Thursday, March 10, 2022

CAHAYA ISLAM DAN SYARIAH DI HATI ROGER II

Buku: CAHAYA ISLAM DAN SYARIAH DI HATI ROGER II

Karya: HASANUDDIN YUSOF

Terbitan: Pustaka Seri Saujana Sdn Bhd. Mukasurat: 184


1. "Inggeris amat berbangga dengan undang undang mereka (Common Law) dan mengumumkan pada masyarakat dunia bahawa undang undang Inggerislah yang paling maju.. hakikatnya Undang Undang Islamlah penyumbang kepada kemajuan undang undang Inggeris.. {Dr. Yusuf al Qardawi}.

2. Pembuka mata, perangsang minda dan dipenghujungnya terkasima. ..buku ini akan menukar cara pemikiran sesetengah pihak yang menganggap Islam adalah agama yang pasif penuh kejumudan dan konservatif.. mereka sebenarnya telah dilindungi dari fakta sejarah yang telah digelapkan.
3. Akar kepada prosiding undang undang negara barat yang tidak pernah kita soalkan rupa rupanya berhubung rapat dengan tradisi keadilan Islam.
4. Terimakasih kepada dinasti Umayyah di Andalusia hingga ke Aghlabiyah di Sicily juga toleransi King Richard terhadap peradaban timur tengah yang menguntungkan dunia hingga ke hari ini.
5. Zaman kegelapan Eropah penuh dengan kekolotan yang jauh dari perikemanusiaan. Undang undang medieval inquisition seumpama brazen bull, iron maiden, pear of anguish atau judas cradle persis resam rimba malah jauh lebih teruk.
6. Hinggalah Islam melebar melalui pintu Gibraltar menyuburkan ihsan hingga nun ke senanjung Balkan. Impaknya besar hingga merobah peradaban dunia.
7. Tahukah anda mana asal usul warna jubah hakim dan peguam di kebanyakan dunia? Siapakah yang mengajar konsep rayuan, sistem penjurian, kuasa raja untuk pewartaan, undang undang ekuiti, etika hakim, etika peguam, prinsip novel disseisin dan banyak lagi?
8. Kalau anda pengamal undang-undang, selayaknya buku kecil berjiwa besar begini patut mengisi celahan buku Malay Law Jurnal, Janabs Law Series atau Jurnal Hukum.
9. Selusurilah sejarah maka kita kenal akan harga diri. Cumanya persoalan yang lebih besar, kalau kita pemilik asal undang undang pemberi keadilan kenapa pula kita diselubungi ketidakadilan, korupsi dan segala jenis kebejatan sosial dan ekonomi hari ini?
Abu Razeen
Tak kenal maka tak cinta

No comments:

Post a Comment