".. jika ingin menuai angin, maka badailah hasilnya..."
Buku: PEGUAM KRIMINAL EXTENDED1. Kenapa nak jadi loyar? Sebab ia profesyen layak menantu, sebaris dengan doktor dan majistret ...kata Nyonya Mansoor lah. Jadi seronokkah kerja loyar?
2. Jom baca sequel kepada buku yang tajuknya sama, cuma tambah "extended", dan saya yakin ada 1001 kisah menarik untuk dikongsikan.
3. ..dan memang tak salah, kalini masuk sekali kisah jadi peguam syarie:
"Puan Yanie, Mahkamah kena tanya, bila kali terakhir puan 'BERSAMA' dengan suami? ... ..saya berasa sangat canggung ... " [Bab 1: Peguam Yang Soleh: 18]
5. Dalam bab 11 Patah Sayap Terbang Jua, terselit kisah pengajaran berguna untuk semua peguam baru, lama, tersohor mahupun established. Kadang kadang cara Tuhan bagi peringatan dengan benda tak disangka.
6. Elemen paling bernilai dalam buku 1 dan 2 adalah peristiwa, kesan, akibat jenayah dan pengajaran. Dititipkan oleh penulis macam abang abang senior. Boleh baca Bab 29 WRONG TIME WRONG PLACE:
".... sifat ingin tahu, itulah yang menjadi punca sebenar mereka tercampak ke lembah kebinasaan selama lebih 24 purnama itu."
7. Jadi benarlah buku ini membuka mata pembaca untuk memahami bahawa peguam punya disiplin yang mesti diikuti, bukan sekadar sorong beg mengelek robe dan ..layak jadi menantu.
aburazeen
ignorantiajurisnonexcusat
No comments:
Post a Comment