Bulughul Maram kitab malam ni dan malam besok
Post: 21/01/2014 Pondok Ledang BBU JB
Sheikh Husni Ginting al-LankatiKitab Bulughul Maram oleh
Sheikh Muhammad Idris Al-Marbawi Al-Azhari Al-Malayui
Percetakan al-Anuarul Muhammadiyah. Cairo
m.s 93 - 97
sebarkan kebaikan walau dengan share button fb pondok ledang
Bab Syarat Solaah:
1. Dari Jaabir r.a Nabi SAW telah bersabda baginya.
Apabila adalah kain itu luas maka berselimutlah dengan dia, ya’ni didalam
sembahyang. Dan bagi Muslim: Maka selang selikan antara dua hujungnya, dan jika
ada kain itu sempit maka bercuking (jadikan kain) dengan dia. Bersetuju atasnya
riwayat Bukhari dan Muslim. Dan bagi Bukhari dan Muslim daripada Hadis Abu Hurairah
r.a tiada boleh sembahyang seseorang daripada kamu pada kain yang satu, yang
tiada atas bahunya daripada sesuatu.
Bulughul Maram ms 93 Syarat Solah, beserta dhabit al-faqeer abu razeen
2. Hadis ini adalah mengenai cara berpakaian menutup
aurat semasa dan diluar solat, wajib atas kita menutup aurat samada lelaki atau
perempuan.
3. Pada zaman Rasul SAW, ada sahabat yang susah dan
hanya mempunyai pakaian berbentuk sehelai kain sahaja. Di dalam Sahih Bukhari
ada disebut tentang ada seorang wanita datang kepada Rasul lalu berkata, “jadikan
aku isterimu” Saidina Anas ceritakan kepada anaknya. Lalu anaknya berkata: “Orang
ini tidak tahu malu”.Anas memarahi anaknya, lalu berkata: orang ini lebih bagus
dari kamu”.
4. Semasa Rasul melihat wanita tersebut, (dibenarkan untuk
melihat bagi tujuan meminang) lalu berkata seorang sahabat, “jika kamu tidak
mahu, berikan kepadaku”. Lalu Rasul bertanya: “Apakah yang kamu ada?”, Sahabat
itu menjawab: “Aku ada kain”. Rasul bertanya kepada Sahabat tersebut: “Jika
kamu memberi kain tersebut kepada wanita ini, apa yang kamu ada?”.
5. Peristiwa ini menunjukkan kehidupan para sahabat
yang serba kekurangan. Ada yang hanya mempunyai sehelai pakaian Malah ada yang solat
dengan sehelai kain sepertimana dalam hadis diatas.
Sheikh Husni Ginting al-Lankati al-Azhari, Musnid Asia Tenggara. Daurah di Pondok Ledang sebulan sekali talaqqi kitab Bulughul Maram 2 malam berturut-turut.
6. Oleh sebab itu, dalam satu riwayat dari Abu Hurairah r.a., Rasul SAW. bersabda: "Sebaik-baiknya
saf bagi kaum lelaki ialah saf pertama-nya, sedang seburuk-buruknya saf bagi
mereka ialah saf yang penghabisan. Adapun sebaik-baiknya saf bagi kaum wanita
ialah saf penghabisan, sedang seburuk-buruknya saf bagi mereka ialah saf
pertamanya." [Muslim] Yang
dimaksudkan dalam hadis tersebut adalah perempuan yang berada di saf depan
berkemungkinan akan berada berhampiran dengan sof lelaki paling belakang. Maka
pada zaman Rasul, perempuan yang solat di Masjid, bangun dari sujud
disengajakan lambat supaya tidak terlihat aurat lelaki yang berpakaian
cukup-cukup sahaja.
7. Sheikh Ali Jum’ah berkata ciri-ciri pakaian menutup
aurat adalah, kain dari jenis yang tidak menampakkan warna kulit, contohnya
kain kebaya yang dipakai kebanyak perempuan. Kadang-kadang sempit dan nipisnya
pakaian sehingga menampakkan warna kulit. Itu haram. Kemudian pakaian tersebut
hendaklah tidak sempit sehingga menampakkan bentuk tubuh badan.
