MUQADDIMAH
Awal bermula dengan
Bismillah,
Syukur hanya kepada
Allah
Selawat nabi pada
Rasulullah
Semoga pertemuan ini
membawa berkah
Bapa-bapa ibu-ibu
Atas nama besar En
Azman
Kami mengucapkan
ribuan terima kasih sebesar besarnya
Kedatangan kami
disambut dengan muka yang jernih
Dinanti dengan dada
yang lapang, ditunggu dengan wajah yang berseri-seri
Namun demikian
entahlah kami tersalah cakap
Bercakap tidak
beradat, adat tidak bersifat
Supaya tidak timbul
cacat dan cela, tidak muncul tuduh dan kata
Supaya tidak datang fitnah
yang hina dari jauh menjunjung duli,
Dari dekat menyusun
sembah,
Mohon kami maaf diberi
atas silap dan salah.
Encik encik dan puan
puan,
Yang sebenarnya Yang empunya
hajat pada hari ini adalah encik Azman
Saya hanya ditugaskan
sebagai wakil untuk bicara menyampaikan hajat adat yang sebesar ini
Ridzuan zainudin nama
ditabal, johor bahru tempat tinggal,
ditugaskan En Azman
sebagai tukang bual, untuk menyampai hajat yang besar
Kerna besar hajat yang
saya nak sampaikan tak mungkin saya bercakap seorang,
tentu ada kawan tempat
berbincang.
INTRO
Menurut adat melayu yang
sebenarnya, sebelum hajat saya nak sampaikan,
Didalam setepak sirih
terdapat hati yang bersih
Didalam seulas pinang
terdapat hati yang dikenang-kenang.
Di dalam tembakau nan
secawan nak menyambung tali
persaudaraan,
Didalam secolek kapur
terdapat hati yang jujur
Tanjung Pindang
Kotanya sempit
Gedungnya tinggi
bertingkat tingkat
Sirih pinang saya
tolong Pak Ali cicip cicip
Baru saya sampaikan
hajat
Pengiring adat yang
kedua adalah bunga rampai
Daun kelapa melambai
lambai jatuh sehelai di pokok manggis
Tolong Pak Ali terima
bunga rampai, nanti bagi janda dan mak gadis,
Petang-petang membeli
nangka, nangka dibeli di pulau penyengat
Perlu sekali diberi
mak janda biar pak duda bertambah semangat
Jadi Pak Ali singkat
cerita, saya nak berceritalah sedikit,
Beberapa hari yang
lalu bahkan beberapa minggu yang lalu Pak Azman datang ke rumah saya,
Dia menceritakan kisah
anaknya yang bujang namanya Shahir,
Shahir ni dah berjalan
kemana-mana, tapi dua tiga bulan ni dia mulai makan tak banyak sangat,
Tidur terlungkup
terlentang, terlungkup terlentang
Dah periksa di rumah doctor
katanya tak ada penyakit,
Jadi bapaknya berjumpalah
dengan saya,
Dari pinang ke kampung
bukit,
Pergi ke pantai
menangkap bangau,
Periksa ke Doktor tak
ada penyakit
Agak agak kena
penyakit angau.
Kalau begitu tulah lah
itu,
Pergi ke pantai
menangkap bangau
Bangau ditangkap di
pantai senayang,
Kalaulah terkena
penyakit angau
Tidur tak nyenyak
makan tak kenyang.
Saya ondeng-0ndeng
saya Tanya-tanya\
Bapaknya kata, dia
nyebutlah nama budak budak dalam ngigaunya
Namanya …………………………….
Jadi kami naklah
cuba-cuba datang merisik-risik, sepatah kata orang
Harum baunya bunga
selasih tumbuh diatas pokok pinang
Kemarin datang
sudahlah merisik risik harini rencana datang hendak meminang
Anak itik
terkedek-kedek, terkedek kedek ditepi tangga
Anak orang jangan
diusik, kalau diusik hantarkan tanda
Kalaulah memang
pinangan dah diterima inilah sebagai tanda (bagi cincin) kepada nak yang kami
nak pinang
Sungguh tinggi sipokok
pinang tinggi
Tumbuh dekat si pokok
keladi
Takkan nak pergi bawa
meminang
Bawa mas dikasi anak
pak ali
Ini tanda pinangan ini
diterima
Perkara pinang
meminang ini takkanlah sampai disini sahaja
Jadi kalau begitu saya
nak bertanya sikit nih,
Pertanyaan saya ada 4,
bila di mana hendak
berhajat,
Apa maskahwin menurut
syariat,
Berapa RM hantaran cara
adat.
PENUTUP
Akhir kata saya bagi
pihak En. Azman, mohon ampun dan maaf
Kalau ada wajah yang
tersalah pandang,
Kalau ada nama yang
tersalah sebut,
Kalau ada gelar yang
tersalah ucap,
Kalau ada yang duduk
disalah tempat.
Check List meminang
1. Nama wakil/keluarga
yang meminang
2.
Nama bakal pengantin lelaki
3.
Nama orang yang ditunang
4.
Nak tahu sekarang jadi tunangan orang atau
tidak
5. Terima atau
tidak pertunangan ini
Selepas terima
baru serahkan tepak
sirih.
Soalan Asas:
1. Berapa nilai
maskawin
2.
Berapa banyak hantaran
3.
4.
Tempoh Berapa lama nak ikat.
5. Sekiranya tak
jadi.halal bi halal
kemuncak
Serahan cincin, cincin
merisik, cincin meminang dan cincin bertunang kepada wakil
Bilangan dulang
hantaran bertunang sila nyatakan.
Diminta untuk ibu
bakal pengantin untuk menyarungkan cincin.
Teromba
Bulat air kerana pembentung
Bulat manusia kerana muafakat
Faham sesuai benar seukur
Bulat segolek ,pipih selayang
Rundingan jangan selisih
mufakat jangan bercanggah
pantun
Panjat-panjat si pohon ara,
Nampaknya cantik berseri laman,
Hajat besar kami tak terkira,
Hendak memetik bunga ditaman.
Kalau gugur buah setandan
Sampai ke tanah baru tergolek,
Kami bersyukur kepada tuahn
Datang kami disambut baik.
kredit kepada utube Dato Thamrin dan Pak Ali.