Monday, December 12, 2011

Perang 6 Oktober bagi Mesir - Israel

Entry ini di copy sebijik daripada blog lambaian islah full credit untuk tuan punya blog. Saya mohon share, sebab masa di Mesir ada pergi muzium sittah oktober tapi tak tahu secara terperinci begini. terima kasih.


Aqsa Syarif: Ulang Tahun Operasi Badar - Perang Ramadhan 1393H (Perang Oktober 1973) - beberapa pengajaran
BULAN ini genaplah ulang tahun Perang Ramadhan 1393H (Perang Oktober 1973) yang ke 41. Peperangan yang bermula pada 6 hingga 24 Oktober ini mempunyai implikasi yang sangat besar. Perang yang juga dikenali sebagai perang Ramadhan kerana bermula pada 10 Ramadhan dan Perang Yom Kippur kerana jatuh pada hari kebesaran orang Yahudi ini telah merubah lanskap politik timur tengah seperti hari ini.
Peperangan ini adalah sebahagian dari usaha Mesir dan Syria untuk merebut kembali wilayah mereka yang dijajah oleh Israel dalam Perang enam hari pada tahun 1967 iaitu Semenanjung Sinai dan Tanah Tinggi Golan. Perang 6 hari juga menyebabkan Jalur Gaza, Baitul Maqdis timur dan Tebing Barat di kuasai oleh Israel sepenuhnya. Mengambil peluang dari Hari kebesaran orang Yahudi iaitu Yom Kippur, di mana sebahagian besar tentera Israel sedang bercuti, Mesir telah mengatur serangan mengejut. Keupayaan tentera Mesir untuk menembusi garisan Barlev yang dianggap kebal oleh pertahanan Israel benar-benar menjadi kejutan. Di masa yang sama tentera Syria megambil semula sebahagian dari Tanah tinggi Golan yang dikuasai Israel. Kejayaan tentera Mesir dan Syria tidak kekal lama kerana mereka terpaksa berundur ekoran serangan balas oleh Israel. Bahkan ketumbukan tentera ke tiga Mesir terkepung sepenuhnya dan bakal menghadapi kemusnahan. Israel juga mengalami kemusnahan yang besar dengan hampir 3,000 tenteranya terbunuh dan 9,000 mengalami kecederaan. Buat pertama kalinya di dalam sejarah Israel menerima hakikat bahawa ia sedang menghadapi satu peperangan yang sebenar, sedangkan konflik yang berlaku dengan negara-negara Arab sebelumnya hanyalah sebuah pertempuran. Di samping itu hampir 500 kereta kebal dan 200 pesawat udara tentera Israel berjaya dimusnahkan oleh tentera Mesir dan Syria. Mesir dan Syria menerima kemusnahan yang jauh lebih besar, namun kejayaan pada peringkat awal peperangan memberi satu suntikan kepada seluruh dunia Arab dan negara Islam terhadap kemampuan berhadapan dengan regim Zionis di medan peperangan.
Amerika Syarikat telah bersetuju sepenuhnya di dalam Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu supaya resolusi 338 dilaksanakan iaitu gencatan senjata di antara kedua pihak. Ini adalah suatu yang jarang berlaku kerana Amerika telah terbukti sepanjang konflik timur tengah tidak akan memihak kepada keputusan Majlis Keselamatan atau Persidangan Agung PBB jika ia dilihat merugikan Israel. Bahkan acapkali AS akan menggunakan kuasa vetonya untuk membatalkan mana-mana resolusi yang diputuskan jika dianggap tidak memenuhi kepentingan strategik Israel. Dalam Perang Oktober 1973, AS mengambil pendirian yang sebaliknya. Ini ada berdasarkan kepada congakan bahawa Israel mungkin mengalami kekalahan dan terpaksa membuat beberapa konsesi yang menjejas kelangsungan negara zionis tersebut. Gencatan senjata ini bagaimanapun dicabuli oleh Israel yang terus mara sehingga ke Terusan Suez. Ini memaksa Majlis Keselamatan bersidang sehari selepas Resolusi 338 diluluskan. Resolusi 339 diluluskan untuk menguatkuasakan Resolusi 338. Motif sebenar Amerika terbongkar apabila pada 18 Oktober Presiden Nixon meluluskan peruntukan senjata tambahan kepada Israel disamping bantuan kewangan sebanyak USD 2.2 bilion. Keadaan ini telah menyebabkan Arab Saudi melakukan reaksi balas dengan mengurangkan pengeluaran petroluem sebanyak 5% sebulan kepada AS. Embargo ini kemudiannya di lanjutkan ke atas Netherland dan negara-negara lain mencetuskan krisis tenaga pada tahun 1973 yang menyaksikan ekonomi Amerika terjejas teruk. Ini adalah satu contoh bahawa negara-negara Arab mampu untuk menggunakan kuasa petrodollar untuk mencabar hegemoni politik AS di timur tengah.
Di masa yang sama AS telah menggunakan sitiasi perang Oktober untuk menghapuskan ancaman Mesir ke atas Israel. Oleh kerana objektif Mesir ialah untuk mendapatkan semula Semenanjung Sinai yang dikuasai oleh Israel, AS telah menjadikan ia sebagai umpan supaya Mesir bersetuju untuk berdamai dengan Israel. Presiden Sadat telah menyatakan persetujuannya untuk datang ke Baitul Maqdis dan mencari jalan perdamaian. Kehadiran Presiden Sadat ke Baitul Maqdis yang dikuasai Israel adalah satu isyarat pengiktirafan ke atas negara haram Israel. Perdana Menteri Israel, Menachem Begin telah mengambil peluang ini untuk memalukan Sadat dengan menyebut di dalam ucapannya Mengalu-alukan kedatangan Sadat ke Baitul Makdis, ibu negara Israel ’yang abadi’. Ucapan ini adalah merupakan satu tamparan kepada perjuangan pembebasan Masjid al-Aqsa dan bumi Palestin. Ia adalah sesuatu yang mencalar maruah dunia Islam seluruhnya. Hasil dari rundingan diplomatik di antara Mesir dan Israel yang di’broker’ oleh AS akhirnya membuahkan Perjanjian Camp David pada tahun 1978. Perjanjian ini telah mengeluarkan Mesir dari persamaan (equation) yang menentukan hala tuju konflik di Timur Tengah khususnya yang berkaitan dengan pembebasan Bumi Palestin. Sehingga hari ini Mesir adalah terikat dengan perjanjian untuk tidak menjejaskan keselamatan Israel. Tindakan Mesir pada hari ini yang menutup sempadan di Rafah dan tidak membenarkan bantuan menyeberang ke Gaza yang dikepung Israel, bahkan menghalang rakyat Gaza masuk ke Mesir untuk mendapat rawatan adalah sebahagian dari memenuhi syarat Perjanjian Camp David tersebut.
6 Oktober adalah satu tarikh penting sehingga Mesir dan Syria memilihnya sebagai tarikh untuk menyambut hari kebangsaan kedua negara. Mesir turut memilih 6 Oktober sebagai hari angkatan Tentera Mesir. Pada 6 Oktober 1981, dalam perbarisan tentera sempena ulang tahun perang Oktober, Presiden Sadat mati ditembak kerana tindakannya berdamai dengan Israel dan mengiktiraf entiti haram tersebut dianggap suatu pengkhianatan kepada umat Islam dan agamanya.
Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor
PengerusiAqsa Syarif


Terima kasih sekali lagi

Wednesday, November 16, 2011

Saksi Kroni Jurunikah Sah ke Akadnya?

Pra: setelah kian lama dalam mode hibernate, blog ni pun macam dah bersawang akibat lama tak sentuh, oleh yang demikian terima kasih kepada sahabat saya sorang ni yang sudi bertanyakan soalan cepumas yang mengakibatkan saya terpaksa membuka kitab dan memeras otak untuk menjawabnya. Akhirnya AR aktiv semula, masalahnya mungkin kita kurang ambil kisah sebab rata-rata orang bernikah sekali seumur hidup, (yang lebih tu bonus laa) jadi perkara saksi kurang dipertikaikan, kot nak ada pun ia bersifat one-off lepas tu terus selesai, malas nak ambil kira, rupa-rupanya ada yang mengambl kira, mohon didebatekan sekiranya tidak menepati hukum syarak dan undang-undang yang kita tahu.

Mohon pandangan menurut Ilmu Fiqh dan Perundangan Islam Versi 1Malaysia mengenai hal ini : Ada seorang bapa ingin menikahkan anak perempuannya dengan saksi bagi pihaknya adalah 2 orang kawan si bapa yang memang mengenali keluarganya itu dengan baik.

Apabila borang pernikahan diisi di Pejabat Agama , kedua-dua kawan itu pun diisi nama mereka sebagai saksi-saksi nikah.Namun apabila tiba hari Akad Nikah , Si Jurunikah menolak kedua-dua orang saksi itu dan menggantikan kedua-dua orang saksi itu dengan 2 orang kawan si jurunikah itu sedangkan 2 orang saksi baru itu langsung tidak mengenali pengantin perempuan itu.

Acara Akad Nikah pun berjalan juga . Dan sejurus selepas itu kedua-dua orang saksi baru itu pun mengisyaratkan kepada jurunikah itu bahawa mereka mahu 'wang saguhati jadi saksi' .

Itulah kisahnya.

Soalannya ialah :

(1) - Bolehkah orang yang tidak kenal pengantin perempuan itu menjadi saksi ?. Sahkah menurut Hukum Syariat , dan sahkah menurut Enakmen Agama Negeri ?.

(2) - Jika itu berlaku lagi kepada pasangan lain , maka apalah guna disi borang saksi nikah itu di pejabat agama sedangkan masa Akad Nikah orang lain pula yang menjadi saksi ?.

(3)- Benarkah ada Enakmen Agama yang menyatakan bahawa saksi-saksi nikah itu mestilah 'kroni' Si Jurunikah ?.

(4)- Bagaimanakah saksi-saksi 'kroni' yang tidak mengenali si penganti n perempuan itu benar-benar dapat bertanggung-jawab di mahkamah nanti apabila timbul kes-kes berkaitan pernikahan itu nanti ?.

