Saturday, February 4, 2023

HUKUM URUSNIAGA DALAM OCTAFX

APA HUKUM MAIN OCTAFX ?

Sebelum mengetahui hukum, terlebih dahulu perlu diketahui apakah itu Octafx

APA ITU OCTAFX?

Berdasarkan rujukan kepada laman web rasmi Octafx https://www.octafxmy.net/company/about/ berikut adalah identity yang diperolehi:

OctaFХ—rakan niaga yang boleh dipercayai dalam pasaran Forex

Kami membantu pedagang Forex membuat keputusan dagangan yang paling menguntungkan dan cekap. Alami sendiri.

Misi kami

Kami wujud untuk menyediakan perkhidmatan yang cemerlang untuk mengakses pasaran Forex.

Kami memastikan pengurusan yang jelas dan tepat untuk dana anda, syarat yang telus dan bermanfaat untuk dagangan, serta perkhidmatan yang mudah digunakan untuk semua perkara lain. Tiada yang mengganggu anda untuk menghasilkan untung. Kami membantu anda meningkatkan pengetahuan dan kemahiran untuk berdagang dengan cekap dan bertanggungjawab. Pada setiap tahun kami meningkatkan syarat dan standard kami dalam usaha berterusan untuk menjadikan perdagangan dengan broker Forex #1 OctaFX ialah pengalaman anda yang terbaik dalam pasaran.

Kesimpulannya Octafx adalah satu lamanweb atau syarikat yang mengendalikan forex

APA ITU FOREX?

Forex (FX) adalah singkatan kepada Foreign Exchange yang bermaksud Tukaran Mata Wang Asing. Asas Forex adalah sama seperti mana perniagaan lain iaitu membeli satu mata wang pada harga rendah dan menjualnya semula setelah ada kenaikan harga untuk mendapat keuntungan.

APA HUKUM BERMAIN FOREX

Hukumnya haram. Berdasarkan keputusan majoriti mufti dan ulama.

Merujuk kepada pemegang autoriti mengeluarkan hukum di Malaysia Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI). Persidangan kali ke 98 pada 13 -15 Februari 2012 telah membuat keputusan.

Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa perdagangan pertukaran mata wang asing (forex) oleh individu secara lani (individual spot forex) melalui platfom elektronik yang ada pada masa ini adalah haram kerana ia bercanggah dengan kehendak syarak dan juga tidak sah dari sisi undang-undang negara. Selaras dengan itu, umat Islam adalah dilarang daripada melibatkan diri dalam perdagangan mata wang seumpama ini.

Untuk melihat alasan dan dalil pengharaman boleh rujuk ke http://e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/fatwa/fatwa/find/pr/10293  

ADA ORANG KATA MAIN FOREX HARUS, BAGAIMANA?

Memang ada yang mengatakan Forex halal, namun hujahnya boleh dipatahkan dan tiada autoriti. Sebagai umat Islam, pandangan berkaitan hukum syarak mestilah berdasarkan dalil. Dari dalil keluar hukum. Pemakaian hukum dikuatkuasakan oleh pihak yang mempunyai autoriti. Di Malaysia pemegang autoriti bagi hukum syarak adalah institusi Fatwa.

Seumpama seorang yang sakit. Jika sakit ia perlu berjumpa doctor, jika kereta jumpa dengan mekanik, jika kewangan jumpalah pakar kewangan begitulah hukum syarak, jika keliru rujuklah mufti.

Terima kasih

Abu Razeen

Halal itu jelas, Haram itu jelas, apa yang antara keduanya adalah syubhat.