Showing posts with label Family vacation. Show all posts
Showing posts with label Family vacation. Show all posts

Wednesday, June 9, 2010

Tanjung Dawai, Bukit Selambau, Paya Nedam dan Maher Zain


Ziarah Tok Nenek

1. Cuti penggal Jun 2010, 2 minggu yang berharga diperuntukkan sebaiknya dengan menziarahi saudara mara di kedah . Tok Njang adik aruah tok meninggal di Merbok, dalam dok kata nak balik ziarah raya tahun ni, rupa-rupanya adik arwah tok Baling pergi meninggalkan kami sebelum sempat Tipah jumpa dengan anak-anak. Moral Value: peruntukkan masa ziarah sebijaknya agar jangkauan liputan lebih besar dan lebih ramai yang boleh dikenali dan tak menyesal dikemudian hari.

2. 8/6/2010 destinasi pertama cuti-cuti ziarah adalah Tanjung Dawai, saya tak pasti apa dia punya tag tapi yang saya tahu untuk buat berniaga laksa yang sedap, belacan yang berkualiti boleh didapati disini, Arwah tok long, kalau beli belacan berbuku-buku penuh bonet kereta. Anda boleh bayangkan satu buku tu macam keju buku yang dibulatkan sebesar tupperwate setengah liter. Jadi bila ingat Tanjung Dawai saya ingat belacan. (jangan tanya saya samada saya jumpa dawai atau tidak disitu)


3. Sebelah jeti nak ke Pantai merdeka ada kedai makan yang hujung sekali, lauk ikan bakarnya enak sehingga menjilat jari, setidak-tidaknya masa ziarah nanti takde le nak belasah biskut merry macam tak pernah jumpa. Angin dari selat Melaka menjadi value add kepada keenakan luncheon kami kat Tjg Dawai.


4. Untuk mengelakkan kebosanan saya membeli cd Maher Zain, terpesona dengan promosi dalam IKIM.fm. Memang memuaskan, syukurlah anak saya si redo tu pun dah boleh hafal doa kepada pengantin pasal asyik dok ulang lagu Barakallahu Lakuma, begitu juga dengan razeen, manakala kiki suka Allahu Akbar.. walau jauh beno bunyinya. Kat bawah nanti saya bagi lirik lagu itu… (Blogger saf pasti menyukainya ..http://www.facebook.com/MaherZain#!/MaherZain)

Paya Nedam


5. Habis mengkedarghah ajer, kami terus ke Merbuk untuk upacara ziarah lepas tu ke Bukit Selambau dan destinasi terakhir untuk day trip kami ke Paya Nedam kampung ayah, satu-satunya nenek atau tok yang masih ada (selain dari itu tok tiri masih ada lagi)lepas tu kami pun balik ke Taiping bandar saya membesar @ kampung saya bandar kedamaian. Tak caya cuba pergi lake garden....


6. Syukurlah anak beranak tak fenin sepanjang perjalanan, sikiki pun sporting Cuma umminye aje fenin lalat, tapi tak capai tahap migrain lagi, under control. Khamis ini kami akan bawa tok dan tokwan kiki ke JB, jengah rumah kat Kangkar Pulai, rasanya nak bawak mereka ke Tanjung Piai InsyaAllah.

Maher Zain


7. Sebagaimana dijanjikan lirik Barakallahulakuma…. Sebenar saya suka lagu dia pasal irama ala-ala drama orkestra Mesir pun ada, tipis rindu pada Aida Al-Ayubi dan Ummi Kalsum. Hmmmmm, tapi lagu tepuk selipar takde tau.. ketepek-ketepek!