8. Ada orang pernah berkata, kalau lelaki berpakaian
sempit muat-muat badan kita melihat tak rasa apa-apa pun. Ya memang kita
melihat tidak apa-apa, bagaimana pula dengan perempuan yang melihat lelaki yang
pakai pakaian muat-muat sahaja, mungkinkah mereka juga akan naik nafsu. Seperti
kita melihat perempuan berpakaian begitu.
9. Sheikh juga mengingatkan supaya menjaga aurat terutama
di bahagian lutut, yang dimaksudkan adalah lutut bukan atas lutut. kadang-kadang
semasa kita solat memakai kain atau kain ihram, sewaktu sujud kebarangkalian
untuk nampak pangkal lutut adalah luas. Oleh itu dikepit sedikit supaya
auratnya dibahagian belakang lutut tidak terbuka.
جرهد بن خويلد الاسلمي الهجيمي أبو عبد الرحمن قال له النبي
صلى الله عليه وسلم غطى فخذك فإنها عورة
10. Daripada Abu Abdul Rahman berkata, Rasul SAW bersabda: “tutuplah
lututmu, sesungguhnya ia adalah aurat”. Oleh itu kepada kawan yang mahu pergi
stadium tengok bola, hati hati jangan sampai melihat aurat orang, kalau boleh
dinasihatkan pemain bola agar pakai seluar menutup sehingga bawah lutut.
Kerana melihat aurat orang lain adalah Haram.
11. Jika merujuk kepada Fiqhus Sunnah, penulis dikatakan banyak
mengambil pendapat Mazhab yang tidak terpilih atau kurang kuat dijadikan
sebagai isi kandungan kitab, dalam kitab tersebut ada disebut aurat lelaki
bermula pada pangkal paha. Ini pendapat yang tidak kuat dan akan menjadikan
orang lain keliru.
12. Sheikh juga menegur orang yang pergi ke Masjid dengan
pakaian yang indah-indah, tetapi semasa solat di rumah pakaiannya ala kadar
sahaja. Ada yang pakai kain sahaja, baju tidak dipakai, itu salah. Sama juga
keadaan Solat semasa berpakaian ihram, sepatutnya kain ihram digunakan untuk
menutupi bahu dan bahagian atas badan, bukan solat dalam keadaan idtiba’, (membuka
bahu sebelah kiri). Malah ada juga yang solat dengan menyangkut kain ihram
dileher, itu juga salah.
يا بني آدم خذوا زينتكم عند كل مسجد وكلوا واشربوا ولا تسرفوا إنه لا
يحب المسرفين}(الأعراف:31)
13. Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang
indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan
sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau;
sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas [Al-A’raf:31]
14. Oleh itu Sheikh berpesan untuk solat, kenalah berpakaian
cantik-cantik pakai jubbah pakai serban, pakaian yang bagus dan bersih, kasihan
kain serban berbelas helai dalam almari menangis ia sebab tidak dipakai. Apapun terima kasih untuk ummu razeen atas meminjamkan kitab yang barakah ini, lenkali pinjam lagi. sebagai kredit pahala di akhirat kelak.
Post: “Sampaikan dariku walaupun satu ayat” Alhamdulillah,
ini hasil malam ni, malam besok ada lagi, sesiapa yang berkesempatan datanglah
ke Pondok Ledang, atas tu baru satu Hadis, banyak lagi hadis yang telah
disyarahkan oleh Sheikh Husni, kalau tak sempat juga niatkanlah akan datang
pada hari lain. Apabila kita berazam maka bertawakkallah. Malam ni banyak
santri baru, tak kenai pon.;) Ya Allah sampaikanlah aku ke majlis ilmu sebegini
malam besok dan besoknya lagi. Dan sekiranya aku tidak mati shahid di medan
jihad, matikanlah aku di jalan menuntut ilmu.