Tuesday, December 22, 2009

End of season

Some people much awaited their season break so much until their forgotten that every season must come to its end somehow. It is very tough thou.. To see all my children packing their stuff and sum-up their days left in Shah Alam. I might end as a sentimentalist here, hey! but that was true.. sometimes the systems that weve created are killing us .. softenly it did. Like mine.. as one of those inside the government body, we had sacrifice a lot, becoming yes man ...literally obidient. But what do we get? Of course a monthly pay check.. but is it worth for me to be aparted from the warmth of my childrens hugging?

Monday, December 7, 2009

Ucapan Sempena Hari Kualiti JAKESS 2009

HARI KUALITI JAKESS 2009

Prakata: 8 Disember 2009, draf ucapan terakhir saya untuk JAKESS, lepas ni tahu lagi kalau sesapa nak gunakan service saya. Lepaih ni fokus untuk pendakwaan pula. Dibaca dan diedit oleh Dato' Adzib pada majlis pagi tadi, terima kasih JAKESS kerana mengajar saya ilmu yang bermunafaat dan manfaat itu dapat pula dikongsi oleh teman-teman di dalam blog, jangan kikir ilmu itu milik Allah.

PERTAMANYA SAYA PANJATKAN KESYUKURAN KE HADRAT ALLAH SUBHANA WATA’ALA KERANA DENGAN IZIN DAN KURNIANYA, KITA DAPAT BERKUMPUL PADA MALAM YANG BERBAHAGIA INI. PADA HARI INI KITA SAMA-SAMA MERAIKAN, MAJLIS ANUGERAH KUALITI JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SELANGOR TAHUN 2009.

TERLEBIH DAHULU SAYA INGIN MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA YANG AMAT ARIF DATO’ HAJI ZOHDI BIN HAJI TOHA, SELAKU KETUA JABATAN DAN AHLI-AHLI JAWATANKUASA PENGANJUR YANG SUDI MENJEMPUT SAYA UNTUK BERSAMA HADIRIN SEKELIAN DAN SETERUSNYA MEMBERI PELUANG KEPADA SAYA BERUCAP DAN MERASMIKAN MAJLIS INI.

SAYA JUGA INGIN MENGUCAPKAN TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA SEMUA PIHAK YANG BERUSAHA MENJAYAKAN MAJLIS ANUGERAH SEBEGINI SABAN TAHUN. USAHA INI DILIHAT SEBAGAI MENEPATI BULAN KUALITI PERINGKAT NEGERI SELANGOR YANG DIADAKAN PADA BULAN DISEMBER SETIAP TAHUN. UCAPAN TAHNAH INI JUGA DITUJUKAN KHAS KEPADA MEREKA YANG AKAN MENERIMA ANUGERAH KUALITI PADA MALAM INI.

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIRAHMATI ALLAH.

(1) SAMBUTAN HARI KUALITI, BERTUJUAN UNTUK MEMPERKUKUHKAN NILAI-NILAI BUDAYA KUALITI DALAM SESEBUAH ORGANISASI. IA JUGA MERUPAKAN SATU PENGIKTIRAFAN, PEMBAHARUAN KOMITMEN DAN DEDIKASI KAKITANGAN SERTA PIHAK PENGURUSAN TERHADAP USAHA UNTUK MENINGKATKAN KUALITI JABATAN.

(2) PENDEKATAN ANUGERAH KUALITI DAN SAMBUTAN HARI KUALITI INI TELAHPUN DIPERKENALKAN OLEH KERAJAAN MELALUI PEKELILING PERKHIDMATAN AWAM BILANGAN 4 TAHUN 1991, PEKELILING INI MENERANGKAN TENTANG STRATEGI-STRATEGI PENINGKATAN KUALITI DALAM PERKHIDMATAN AWAM. BERDASARKAN PEKELILING INI JUGALAH, HAMPIR KESEMUA JABATAN KERAJAAN BERJAYA MENGANJURKAN SENDIRI HARI ANUGERAH KUALITI MASING-MASING.

(3) PADA MALAM INI, KAKITANGAN YANG TERPILIH BERDASARKAN KECEMERLANGAN DIRI AKAN DIBERIKAN PENGHARGAAN. BERMULA DARI NALURI INGIN BERUBAH KE ARAH YANG LEBIH BAIK, AKHIRNYA KITA AKAN BERTEMU PUNCAK KECEMERLANGAN. NAMUN UNTUK SAMPAI KE MATLAMAT INI KITA TERPAKSA MELALUI TRANSORMASI SIKAP DAN PENDIRIAN. PERUBAHAN INILAH YANG DIMAKSUDKAN DALAM KATA-KATA: “BARANGSIAPA YANG AMALANNYA HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM, DIALAH ORANG YANG BERUNTUNG. BARANGSIAPA YANG AMALANNYA HARI INI SAMA DENGAN YANG SEMALAM, DIA ADALAH ORANG YANG RUGI. DAN BARANGSIAPA YANG AMALANNYA HARI INI LEBIH BURUK DARI HARI SEMALAM, DIA TERGOLONG ORANG YANG DILAKNAT ALLAH S.W.T.”
TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIRAHMATI ALLAH

(4) BERSEMPENA HARI ANUGERAH KUALITI JAKESS PADA HARI INI, SEBAIKNYA KITA PERLU MENGHAYATI MAKSUD SEBENAR DI SEBALIK SAMBUTANNYA. SAYA PERCAYA MAJLIS PADA MALAM INI, BUKAN SEKADAR MENDENGAR CERAMAH KUALITI ATAU MENGADAKAN PENYAMPAIAN ANUGERAH, TETAPI MATLAMATNYA ADALAH LEBIH JAUH. ANUGERAH KUALITI ADALAH LAMBANG KOMITMEN KITA DALAM MENGHASILKAN KERJA YANG BERMUTU TINGGI. ERTI KECEMERLANGAN MESTI DIHAYATI OLEH SETIAP WARGA KERJA. SETELAH MEMAHAMI KEHENDAK KECEMERLANGAN, MAKA IA WAJIB DITERJEMAHKAN MELALUI TINDAKAN.

(5) JIKA DILIHAT SEJARAH PENUBUHAN MAHKAMAH SYARIAH SELANGOR, YANG BERMULA PADA TAHUN 1991, KITA AKAN DAPAT MELIHAT KEMAJUAN DEMI KEMAJUAN TELAH DICATATKAN. BERMULA DARI SATU BAHAGIAN DI JABATAN AGAMA ISLAM SEHINGGALAH MENJADI SEBUAH JABATAN YANG DITADBIR SECARA SENDIRI. KINI, SEPERTI YANG DAPAT KITA SAKSIKAN, JAKESS BAKAL MEMPUNYAI BANGUNAN IBU PEJABAT SENDIRI BERJIRAN DENGAN BANGUNAN MAIS. DENGAN KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR BERTARAF TINGGI YANG BAKAL DINIKMATI OLEH WARGA JAKESS, SEWAJARNYA MINDA SEMUA KAKITANGAN TURUT MENINGKAT SELARAS DENGAN PEMBANGUNAN FIZIKAL JABATAN. SEWAJARNYA RAKYAT SELANGOR MERASA BANGGA DENGAN PENINGKATAN PEMBANGUNAN SEBEGINI.

(6) PADA MASA YANG SAMA, MAHKAMAH SYARIAH PERLU DILIHAT SEBAGAI SATU INSTITUSI YANG BERINTEGRITI. MESTI BERKUALITI TINGGI, UNTUK MERAIH KEPERCAYAAN UMAT ISLAM BAGI MENJADI SUMBER RUJUKAN MEREKA. FAKTOR KEPERCAYAAN INI BUKAN BOLEH DIDAPATI DENGAN BENTUK FIZIKAL SAHAJA, KEMANTAPAN PENGURUSAN KES-KES MAL DAN JENAYAH SYARIAH SERTA EFISIENSI SETIAP PEGAWAI DAN KAKITANGAN MAHKAMAH SYARIAH ADALAH MERUPAKAN PAKSI UTAMA KECEMERLANGAN JABATAN INI.

(7) PADA MASA KINI, TAHAP KEPUASAN DIKALANGAN PELANGGAN KIAN MENINGKAT TINGGI. CITARASA TERSEBUT, ADALAH MERUPAKAN SATU CABARAN KEPADA JAKESS. CABARAN UNTUK MEMENUHI TAHAP KEPUASAN MEREKA. SEMUA KEHENDAK INI PERLU DITANGANI DENGAN KREATIF DAN INOVASI. SEBAGAI SEBUAH BADAN KEHAKIMAN, JAKESS BOLEH MEMIKIRKAN SATU PROSES YANG RINGKAS DAN SISTEMATIK DAN TIDAK MENYUSAHKAN PELANGGAN SEMASA BERURUSAN. SEKIRANYA ADA CADANGAN YANG BERJAYA DILAKSANAKAN, MAKA PENGIKTIRAFAN PERLU DIBERI KEPADA PENCETUS IDEA TERSEBUT. MESKIPUN KITA BERURUSAN DENGAN UNDANG-UNDANG, TIDAK BERMAKNA KITA TIDAK BOLEH MEMINDA UNDANG-UNDANG KECUALI YANG BERKAITAN DENGAN HUKUM SYARAK.