We're here on this special day
Our hearts are full of pleasure
A day that brings the two of you
Close together
We're gathered here to celebrate
A moment you'll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever

Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير

From now you'll share all your chores chores
Through heart-ship to support each other
Together worshipping Allah
Seeking His pleasure

We pray that He will fill your life
With happiness and blessings
And grants your kids who make your home
Filled with laughter

Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير

بارك الله
بارك الله لكم ولنا

الله بارك لهما
الله أدم حبهما
الله صلّي وسلّم على رسول الله

الله تب علينا
الله ارض عنا
الله اهد خطانا
على سنة نبينا

Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير


Kalau tengok betul-betul si Maher Zain ni ada sikit-skit macam Daughtry (coming home) selain dari album ini yang dimulakan dengan Allahu Akbar lagu keempat belas diakhiri dengan lagu Alhamdulillah, lagu pilihan saya ada satu macam lagu hindustan Oleh sebab best sangat, saya nak tambah lagi satu lirik Allah hi Allah kia kero (tiada kena mengena dengan kereta kia)

Allah hi Allah kia kero
dukh na kisi ko diya kero
jo duniya ka malik hai
naam ussi ka liya kero

Allah hi Allah

Allah hi Allah kia kero
dukh na kisi ko diya kero
jo duniya ka malik hai
naam ussi ka liya kero

Allah hi Allah

Just like a sunrise can't be denied
Oh, just like the river will find the sea
O Allah, You're here and You're always near
And I know without a doubt
That You always hear my prayer

sach ki raah pe chala kero.
dukh na kisi ko diya kero
jo duniya ka malik hai
naam ussi ka liya kero

Allah hi Allah

Allah hi Allah kia kero
dukh na kisi ko diya kero
jo duniya ka malik hai
naam ussi ka liya kero

Allah hi Allah

So many bright stars
Like diamonds in the sky
Oh, it makes me wonder
How anyone can be blind
To all the signs so clear
Just open your eyes
And I know without a doubt
You will surly see the light

aisa zulm na kia kero
dukh na kisi ko diya kero
jo duniya ka malik hai
naam ussi ka liya kero

Allah hi Allah

Allah hi Allah kia kero
dukh na kisi ko diya kero
jo duniya ka malik hai
naam ussi ka liya kero

Allah hi Allah


last sekali kiki cakap ...belilah yang original RM27 ajer..ayah bawa kiki jalan!

Monday, May 31, 2010

damn Israel and damn those relate with'em


Semalam askar Israel mengganas 65 batu nautika dari pantainya sehingga 12 malam tadi 19 ke 20 orang dilaporkan maut, kebanyakannya rakyat turki. Seperti biasa genderang perang bersahut-sahutan di negara-negara Islam, kali ini lebih hebat lagi kerana misi kemanusiaan antarabangsa dan pada kebiasaannya juga entiti haram di bumi Palestin itu mengatakan pembunuhan itu ada act of defence. Samada untuk melindungi negara Israel atau melindungi tentera Israel yang mendarat atas kapal Mavi Marmara. Setakat ini yang diketahui dua orang rakyat Malaysia dari kru Awani turut berada dalam kapal yang sama bersama-sama 600 orang lagi aktivis kemanusiaan. Dikatakan Mavi membawa bersama senjata yang bertujuan membantu Hamas dan lain-lain pergerakan pembebasan di Gaza. Pihak Israel juga menafikan berlaku krisis kemanusiaan di Gaza sehingga memerlukan kepada bantuan kemanusiaan. Hakikatnya Arab di Gaza telah lama menghadapi krisis kemanusaan sejak dijajah oleh Israel dan keadaan ini semakin runcing dari hari kehari.