Sekian . Harap dapat pandangan bernas semua pihak

(1) - Bolehkah orang yang tidak kenal pengantin perempuan itu menjadi saksi ?. Sahkah menurut Hukum Syariat , dan sahkah menurut Enakmen Agama Negeri ?.

Jawabannya:
Boleh, walaupun saksi tidak kenal, akan tetapi dengan kehadiran kad pengenalan diri, serta wali serta kerabat-kerabat yang turut meramaikan majlis akad nikah maka saksi yang bersama tok kadhi atau naib kadhi forsure kenal bakal pengantin lelaki dan pengantin perempuan. Dan ianya sah menurut hukum syarak berdasarkan research dalam marja’.

Merujuk kepada kitab rujukan mazhab shafie, Mughni Muhtaj karangan Imam Khatib Sharbini mensyarahkan Minhajut Talibin karangan Imam Nawawi. Ms 186 hingga ms190 Jilid 3 Maktabah Darul Fikr cetakan Beirut 1995. Disini beberapa cacatan ringkas terpilih dari mukasurat tersebut:


Saksi adalah rukun nikah ketiga, berdasarkan hadis Aishah:” Tiada nikah melainkan dengan wali dan saksi yang adil, adapun nikah yang tiada keduanya maka ia adalah batil”. Hadir kedua saksi tanpa berpisah dengan maksud yang sama, atau hadir mendengar akad dan tetap sah sekalipun saksi itu tidak mendengar jumlah maskahwinnya. Disunatkan hadir sekumpulan manusia sebagai tambahan dua orang saksi yang mana mereka terdiri dari orang yang baik-baik dan beragama.

Syarat kepada saksi ialah merdeheka, tidak sah hamba, lelaki, adil, mendengar, melihat, syarat lain kepada saksi adalah boleh bercakap, bijak dan punya ingatan, mengetahui bahasa kedua-dua orang yang berakad. Adil yang disyaratkan adalah adil secara zahir sahaja.

Istihab/disunatkan saksi-saksi diperkenankan (redha) oleh pengantin perempuan, seperti katanya, “aku ridho” atau “aku izinkan padanya” (iaitu apa sahaja yang boleh diktibarkan kepada perkenan si pengantin perempuan). Yang demikian itu untuk menunjukkan si pengantin perempuan tidak dipaksa, pemilihan saksi ini dibuat untuk mendapat kepercayaan pengantin perempuan sekira-kira ia tidak bersetuju dengan pernikahan ini. Tidak disyaratkan saksi pada sah nikah kerana ia tidak termasuk kedalam akad, ia hanyalah syarat sahaja, ber’kenan’nya dianggap mencukupi di dalam akad yang terhasil dengan izin dan keterangan dari pengantin perempuan, yang demikian itu dengan pemberitahuan dari walinya bersama kebenaran berkahwin.


Berdasarkan rujukan yang dibuat, tiada sebarang halangan untuk pihak naib kadhi atau kadhi memilih sesiapa yang cukup syarat atau syarat tambahan yang disebut dalam kitab, meskipun wali telah datang dengan saksi terpilih. Tidak disebutkan juga didalam kitab rujukan saksi mestilah saudara terdekat, atau sesiapa yang lebih kenal dengan wali atau pengantin perempuan.

Yang ada mungkin boleh dihujahkan dalam pertanyaan tadi, pihak wali telah berusaha menyediakan saksi yang berkelayakan dan kadhi atau naik kadhi (selepas ini disebut jurunikah) boleh menerima saksi yang dicadangkan dan boleh juga tidak menerimanya. Jurunikah boleh juga menyediakan saksi sekiranya orang yang datang tidak mempunyai saksi, senario yang berlaku apabila jurunikah telah menyediakan saksi-saksi tertentu dalam majlis akad sebenarnya tidaklah menyalahi hukum syarak, kerana yang nak menjaga kesahehan rukun nikah itu mestilah jurunikah, jadi mungkin saksi yang dibawa oleh jurunikah diyakini melengkapi syarat yang disebut di dalam kitab.

Saya harap pihak pengantin bolehlah bersangka baik terhadap jurunikah, kalau tidak takkan jabatan agama memberi tauliah penolong pendaftar nikah cerai kepada si jurunikah. Terdapat kriteria yang telah diteliti terlebih dahulu oleh Jabatan Agama sebelum tauliah diberi. Dan tauliah itu boleh pula ditarik balik.

Pada masa yang sama, pihak jurunikah diharap tidak terlalu rigid dengan saksi-saksi pilihannya sendiri sedang pihak pengantin ada membawa saksi yang diyakini oleh mereka. Perasaan kecil hati atau terkilan oleh rombongan pengantin apabila saksinya tidak diterima sepatutnya difikirkan sama oleh jurunikah. Ditakuti akan timbul fitnah, saksi pilihan jurunikah mengharapkan duit upah saksi yang bakal diterima disetiap kali akad nikah dijalankan. Sehingga timbul curiga ini adalah mata pencarian sampingan pengikut atau juak-juak jurunikah. Sesungguhnya fitnah itu lebih buruk dari membunuh maka mengelak dari fitnah lebih baik dari menggalakkan fitnah, tambahan pula dalam kerja ibadat yang sepatutnya penuh berkah maka tidak patutlah kita cari serakah.

Dicadangkan sekiranya perkara ini terlalu kerap berlaku sehingga menimbulkan perasaan tidak puas hati masyarakat, maka salurkanlah apa-apa cadangan terbaik kepada pihak kadhi atau naik kadhi atau lebih mujarab kepada pengarah Jabatan Agama Islam demi untuk kemaslahatan umat Islam agar tidak hidup dalam prasangka dan curiga antara satu sama lain.


Sahkah menurut Enakmen Agama Negeri ?.

Jawapannya masih sah juga. Kerana jika dirujuk kepada Bahagian III Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 dan bahagian yang sama pada Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Johor 2003 dan malah semua enakmen negeri dan akta wilayah persekutuan tiada sebarang spesifikasi tertentu diberikan kepada saksi nikah. Sepanjang pengetahuan saya juga, jarang berlaku pertikaian mengenai saksi nikah, yang sering terjadi pertikaian tentang wali atau tentang jurunikah itu sendiri. Kot nak jadi isupun sekiranya perbicaraan pengesahan nikah luar negara dan melibatkan sendikit ( bukan dibuat di pejabat agama Pattani, Yala, Songklha, Narathiwat, Batam dsb) so disini saksi akan dipertikaikan oleh Pendakwa.

(2) - Jika itu berlaku lagi kepada pasangan lain , maka apalah guna disi borang saksi nikah itu di pejabat agama sedangkan masa Akad Nikah orang lain pula yang menjadi saksi ?.

Jawapannya. Tidak menjadi sebarang masalah kerana yang diisi dalam borang adalah untuk kegunaan registration sahaja, tidak semestinya masa nak pi jabat tangan tok kadhi musti atau wajib saksi orang yang sama. Sekiranya dipaksakan maka mungkin akan lebih menyulitkan urusan pernikahan nanti. Contohnya Apa akan jadi sekiranya saksi yang telah tandatangan borang tidak dapat hadir majlis akad nikah, adakah majlis akad nikah akan di tangguhkan hanya kerana saksi dalam borang tak dapat hadir?

(3)- Benarkah ada Enakmen Agama yang menyatakan bahawa saksi-saksi nikah itu mestilah 'kroni' Si Jurunikah ?.

Jawapannya tidak ada, tidak semestinya saksi adalah terdiri dari kroni si jurunikah dan tidak semestinya kroni wali atau hatta kroni pengantin lelaki atau perempuan sekalipun. Asalkan cukup syarat seperti dalam kitab itu sudah memadai.

(4)- Bagaimanakah saksi-saksi 'kroni' yang tidak mengenali si penganti n perempuan itu benar-benar dapat bertanggung-jawab di mahkamah nanti apabila timbul kes-kes berkaitan pernikahan itu nanti ?.

Jawapan, saksi-saksi ini akan ditanya tentang soalan relevan sahaja, dan jika tidak tahu mereka kena jawab tak tahu. Dan sudah pasti soalan oleh mahkamah adalah berkaitan dengan hukum syarak. Saksi-saksi kroni akan dapat masalah sekiranya tidak cukup syarat seperti tidak mendengar lafaz ijab dan kabul atau tidak memahami bahasa pertuturan pengantin lelaki atau jurunikah. Pun begitu siapa boleh jamin saksi saksi dibawa oleh wali confirm tiada sebarang cacat celanya?.

Mahkamah akan tanya saksi bagi melengkapkan keyakinan sebelum buat keputusan, sekiranya dibawa saksi yang betul-betul kenal dengan pengantin lelaki dan perempuan sekalipun akan tetapi ia tidak mendengar lafaz ijab dan qabul atau dia tak ingat langsung majlis perkahwinan itu sebab kena penyakit chikugunya maka keterangannya tetap tidak terpakai tak kiralah betapa aqrabnya hubungan saksi dengan wali atau pengantin lelaki dan perempuan. Wallahuaklam.

post: Harap rakan seperjuangan @ jo miaw berpuashati dengan jawapan yang diberikan, boleh rujuk juga kitab Qailubi wa Umairah, atau untuk rujukan modern tengok Fiqhul Islami Wa Adillatuh karangan Dr Wahbah Zuhaili, apapun perbincangan masih boleh dilakukan, boleh bisik kat telinga jurunikah sebelum mula majlis supaya dibenarkan guna saksi kita sendiri, gunakanlah alasan yang munasabah contohnya saksi kita ni datang dari jauh uzur pula tu, takut nanti terkilan pula tak dapat jadi saksi... InsyaAllah bisa diatur, kalau tak puas hati juga ikutlah saluran yang betul.