(8) PENINGKATAN KUALITI PERKHIDMATAN DAN KECEMERLANGAN PRESTASI HARUS DIPUPUK SETIAP MASA. NAMUN IA TIDAK TERHENTI SETAKAT MEMPEROLEHI PERSIJILAN ATAU PENCAPAIAN DALAM BENTUK SIJIL ATAU ANUGERAH SAHAJA, MALAH IA AKAN TERUS MENGALAMI PERUBAHAN DENGAN BEGITU PANTAS. JESTRU, KITA TIDAK SEHARUSNYA BERPUASHATI ATAU BERHENTI SETAKAT ITU SAHAJA. KITA HARUS SENTIASA MELENGKAPKAN DIRI DAN BERSIKAP PRAGMATIK UNTUK MEMAJUKAN DIRI SELARAS DENGAN PEREDARAN MASA.

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHORMATI SEKELIAN.

(9) SAYA JUGA DIFAHAMKAN PADA MALAM INI AKAN DIADAKAN PERASMIAN KOLEKSI PENGHAKIMAN JAKESS DAN LAPORAN TAHUNAN JAKESS 2008. TAHNIAH DIUCAPKAN ATAS PENERBITAN DOKUMEN INI. PENERBITAN BERBENTUK FAKTA DAN ILMIAH SEBEGINI SEMEMANGNYA DIALU-ALUKAN OLEH SEMUA PIHAK. TERUTAMANYA INSTITUSI ISLAM DALAM NEGERI SELANGOR. PIHAK MAIS MISALNYA BOLEH MENGAMBIL MANFAAT DARI ALASAN PENGHAKIMAN YANG DIREKODKAN DALAM KOLEKSI INI. BEGITU JUGA PIHAK JABATAN MUFTI, JAIS DAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI DALAM NEGERI SELANGOR. SELAIN DARIPADA CATATAN YANG BOLEH DIKONGSI BERSAMA, KOLEKSI INI JUGA BOLEH MENYUBURKAN BUDAYA ILMU DI KALANGAN MASYARAKAT NEGERI SELANGOR.

(10) LAPORAN TAHUNAN JUGA PENTING BAGI MEMBENTUK PROSPEKTIF MASYARAKAT LUAR TERHADAP JAKESS, JIKA SEBELUM INI MASYARAKAT HANYA MENGENALI JAKESS MELALUI LAPORAN AKHBAR ATAU SEMASA BERURUSAN DENGAN JABATAN. KINI PERKEMBANGAN JAKESS BOLEH DIDAPATI DALAM BENTUK LAPORAN YANG LENGKAP DENGAN STATISTIK DAN PENCAPAIAN DALAM TAHUN TERTENTU. ADALAH DIHARAPKAN KEDUA-DUA BENTUK TERBITAN INI DAPAT DISEBARLUASKAN CAPAIANNYA KEPADA SEMUA INSTITUSI KEAGAMAAN KHUSUSNYA DI DALAM NEGERI SELANGOR. KITA TIDAK MAHU, TANGGAPAN NEGATIF DILABELKAN TERHADAP MAHKAMAH SYARIAH, HANYA BERDASARKAN TUDUHAN DAN TANGGAPAN MELALUI MEDIA YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB. INSYAALLAH LAPORAN SEBEGINI AKAN DAPAT DIRUJUK OLEH MEREKA DAN SETERUSNYA DAPAT MENANGKIS TANGGAPAN YANG TIDAK BAIK.

(11) KEMAMPUAN JAKESS UNTUK MENINGKATKAN PENGIKTIRAFAN VERSI MS ISO 9001:2008 AMATLAH MEMBANGGAKAN. SETELAH LEBIH DARI 5 TAHUN PENGEKALAN PERSIJILAN, JAKESS BERUPAYA MENATANG KECEMERLANGAN HINGGA KE SAAT INI. BERDASARKAN SKOP PERSIJILAN MELIPUTI PENTADBIRAN KES MAL, JENAYAH, RAYUAN DAN FARAID SUDAH PASTI IA BUKAN SATU KERJA YANG MUDAH. SAYA JUGA DIMAKLUMKAN BAHAWA TENAGA PENGGERAK ISO DI JAKESS ADALAH TERDIRI DARI PEGAWAI ATASAN SEHINGGA KE PERINGKAT SOKONGAN. KEUPAYAAN DALAMAN SEBEGINI TANPA MENGHARAPKAN BANTUAN DARI PIHAK LUAR DAPAT MENINGKATKAN PENGHAYATAN KUALITI KEPADA WARGA JAKESS. PADA MASA YANG SAMA DAPAT MENGURANGKAN BELANJA KONSULTASI PIHAK KETIGA.

PARA HADIRIN YANG DIRAHMATI ALLAH,

(12) DIKESEMPATAN INI, SAYA BERPESAN AGAR KECEMERLANGAN TIDAK TERHENTI SETAKAT INI SAHAJA, KESINAMBUNGAN USAHA MESTILAH DITERUSKAN KEPADA GENERASI BARU DENGAN BIMBINGAN DARI TOKOH-TOKOH KECEMERLANGAN SEDIA ADA. PENCAPAIAN HARI INI AKAN MENJADI LEGASI KEPADA TENAGA PELAPIS. SETERUSNYA MENJADI AMANAH UNTUK DIPERTANGGUNGJAWABKAN DISINI DAN JUGA HARI AKHIRAT.

AKHIR KATA, DENGAN SUKACITANYA SAYA MENGAKHIRI UCAPAN PADA MALAM YANG BERBAHAGIA INI DENGAN TIGA RANGKAP PANTUN;

NEGERI SELANGOR, NEGERI MAJU.
WAWASAN SYUMUL, TERAS PEMBANGUNAN.
NEGERI TERAJU, NOMBOR SATU.
JAKESS UNGGUL, SELALU TERKEHADAPAN.

LAPORAN TAHUNAN, DUA RIBU LAPAN.
KOLEKSI PENGHAKIMAN, JADI BUALAN.
USAH DIKENANG, SESAT DIJALAN.
PANGKALNYA IMAN, AMALNYA IHSAN.

DARUL EHSAN, NEGERI IDAMAN
NEGERI MAJU, DAN BERKEBAJIKAN
DENGAN LAFAZ, BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM,
ANUGERAH KUALITI JAKESS, SAYA RASMIKAN.

SEKIAN TERIMA KASIH, WABILLAHITAUFIK WALHIDAYAH, WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

P/S: gambo tak sempat masuk lagi

Wednesday, December 2, 2009

my 2 cent of 2012


2012 lambang keangkuhan manusia

1- Firstly. It is not as expected, Might possibly I’m not movie goers nor critics, tapi saya suka baca movie mums dalam yahoo movie, dulu dalam akhbar harakah pun ada movie critics cuma tak ingat siapa yang commentator, tak silap saya Faisal Tehrani kot. as well kita kena ada komen dalam satu produk movie barat, sebab kita tak kuasa menegah orang nak tengok movie. Tapi kita kena ada sistem untuk cure balik doktrin-doktrin Yahudi/Masoni yang diterapkan oleh mereka dalam produk Hollywood.

2. Sebab tu saya suka sekuel National Treasure, Dan Brown movie-based-novel macam Da Vinci Code, Angels and Demons. Kingdom of Heaven Kalau diperhatikan dalam cerita ini sedikit sebanyak diexposekan pasal pergerakan mason. Ini untuk gambaran awal pada sesiapa yang nak kenal Freemason. Tapi untuk gambaran teliti, anda wajib baca Pergerakan Free Mason tulisan Harun Yahya. Saya dah khatam dua kali dan berniat untuk bacanya lagi.

3. Tinggalkan dulu freemason, saya akan review satu persatu movie yang telah disebutkan pada masa lapang yang lain. Buat masa ni saya nak cerita pasal 2012, yang disangkakan tarikh apocalypse bagi kebanyakan umat selain Islam. Sebab umat Islam yakin dan percaya Hari Kiamat tetap akan berlaku sepertimana direkodkan dalam intipati rukun Iman ke lima.



