dan lebih dari sebuah karya kontemporari.
3. Terus ke 9 Nyawa, ceritanya menggunakan teknik penceritaan dua watak utama yang asing digabungkan pada bahagian ke75% cerita. Jangan ditanya apa teknik itu, kerana saya tidak punya kelulusan akademik tentangnya. Tapi ia biasa digunakan untuk mewujudkan variasi dan tarikan dari muka ke muka menyebabkan pembaca tidak mampu melepaskan buku kecuali untuk benda-benda wajib sahaja.
4. Teori 9 Nyawa, adalah datangnya dari barat, saya suka ia digunakan dalam novel ini, dan saya harapkan selepas ini RAM akan datang lagi dengan pantang dan taboo orang melayu seperti kucing melangkah mayat, nanti mayatnya bangkit... dsb. Tapi tidak perlu seperti cerita Tamar Jalis kerana tiada siapa mampu menggugat penulis tersohor dan bagi saya pencetus revolusi cerita seram Malaya.
5. Cerita Hakim di Singapura benar-benar hidup, dan setiap lokasi yang diperikan seolah-olah si penulis benar-benar menulis dari lokasi cerita. Itulah kunci realistik bagi sesuatu penceritaan. Pembaca suka seolah-olah mereka berada disitu. Meskipun pemisahan roh dan jasad Intan telahpun di disclaimerkan oleh RAM dihujung buku namun ia tetap mengujakan pembaca.
6. penulis bijak membawakan watak Khairil yang memerangkap keluarga Intan, .. saya mengharapkan penataan klimaks yang lebih hebat iaitu semasa, si khairil melarikan diri dari penjara dan sewaktu beliau ditembak oleh azizah. (orang jahat matinya mesti dahsyat kan!)
7. Penulis juga banyak buat homework, which is good! untuk para pembaca yang malas nak telan maklumat-maklumat ilmiah secara mentah., jadi disinilah datangnya tanggungjawab penulis, dan bagi saya RAM telah menjalankan amanahnya dengan penuh disiplin dan hikmah.
8. Beberapa perkara dibiarkan tergantung oleh penulis (sebab itu namanya novel misteri!) mana datangnya kucing masa kemalangan, kenapa intan yang dipilih, kenapa intan mukanya tidak sama bapanya sampai nyaris kena bunuh dengan bapa sendiri .... apapun sebab buku ni genre horror, maka penulis tidak bertanggungan untuk menjawab semua persolan, sepertimana kita tengok cerita hantu .. the mystery remains, atau nak keluar sequal lain?.
9. Saya menilai buku 9 Nyawa sebab ia hits kedai buku kebelakangan ini, tidak dinafikan sebelum buat satu penulisan kita kena kaji market, dan bagi saya RAM berjaya kerana beliau berhak mendapatnya. Manakala untuk peminat tegarnya (blogger safiy) ..worth it!
p/s: homers dan tolstoy siap korang balik ni aku balun sampai lunyai! .. the appeal 20% already, cerita pasal saman gantirugi
Subscribe to:
Posts (Atom)