Sunday, November 13, 2011

greenrun gunung belumut sampai sengal otot

1. At last, after 8th year of dreaming to conquest it finally come true. 12th Nov 2011 had stated, Gunung Belumut telah kujejak dan teroka. walau dengan almost 500 peserta green run yang lain, tapi saya berasa puas, sebab kalau nak naik sorang-sorang is strictly forbidden. Forest tak kasi naik sendiri sendiri, mesti ada guide (nak buat macam kinabalu kot). Anyway syukur Alhamdulillah. done it!
2. Kenapa 8 tahun?. sebab 8 tahun yang lalu Gunung Belumut (GB) adalah pemandangan indah yang dapat aku lihat setiap kali dapat balik ke rumah mertuaku. Rumah Tipah ler. Rumah dia kat Felda Kahang Timut specificly lebih kurang 5km nak ke kaki GB. Mathematicly ketinggiannya 1,010metres dari aras laut atau 3,314 ft. Itu kalau kira tinggi, tapi kalau mendaki jarak nak ke puncak ada la lebih kurang 6km. Greenrun kali pertama dibuat di GB untuk kategori wanita hanya 3km jumlah naik dan turun. Mankala kategori saya (lelaki terbuka) 6Km campur naik dan turun.
3. Treknya agak mudah untuk 500 meter pertama, disisinya air terjun yang molek untuk santai keluarga dan untuk meter-meter seterusnya perjalanan anda akan bertambah sukar, pengalaman saya naik kinabalu menjadi tips untuk lebih bersemangat. Tapi sejujurnya saya katakan, trek kinabalu lebih mudah untuk didaki. (bukan underestimate).

4. Sebenarnya mendaki gunung adalah salah satu cara escapsm saya dari tekanan kerja dan masalah sekitar, mendaki mendekatkan saya dengan tuhan. Mendaki juga satu cara untuk menunjukkan kita orang yang sihat (untuk kaki bangku macam saya) sebab saya tak suka persaingan, game yang memberi tekanan sebab saya tak suka kalah. Macam green run ni pun, bukan tujuan saya nak menang (sebab dah kalah) sebenarnya nak mencari kepuasan. Goal untuk pendaki adalah untuk sampai ke puncak, cepat ke lambat ke bergantung pada diri sendiri.

5. Walau tak dapat nombor satu, tapi saya sekurang-kurangnya pendaftaran nombor 001 jadilah. early birdkan.. .Kat km ke 3 dari kaki bukit ada landmark berbentuk baru bergerigi, orang kat sini panggil batu kerang, takde supersticious kat sini, namun tempat ni keras (kalau dihantuk kepala kat sini boleh pecah) dari sini lagi 3 km boleh sampai kepuncak.

6. Apapun terima kasih kepada jabatan hutan kerana telah menganjurkan greenrun 2011, harap ada lagi budget untuk buat kat gunung lain pulak kat Johor nie, boleh join. Nakcerita panjat bukit, semua bermula dengan Gunung Baling 420m, tempat saya dilahirkan di Kedah. Walau tak sampai kepuncak tapi sekurang-kurangnya saya dah mendaki separuh sewaktu sekolah rendah dulu. Kemudian Gunung Semanggol 15om tempat saya belajar Sek Menengah, rasanya lebih 2 kali naik gunung tu (nanti semak gambarnya kalau ada lagi).

7. Lepas tu Gunung Maxwell atau gunung larut 1,448m kat Taiping, yang ni masa kecik naik jeep landrover sampai ke atas, lepas tu bila dah besor panjat sendiri. Gunung Mat Cincang tak kira sebab naik pakai gondola begitu juga dengan Genting Highland. Gunung Datok 870m kat Rembau naik masa kat JAKESS. Gunung yang paling tinggi saya pernah naik setakat ni adalah Gunung Kinabalu 4101m. Selain dari tu Jabal Nur 200m pun saya belasah. Mula tu nak naik Jabal Uhud tapi tak boleh dapat naik Jabal Ramah (bukit pemanah) jer. Jabal Rahmah 70m kat Arafah pun dah naik juge.

8. Aim saya selepas menunaikan haji yang wajib tu, rasa nak naik Kilimanjaro lah. takpun Everest kalau ada sponsor (keh keh keh). Tapi mungkin terpaksa melupakan buat sementara waktu kerana kaki saya dah pun sengal sengal masuk greenrun. Harap boleh berkongi dengan anak-anak minat yang penuh sihat dan keinsafan ini. chalooo!
p/s Hannan suke suke suke


Thursday, August 18, 2011

Tazkeerah 10 Akhir Ramadhaan


Pre: Pagi jumaat, malam ni turn tazkirah, semasa blogwalking jumpa artikel hebat dari nurjeehan.hadithuna.com tentang 10 terakhir ramadhaan, kebetulan malam ni malam ke20, dengan azam untuk beramal dan menyampaikan sukalah saya kongsikan amalan Rasul pada 10 terakhir ramadhan, semoga amalan kita selari dengan sunnah rasul SAW. credit untuk tuan punya artikel hanya Allah yang mampu membalasnya.
Copypaste from http://nurjeehan.hadithuna.com/2009/09/teladani-10-akhir-ramadan-nabi/

RAMADAN menjanjikan ganjaran yang cukup istimewa bagi seorang Muslim ke arah mengecapi kecemerlangan hidupnya. Hal ini akan terlaksana dan tercapai dengan jayanya.

Pertama; jika setiap hamba benar-benar seorang Muslim yang mengerjakan ibadah puasa berteraskan keimanan dan muhasabah serta mengikuti sunnah Rasulullah SAW.

Kedua; yakin dengan ganjaran yang telah dijanjikan Allah SWT terhadap segala amalannya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

Sesiapa yang menghidupkan Ramadan dengan penuh keimanan dan penuh kesedaran (mengharap ganjaran Allah) nescaya akan diampuni baginya dosa-dosa yang lalu. (riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Memasuki detik 10 terakhir Ramadan pesona peribadi dan perilaku Rasulullah SAW terlakar dalam hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a yang bermaksud:
Adalah Rasulullah SAW apabila telah masuk 10 akhir daripada Ramadan, Baginda akan menghidupkan malam-malamnya, membangunkan ahli keluarganya dan mengikat pinggangnya. (Bukhari dan Muslim)

Kupasan ringkas hadis

Para ulama berbeza pendapat dalam memberi pentafsiran mereka terhadap hadis di atas. Namun demikian mereka sepakat bahawa Rasulullah SAW melipat-gandakan ibadatnya pada 10 malam yang terakhir Ramadan.

Hadis di atas menunjukkan betapa Rasulullah SAW amat memberi tumpuan serius pada detik malam 10 terakhir Ramadan terutama dalam perihal beribadah. Dalam sebuah hadis lain yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a yang bermaksud:

Rasulullah SAW bersungguh-sungguh dalam 10 hari terakhir bulan Ramadan, suatu perkara yang tidak Rasulullah SAW lakukan pada bulan-bulan selainnya. (Muslim)

1. Mengikat kainnya

Ibn Hajar al-Asqalani menyatakan bahawa para ulama mempunyai beberapa pendapat terhadap istilah ‘mengikat kainnya’.

Di antara pendapat yang paling kuat ialah ia membawa dua pengertian iaitu Rasulullah SAW tidak menggauli para isterinya iaitu melakukan hubungan suami isteri (jimak) dan ini digambarkan dengan istilah ‘mengikat kainnya’.

Maksud yang kedua ialah baginda SAW bersungguh-sungguh dalam setiap ibadah yang dilakukannya. Kedua-dua pengertian adalah tepat jika dilihat dari perbuatan Rasulullah SAW tatkala tiba malam-malam 10 akhir Ramadan. (Fath al-Bari 6:310)

2. Menghidupkan malam harinya

Rasulullah SAW telah memberikan pedoman terbaik kepada umatnya agar melakukan transformasi dengan mengubah malam yang biasa pada bulan-bulan selain Ramadan dengan menghidupkannya dengan melakukan ketaatan melalui gerak kerja ibadah.

Antaranya melakukan solat-solat sunat, membaca al-Quran, beriktikaf terutama di sepertiga malam sewaktu manusia terlena di malam hari. (Fath al-Bari 6:310)

3. Membangunkan Ahli Keluarganya

Dalam hal gerak kerja beribadah (solat), baginda SAW tidak pernah melupakan atau mengabaikan keluarganya.

Rasulullah SAW menunjukkan contoh terbaik kepada seluruh umatnya terutama ketua keluarga agar tidak mengabaikan keluarga walaupun dalam perihal melakukan ibadah-ibadah sunat.

Perilaku baginda SAW membangunkan ahli keluargannya turut diteladani Khalifah Umar al-Khattab r.a di mana al-Imam Malik dalam Al-Muwatta’ menyebutkan, bahawasanya Umar r.a melakukan solat malam seperti yang dikehendaki oleh Allah SWT, sehingga apabila tiba waktu pertengahan malam, Umar r.a membangunkan keluarganya agar melakukan solat seraya mengatakan kepada mereka: “Solat! solat!”

Perkara-perkara yang dianjurkan pada 10 malam terakhir Ramadan

4. Mandi antara Maghrib dan Isyak, memakai pakaian yang paling baik dan memakai haruman

Ibn Abi ‘Asim meriwayatkan dari Aisyah r.a:
“Rasulullah SAW jika berada dalam bulan Ramadan baginda seperti rutin hariannya tidur dan bangun. Tatkala memasuki 10 hari terakhir baginda mengikat kainnya dan menjauhkan diri dari bersama-sama para isterinya, serta baginda mandi antara Maghrib dan Isyak”. (Terdapat riwayat Abu Hurairah yang menyokong hadis ini)

Dalam riwayat lain daripada sahabat seperti Anas ibn Malik dan ulama pada masa tabi’en menyatakan bahawa mereka akan mandi, memakai baju yang paling baik dan memakai haruman atau wangian apabila berada pada akhir Ramadan. Apa yang dilakukan oleh Rasulullah, sahabat dan tabi’en ini adalah satu usaha menyambut dan meraikan kedatangan lailatul qadr, sambil berdoa mendapatkan keampunan dan keberkatan malam itu. Justeru pada malam-malam terakhir Ramadan di samping mencari lailatul qadr dianjurkan membersihkan diri dan memakai wangian dan haruman, sebagaimana ia turut dianjurkan ketika Aidilfitri dan Aidiladha.