4. Tidak banyak dikatakan tentang prophecy sepertimana yang saya inginkan. Ia lebih kepada “apa anda akan buat apabila berlaku bencana”. Perasaan ambil berat terhadap kemanusiaan, ketuhanan, diri sendiri, kehilangan, survival. Saya mungkin kurang teliti, tapi masih gagal melihat doktrin Yahudi/masoniah secara langsung dalam filem ini. Nanti tengok sekali lagilah

5. Hakikatnya kalau kita nak letakkan filem ini sebagai kiamat versi orang tak beriman kepada Allah SWT mungkin sesuai. Sebab diakhir filem ini (minta maaf buat yang belum tengok!!) ada orang yang survive sebab naik atas kapal. Bagi mereka kiamat adalah salah satu bencana dan selepas bencana civilization baru akan mengambil tempat. Dan manusia adalah Supreme. Lepas tu dia tiru kisah Nabi Nuh.

6. Inilah pointnya, kot mana sekalipun manusia akan survive, mungkin ini doktrin Yahudi/Masoni yang nak diterapkan kepada para penonton. Bab cinematografi memang tak kalah, antara yang terbaik setakat ini bagi saya. Mustahil atau tidak kegawatan pada masa bencana mungkin boleh diambil iktibar pada para penonton. Jangan sampai masa menonton tu gempa bumi pun tak sedar sebab ingat special effect 2012. Gambaran kekalutan manusia sewaktu bencana diimaginasikan dengan baik.

7. Mugkin saya terlepas satu dua dialog yang cerita pasal prediction mayan dalam movie ni, tapi saya punya teori sendiri tentang kalendar Mayan. Selain daripada keunikan ahlil falak mereka (tapi tidak seteror Tn Zainal Abidin Kusmin Al-Jempoli), saya akan huraikannya dibawah ni





8. Yang ni my humble teori saya je, satu fakta kalau diperhatikan pyramid Mayan dan Pyramid Egypt mempunyai design yang hampir sama. Pyramid di Egypt diusahakan oleh Firaun. Adapun Firaun banyak mempunyai ahli sihir dan tukang tilik, pada masa dulu kan jin dan iblis boleh pi tengok nasib kat langit, tetapi selepas kerasulan nabi SAW iblis dan jin ini dilarang dari tengok perkhabaran dari langit melainkan dipanah petir adanya. Kemungkinan khabar mengenai tarikh kiamat telah pun ada dan sempat diintai oleh jin kepunyaan tukang tilik firaun.

9. Adapun teori asal continent Afrika dan Amerika Selatan adalah bersambung keduanya. Oleh sebab itu design pyramidnya adalah sama dan mungkin arkitek yang sama juga cuma dilestarikan dengan suasana Afrika yang berpadang Pasir dan Amerika Selatan yang beriklim subtropika. Maka kebarangkalian disitu bahawa tilikan tukan tilik Firaun direkodkan oleh kaum Aztec dalam pyramid Mayan. Dari situlah Apocalypse ditilik. dan diperkuatkan oleh Nostradamus yang mempunyai kaitan dengan Freemason.

10. Freemason pulak berpunca dari Kabbalah satu Tribe Bani Israel yang menyeleweng selepas diexpelled dari egypt. Ini disebabkan terlalu lama puak bani israel bercampur dengan kaum qibti yang mengamalkan sihir dan ramalan. Buktinya ada kelompok bani Israel menyembah anak sapi semasa Nabi Musa menerima 10 commandment atas gunung thursina. Daripada Freemason ini telah lahir isme-isme yang cuba menjauhkan manusia dari tuhan dan mengatakan human is ultimate.

11. Maka pecahlah ranting-ranting masoniah atas nama samaran seperti komunis, marxis, sosialis, sekularis, nasionalis yang mana mungkin orang-orang yang manganut fahaman itu sendiri tidak mengetahui asal usulnya. Kalau nak cerita lagi ia boleh dikaitkan dengan french revolution, WW1 dan WW2, Holocoust, JFK murder, 9/11 dan yang penting semuanya telah ditilik oleh Nostradamus adakah ia terjadi secara kebetulan, hasil perkhabaran tukang tilik Firaun, atau memang ia dirancang oleh tangan-tangan ghaib (tiru ayat Dr MAZA) .. apapun sebagai orang beriman kita wajib mempercayai bahawa pengetahuan tentang kiamat adalah rahsia Allah SWT dan antara tanda-tanda kiamat bolehlah browse sendirik kat http://www.usc.edu/schools/college/crcc/engagement/resources/texts/muslim/hadith/bukhari/088.sbt.html. Tak kuasa den nak terangkan.


12. Tindakan beberapa pihak untuk melarang orang Islam dari menonton movie ini adalah baik dan harus disokong namun kita kena ingat, zaman ICT ni yang mana dilarang itu yang nak buat sangat-sangat, jadi dengan adanya ulasan dan taaliq dari asatizah, maka ia boleh jadi saringan kedua selain dari sensorship kerajaan dan sensorship keimanan diri.


p/s. tengok nak kaji takpe.

Sunday, November 29, 2009

Screening Road To Mecca


Alhamdulillah .... buku kegemaran saya dijadikan dokumentari, kalau takde aral melintang nak pergilah. Join jom! saya pun dah resensi buku ini cuba cari road to mecca

Tuesday, November 17, 2009

Wang Tidak Patuh Syariah Dalam Konteks Perundangan Islam


Wang Tidak Patuh Syariah Dalam Konteks Perundangan Islam

Abu Razeen.


Prakata: Sebenarnya masa tajuk ni diberikan, saya tenggelam punca, apa yang are na http://arena-hana.blogspot.com @ Ketua Editor mahukan. research range terlalu besar sampai tak tau nak tulis hapa. Dah submit baru paham, lembab betul lah saya ni.... published mungkin tak sama dengan raw yang dihantar, yang tuan-puan tengok ni sebelum diedit ,authenticated by aburazeen


Sewaktu artikel ini mula ditulis, blok kuasa ekonomi barat sedang bereksperimen mencari remedi terbaik untuk keluar dari kancah kemelesetan. Mereka seolah-olah baru terjaga dari lena yang panjang dan kini terkial-kial mencari salah dan silap sistem ekonomi kapitalis yang telah diamalkan selama ini. Pelbagai teori baru diutarakan oleh pakar ekonomi dunia, berpuluh-puluh pakej stimulus ditawarkan oleh kerajaan dan berbillion-billion wang rakyat disuntik ke dalam dana konglomerat semata-mata mahu memanjangkan talian hayat entiti tersebut. Namun depresi ekonomi seolah-olah enggan bertukar wajah sehingga ke saat ini. Bagi mereka yang beriman dengan ketentuan oleh Allah SWT ini adalah merupakan bala kepada sistem yang tidak mengikut syariat dan juga hikmah kepada umat Islam yang mahu berfikir dan mengambil kesempatan lalu membuat manouver dalam sistem ekonomi negara. Sistem ekonomi Islam yang unik menjamin kesejahteraan kepada semua pihak kerana disitu terletaknya keadilan, ketelusan dan keredhoan pihak yang berurusan. Begitu juga dengan larangan yang mempunyai hikmah tersendiri, tersisip memagari kod etika individu yang berurusan, kontrak yang nyata sehinggalah kepada material pertukaran. Sememangnya Islam telah mempunyai teori sistem perdagangan yang lengkap dan boleh diadaptasi dengan apa jua suasana persekitaran. Pada hari ini, Malaysia dengan keunikan majoriti penganut Islam diberi peluang untuk mempromosikan sistem kewangan yang patuh kepada syariah dengan terlaksananya undang-undang seperti Akta Bank Islam 1984, kemudahan infrastruktur perniagaan, insentif daripada kerajaan dan yang lebih penting kuasa ekonomi yang berada ditangan umat Islam. Ketelusan dalam kontrak perdagangan Islam telah mengundang minat pelanggan yang bukan beragama Islam. Larangan penggunaan riba sungguhpun berakar umbi dalam sistem perbankan secara umum telah membuka mata masyarakat dunia tentang pentingnya keadilan dalam urusan perdangangan.


Untuk mengenali wang yang tidak mematuhi syariah, adalah penting untuk mengetahui syarat atau prinsip pematuhan sistem kewangan Islam, dengan pengetahuan tersebut barulah dapat dikenali transaksi yang sah dan halal disisi Allah SWT. Secara umum Islam menggalakkan perniagaan, semua jenis perniagaan yang boleh menyara diri serta tanggungan, membangunkan ekonomi masyarakat dan negara, asas transaksi Islam adalah mudah, firman Allah SWT di dalam surah Al-Baqarah yang diterjemahkan, “Sesungguhnya Allah menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba” [Al-Baqarah 275]. Islam adalah agama yang adil dan menyuruh umatnya berlaku adil dalam semua muamalah seharian. Adil di dalam urusan jualbeli secara praktikalnya adalah berdasarkan kepada ayat:Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya [An-Nahlu: 90] maka daripada asas ini dibangunkan prinsip transaksi di dalam Islam seperti berikut: tiada riba, tiada ketidaktentuan (gharar), tiada perjudian dan kontrak jual beli yang jelas membabitkan pembeli, penjual dan barang atau khidmat yang dimaksudkan.