Semalam di surau Pulai Indah, semasa kuliah maghrib isu-isu terkini telah diceritakan dan termasuklah gerakan memboikot barangan Amerika. Syukurlah sekarang ni perlahan-lahan saya dan keluarga cuba untuk menyahut seruan ini (sebab tu saya pakai Honda walau dihati nak pakai Harley Davidson). Tapi satu persoalan menarik yang wajar kita nilai semula dalam isu KFC. Sebagaimana maklum ia adalah fanchise dari syarikat yang berpengkalan di Amerika dan sejak kebelakangan ini KFC telah terkeluar dari senarai boikot kerana sebahagian besar sahamnya telah dimiliki oleh Jcorp (Johor Corporation) yang majoritinya bumiputra. Persoalan yang ditimbulkan ustaz tersebut, kenapa syarikat tersebut yang mempunyai pengalaman dan dana tidak mengasaskan satu syarikat baru yang seumpamanya, dimiliki oleh umat Islam dan menimbulkan keselesaan umat Islam khususnya di Malaysia untuk makan bersama keluarga.. Antara alasan yang diberikan adalah kerana branding establishment yang sedia wujud pada KFC sukar untuk dilepaskan, terdapat dalam satu kes dimana satu syarikat lain yang menawarkan service yang serupa disaman oleh KFC kerana menggunakan warna brand yang sama iatu merah dan putih. Pokoknya disini, kita masih takut untuk memulakan boikot kerana alasan-alasan diatas, malah diri sendiri inipun sukar untuk melawan nafsu permintaan anak-anak nak makan di restoran itu dan juga tawaran susu, pampers yang murah ditawarkan oleh Tesco. Mulakan azam yaa sheikh. Malam tadi selepas solat Isya’ kami buat solat Hajat supaya Allah SWT memusnahkan Israel dan memberi kekuatan kepada umat Islam, dan sekiranya musibah yang dikenakan keatas umat Islam diatas rombongan Flotilla memungkin mereka menghadapi maut berikanlah kesabaran dan sekiranya mati, mereka mati syahid.

Thursday, April 1, 2010

tips ceramah kamal afandi



9 tips untuk bakal penceramah. diambil dari kamalafandi blog www.kamalfndhashim.blogspot.com. beliau adalah penceramah berkaitan jenayah dan selalu masuk tv.

Bagi yang berminat untuk menjadi penceramah, berikut saya (Kamal Afandi) perturunkan seba sedikit ilmu setelah 15 tahun di dalam bidang ini.

1. Kebanyakan yang mengundang ceramah sebenarnya tidak berminat mengetahui samada yang dijemputnya sihat atau tidak. Yang penting orang itu datang pada masa itu. Sebelum atau selepas itu, apa jadi pada penceramahnya, samada hidup, mati, cacat, itu urusannya.

2. Nilai kertas bagi sesetengah pihak lebih mahal daripada ilmu. Sebab itu mereka akan bertanya samada ada kelapangan atau tidak menerusi telefon sebelum bersedia untuk menghantar jemputan rasmi.

3. Penceramah hendaklah berkira kira soal kebajikan apabila timbul perbincangan upah. Ingat selalu bahawa kebajikan itu pahala walaupun penganjur lebih banyak berbelanja untuk hal lain. Ini kerana penganjur akan cuba memberikan yang terendah untuk ilmu dan tertinggi untuk makanan.

4. Tidak usah bertekak dengan pam atendan apabila cuba mengisi minyak kenderaan dengan memberitahu bahawa dia juga mendapat pahala kebajikan bila memberikan diskaun. Begitu juga dengan jurutol apabila membayar tol serta juga pemotong bil letrik dan air di rumah.

5. Cuba ambil kelas nyanyian kerana artis mendapat bayaran lebih banyak untuk lagu dalam 30 minit berbanding penceramah yang bercakap ehwal ilmu untuk 2 jam.

6. Bersedia untuk kelewatan majlis kerana telahpun dijanjikan sejumlah wang. Walaupun tempohmasa akadjanji telah tamat, katakan 10pagi ke 12tghari, dan terpaksa dianjak 12tghari itu ke 1 ptg, jangan fikirkan sangat tentang temujanji berikutnya yang tidak dapat ditepati gara gara penganjur gagal menepati masa.

7. Ingat bahawa sesiapapun mempunyai hak meletakkan gambar dalam iklan mereka walaupun tak pernahpun berjumpa dan membincangkan undangan itu. Ini bagi membantu mereka melariskan jualan walaupun nama penceramah jadi tercemar bila tidak hadir pada hari yang dijanjikan kerana tidak tahu menahupun hujung pangkalnya.

8. Sentiasa bersedia untuk hinaan paling hebat bila kesediaan penganjur untuk membayar upah selayaknya rupa-rupanya fitnah semata mata.

9. Jangan kecil hati bila penganjur salah eja nama kalaupun andalah fokus majlis itu kerana ada hal lebih besar yang perlu mereka fikirkan seperti khemah, protokol dan jamuan.

kamal fnd hashim