5. Mencari lailatul qadr
Umat Islam dianjurkan agar mencari dan merebut lailatul qadr. Hal ini bertepatan dengan sabda baginda yang bermaksud,

Carilah malam lailatul qadr pada 10 malam terakhir. (Bukhari)

Dalam salah satu riwayat dikatakan bahawa Rasulullah SAW melakukan solat pada malam Ramadan dan membaca al-Quran dengan tertib. Baginda tidak akan melalui ayat rahmat kecuali berharap agar Allah memberikan rahmat itu dan tidak melalui ayat azab kecuali memohon perlindungan daripada Allah daripada azab itu. Solat berjemaah juga sangat diutamakan pada malam akhir Ramadan. Rasulullah bersabda:

“Sesiapa yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh secara berjemaah pada waktu malam, dia telah mengambil menghidupkan seluruh malam itu”. (Abu Dawud).

Maksudnya sesiapa yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh saja dianggap telah mendapat sebahagian apa yang dimaksudkan dengan lailatul qadr. Apatah lagi jika mengisinya dengan amalan lain sepanjang malam itu.

6. Melewatkan sahur
Daripada Sahl ibn Sa’d berkata:

Sesungguhnya aku pernah bersahur bersama keluargaku dan aku sempat untuk sujud bersama dengan Rasulullah SAW. (Bukhari)

Perlakuan ini turut diceritakan oleh Zaid ibn Thabit berkata:

“Kami pernah bersahur bersama Rasulullah SAW kemudian kami bersolat dengan baginda. Lantas Anas bertanya, Berapakah jarak di antara sahur itu dengan solat? Zaid menjawab, kira-kira 50 ayat. (Bukhari)

7. Melakukan iktikaf
Iktikaf adalah sunnah yang dianjurkan oleh Baginda SAW demi memperolehi kelebihan dan ganjaran lailatul qadr (malam yang lebih baik dari 1,000 bulan). Firman Allah dalam surah al-Qadr yang bermaksud:

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) pada malam Lailatul Qadr, dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadr itu? Malam Lailatul Qadr lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah malam (yang berkat) itu sehingga terbit fajar. (al-Qadr: 1-5)

Menjelang 10 akhir Ramadan secara rutinnya Rasulullah SAW mengisi waktu-waktunya dengan beriktikaf di masjid. Pelakuan baginda ini berdasarkan hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a Bahawa Rasulullah SAW beritikaf pada 10 akhir daripada Ramadan sehingga baginda diwafatkan oleh Allah, kemudian (diteruskan sunnah) iktikaf selepas kewafatannya oleh para isterinya. Dalam sebuah hadis lain Bahawasanya Abu Hurairah berkata:

“Rasulullah SAW selalu beriktikaf pada tiap-tiap sepuluh hari terakhir Ramadan, manakala pada tahun Baginda diwafatkan, Baginda beriktikaf selama 20 hari”. (riwayat Ahmad, Abu Dawud, al-Tirmidzi dan dinilai sahih oleh al-Tirmidzi)

8. Membanyakkan doa
Ulama bersepakat bahawa doa yang paling utama pada malam al-Qadar adalah doa memohon keampunan atau maghfirah daripada Allah SWT. Dalam satu hadis sahih yang diriwayatkan daripada Aisyah dan dikeluarkan oleh al-Imam al-Tirmidzi dan dinilai hasan sahih, Aisyah diajar oleh Rasulullah membaca doa pada malam al-Qadar. Doanya berbunyi:

Allahumma innaka afuwwun karimun tuhibbul afwa fa’ fu anni yang bermaksud: Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Pengampun, yang suka mengampun, maka ampunilah aku. (al-Tirmidzi 5:535)

Rasulullah SAW turut berdoa yang bermaksud:

“Ya Allah, jadikan sebaik-baik umurku adalah penghujungnya. Dan jadikan sebaik-baik amalku adalah penutupnya. Dan jadikan sebaik-baik hari-hariku adalah hari di mana aku bertemu dengan-Mu Kelak”. (Musannaf Ibn Abi Syaibah 6: 65)


Post: Pesanan kepada diri sendiri, tahun ni mungkin slow sikit tapi nak kena masuk gear 4 bila dah 20 Ramadhaan. Semoga keluar dari bulan Ramadhan dengan mendapat keampunan dari Allah.

Tuesday, July 26, 2011

Persatuan Peguam Syarie Johor di Seoul Garden

1. Seoul Garden, tak jauh kat City Square JB je, ni takde kene mengena dengan k-pop, yang tu si unos sorang aje. Sebab ditanggung halal terpampang kat depan restoran, maka terpengaruhlah AR nak makan ala korea nih. Lagipun ramai geng peguam syarie join lunch ni ...kalau sorang sorang tak masuk dah ni.
2. Konsep 'eat all you can' bayar dalam RM35.00 sekali minum (minum ambik sendiri, hot drink, cold drink ais krim segala macam, buleh buat coke float sendiri lagi), dah bayor baru buleh ambik raw food, kebanyakannya diperap dengan rempah ala cina, korea curry pun ada.
3. Oleh sebab function lepas jumaat maka terdapat ahli persatuan yang wanitanya dah bedal dulu, jadi tinggal 3 ke 4 kerat aje yang dapat join tn presiden makan sama-sama, tu pun separate table. Pun begitu tn presiden layan sampai ke meja deorang ni, extra serve terpaksa dibuat kerana kebanyakan kite-kite ni tak pernah makan konsep korea nih! Bagus betul tn presiden sampai tolong celurkan raw food dalam kuah kimchi lagi. Tahun depan kekal lagi eh! (gambo dibawah)
5. Oleh kerana pihak restoran dah tahu yang nak datang ni kaki pelahap punya so dia letakkan syarat, untuk setiap ingrediant yang dah ambil, tidak boleh dipulangkan balik, manakala kalau tak habis bayaran sebanyak RM5.00 dikenakan untuk denda pembaziran. Hangpa jangan mein-meinn! Jadi pastikan regu makan anda membawa perut kosong dan jenis spesis mengkedarhah punya baru anda mempunyai motivasi yang cukup untuk menghabiskan segala yang dah ambik masa mula-mula masuk.

6. Jadi pastikan masa nak ambil makanan tu ikut kadar nak makan sahaja, kalau tengok dapur kat setiap meja setiap set ada periuk untuk mereneh bahan steamboat, pilihan diberi samada sup, tomyam atau kimchi.. cubalah kimchi kerana ia agak pedas lebih kurang tomyam. Manakala periuk tadi dikelilingi tempat untuk membakar daging ayam atau seafood yang diperap, sungguh praktikal dan menyihatkan kerana ia tak pakai minyak masak, cuma kata unos deorang pakai minyak zaitun (tipu siap nko!). Pastikan anda membakar samada ayam daging lembu atau kambing serta seafood mengikut kesesuaian masa, kalau sotong dibakar terlalu lama akan jadi keras, kalau tak pasti berapa lama, sila tanya isteri atau ibu anda!

7. Kat sini takde nasik, yang ada mi macam mi maggi, dianjurkan untuk direbus setelah sup atau tomyam atau kimchi tadi tepu dengan air dari seafood yang kita masukkan mula-mula sekali, sayur pun boleh masuk kemudian, ...eh telur ni sapa ambik? ..... sapa yang ambik sila habiskan tau .kotidak takleh balik!

8. Yang menceriakan cara makan ini adalah kerjasama dari semua pemakan/pelahap yang ada, pastikan periuk sentiasa diisi dengan bahan steamboat fishball, meatball, dragonball, pabila soup dah nak habiskan pakat-pakat tambah, manakala tempat membakar tu pastikan sentiasa di letakkan daging, pastu kalau dah masak sila-silakanlah kongsi beramai-ramai.

9. Yang seronoknya, penyediaan makanan disini tidaklah menunjukkan cara seoul sesangat (sebenarnya tak tahupun apa yang seoul gardennya) tapi saya nampak ia menggabungkan makanan tempatan, chinese style, western (sebab ada black pepper), cicahnya ada sambal kicap, ada yang masam ada yang manis. Satu resepi baru dapat ...kalau nak sedap cuba mixkan pencicah yang ada. Yang paling penting tokey kedai tak kisah you nak duduk berapa lama, kalau dah habis bahan, boleh pi bangun ambik lagi selagi larat. Berbaloi jugalah. Yukk try! tingkat 3 city square ..kalau nak pi ajak saya sekali.

Tuesday, July 12, 2011

Kepeguaman. Tips menyoal saksi

1. Harini cover dua dewan YA dan YAA. Tengah syeok tiba tiba timbul impasse semasa soalan utama kepada saksi Plaintif. Masa nak masuk court rasa macam confident, tapi bila dah saksi bagi keterangan tak sepertimana yang kita nak...lari jugak tune dibuatnya..

2. Semalam 4 orang saksi harini lagi 4 orang saksi, pening juga kepala apabila menyoal saksi ni. Saya dapati setiap kali mengambil keterangan saksi, soalan saya pasti berubah. Semakin lama semakin kurang mutunya.. kenape?

3. Bertambah panjang soalan diberi.. didapati, semakin bingung saksi nak jawab. Ini terjadi sendiri kepada saya. Apabila kita tak bersedia untuk study case sebelum nak masuk dewan macam ni lah jadinya. Berpusing-pusing ayat untuk nak keluarkan point sebenar.

4. Saksi pula kadang-kadang tu bukannya faham penggunaan prosa kata peguam. Dah dua tiga kali kena jawapan berlawanan daripada yang kita hendak. Mau mati kutu. Jadi untuk memastikan kita bersedia dalam satu kes, waiima baru dalam bidang ini (saya masih baru) ataupun dah lama. maka beberapa persiapan perlu dibuat.; so tips entry kali ni.

1. Sediakan senarai soalan;

2. Jangan bagi soalan panjang pada saksi, ringkaskan;

3. Fokus point by point, senang hakim nak faham;

4. Make sure good mood!

5. Kuasai Dewan, 50% kemenangan ditangan anda.


Pembelaan Fasakh cuai nafkah : Fiqh Sunnah

Pra: Muar minta pin point hujah pembelaan fasakh tidak memberi nafkah. Agak lama juga nak cari, rupa-rupanya Sayyid Sabiq dah masukkan dalam Fiqh Sunnah,

1.Syarat bagi perempuan berhak menerima nafkah adalah sebagai berikut:

a. Ikatan perkahwinannnya sah
b. Menyerahkan dirinya kepada suami
c Suaminya dapat menikmati dirinya
d. Tidak menolak apabila diajak pindah ke tempat yang dikehendaki suaminya (kecuali perpindahan dengan maksud merugikan isteri atau membahayakan keselamatan diri dan harta isteri)
e. Kedua-duanya saling dapat menikmati.