Prinsip pertama ialah tiada riba. Secara umum hampir kebanyakan urusniaga yang tidak mematuhi syarak adalah berpunca dari riba samada secara langsung atau tidak langsung. Pengharaman riba adalah jelas dalam amaran balasan keatas pemakan riba sepertimana firman Allah SWT: “Orang-orang yang memakan riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu adalah disebabkan mereka berkata sesungguhnya jualbeli itu sama seperti riba…,”[Al-Baqarah 275]. Secara teknikalnya riba bermaksud suatu keuntungan yang tidak dibenarkan syarak hasil dari ketidaksamaan kuantiti dan nilaian suatu transaksi, melibatkan barangan sesama jenis dan diuruskan untuk sebab yang sama.


Riba boleh dibahagikan kepada dua kategori.Yang pertama dikenali sebagai ‘duyun’ iaitu riba berasaskan hutang. Berlaku apabila seorang penghutang meminjam wang setelah sampai jangkamasa tertentu beliau dikenakan jumlah bayaran yang lebih dari jumlah yang dipinjam. Sekiranya hutang tidak dapat diselesaikan pemberi pinjaman akan menambah jangkamasa yang baru dan akan menerima faedah dari penangguhan bayaran tersebut. Maka lebihan yang dinikmati oleh pemberi hutang selain dari kapital (wang asal) yang diberikan maka ia adalah haram. Riba ini juga dikenali dengan ‘nasiah’.


Kategori kedua adalah riba ‘buyu’ atau perniagaan. Diriwayatkan oleh Abu Said Al-Khudri, Rasul SAW bersabda; “Emas dengan emas, perak dengan perak, bijian dengan bijian, gandum dengan gandum, tamar dengan tamar, garam dengan garam hendaklah sama iaitu tangan ke tangan sesiapa yang melebihkan atau meminta lebih maka dia telah melakukan riba, yang mengambil dan memberi adalah sama” [Bukhari dan Muslim]. Hadis ini menunjukkan 6 jenis komoditi yang boleh diqiaskan kepada komoditi lain diatas dengan sebab (illah) yang sama di dalam hadis tersebut, antara barangan lain yang boleh dinisbahkan dengan hadis ini adalah wang, makanan dan lain-lain.


Dalam transaksi masakini, riba mungkin berlaku dalam pelbagai situasi, seperti penangguhan dalam pembayaran begitu juga penambahan dan pengurangan kuantiti barangan yang diurusniagakan. Contohnya faedah yang dikenakan oleh bank konvensional adalah riba ‘nasiah’ kerana faedah dibayar akibat pelanjutan masa yang diperuntukkan untuk membayar hutang. Contoh lain adalah penangguhan serahan dalam urusniaga matawang, juga termasuk riba ‘nasiah’. Sepatutnya urusniaga matawang dibuat serahan secara langsung.

Walaupun beberapa ayat Quran dan Hadis serta Ijmak ulama menyebut tentang pengharaman riba, namun terdapat usaha mencari jalan untuk mengharuskan keuntungan secara salah ini. Antara hujah yang digunakan adalah, tiada satu tafsiran yang jelas tetang riba didalam sumber pengambilan syarak. Larangan memakan riba diwahyukan pada penghujung riwayat Rasul SAW, maka peluang untuk menafsirkan riba secara jelas tersekat dengan kewafatan Baginda. Oleh yang demikian riba ditafsirkan dengan pelbagai bentuk mengikut keadaan semasa dan menjadikan ia perkara yang meragukan dan tiada makna yang tepat. Keadaan ini membolehkan riba hanya dimaksudkan sepertimana yang disebut dalam Al-Quran dan Hadis sahaja dan tidak boleh dikembangkan kepada sistem perbankan konvensional masa kini sebab urusannya tidak dapat digambarkan semasa turunnya wahyu tentang pengharaman riba. Faedah yang diamalkan oleh perbankan moden adalah tidak melampau ataupun menindas penghutang.


Menjawab keraguan yang ditimbulkan tersebut adalah dengan firman Allah SWT yang berbunyi; “ Hai orang-orang yang beriman jangnlah kamu memakan riba yang berlipat-lipat ganda dan takutlah kepada Allah, mudah-mudahan kamu berjaya” [Ale-Imran]. Ayat ini secara jelas menerangkan sifat khusus riba yang berlaku pada masa wahyu diturunkan dan ia tidak jauh berbeza dengan apa yang diamalkan pada hari ini, keuntungan yang berlipat kali ganda hasil faedah yang dikenakan atas pinjaman. Begitu juga dengan kata-kata “Setiap pinjaman yang menerbitkan faedah adalah riba” dan selainnya “Sesiapa yang mendahulukan pinjaman tidak boleh menentukan perjanjian yang ia akan menerima sesuatu yang lebih baik sebagai pendahuluan. Walaupun ia berupa segenggam jerami, ia adalah riba”. Maka gambaran sewaktu di zaman Rasul SAW dan para sahabat telahpun berlaku sepertimana hari ini cuma dibezakan terma dan kaedah yang digunakan bertujuan mengelirukan orang ramai. Tahap berhati-hati dalam mengelakkan riba sehingga mencapai larangan untuk menerima hadiah dari orang yang meminjam

Hujah lain yang digunakan adalah, riba semasa zaman Rasul SAW adalah berkaitan hutang orang yang miskin untuk kegunaannya sehari-hari, maka mereka tidak boleh dikenakan faedah yang menyusahkan berbanding pada hari ini, yang meminjam adalah terdiri dari orang yang berkemampuan, pinjaman dibuat bukannya untuk digunakan belanja seharian tetapi adalah untuk menjana keuntungan, oleh kerana janaan keuntungan akan memperkayakan penghutang, maka tidak salah atau zalim untuk mengenakan feadah keatas mereka. Sebagai jawapan, status ‘harus’ dalam transaksi bukanlah disandarkan kepada kedudukan kewangan salah satu pihak, tetapi ia bergantung kepada kaedah operasi itu sendiri. Sebenarnya Al-Quran telah mengharamkan riba secara umum meliputi semua jenis riba dan validiti pengharaman adalah berkembang mengikut tamadun ekonomi itu sendiri. Prinsip riba telahpun wujud dikalangan Yahudi sebelum wahyu diturunkan kepada Rasul SAW malah ia direkodkan lebih awal dari tamadun Arab.


Selain itu mereka mendakwa berleluasanya transaksi berasaskan riba keseluruh dunia menjadikan sistem ini sesuatu yang sukar dielakkan. Sifatnya yang menjadi tunjang keuntungan perbankan konvensional menjadikan ia mendominasi aktiviti ekonomi negara. Adalah mustahil untuk menghapuskan riba terutamanya yang melibatkan transaksi luar. Islam adalah agama yang praktikal dan menerima prinsip darurah yang membolehkan kegunaan perkara yang dilarang sewaktu sukar untuk mengelakkannya. Pendapat sebegini adalah popular dan merupakan jawapan seragam sewaktu mula diperkenalkan sistem perbankan yang mematuhi hukum syarak. Seperkara harus diingat, penggunaan kaedah darurat membolehkan perkara yang dilarang mestilah berdasarkan perkara yang sedang berlaku dan tidak dipengaruhi oleh andaian. Kejatuhan ekonomi akibat penggunaan sistem Islam adalah mitos dan belum pernah dibuktikan dalam mana-mana negara. Sewaktu mula perbankan Islam diperkenalkan mungkin jawapan tersebut adalah munasabah tetapi dalam keadaan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan dan kewujudan entiti muamalah Islam penggunaan darurat boleh dipersoalkan dan tidak lagi relevan.


Prinsip transaksi dalam Islam yang kedua ialah tiada gharar atau ketidaktentuan pada barang yang diniagakan, juga bermaksud risiko. Ketidaktentuan ini terdapat pada sifat barang sewaktu akad pembelian diantara pembeli dan penjual, contoh gharar adalah penjualan ikan di dalam laut, burung di atas langit, lembu di dalam kandungan yang mana membawa kemungkinan wujud dan dapat dipegang barang tersebut masih tidak ada. Ketidaktentuan yang timbul adalah dari segi bilangan barang yang diniagakan, waktu penyerahan dan kemampuan untuk menerima barang. Transaksi sebegini pada akhirnya akan merugikan salah satu pihak atau mungkin akan memberi keuntungan yang melampau pada salah satu pihak. Bagi mengelakkan gharar berlaku dalam transaksi maka takat ketentuan mestilah dicapai semasa akad dilakukan. Takat ini adalah bergantung kepada perbezaan masa, masyarakat, keperluan pribadi serta kecenderungan dan kaedah yang digunakan dalam serahan. Penjelasan kepada semua aspek penyerahan mestilah difahami dan dapat diterangkan sebelum akad dibuat. Dalam suasana ekonomi sekarang dan hasil kajian serta teknologi terkini maka gharar boleh dielakkan dengan meletakkan terma-terma yang jelas serta pasti bagi melindungi kedua-dua belah pihak yang berurusan namun ini tidak menafikan masih wujud transaksi gharar pada hari ini. Yang pasti gharar adalah punca skim pelaburan saham melalui internet yang menjanjikan keuntungan berlipat kali ganda secara tetap diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, antara yang ternama adalah Swiss Cash Mutual Fund dan berpuluh skim yang beroperasi seumpamanya.


