Sunday, January 31, 2010

My 2 cent of Jaja & Din (jemari seni)

Jaja & Din
Pra: Minggu ni macam biasa, balik Johor.. Alhamdulillah perjalanan balik sahaja dah berjaya tamatkan 9 Nyawa.. akan diresensi dalam entry lain. Sampai dirumah serahkan 9 Nyawa pada Tipah suruh dia baca pulak.. minta dia komen. Dia bagi Jaja & Din....
1. Saya pernah nampak Buku Jaja & Din. Kelemahan saya suka buat judgement by book's cover. Ist Impression saya ini buku cinta remaja, bukan untuk umur 30++ macam sekarang. Anyway sebab malas nak sambung John Grisham (..yg perlukan 100% penumpuan) Jaja dan Din saya jamah. Sambil-sambil tanggukkan Rifqi pun boleh baca.
2. First saya akan baca kulit belakang.. OK make sence. Terus baca dari depan (selalunya akan tengok muka surat terakhir). Dan saya tidak jadi tengok mukasurat akhir kerana buku JJ&D seolah-olah tahu my bad habit. Dalam prolog dia dah melarang kita dari tengok m.s akhir.. bijak.. bijak Noor Suraya. (dah tengok orangnya kat leman web jemari seni, tudung labuh U!)
3. Setiap mukasurat seolah-olah berinteraksi dengan pembaca, makin dibaca semakin geli hati. Ia bukanlah novel serius dan bukanlah novel humor. Bacaan ringan yang diberatkan penulis tanpa disedari pembaca.. two thumbs up!
4. Saya suka cerita ni sebab 1. Saya lahir di Baling, 2.Sekolah Agama di Krian(area Bagan Serai) 3.Pernah singgah di Pondok (Pondok Us Burhanuddin) 4. Saya juga Azhariyun ... semua sebab ini menjadi resepi kenapa saya perlu habis bacakan novel yang telah disalahanggapkan ini. Cerita akan jadi lebih menarik kalau ia menyentuh sedikit tentang pembaca. Pembaca suka disentuh!
5. Terasa buku ini dekat dihati.Satu kelebihan membaca novel, pembaca dibenarkan untuk berangan!.. terimalah hakikat pembaca novel sebenarnya menjadikan pembacaan beliau sebagai salah satu cara escapsm. Mungkin tidak semua malah tidak mustahil sama sekali. Jadi saya dah termasuk dalam kelompok itu sepanjang cuti hujung minggu ini.
6.Cerita mengenai pertembungan dua budaya yang berbeza, yang pada mulanya kita ibaratkan 'minyak dan air' tidakkan bercampur. namun cerita ini akan mengubah persepsi kita..
7. Sebenarnya saya belum habis baca.. lagi 25% perlu diexplore, tapi dah tak sabar nak buat resensi, NS sememangnya penulis yang hebat dalam kelasnya..
8. Saya akan masukkan entry lagi selepas habis baca buku (kena habiskan hari ni juga) ini tetapi mungkin lambat sikit kerana masuk kerja minggu ni banyak due date dan criminal cases yang perlu diberi perhatian..
9. Tahniah Noor Suraya!!