2. Jika salah satu dari syarat-syarat ini tidak dipenuhi maka ia, tidak wajib diberi belanja. Kerana jika ikatan perkahwinannya tidak sah bahkan batal, maka wajiblah suami-isteri tersebut diceraikan, untuk mencegah timbulnya bencana yang tidak dikehendaki.

3. Begitu pula isteri yang tidak mahu menyerahkan dirinya kepada suaminya, atau suami tidak dapat menikmati dirinya atau isteri enggan pindah ke tempat yang dikehendaki suami, maka dalam keadaan seperti ini tak ada kewajipan nafkah. Kerana penahanan yang dimaksudkan sebagai dasar hak penerimaan belanja tidak wujud. Hal ini seperti halnya dengan pembeli tidak wajib membyar harga barang jika penjual tidak mahu menyerahkan barangnya, atau penjual hanya mahu menyerahkan barangnya disatu tempat tertentu sahaja dan tidak mahu di tempat lain.

4. Nabi Muhammad SAW kahwin dengan Aishah dan baru mencampurinya 2 tahun kemudian. Baginda tidak memberi belanja kepada Aishah kecuali setelah Baginda mencampurinya dan beliau tidak memberi nafkah sebelumnya.

Fiqh Sunnah; Al-Sayyid Sabiq

Monday, July 4, 2011

Persidangan Pegawai Syariah Kali ke 13, PM & Pegawai Sulh

1. Persidangan Pegawai Syariah Kali ke-13 buat di Hotel Grand Season, kali ni agak grand dari yang lain sebab PM datang rasmi. Ist time nih. dan kali ni juga ada konvenseyen peguam syarie kali ke 2. 2 projek mega dalam satu. AR pi sorang mengkalu geng JBG Johor yang lain semua nak pi sendiri. Nurin bawa famili, Midi bawa diri sendiri (belum kawen) dia balik Rawang.
2. Tiap kali datang, tiap kali lah jalan KL berubah. So sesat barat tu bukanlah satu kehairanan sangat, biar sesat jalan jangan sesat ajaran. So far taklah panic sangat sebab dari tahun 2000 dah biasa sesat. Sampai ke Grand Season (dekat GH) sebelum Maghrib. Gerak dari JB pukul 3.00 petang. Dah lama tak rasa jem macam ni.

3. Malam tu Tan Sri KP beri ucaptama, turut mengambil tempat tn Radhi ketua Pendaftar JKSM terkini. muka PM besar ya amat kat belakang, patut la rasa macam ada orang tengok ajer. Besoknya PM datang majlis berjalan dengan lancar.

3. Malam tu dinner duduk dengan tok guru-tok guru, Malik Soleh As-santiri, tn Shukran, tn Shukri Najib dan lain-lain. Banyak bende penting yg dikongsi bersama. terutamanya bab khilafiah, nasirudin albani, ibn uthaimeen, ibnu taimiah, al mandili dll. masa tu setpol PM Dato' J sedang berucap. Dia suruh masuk calon tawaran dibuka sehingga selepas raya. Amcam ada berani..?

4. Dinner kali ni bagus, ada serve takle kena beratur ramai-ramai, makan biase biase aje Alhamdulillah. Inilah masanya bertukar-tukar pendapat sambil mengisi perut.

5. Macam biasa kot mana pun rakan seperjuangan mesti nak berkumpul, inilah dia geng Selangor ambilan 2002, Kedah mai, Kelantan, Pahang, N9 semua mencari rezeki di Mahkamah Syariah Selangor kini yang kekal hanya beberapa kerat yang lain semua posting luar. Lumrah pegawai kerajaan.

6. Selangor batch ambilan 2002 bersama penggubal kaedah sulh 2001. Berdiri dari kiri Malik Soleh As-Santiri, Azmi Aziz, Shaharudin, Kamarul, Drs Atras, Aburazeen, Syukran, Azwadi dan Jamil. Duduk dari kiri Siti Noraini, AB Malik, Tn ABu Bakar Daud, Azharizal dan Nadia. Jumpa lagi kalian di tahun depan InsyaALlah.

Monday, June 27, 2011

Hak Mangsa Rogol (artikel layanan Nabi SAW terhadap aduan tanpa 4 saksi)

Layanan Nabi s.a.w terhadap aduan rogol tanpa empat saksi


Pra: 27/6/2011, harini masuk sidang dewan, lihat pemimpin masyarakat berjuang membela rakyat. Tiba-tiba timbul isu qazaf, surah an-nuur dan saya terus teringat artikel ini. artikel ini diambil dari Al-Ahkam.net yang merupakan salah satu rujukan AR dalam mencari kepelbagaian hukum dan trend dakwah terkini. mohon diambil izin manfaat dan dipanjangkan ilmunya kepada pembaca disini.


Oleh: Shamsul Muda

Dalam perundangan Islam, mangsa rogol yang membuat aduan dirinya dirogol seseorang, diberikan pembelaan. Nasibnya dibela. Aduannya itu diterima, diambil kira dan disiasat. Samada aduan yang dilakukannya itu disokong empat saksi, atau disokong bukti-bukti lain yang berwibawa, yang menunjukkan berlakunya kes rogol.

Justeru, tanggapan banyak pihak, seseorang mangsa rogol yang melaporkan bahawa seseorang merogolnya, tanpa mengemukakan empat saksi, telah melakukan kesalahan qazaf, adalah tanggapan yang nyata salah.

Hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi dalam Sunannya sangat jelas menunjukkan 'ketersasaran' tanggapan tersebut dari hakikat sebenar. Hadis yang diriwayatkan oleh Alqamah bin Wa'il al-Kindi daripada ayahnya itu, seperti berikut :


عن علقمة بن وائل الكندي عن ابيه : أن امرأة خرجتْ على عهد رسول الله صلى الله عليه و سلم تريد الصلاة، فتلقاه رجل فتجللها فقضى حاجته منها فصاحتْ فانطلق ومر عليها رجل فقالتْ : "إن ذاك الرجل فعل بي كذا وكذا"، ومرت بعصابة من المهاجرين فقالتْ : "إن ذاك الرجل فعل بي كذا وكذا"، فانطلقوا فأخذوا الرجل الذي ظنتْ أنه وقع عليها، وأتوها فقالتْ : "نعم هو هذا"، فأتوا به رسول الله صلى الله عليه و سلم، فلما أمر به ليرجم قام صاحبها الذي وقع عليها فقال : "يا رسول الله، أنا صاحبها"، فقال لها : "اذهبي فقد غفر الله لك" وقال للرجل قولا حسنا وقال للرجل الذي وقع عليها : "ارجموه"، وقال : "لقد تاب توبة لو تابها أهل المدينة لقبل منهم".


Terjemahan : Sesungguhnya [terdapat] seorang wanita telah keluar [dari rumahnya] pada zaman Nabi s.a.w [kerana] mahu [mengerjakan] solat [di masjid]. Lalu seorang lelaki menemuinya [di tengah jalan] lalu menindih dan merogolnya serta melempiaskan hajat [nafsu] nya.

Lantas wanita tersebut bertempik lalu perogolnya melarikan diri. [Selepas itu] seorang lelaki menemui wanita tersebut, lalu beliau berkata, " sesungguhnya lelaki itu telah melakukan ke atas ku [perkara] demikian [yakni merogolnya]".

Kemudian wanita itu bertemu pula sekumpulan orang-orang Muhajirin lantas berkata, " sesungguhnya lelaki itu telah melakukan ke atasku [perkara] demikian [yakni merogolnya]".

Lalu mereka terus beredar dan menangkap lelaki yang disangka oleh wanita itu bahawa dia yang telah memperkosanya, lantas mereka membawanya kepada wanita itu seraya dia berkata," ya, dialah orangnya [yang telah merogolku]".

Mereka terus membawa lelaki tadi kepada Rasulullah s.a.w. Tatkala Baginda s.a.w memerintahkan supaya lelaki itu direjam, bangun seorang lelaki yang [sebenarnya] telah merogol wanita itu sambil berkata, " wahai Rasulullah, akulah orangnya [yang merogol wanita itu]".

Lantas Baginda s.a.w bersabda kepada wanita itu, "pergilah, sesungguhnya Allah telah mengampunkanmu" . Baginda [seterusnya] berkata kepada lelaki [yang didakwa oleh wanita itu sebagai orang yang merogolnya] dengan kata-kata yang baik.

Seterusnya Baginda s.a.w bersabda kepada lelaki yang [mengaku] merogolnya, " rejamlah dia" sambil bersabda, "sesungguhnya dia telah bertaubat [kepada Allah] dengan taubat yang jika seluruh penduduk Madinah bertaubat seperti itu, nescaya diterima [Allah] daripada mereka [taubat itu]".

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dalam Sunannya dalam Kitab al-Hudud, bab Ma Ja'a Fi al-Mar'ah Iza Ustukrihat 'Ala al-Zina dan beliau berkata, “[hadis] ini hasan gharib sahih” (Sunan Tirmizi, jil.6, hlm.35).

Hadis ini turut direkodkan oleh Abu Daud dalam Sunannya dalam bab في صاحب الحد يجيء فيقر

Menurut al-Albani, hadis ini adalah hadis sahih dalam kategori Hassan kecuali sabda Baginda s.a.w yang berbunyi " rejamlah dia".

Menurut al-Albani, berdasarkan pendapat yang kuat, lelaki yang mengaku merogol itu tidak direjam (Lihat al-Jami’ al-Sahih Sunan al-Tirmizi, jil.4, hlm.56).


Layanan Nabi s.a.w terhadap mangsa rogol
Dalam hadis ini, Nabi s.a.w menerima aduan mangsa rogol yang mengadu bahawa dirinya dirogol seseorang, biarpun mangsa tidak mengemukakan 4 saksi.

Baginda s.a.w tidak juga menuntut mangsa mengemukakan 4 saksi yang menyaksikan kejadian rogol. Apatah lagi terus menjatuhkan hukuman qazaf ke atas mangsa disebabkan kegagalannya mengemukakan 4 saksi dalam aduannya itu.