Islam mengharamkan perjudian dan segala bentuk sistem yang bergantung kepada nasib, semua keuntungan atau pendapatan adalah hasil dari usaha seseorang, Dalil pengharaman judi dikumpulkan bersama perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah SWT di dalam ayat: “ Wahai orang-orang Yang beriman! Bahawa Sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib Dengan batang-batang anak panah, adalah (Semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. [Al-Maidah : 90]. Dengan menyerahkan diri kepada nasib akan mengakibatkan manusia tidak berusaha, malah adakalanya akan mencari jalan mudah untuk memperolehi keuntungan. Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh Abu Nu’aim menyebut “mencari rezeki yang halal adalah jihad” dan sabda Rasul SAW diriwayatkan oleh Thabrani “Sesungguhnya Allah mencintai hamba yang bekerja”. SabdaNya yang lain oleh Bukhari, “Tiada makanan paling baik yang dimakan oleh seseorang melebihi hasil kerja tangannya sendiri, dan sesungguhnya Nabi SAW Daud telah makan dari hasil usaha tangannya”. Secara teorinya judi adalah mudah, dengan meletakkan modal pertaruhan yang sedikit seperti cabutan nombor bertuah Sport Toto atau Magnum 4 digit maka sekiranya tepat maka hadiahnya adalah berlipat kali ganda dari wang pertaruhan, sekiranya tidak kena maka sia-sialah pertaruhan tersebut. Oleh yang demikian prinsip transaksi Islam yang ketiga adalah tidak boleh berbentuk judi. Secara tidak langsung aktiviti mempromosikan produk juga boleh terjerumus kearah perjudian sekiranya tidak dipantau asas pemberian kepada mereka yang bertuah, begitu juga terdapat unsur perjudian yang banyak dalam peraduan yang dianjurkan melalui sms dan internet pada hari ini.


Salah satu prinsip kewangan yang menepati syarak juga adalah kontrak yang jelas dan redha daripada kedua-dua belah pihak. Kesemua peraturan, syarat dan kelayakan dinyatakan dengan jelas dan dibincangkan secara ditil serta bersifat transparen, namun kontrak ini tidak ditekan secara rigid dalam pembelian membabitkan barangan yang bersifat mudah dan ringkas namun secara asasnya kedua-dua pihak maklum barang yang dibeli. Kontrak sebegini juga dikenali sebagai perjanjian yang dimaksudkan dalam Al-Quran: “Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian” [Al-Maidah: 1] Begitu juga ayat: “Wahai orang-orang Yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu Dengan jalan Yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan Yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu.” [An-Nisaa’: 29]. Oleh yang demikian pengetahuan dan keredhoan pihak yang terlibat akan menerbitkan perasaan puas hati dan tidak timbul masalah menzalimi orang lain, kembali kepada prinsip asas Islam tentang keadilan hubungan sesama insan.

Apabila sistem kewangan Islam berskala besar mula mendapat tempat dalam masyarakat Malaysia, maka timbullah beberapa perkara baru yang melibatkan isu pematuhan, pendaftaran dan perundangan. Oleh kerana sistem ekonomi yang diguna berasaskan konvensional atau secara mudah bersifat sekular, maka apakah pertikaian yang membabitkan muamalah menurut hukum syarak wajar diputuskan oleh Mahkamah Sivil yang bersifat konvensional?. Ini kerana pematuhan kepada prinsip syarak dilihat bukan sekadar bersifat litigasi semata-mata malah ia dikira sebagai ibadah, satu bentuk perhubungan dengan Allah SWT. Maka dengan semua syarat, rukun atau prinsip diatas ini adakah Mahkamah Syariah yang sedia ada boleh mengambil tempat bagi membicarakan kes-kes muamalat berdasarkan hukum syarak?. Di dalam para 2, jadual ke 9 dinyatakan bidangkuasa negeri adalah hal ehwal berkaitan dengan hukum syarak tetapi tertentu kepada individu Islam sahaja. Persoalan berkaitan transaksi perdagangan, kontrak tanpa mengira prinsip asas diletakkan dalam senarai satu 1 jadual ke 9, iaitu dibawah bidangkuasa persekutuan. Ini termasuk semua jenis perbankan. Bagi tujuan penyesuaian kedua-dua persoalan sivil dan syarak, Islamic Banking Act 1983 (IBA) telah dikanunkan mengikut model Akta Bank Negara Malaysia dengan beberapa modifikasi. Peraturan berkaitan perlesenan dan syarat perbankan Islam di dalam IBA dibuat dengan asas pembangunan Bank Islam dan Bank Muamalat pada waktu tersebut.Perbankan Islam juga diberi pengertian sebagai mana-mana syarikat yang membawa perniagaan perbankan Islam dan memiliki lesen yang sah, dan unsur penting dalam operasi perniagaannya tidak melibatkan elemen yang tidak mematuhi hukum agama Islam. IBA juga mensyaratkan penubuhan panel penasihat syarak dengan syarat tertentu untuk setiap bank yang mempunyai kaunter perniagaan berasaskan Islam. Ini adalah membantu pemantauan kerajaan selain dari agensi penguatkuasaan daripada Suruhanjaya Sekuriti dan Bank Negara Malaysia. Dengan wujudnya IBA maka semua pertikaian dalam Perbankan Islam dirujuk kepada Mahkamah Sivil. Selain dari itu halangan Mahkamah Syariah juga terletak kepada bidangkuasanya yang terhad kepada orang Islam, bukan selainnya dan terkeluar dari bidangkuasa juga adalah pihak bank dan institusi kewangan. Kes contoh adalah Muassasah Gadaian Islam Trengganu 1991 yang berlawanan dengan keputusan Mahkamah Syariah, Bank Islam Malaysia Berhad lawan Adnan bin Omar [1994] 3 CLJ 735, Dato’ Hj. Nik Mahmud bin Daud lawan BIMB [1996] 1 CLJ 576 dan beberapa kes lain. Sekiranya hendak dibawa ke Mahkamah Syariah maka beberapa reformasi perundangan perlu dibuat terutama dari segi peningkatan keupayaan Hakim Mahkamah Syariah untuk memutuskan kes komersial dan yang paling penting pindaan kepada Perlembagaan Negara Malaysia.

Artikel tamat.

siap 21.5.2009

terbit MAIS Bil.15 Jun2009

Thursday, October 1, 2009

yet another secular mind in whipping issue



Stop the whipping of Kartika
Thursday, 01 October 2009 07:51am

©My Sinchew (Used by permission) ....freshly cooked by http://www.malaysianbar.org.my/letters_others/stop_the_whipping_of_kartika.html :abrzn:


The Joint Action Group for Gender Equality (JAG), Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) and National Human Rights Society (HAKAM) are gravely concerned that the Pahang Syariah Court of Appeal had heard and decided the revision of Kartika Dewi Shukarno’s (Kartika) sentence of whipping without all the relevant stakeholders in attendance to present arguments, or the public being informed of the hearing.

Furthermore, on 18 September 2009, Sisters In Islam (SIS) had filed a separate application for revision and stay of execution of Kartika’s whipping and this application has yet to be heard by the Pahang Syariah High Court.

We are also puzzled at the speed with which the Syariah court is intent on carrying out the sentence when many civil society organisations and prominent individuals and scholars have expressed doubt as to the propriety of the maximum sentence of RM5,000 fine and six strokes of whipping imposed on Kartika, a first offender, who had pleaded guilty and expressed remorse on many occasions.

We are concerned that the Syariah Court is taking to heart to statements made by the Minister in the Prime Minister’s Department in charge of Islamic affairs, Maj-Gen (R) Datuk Jamil Khir Baharom (“Syariah court to have more bite”, NST, 24 April 2009) that the lack of implementation of the sentences of whipping “is the contributing factor to the increase in syariah-related crimes each year as the people think the laws too trivial.” The Minister is incorrect in relating the lack of whipping to an increase in “syariah-related crimes” as studies have shown that whipping, like capital punishment, is not an effective deterrent to the commission of crimes.

The fact that Kartika herself seems intent on being whipped should not prevent the authorities from doing what is just and compassionate in all the circumstances of the case. As human rights defenders, we are committed to securing a treatment for her that protects her human rights and the human rights of others in similar circumstances, and to ensure that there is no deterioration of human rights standards in Malaysia.

