Friday, June 12, 2009

POST SEMINAR KRISIS MURTAD

Alhamdulillah, Seminar telah selamat berlangsung, tapi masih menunggu resolusi dari urusetia, khabarnya semua kertas kerja akan dijadikan PDF untuk dikongsi semua. Ini menepati konsep sharing knowledge yang mesti dipupuk oleh semua. Jadi buat masa ni hanya beberapa gambar yang boleh dipaparkan.
Semuanya berjalan seperti yang dirancang, penuh dengan maklumat bahkan tidak mencukupi bagi sebahagian peserta, dihadiri oleh lebih kurang 280 peserta yang penuh dengan enthusiasm.

Banyak-banyak maklumat ada satu perkara yang pasti baru diketahui faktanya. Salah seorang ahli panel seminar Hj. Muhammad Abdullah Nicholas Sylvester bagitau takdenyer air mineral yang dicampur holy water, tidak ada holy water dibuat dari anjing hitam atau dari janin padri+biarawati digereja. Holy water dibuat di vatican bukan untuk diminum, ia untuk upacara baptis. Yang ada didakwa sekarang mungkin air yang dijampi atau disihir. Orang kristian pun marah apabila kita bagitau ada air mineral dicampur dengan holy water.

Kata Hj Muhammad ia dibuat dalam satu bekas besar air biasa dicampur sedikit minyak zaitun untuk memberikan sedikit rasa setahun sekali dibuat dan diedarkan keseluruh dunia, adapun intipati yang ngarut-ngarut macam dibagitau kat atas adalah bidaah belaka, bukan dalam Islam je ada bidaah. agama lain pun ada bidaah, bahkan lagi teruk dan tidak terbendung.

Itu baru sikit maklumat yang kita salah terima, ada banyak lagi maklumat lain yang kita boleh dapatkan dalam kertas kerja yang akan diuploadkan nanti.

Kepada semua pengunjung blog aburazeen yang hadir hasil dari iklan dalam blog ni dan memberi komen saya ucapkan terima kasih, at least ianya dapat dikira sebagai in return to Allah. Ini menjadikan saya lebih bersemangat untuk mengupdatekan blog atleast seminggu sekali.

Inilah tenaga-tenaga penggerak seminar kemaren, semoga dapat berjumpa kalian lagi diprogram akan datang terima kasih sertakan saya sekali dalam jihad ini

p.s aburazeen cuti seminggu di Sg. Relong-Caruk Nau-Paya Nedam sempat update blog myrazeen sahaja, ada masa ziarahlah.