Nabi s.a.w menerima aduan rogol oleh mangsa yang tidak disokong 4 saksi itu, kemudian melakukan siasatan. Siasatan yang dilakukan Baginda s.a.w mendapati mangsa benar-benar dirogol, iaitu dizinai secara paksa.

Justeru, mangsa dibebaskan dan tidak dikenakan hukuman qazaf biarpun hakikatnya beliau telah 'menuduh' seseorang melakukan zina terhadapnya (iaitu secara paksa) tanpa mengemukakan 4 saksi.

Sabda Baginda s.a.w kepada mangsa, " pergilah, sesungguhnya Allah telah mengampunkan mu", jelas menunjukkan bahawa mangsa tidak melakukan apa-apa kesalahan apabila melaporkan bahawa seseorang merogolnya tanpa membawa 4 saksi.

Aduan mangsa sebaliknya, hanya disokong oleh bukti-bukti lain yang berwibawa yang tidak disebutkan dalam hadis yang dinyatakan.

Lebih dari itu, Baginda s.a.w tidak juga mempersoalkan tindakan mangsa yang memberitahu dirinya dirogol seseorang kepada orang ramai, iaitu sebelum memaklumkannya kepada Nabi s.a.w selaku pihak berkuasa.

Baginda s.a.w tidak juga mengenakan apa-apa hukuman ke atasnya yang telah ternyata silap mengenalpasti perogolnya yang sebenar, sehingga mendakwa orang lain yang tidak bersalah sebagai orang yang merogolnya.

Inilah layanan 'istimewa' yang diberikan Nabi s.a.w kepada mangsa rogol seperti yang dinyatakan dalam hadis di atas.

Penegasan Imam al-Baji
'Ketidakmestian wujud 4 saksi dalam aduan rogol', dikuatkan lagi oleh Imam al-Baji, seorang ulama bermazhab Maliki. Beliau berkata (Al-Bāji, Sulaiman Ibn Khalaf (1999), al-Muntaqā Syarh Muwatto’ Mālik, Beirut : Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, jld 4, hlm. 21) :

فإن لم يشهدا لها بالإكراه ولا باحتمالها مكرَهة والمغيب عليها ولكن جاءت متعلقة به وهي تدمى إن كانت بكرا أو لا تدمى إن كانت ثيبا وقد فضحت نفسها، ففي كتاب ابن المواز عن عبد الملك وغيره "لا تحد هي لما رمته به"

Terjemahan : "Jika kedua-dua orang [saksi] tidak melihatnya (iaitu wanita yang mendakwa dirogol) dipaksa [melakukan persetubuhan] dan [tidak juga menyatakan] kemungkinan dia dipaksa [melakukan persetubuhan], tetapi dia datang [kepada pihak berkuasa] sambil berpaut padanya (iaitu pada tertuduh) dalam keadaannya [kemaluannya] berdarah jika dia [seorang] gadis, atau [datang sambil berpaut pada tertuduh dalam keadaan] tidak berdarah jika dia seorang janda…maka dalam kitab Ibn al-Mawāz [yang memetik] daripada Abdul Malik dan [ulama-ulama] selainnya, [dinyatakan bahawa] “dia tidak dikenakan [hukuman] hudud (iaitu hukuman qazaf) disebabkan tuduhannya ke atasnya (iaitu tertuduh)".

Rumusan penting daripada kenyataan Imam al-Baji ini ialah mangsa rogol yang membuat aduan dirinya dirogol seseorang, dengan membawa bukti-bukti lain yang berwibawa selain 4 saksi, tidak dikenakan hukuman qazaf.

Proses siasatan aduan rogol

Jelasnya, Nabi s.a.w melayani aduan kes rogol oleh mangsa-yang tidak disokong 4 saksi-seperti Baginda s.a.w melayani aduan-aduan kes lain. Iaitu menerimanya jika ia disertakan dengan bukti-bukti yang berwibawa, dan seterusnya menyiasat kebenaran laporan yang dibuat. Bukannya terus mensabitkan pelapor dengan hukuman qazaf disebabkan aduan kes rogol yang dilakukannya tidak disokong 4 saksi.

Sebagaimana yang dapat difahami dengan mudah, tulisan ini adalah berkaitan dengan aduan rogol oleh mangsa rogol itu sendiri. Dalam erti kata lain, aduan zina secara paksa oleh mangsa sendiri yang tidak disokong 4 saksi.

Justeru, tidak perlulah mana-mana pihak 'mengkucar kacirkan' perbincangan tentang isu ini dengan memperkatakan tentang isu-isu lain yang tidak berkaitan.

Dengan keterangan hadis Nabi s.a.w dan kenyataan Imam al-Baji yang dinyatakan, adalah diharapkan isu samada mangsa rogol mesti mengemukakan 4 saksi ketika melaporkan dirinya dirogol, atau tidak perlu berbuat demikian, dapat dimuktamadkan.

Wallahu a'lam

[Artikel ini dikirim oleh penulis melalui e-mail. Blog beliau boleh dilayari di http://warisan-semasa.blogspot.com/]

post: yang saya tak tak tahan ada juga orang yang mempertikaikan ketakterimaan bukti selain dari 4 saksi dengan mengaitkan kes mangsa rogol. Saya amat takut dengan penolakan hujah menggunakan salah satu ayat dalam surah An-Nuur, takut jadi kufur apabila terus terangan menolak hukum ALlah semata-mata agenda hawa nafsu. rakan sebelah dari Batu Pahat membisikkan kata-kata ...lain perkara saya sokong tapi bab ni tak boleh nak sokong, ayat quran dah jelas mana boleh lawan lagi.. mana dia ulama' yang ada otoriti langsung tak bangun menyanggah.

Paling penting, anda harus bijak memisahkan antara perbahasan mangsa rogol, tuduhan qazaf dan masalah furu' dalam pengambilan hukum. Bunyinya macam sama tapi tak serupa.

Thursday, June 23, 2011

KLINIK GUAMAN AIR TAWAR 2, MANGAN BELANGKAS YUK!

1. 23/6/2011, team JBG JB lead by boss TJ, termasuk AR, doty gojes, mr derek dan loloq, melaksanakan klinik guaman di Felda Air Tawar 2 (FAT2), Kota Tinggi. Proud to be there, dimaklumkan peserta Felda kat sini adalah yang teramai sekali. Terima kasih Tuan Zakaria bin Hassan, Pengurus FAT2 kerna sudi menjemput kami.
2. Yang dikatakan teramai tu ada lebih kurang 775 keluarga, (rwamai tuh!) (juga keahlian cawangan umno terbanyak), harini ada perhimpunan bulanan/roll call di dataran wisma Felda FAT2. Felda ni dibuka tahun 1973, awal setahun sebelum besday TAR. Kesempatan ni kami tawarkan program klinik guaman untuk semua rakyat jelata FAT2. Alhamdulillah ramai juga yang memberi kerjasama bertanyakan soalan.

3. Semua masalah yang diajukan oleh client telah selamat dijawab dan diberi nasihat, sebelum tengahhari semua settle. Alhamdulillah masih sempat nak cari belangkas kat Kota Tinggi sebelum balik ofis. Akhirnya tercapai impian AR untuk makan belangkas, sejak tahu wujudnya restoran yang hidangkan belangkas. Restoran yang kami pi namanya Belangkas Mahkota, dia punya check point kat sebelah Esso tengah pekan Kota Tinggi.


Tips#1: sila datang awal sebaik-baiknya area pukul 10.30 ke sebelum pukul satu, sebab biasanya belangkas habis ditempah semasa matahari atas kepala (kata pakcik restoran pada saya)

4. So inilah dia belangkas masak sambal, don't expect belangkas datang macam helmet (topi keledar) yang kita tengok kat habitat dia dalam tv, yang ni dah siap dipotong untuk memudahkan part paling istimewa dicapai tangan pengidamnya... chewahh.


5. Sebenarnya sebelum posting Johor, AR dah buat list bende nak makan kat Johor: Nasi Beriani Gam, Beriani Singapore, Mi Rebus tulang, Nasi Ayam Penyet dan Belangkas, semua dah rasa kecuali belangkas sebab tu muka excited sangat-sangat. Jangan tak percaya AR masih dok tersengih menikmati belangkas sehingga artikel ini ditulis... kui kui kui! (sangat teruja sampai lupa nak basuh tangan ..takpe tangan suci)


6. Team yang pi makan sekali ni yang naik keter AR, termasuk blogger Nor Doty a.k.a Nursyed's lullaby (dalam gambao tengah buat peace) disebelah TJ yang camera shy. AR juga tambah beberapa lauk lain untuk jadi catalyst kepada belangkas masak sambal seperti sembilang asam pedas, dan kupang masak sos. nasi tambah jangan lupa bangg!


Tips#2: Side Kick Dish untuk penggemar belangkas adalah ikan sembilang asam pedas, perkhhh! yang tu favourite TJ, makan tak hengattt.


7. Selain dari tu sambal belacan dan pucuk ulam raja menjadi pilhan (kalau orang kedah tak makan cicah sambal ..belum cukup sheh! lagi). Gambar diatas adalah part paling istimewa dalam belangkas iaitu telurnya. Ya Allah! lazatnya telur belangkas. Besarnya macam telur ikan darat, kenyal-kenyal sikit. Pertama kali merasa mungkin akan bau satu fashion, tapi bila dah makan masuk gear tiga ....Pak mentua lalu belakang pun tak nampak!


8. Tempat paling banyak berkumpul telurnya adalah bahagian sisi cengkerang. tuan/puan kena buka sikit dan hasilnya ..walllah! rugi kome tak rase.... Saya cuba membayangkan organ dalaman belangkas macam ketam. Lepas dah tengok it is definitely different!


tips#3 : isinya sedikit, kata orang yang boleh buat fenin adalah apabila makan isinya, telur belangkas takkan menyebabkan apa-apa mudarat kecuali yang makan tu memang dah ada penyakit atau memang dah tertulis sejak azali.

9. Balik masuk ofis dengan penuh kepuasan... Alhamdulillah!.Mana-mana kengkawan kepingin banget nak rasa belangkas jemput la datang... keenakannya tabarakallah!