Kartika’s decision may be compared to the decisions made by Hindu widows in the past. The practice of ‘sati’ (now outlawed in India) meant that widows were burnt on the pyres of their deceased husbands. There were arguments that if a widow chose to immolate herself then there should be no interference. Clearly this is not a practice that should be condoned on the principle of free choice.

The important issue here is the deterioration of human rights standards as applied by the state of Pahang. If the whipping of a woman takes place under Syariah law, a bad precedent is set in Malaysia – especially when women are expressly excluded from being whipped under S289 of the Criminal Procedure Code.

If Kartika is whipped, the perception of Malaysia as a moderate Muslim state will be permanently jeopardised.

We urge the Federal and State Governments to review whipping as a form of punishment as it violates international human rights principles which regard whipping and other forms of corporal punishment as cruel, inhuman and degrading treatment.

In Kartika's case, we are especially concerned that general principles of sentencing were not applied: she was a first-time offender, she showed remorse and pleaded guilty, and there was no violence in the commission of the offence. Her sentences were completely disproportionate to the offence committed.

We further urge the Federal and State Governments to conduct a comprehensive review of all laws pertaining to Syariah criminal offences, with a view to repeal such laws. In 1997 and 2005, SIS submitted memorandums to the Government on Syariah criminal offences, raising several issues of concern including the fact that several provisions in the laws have no basis in Islamic legal theory and practice, conflict with the Federal Constitution and conflict or overlap with the Penal Code and other federal laws.

Finally, we remind the relevant authorities that justice must be tempered with compassion; and that justice must not only be done, but must be seen to be done so that Malaysians can be confident of the processes in the Syariah courts.

Issued by:
1. The Joint Action Group for Gender Equality (JAG) which comprise Sisters in Islam (SIS), Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER), Women's Aid Organisation (WAO), All Women's Action Society (AWAM) and Women’s Centre for Change, Penang (WCC);
2. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM); and
3. National Human Rights Society (HAKAM)

30 September
Kuala Lumpur

p.s
The Minister is incorrect in relating the lack of whipping to an increase in “syariah-related crimes” as studies have shown that whipping, like capital punishment, is not an effective deterrent to the commission of crimes.
yang tidak mendatangkan kesan, sebab ia tidak menepati kehendak hukum syarak, undang-undang kerajaan kita lulus 6 sahaja, syariat sebenar minimum 40 whip, dah tu buat kat dalam penjara, syariat Islam buat kat public, kalau buat kat public baru 'an effective deterrent to the comission of crimes' gitu


Kartika’s decision may be compared to the decisions made by Hindu widows in the past. The practice of ‘sati’ (now outlawed in India)
Ini qias ma'a fariq, ada ke sebat syariah disamakan dengan amalan 'sati' dalam agama hindu, jauh panggang dari api, lain kali kena la balajar balaghah dan qias

We urge the Federal and State Governments to review whipping as a form of punishment as it violates international human rights principles
violate human rights!, yang empunya diri pun tak kata apa-apa. kemana perginya 'human RIGHTS' kartika yang rela dihukum, bukankah rela menerima hukuman adalah hak diri (kartika), yang perasan kena violate hanya 3 kumpulan yang kat bawah tu.

qaidah fiqhiah "jika tak boleh laksanakan semua, jangan tinggalkan semua" teruskan pelaksanaan ini, dicari redha manusia sampai bila-bila tak kan jumpa, redha Allah is the ultimate! rabbuna ma'ak JKSPhg.

untuk maklumat selengkapnya tentang sebat syariah, boleh jengok-jengok kat blog kawan ni, ada banyak kertas kerja supaya dapat gambaran sebenarnya sebelum memberi komen. url nyer http://tmaarh66.blogspot.com/search/label/Undang-Undang

Tuesday, September 8, 2009

PENYELESAIAN HARTA WAKAF, WASIAT, HIBAH, HARTA SEPENCARIAN DAN HARTA PUSAKA

PENYELESAIAN HARTA WAKAF, WASIAT, HIBAH, HARTA SEPENCARIAN DAN HARTA PUSAKA
By Abu Razeen

pra: Dibentangkan di Kursus Pengurusan Wakaf, ILDAS. 13 Ogos 2009. Pertama kali sampai ILDAS, hebat! harap boleh datang lagi. Terima Kasih Ustaz Ismail. Ni untuk Tn Amirul Adam, untuk soalan enta boleh tengok dalam bab wakaf. tak dapat lagi telefun ana selepas saya masuk ofis.

ABSTRAK
Kejahilan tentang peruntukan undang-undang yang berkuatkuasa menjadikan banyak umat Islam terperangkap dalam konflik pengurusan harta. Niat asal untuk kebajikan dan imbuhan di hari akhirat akhirnya menimbulkan pecah belah dikalangan ahli keluarga dan sanak saudara. Pengurusan harta yang tidak bertepatan dengan hukum syarak atau undang-undang terpakai menyaksikan pihak-pihak yang terlibat terpaksa turun naik Mahkamah. Kegagalan untuk menyelesaikan isu dalaman sebegini akhirnya menjadikan perkembangan ekonomi dan sosial umat Islam terbantut. Dengan pemahaman dan perancangan harta yang betul, pengurusan harta akan menjadi lebih efisyen dan dinamik dari segi keuntungan dunia dan akhirat. Oleh itu pengetahuan dari segi hukum syarak dan pentadbiran harta adalah penting untuk diketahui dan disebarkan di kalangan umat Islam.
MUQADDIMAH
Dalam Negara Malaysia, perkara berkaitan dengan harta umat Islam adalah termasuk di bawah bidang kuasa kerajaan negeri sepertimana diperuntukkan dalam senarai 2(1) Jadual Ke-9 Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, Mahkamah Syariah diberi kuasa untuk memutuskan pertikaian mengenai wakaf, hibah, harta sepencarian, perakuan pewarisan untuk harta pusaka dan lain-lain tuntutan berkaitan. Sungguhpun fokus diberi kepada penyelesaian harta-harta tersebut di Mahkamah Syariah, tetapi kita tidak dapat menafikan peranan agensi-agensi lain dalam hal-ehwal pentadbiran dan pengurusan harta. Kertas ini ditulis dengan kaedah penerangan secara contoh situasi, peruntukan undang-undang, laporan kes di dalam jurnal serta konflik yang berlaku. Isu takrifan atau nas-nas pengambilan hukum tidak difokuskan dengan teliti kerana memberi ruang kepada isu praktikal yang sedang berlaku di Negeri Selangor amnya

WAKAF
Situasi wakaf 1:
Atas desakan hidup Ahmad amat memerlukan wang untuk menampung perniagaannya yang hampir mengheretnya ke tahap muflis, setelah berbincang dengan kakak dan abangnya mereka akhirnya bersetuju untuk menjual tanah Allahyarham bapanya yang telah sekian lama tidak dikunjungi di Kampung Sungai Udang, Klang, namun Ahmad terkejut apabila mengetahui tanah tersebut diwakafkan oleh Allahyarham bapanya tanpa pengetahuan diri dan adik beradiknya. Di tanah tersebut telah dibangunkan kompleks masjid tidak lama selepas bapanya meninggal dunia. Memikirkan beliau adalah antara waris yang sah dalam hukum syarak, maka satu tuntutan pengesahan wakaf dikemukakan di Mahkamah Syariah dengan alasan beliau adalah waris yang berhak mendapat keuntungan dari tanah tersebut dan sekaligus menafikan status wakaf yang dilakukan oleh bapanya.
Kebanyakan kes yang dilaporkan berkenaan wakaf biasanya timbul selepas dari kematian pewakaf, Masalah Ahmad adalah isu yang lazim di pertikaikan di Mahkamah berhubung dengan harta wakaf, sepertimana yang dilaporkan dalam kes Almarhum Dato’ Bentara Luar Johor, Haji Yahya dan seorang lagi lawan Hasan bin Othman & seorang lagi [Jurnal Hukum Jld III bhgn II ms 185]. Almarhum telah mewakafkan sekeping tanah untuk dua anaknya dan keturunan mereka selama-lamanya. Tanah itu didaftarkan atas namanya. Apabila beliau meninggal dunia Hasan bin Othman juga pentadbir harta pesakanya telah membuat tuntutan di Mahkamah Tinggi Sivil bahawa wakaf itu tidak sah. Mahkamah memutuskan, wakaf itu sah mengikut seksyen 11 Enakmen Wakaf 1911 dan Seksyen 41 Enakmen Pentadbiran Undang- Undang Islam 1978, juga berdasarkan kes-kes yang diputuskan oleh Privy Council di India. Tidak berpuashati dengan keputusan tersebut Hasan bin Othman membuat rayuan ke Mahkamah Persekutuan. Akhirnya Hakim Mahkamah Persekutuan Tun Salleh Abbas pada tahun 1982 mengekalkan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi bahawa wakaf tersebut adalah sah dari sudut perundangan.
Antara ulasannya, wakaf adalah urusan yang berkaitan dengan hukum syarak dan tidak terikat dengan konsep ‘prinsip mencegah kekalan’ yang diamalkan di peringkat sivil, walaupun Mahkamah tidak terikat dengan keputusan Mufti dalam fatwanya yang mengesahkan status wakaf tersebut ataupun atas undang-undang negeri tetapi Mahkamah tidak mempunyai alasan untuk menolak keputusan fatwa tersebut. Sehingga keputusan tersebut dibuat tiada sebarang rayuan dibuat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan di bawah enakmen negeri yang berkenaan. Tambahan pula tiada sebarang pendapat yang bertentangan dengan teks perundangan Syariah ditemui dalam kes tersebut.
Pembangunan tanah wakaf juga antara isu yang biasa dihadapi oleh Majlis Agama Negeri dengan waris-waris pewakaf. Dalam keadaan persekitaran yang pesat membangun tanah wakaf yang terletak di tempat strategik makin terhimpit dengan arus pemodenan. Manakala pihak yang dipertanggungjawabkan untuk membangunkan tanah wakaf adalah Majlis Agama Islam Negeri. Kadangkala pertikaian antara Majlis Agama Islam Negeri dan waris dilihat seperti wujud konflik kepentingan namun sebenarnya pihak-pihak yang terlibat adalah berusaha untuk menentukan bentuk kebajikan yang boleh dinikmati oleh masyarakat Islam sepertimana maksud pewakaf itu sendiri. Perbezaan ini wujud kerana pemahaman masing-masing tentang manfaat umum bagi memastikan pahala yang berterusan kepada pewakaf sepertimana sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah r.a Rasul SAW bersabda:
“Apabila mati seorang insan maka terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara, ilmu yang bermunafaat, sedekah jariah dan anak soleh yang mendoakan baginya” [Muslim, Abu Daud dan Tarmizi].
Sedekah jariah yang dimaksudkan dalam Hadis Sahih ini adalah sedekah yang berpanjangan selagimana digunakan atau dimanfaatkan oleh orang lain, tidak mengira samada ahli keluarga sendiri atau orang Islam yang lain. Maka pada hari ini dapat kita lihat kebanyakan tapak masjid dan tanah perkuburan yang wujud adalah dalam tanah wakaf. Apabila tanah wakaf difahami hanya sebagai tanah perkuburan dan tapak masjid maka banyak pihak yang berbelah bahagi apabila terdapat usaha oleh Majlis Agama Islam Negeri untuk membangunkan nilai tanah wakaf dengan mendirikan pusat perniagaan, tempat tinggal atau hotel yang boleh mendatangkan keuntungan kepada umat Islam.
Satu contoh konflik kepentingan manfaat antara Majlis Agama Islam dengan ahli waris ialah dalam kes Majlis Agama Islam Pulau Pinang lwn Isa bin Abdul Rahman dan yang lain, [Jurnal Hukum Jld X Bhgn 11 ms 222]. Isa bin Abdul Rahman adalah selaku waris bagi tuan tanah yang telah mewakafkan tanahnya secara wakaf am untuk sebuah masjid pada tahun 1889 yang dikenali dengan Masjid Simpang Enam, beliau telah menentang kehendak Majlis Agama Islam untuk merobohkan masjid tersebut dan menggantikannya dengan satu bangunan lima tingkat yang mana tingkat pertama hingga ketiga digunakan sebagai pejabat bank manakala tingkat empat dan lima sebagai masjid. Memikirkan rancangan itu bercanggah dengan tujuan pewakaf asal Isa bin Abdul Rahman telah membuat tuntutan di Mahkamah Tinggi Sivil Pulau Pinang supaya diisytiharkan tanah masjid itu sebagai wakaf am dan Majlis tidak berhak merobohkan Masjid tersebut juga satu perintah tegahan (injunksi) kepada Majlis atau ejen-ejennya dari merobohkan Masjid. Majlis cuba mengenepikan perintah tegahan tersebut tetapi gagal lalu merayu ke Mahkamah Agung yang juga akhirnya menolak permohonan tersebut. Ini adalah kerana terdapat Suratikatan Penyelesaian mengenai amanah wakaf menyatakan: ‘Digunakan sebagai tempat orang-orang Islam bersembahyang jemaah dan tidak untuk tujuan-tujuan lain’
Antara isu lain yang ditimbulkan oleh Hakim Mahkamah Agung, Eusoff Chin dalam kes ini adalah bidang kuasa Mahkamah Kadi pada waktu tersebut yang tidak berhak untuk mengeluarkan perintah injunksi oleh penentang kerana ia termasuk dalam Bahagian iii Akta Relif Spesifik 1950. Dalam keputusannya beliau berkata:
“Apabila Mahkamah sivil membicarakan tuntutan untuk mendapatkan suatu perintah dan perintah yang dituntut bukan dalam bidangkuasa Mahkamah Syariah untuk mengeluarkannya, maka Mahkamah Sivil hendaklah membicarakan tuntutan itu dan jika soal mengenai Hukum Syarak timbul semasa perbicaraan pihak-pihak terlibat boleh memanggil pakar-pakar agama Islam untuk memberi keterangan dalam perbicaraan itu ataupun pihak Mahkamah boleh merujuk soalan-soalan kepada Majlis Fatwa berkenaan untuk mendapat kepastian.”
Sebelum pindaan artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan pada 1988, pertindanan bidangkuasa antara Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil seringkali menimbulkan konflik dan antara yang menjadi isunya adalah berkaitan dengan status tanah wakaf, sepertimana kes-kes yang dibawakan terdahulu, kesemuanya melibatkan keputusan Hakim Mahkamah Sivil yang tidak terikat dengan perundangan Mahkamah Syariah atau Mahkamah Kadi. Walaupun nyata masalah wakaf adalah berkaitan hukum syarak contoh jelas adalah kes Majlis Agama Islam Pulau Pinang lwn Isa Abdul Rahman apabila tiga daripada empat perintah yang dipohon nyata memerlukan keputusan dibuat mengikut hukum syarak termasuk wakaf. Hanya satu perkara mengenai injunksi yang tidak perlu diputuskan mengikut Hukum Syarak. Menyedari kepentingan pentadbiran harta wakaf sebagai penjana ekonomi kepada umat Islam Negeri Selangor, pada 29 Disember 1999 Duli Yang Maha Mulia Sultan telah memperkenankan Enakmen Wakaf (Negeri Selangor) 1999 yang mengandungi 50 sekyen keseluruhannya.
Disebut secara umum di bawah bidangkuasa Majlis dan Mahkamah Syariah dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003, Enakmen Wakaf diperuntukkan secara khusus menerangkan dari permulaan pewujudan wakaf, perihal mauquf (harta wakaf), wakif ( orang yang mewujudkan wakaf), mauquf alaih (orang yang berhak menerima apa-apa manfaat atau faedah dari mawquf), wakaf tidak sah, mengistibdal (ganti) dan membangunkan mawquf, jawatankuasa pengurusan wakaf dan kuasa-kuasa majlis. Dalam memberikan kuasa kepada Majlis Agama Islam Selangor sebagai pentadbir harta wakaf, seksyen 32 Enakmen Wakaf menyatakan;
“Walau apa pun apa-apa jua peruntukan yang terkandung dalam mana-mana suratcara atau perisytiharan yang mewujudkan, mengawal atau menyentuh sesuatu wakaf, Majlis hendaklah menjadi pemegang amanah tunggal bagi semua wakaf, sama ada am atau khas, yang terletak di dalam Negeri Selangor”.
Manakala bagi harta tak alih yang berada di dalam Negeri Selangor secara automatik terletak hak pada Majlis selepas didaftarkan di bawah Kanun Tanah Negara tanpa apa-apa pemindahhakkan, penyerahakan atau pemindahmilik, disebut dalam seksyen 48 (3).
Walaupun diberi kuasa mentadbir, Majlis masih lagi terikat dengan syarat-syarat wakif sepertimana dalam seksyen 38 (1) dinyatakan
“Manfaat atau faedah daripada sesuatu wakaf khas, hendaklah digunakan mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh wakif melainkan syarat –syarat yang bertentangan dengan Hukum Syarak”.
Dengan mengambil kira kemaslahatan umat Islam dan faktor ekonomi serta pengajaran daripada laporan kes Majlis Agama Islam Pulau Pinang terdahulu, peruntukan seksyen 38 (3) dimasukkan;
“Jika, disebabkan berlalu masa atau berlaku perubahan keadaan, syarat-syarat mana-mana wakaf tidak dapat secara berfaedah dilaksanakan tepat sebagaimana yang dikehendaki waqif, Majlis hendaklah menyediakan suatu rancangan bagi menggunakan manfaat atau faedah yang terlibat itu dengan suatu cara yang sehampir mungkin yang seakan-akan sama sebagaimana yang dikehendaki oleh waqif, dan hendaklah melaksanakan sewajarnya;”
Di dalam seksyen 44 Enakmen yang sama, peranan Mahkamah Syariah adalah memutuskan keraguan berkenaan status wakaf dengan peruntukan berbunyi;
“Jika pada pendapat Majlis, makna atau kesan mana-mana surat cara atau perisytiharan yang mewujudkan atau menyentuh mana-mana wakaf adalah samar-samar atau tidak jelas, Majlis bolehlah merujukkan perkara itu kepada Mahkamah bagi mendapatkan keputusannya mengenai makna dan kesan tersebut dan hendaklah bertindak menurut apa-apa perintah yang dibuat oleh Mahkamah”.
Bagi memelihara kepentingan harta wakaf peruntukan denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali boleh dikenakan ke atas mereka yang melakukan pencerobohan, pendudukan, pengusahaan di atas tanah wakaf tanpa kebenaran Majlis. Manakala bangunan yang didirikan seseorang tanpa izin pula boleh diroboh, dimusnah atau dibersihkan oleh Majlis dengan kos ditanggung oleh orang tersebut.
Wakaf sememangnya satu elemen kekuatan umat Islam sekiranya ditadbir urus dengan baik dan berkesan, mengambil contoh Universiti Al-Azhar sebagai Institusi pendidikan tertua di dunia yang tegak berdiri dari zaman Fatimiyah sehingga ke hari ini adalah hasil dari janaan wakaf umat Islam di Mesir. Manakala Maahad Al-Ehya Asshariff, sebuah sekolah agama rakyat di Gunung Semanggol, Perak juga dibangunkan melalui wakaf penduduk tempatan melalui kegiatan perladangan kelapa sawit, sawah padi dan lain-lain, malah tidak keterlaluan jika dikatakan sebahagian besar institusi pendidikan agama terawal di Malaysia dimajukan dengan dana wakaf termasuklah di Negeri Selangor.
Sepertimana Mesir yang mempunyai Kementerian Wakaf yang mengendalikan pentadbiran wakaf seluruh Negara sehingga mampu menjana ekonomi rakyatnya, Malaysia juga telah menubuhkan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji bagi membantu Majlis Agama Islam Negeri dalam hal ehwal pengurusan harta wakaf, memperlihatkan kesungguhan kerajaan dalam membangunkan potensi tanah wakaf seluruh Malaysia yang berkeluasan hampir 36,000 hektar, sebanyak RM250 juta telah diperuntukkan dalam RMK 9 bagi tujuan tersebut. Bagi menjayakan tujuan tersebut sokongan dan pemahaman umat Islam terhadap konsep dan pentadbiran harta wakaf perlu ditingkatkan bagi mengembalikan kegemilangan dan penguasaan ekonomi umat Islam
WASIAT