Friday, May 27, 2011

AMALAN MASUK RUMAH BARU YANG TIDAK MELANGGAR HUKUM SYARAK

Pra: Dekat nak cuti ni si Sabrina nak masuk rumah baru, tahniah! moga hidup lebih ceria. Dapat rumah sendiri kannn. So malam Sabtu dapat jemputan, kena la pi baca apa yang patut, buat pencerahan tentang amalan-amalan yang warid atau harus atau yang tidak bercanggah dengan hukum syarak. Ada orang pesan bawa gula garam beras minyak, konfem yang tu tadak dalam sunnah, so berhati hati yaaa! (kalau bawa masuk sebab nak jamu kawan takpe, tapi kalau niat ikut pesan orang tua-tua itu dah bidaah namanya). Rasanya tak salah kot kalau pesan bawakan sejadah, buleh buat solat jemaah Isya' kat situ (kalau rumah jauh dari surau). Orang putih kata 'housewarming' kita panggil kenduri masuk rumah baru, dilampirkan satu artikel menarik sangat, kombo amalan yang dicari-cari, credit untuk ustad yang menulis blog dia kat bawah sekali. Allahuwaliuttaufeek!

1. Amalan membaca al-Quran dan berdoa secara berjamaah (yakni beramai-ramai serentak) secara rutin atau pada masa tertentu sama ada malam jumaat, ketika masuk rumah baru dan sebagainya tidaklah pernah dilakukan oleh Nabi s.a.w.. Namun pada asasnya amalan membaca al-Quran dan berdoa itu adalah sabit dari Nabi s.a.w., yakni terdapat hadis menceritakan galakan membaca al-Quran dan berdoa, namun kaifiyat membacanya beramai-ramai itu tidaklah ada dalam hadis Nabi s.a.w.. Kerana itu, amalan sebegini dinamakan dengan bid'ah idhafiyah yang diperselisihkan antara ulamak-ulamak di mana ada yang mengharuskannnya dan ada yang melarangnya. Untuk penjelasan lanjut tentang bid'ah idhafiyah ini, sila baca huraian saya berkenaannya dalam satu lagi blog saya; (http://koleksi-alqalam.blogspot.com/2008/08/menangani-masalah-khilafiyah-dan-bidah_5344.html).

2. Mengenai adab-adab ketika hendak masuk rumah baru, berdasarkan pemerhatian saya -wallahu a'lam-; Islam tidaklah menekankan amalan yang hanya khusus ketika masuk rumah, tetapi amalan-amalan yang berterusan yang perlu dihidupkan di dalam rumah, antaranya;

2.1. Memasuki rumah dengan membaca Bismillah dan doa yang makthur dari Nabi s.a.w. Begitu juga ketika keluar dari rumah.

2.2. Menjaga ahli rumah agar sentiasa berada dalam ketaatan dan menjauhi maksiat dan munkar. Firman Allah (bermaksud); “Wahai orang-orang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka yang bahan bakarnya terdiri dari manusia dan batu…” (at-Tahrim: 6). Berkata Imam Qatadah (tatkala menghurai ayat ini); ‘yakni kamu menyuruh mereka supaya mentaati Allah dan menegah mereka dari memaksiatiNya serta kamu melaksanakan tanggungjawab kamu terhadap mereka dengan agama Allah, kamu memerintahkan mereka dengannya dan membantu mereka untuk melaksanakannya. Apabila kamu melihat mereka melakukan maksiat, tegahlah mereka”. Menurut Imam Muqatil; “Menjadi suatu kewajipan ke atas setiap lelaki muslim untuk mengajar ahli-ahli keluarganya (isteri dan anak-anaknya) apa yang difardhukan Allah ke atas mereka dan apa yang ditegah Allah dari mereka”. (Rujuk: Tafsir Ibu Kathir)

2.3. Setiap ahli rumah menunaikan kewajipan masing-masing mengikut agama; kewajipan sebagai suami dan bapa, kewajipan sebagai isteri dan ibu dan kewajipan sebagai anak. Sabda Nabi s.a.w.; “Setiap kamu adalah penjaga dan setiap kamu akan ditanya tentang orang-orang di bawah jagaannya. Pemimpin Negara adalah penjaga bagi rakyatnya dan dia akan ditanya berkenaan orang di bawah jagaannya (yakni rakyatnya). Seorang lelaki adalah penjaga bagi ahli keluarganya dan dia akan ditanya tentang ahli keluarga di bawah jagaannya. Seorang wanita adalah penjaga bagi rumah suaminya dan dia akan ditanya tentang apa yang berada di bawah jagaannya…”. (HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Ibnu ‘Umar r.a.).

4. Menghidupkan bi-ah Islam di dalam rumah, antaranya dengan;

a) Membaca al-Quran di dalam rumah. Sabda Nabi s.a.w.; “Jangan kamu jadikan rumah-rumah kamu sebagai kubur. Sesungguhnya syaitan melarikan diri dari rumah yang dibacakan di dalamnya surah al-Baqarah” (HR Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

b) Mengerjakan solat-solat sunat di dalam rumah. Sabda Nabi s.a.w.; “Kerjakanlah solat –wahai manusia- di rumah-rumah kamu. Sesungguhnya solat yang paling afdhal ialah seseorang mengerjakan solat di rumahnya kecuali solat yang fardhu” (HR Bukhari dan Muslim dari Zaid bin Thabit r.a.). Dalam hadis yang lain baginda bersabda; “Kerjakanlah sebahagian solat kamu dirumah kamu. Janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu ibarat kubur”. (HR Imam Muslim dari Jabir r.a.)

c) Mengajak ahli keluarga bersama-sama beribadah. Sabda Nabi s.a.w.; “Jika seorang lelaki mengejutkan ahli keluarganya pada waktu malam, lalu mereka mengerjakan solat dua rakaat bersama-sama, nescaya mereka berdua akan ditulis/disenaraikan di kalangan lelaki-lelaki yang banyak berzikir dan perempuan-perempuan yang banyak berzikir” (HR Imam Abu Daud dari Abi Said r.a.). Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Allah mengasihi seorang lelaki yang bangun menunaikan solat malam, kemudian ia mengejutkan isterinya…Begitu juga, Allah mengasihi seorang perempuan yang bangun menunaikan solat malam, kemudian ia mengejutkan suaminya…” (HR Abu Daud dari Abu Hurairah r.a.).

d) Hidupkan budaya memberi salam. Anas r.a. menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda kepadanya; “Wahai anakku! Jika kamu masuk menemui ahli keluargamu (di rumah kamu) maka berilah salam kepada mereka, nescaya akan dilimpahi keberkatan ke atas kamu serta ahli rumah kamu” (HR Imam at-Tirmizi dari Anas r.a.). Rasulullah s.a.w. pernah bertanya para sahabat baginda; “Mahukah aku tunjukkan kepada kamu suatu amalan yang jika kamu lakukan nescaya kamu akan saling berkasih-sayang?”. Jawab mereka; “Ya”. Lalu baginda bersabda; “Hidupkan budaya memberi salam antara sesama kamu” (HR Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.).


e) Mempraktikkan adab-adab Islam di dalam rumah. Antara adab-adab Islam yang perlu dipraktikkan oleh ibu-bapa serta ahli keluarga di rumah ialah adab ketika makan, adab ketika masuk dan keluar tandas, adab berpakaian, adab anak-anak ketika hendak masuk ke bilik ibu-bapa (terutamanya apabila anak-anak telah mumayyiz), adab keluar dan masuk rumah, adab tidur dan bangun dari tidur dan sebagainya. Adab-adab ini amat penting kerana ia melibatkan amalan dan rutin harian yang boleh memberi contoh berkesan kepada anak-anak dalam meningkatkan roh keislaman mereka. Umar bin Abi Salamah r.a. menceritakan: “Semasa saya masih kanak-kanak di bawah jagaan Rasulullah s.a.w., suatu ketika saya makan dalam keadaan tangan saya bergerak sana sini mengambil makanan yang ada di dalam talam (sedang orang makan bersama). Lalu Rasulullah s.a.w. menasihatkan saya; “Wahai anakku! Mulakan makan dengan menyebut nama Allah (membaca Bismillah), kemudian makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah dari makanan yang berada di depanmu”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim).

5) Jika ingin memohon perlindungan untuk rumah, lakukanlah sebagaimana yang diajar oleh Nabi s.a.w, antaranya ialah dengan membaca al-Quran dan doa-doa perlindungan yang makthur dari baginda. Sabda Nabi s.a.w.; “Janganlah kamu menjadikan rumah-rumah kamu ibarat kubur. Sesungguhnya rumah yang dibacakan di dalamnya surah al-Baqarah, rumah itu tidak akan dimasuki Syaitan” (HR Imam Muslim dan at-Tirmizi dari Abu Hurairah r.a.). Sabda Nabi s.a.w.; “Sesiapa singgah/berhenti di satu tempat, lalu ia membaca “أعُوذُ بِكَلِماتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرّ مَا خَلَقَ” (Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari kejahatan segala makhluk ciptaannya), nescaya tidaka ada sesuatupun dapat memudaratkannya hingga ia berpindah” (HR Imam Muslim dari Khaulah binti Hakim r.a.)

6. Demikianlah sebahagian dari amalan-amalan di dalam rumah yang digalakkan oleh Islam yang sabit dari hadis-hadis yang soheh dari Nabi s.a.w.. Dengan melakukan amalan-amalan tersebut, Insya Allah rumah kita akan sentiasa dilindungi dari Iblis dan Syaitan dan ahli keluarga kita akan senantiasa diberkati Allah.

Wallahu a’lam.

Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL
http://ilmudanulamak.blogspot.com/

yang ni pulak dari melayu.com antara doa2 ma'thur yg disarankan:

1. A�uu dzu bi kalimaat-Illaah it-taammaati min sharri ma khalaq

2. بِسْمِ اللهِ وَلَجْنَا، وَبِسْمِ اللهِ خَرَجْنَا، وَعَلَى رَبِّنَا تَوَكَّلْنَا، ثُمَّ لِيُسَلِّمْ عَلَى أَهْلِهِ.

�Dengan nama Allah, kami masuk (ke rumah), dengan nama Allah, kami keluar (darinya) dan kepada Tuhan kami, kami bertawakkal�. Kemudian mengucapkan salam kepada keluarga-nya."

(Hadith Riwayat Abu Dawud 4/325,dan Al-�Allamah Ibnu Baaz berpendapat, isnad hadits tersebut hasan dalam Tuhfatul Akhyar, no. 28. Dalam Kitab Sahih: �Apabila seseorang masuk rumahnya, lalu berdzikir kepada Allah ketika masuk rumah dan makan, syaitan berkata (kepada teman-temannya), �Tiada tempat tinggal dan makanan bagi kalian (malam ini)�.� Muslim, no. 2018)

3. baca surah almukminun ayat 29:

maksudnya: "Dan berdoalah dengan berkata: Wahai Tuhanku, turunkanlah daku di tempat turun yang berkat dan Engkau adalah sebaik-baik Pemberi tempat. "

post: pencarian telah dibuat dalam Al-Azkar Imam Nawawi, Senjata Mukmin (versi nipis cetakan Mesir), Hidup Bershariat (Ismail Qamus), so far takde satu doa khusus yang warid boleh di jadikan pedoman, apapun amalan diatas boleh dijadikan sebagai amalan soleh. Tapi yang konfem baca al-Baqarah mula sampai habis. Apa yang saya buat bila mula masuk rumah yang nak duduk lama, azan 4 penjuru (nak habaq kat makhluk ghaib yang ada kat dalam rumah, kata ada orang Islam nak mai duduk, hangpa jangan dok kacau) pastu pagar memagar dengan menggunakan ayat quran semata. Dan yang lebih penting amalan selepas duduk kat dalam rumah tu, jangan kata mula nak masuk je baca baqarah ..lepas tu tunggu ramadhan pulak le, nak dengar baca quran.. rabbuna yusahhil!

Friday, May 20, 2011

Fitnah 2012 Konspirasi Galaktik : Resensi

Fitnah 2012 Konspirasi Galaktik
Muhammad Nurani Maarif
Hijjaz Record Publishing









1. Buku ini ada kaitan yang rapat dengan Membongkar Misteri Dajjal oleh pengarang yang sama, tapi beza yang ini ada beberapa kesimpulan yang dapat merungkaikan persoalan yang ditinggalkan oleh penulis dalam buku terdahulu (teknik sequal).

2. Bagi pembaca yang telah khatam buku ‘musuh rahsia: Rosli Husin’, ‘gerakan Freemason Sedunia: Harun Yahya’, The New Jerusalem, The Golem, the High Priest of War, Final Judgment semua karangan Micahel Collin Piper” dan yang segenre dengannya mungkin boleh memahami buku ini dengan baik, malah jika memulakan bacaan dalam buku ni mungkin memudahkan untuk kita memahami teori konspirasi.

3. Semuanya berpunca dari seorang global player, yang telah diisyaratkan dari Rasul SAW. Muhammad Nur Maarif (MNM) menulis layak tesis kedoktoran dalam buku ini. Jika diteliti dengan baik buku ini telah meramalkan beberapa kejadian pada masa akan datang berdasarkan pemerhatian terhadap fenomena alam dan konspirator.

4. Bagi yang amat menghayati mungkin akan berasa takut, betapa hampirnya Dajjal dengan kita. Ditegaskan oleh penulis Dajjal bukanlah perlambangan semata-mata sepertimana dakwa beberapa ahli ilmu, tetapi ia lebih kepada inidividu yang berkeupayaan luarbiasa. Siap ada profil dajjal berdasarkan beberapa hadis yang telahpun kita tahu diambil dari Bukhari, Muslim dan beberapa Narrator lain.

5. Jika anda peminat cerita fantasi stargate (dan MNM juga saya percaya menonton kisah sedemikian) atau cerita tentang pengembaraan masa. Ia akan lebih memudahkan pembacaan anda. Saya suka buku ini kerana Ia mengaitkan beberapa mesej yang boleh anda lihat sendiri dalam filem barat seperti Lord of the ring, 2012, Apocalypso, dan bagi saya ada betulnya. (saya juga peminat movie yang bermesej). Bila dah baca buku ni baru kita perasan, siapakah Gandalf, Merlin, Quatzcaol dan lain-lain.

6. Saya berkira MNM banyak membuat kajian dan rujukan dalam sumber naqli dan akli dan saya berpuas hati dengan penemuan beliau. Buat masa ini ia adalah buku terbaik namun mulakan membaca ikut turutan, mula-mula Membongkar Misteri Dajjal kemudian barulah buku ini. Dan nak memperkasakan maklumat yang kita ada sila teruskan pembacaan dengan buku-buku yang saya cadangkan di point no 2. (makan bertahun juga nooo!)

7. Kelompok pembaca buku sebegini telah pun bercambah dengan cepatnya masa kini, buktinya banyak buku-buku diterbitkan berkenaan freemason, illuminati, Dajjal, Armageddon dan seumpamanya. Kawan saya (Yunos) yang mempunyai minat yang sama mendakwa, buku buku sebegini banyak mendedahkan rahsia freemason, selalunya akan dibeli-borong oleh ahli freemason supaya rahsia mereka tidak terpecah kepada orang ramai. Jadi kena cepat cepat dapatkan dipasaran. Harga agak berpatutan dengan mutu kertas dan warna, kalau tak dapat diskaun harga asal RM37.90. Berbaloi membaca!

8. Untuk free source maklumat-maklumat sebegini boleh surf blog zarif alimin (good jobs buddy!) di http://zharifalimin.blogspot.com/ serta http://ibnuyaacob.com/?p=1623 dan untuk penerbit yang banyak mengeluarkan buku bergenre seperti diatas di blog http://lamanpenerbithrp.blogspot.com/2010/11/di-pasaran-sekarang-alhamdulillah.html

Post: Abu Razeen pun pernah resensi cerita 2012 dan ada idea tersendiri tentang ramalan kalendar kaum mayan, apapun ia hanya teori sahaja jauh sangat kalau nak dibandingkan dengan MNM, tapi selagi kita banyak membaca kita akan mendapati bahawa ilmu Allah itu amat luas. Disertai dengan lapang dada, kita akan dapat menambah ilmu yang bermunafaat dan memberi munafaat kepada orang lain. Wallahuwaliuttaufeeq!

Monday, May 16, 2011

Green Zone Movie Critic

1. Filem ni macam biasa hemogoni barat terhadap Arab post perang Iraq. Menarik untuk ditonton sebab ada kelainan sikit. Membezakan filem ini dengan filem perang Iraq yang lain seperti filem terawal "three kings" cari dan rebut harta Saddam, "hurt locker" kisah pasukan anti bomb di Iraq (nanti resensi). Bezanya filem ini adalah mendedahkan mitos WMD (Weapon of Mass Destruction) kepunyaan Saddam samada wujud atau tidak?. Bukan pasal kalah atau menang. Movie keluar pada Mac 2010.

2. Kisah mengenai kekecewaan Chief Warrant Officer Roy Miller (Matt Damon : Bourne Supremacy) mencari kewujudan WMD disekitar Iraq. Merasa tertipu dengan pegawai atasan yang memberi lokasi palsu. Miller bertekad mencari sumber maklumat pertama.

3. Pemberi maklumat adalah suku sakat Saddam yang menangguk diair keruh, namun sesuatu yang mencurigakan Miller apabila sumber maklumat sepatutnya memberi lokasi yang tepat tetapi masih gagal menemukan misi utamanya.

4. Misi ini turut disertai seorang patriot Iraq yang nak balas dendam atas kekejaman Saddam dan regimnya terhadap rakyat Iraq. Pengarah seperti biasa memainkan peranan untuk menggambarkan pecah belah rakyat Iraq dan lemahnya pemikiran Arab pada masa itu (hingga kini).

5. miller merasakan dirinya tertipu dengan permainan maklumat palsu. Maklumat yang memberi lesen pendudukan tentera States di Iraq. Kerjasama dijalinkan dengan CIA dan wartawan New York Times untuk mendedahkan perkara sebenarnya.


6. Usaha miller mendapat tentangan pemerintah tentera hingga menimbulkan konflik diantara squadronnya dan lain-lain. Namun anak buah Miller tetap menyokongnya untuk mendedahkan kebenaran. Usaha miller hampir musnah apabila suku sakat Saddam yang memberi maklumat mati ditembak patriot Iraq kerana dendamnya.

7. Tidak berputus asa (klise cerita bourne) miller telah forwardkan cerita sebenar tentang mitos WMD kepada semua media. Part ini saya rasakan ianya adalah realiti apa yang berlaku di Iraq. Amerika asyik mencari WMD yang didakwa disorok oleh Saddam, sehingga kini tidak ketemu, meskipun mempunyai teknologi yang canggih dan ada IAEA yang membantu tapi fakta sebenar masih belum berjaya dibuktikan. Macam mana nak bukti kalau WMD sebenarnya hanyalah rekayasa semata-mata.

8. Ini menunjukkan penatdbiran Bush sebenarnya telah menyerang Iraq dengan false claim demi menghalalkan nafsu serakah Israel (tak disebut dalam cerita). Ini adalah sebahagian prophecy yang mesti dipenuhi oleh Amerika yang di plotkan oleh Israel.

9. Detik hati saya mengatakan sikit-sikit cerita ni boleh pakai juga, walaupun pengeluarnya adalah barat yang konfem ditaja Yahudi. Macam kes Mel Gibson juga meskipun dia pelakon barat tapi dia sendiri pernah digelar antisemitic oleh b’nai b’rth (pertubuhan yahudi di Amerika). Begitu juga dengan Henry Ford yang mendedahkan tipudaya Yahudi dalam bukunya.

10. Sekiranya salah sekalipun, filem ini bagi saya adalah yang terbaik menggambarkan kisah sebenar teori WMD yang digembar gemburkan barat. Meskipun fiksyen saya rasa narrator dia agak berani mempertengahkan isu ini dan menjadi box office. Namun barat tetap barat, sekalipun benar teori WMD adalah mitos semata-mata namun jalur minyak timur tengah mesti dikuasai, kerajaan boneka mesti diasaskan, dan lokasi pelupusan peluru Amerika yang dah expired telahpun dipilih. Yang menjadi mangsa adalah bangsa Arab yang maruahnya diinjak. Semua ini untuk kita jadikan pengajaran bukan sekadar hiburan semata-mata.. Adios!