Situasi wasiat 1:
Hasnah seorang anak angkat kepada Haji Zaid tidak berpuashati apabila haknya yang berupa sebidang tanah dan rumah di lot 150 Jalan Sri Cemerlang, Seksyen 7, Shah Alam telah dinafikan oleh abang dan kakak angkatnya yang juga merupakan anak kandung Haji Zaid, sedangkan makluman secara lisan oleh Haji Zaid kepada Hasnah dibuat dihadapan kedua-duanya. Sebelum bapa angkatnya meninggal dunia, beliau telah mengamanahkan abang sulungnya untuk membina rumah untuk diduduki oleh Hasnah diatas tanah lot 150 dengan peruntukan tersedia Haji Zaid sebanyak RM200,000.00. Apabila rumah tersebut siap dibina Hasnah telah tinggal dirumah tersebut selama lapan tahun dan apabila bercerai dengan suaminya hubungan abang dan kakak angkatnya menjadi renggang dan tercetus pertikaian, dimana abang angkatnya melalui Mahkamah Magistret Shah Alam (saman 74-8-65) minta perintah mahkamah supaya Hasnah keluar dari rumah tersebut dan kes di Mahkamah Magistret tidak selesai kerana berbangkit perkara wasiat yang kemudiannya dibawa ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam untuk menentukan perkara yang bersabitan dengan wasiat tersebut.

Situasi wasiat 2:
Ali berada di hospital dalam keadaan tenat. Peguam dipanggil untuk sediakan wasiat. Wasiat dibacakan kepada si mati dan cap jarinya diturunkan. Wasiat melantik Aiman bin Ali (anak simati) sebagai wasi dan pemegang amanah tunggal dan memberi kesemua harta si mati kepada Aiman, perkara ini tidak dipersetujui oleh Puan Syamilah Othman dan juga merupakan ibu kepada Aiman seterusnya Aiman memohon supaya wasiatnya disahkan di Mahkamah Syariah. Akhirnya mahkamah memutuskan wasiat tersebut tidak sah kerana melanggar dua prinsip undang-undang Islam, pertamanya ia bertujuan untuk melupuskan lebih dari 1/3 pusaka simati dan keduanya ia bertujuan memberi faedah kepada waris Pewasiat melebihi yang ditetapkan untuknya oleh undang-undang pembahagian pusaka Islam.

Dua kes diatas dan beberapa kes lain adalah antara beberapa contoh pertikaian wasiat yang terpaksa diselesaikan di Mahkamah Syariah, yang kadangkala terpaksa mengambil masa untuk diputuskan selain ketiakpuasan hati individu walaupun keputusan telahpun dibacakan oleh Hakim Syarie. Seperkara perlu diingat bahawa semua masalah ini mungkin dapat dielakkan sekiranya semua orang Islam yang memiliki harta dan waris tahu dan faham tentang hukum dan perundangan wasiat yang digunapakai.

Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Kamu diwajibkan, apabila seseorang kamu hampir mati jika dia ada meninggalkan harta hendaklah dia membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik menurut peraturan agama sebagai suatu kewajipan atas orang-orang yang bertakwa.” [Al-Baqarah: 180].
Tuntutan wajib untuk menyediakan wasiat didalam ayat ini walaubagaimanapun telah dinasakhkan hukumnya mengikut beberapa pendapat ulama dengan turunnya ayat berkaitan bahagian tertentu kepada ahli waris seperti didalam Surah A-Nisaa’ Ayat 11, 12 dan 176. Wasiat juga diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dengan sabda Rasulullah “Seseorang Muslim yang mempunyai sesuatu yang boleh diwasiatkan tidak sepatutnya tidur selama dua malam berturut-turut melainkan dia menulis wasiatnya disisinya (dekat kepala) di nukil dalam kitab Nayl Autar, Kitab Al-Wasaya oleh Al-Shawkaniyy, Bab al-Hath ‘Ala al-Wasiyyah Dar al-Jayl, Lubnan jil.6 hlmn. 142.

Manakala peruntukan undang-undang yang dirujuk kepada Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 subseksyen 61 (3) (b) (v) dan (viii) menyatakan bidangkuasa Mahkamah Tinggi Syariah termasuk wasiat atau alang semasa maradulmaut (sakit yang membawa kepada maut) juga pembahagian dan pewarisan harta berwasiat atau tak berwasiat. Negeri Selangor adalah merupakan negeri terawal yang mengendors dan mewartakan Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Selangor) No.4 Tahun 2009 hasil draf undang-undang oleh Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil Kebangsaan pada 15 September 1999 dan dikuatkuasakan mulai Jun 2000.

Enakmen tersebut telah memperuntukkan beberapa perkara berkaitan dengan wasiat orang Islam antaranya pelaksanaan wasiat, pembatalan wasiat, penarikan balik wasiat, penerimaan dan penolakan wasiat. Pemakaian undang-undang tersebut digunakan apabila berlaku pertikaian keatas wasiat oleh simati daripada satu pihak dengan membuat tuntutan di mahkamah syariah. Tuntutan yang difailkan mengikut takat bidangkuasa Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Rendah mengandungi saman beserta penyata tuntutan yang menuntut pengesahan wasiat diputuskan oleh Hakim Syarie. Pengesahan wasiat dibuktikan samada melalui keterangan ikrar, saksi, dokumen, sumpah syarie dan sebagainya yang boleh memuaskan hati Hakim untuk menentukan kesahihan wasiat tersebut.

Wasiat seperti yang ditafsirkan mengikut Enakmen Wasiat Orang Islam (Selangor) ertinya iqrar seseorang yang diperbuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk menyempurnakan sesuatu bagi maksud kebajikan atau apa-apa maksud yang dibenarkan menurut Hukum Syarak, selepas dia mati.

Wasiat samada dibuat dengan lisan atau tulisan atau isyarat yang difahami hendaklah disaksikan dua orang saksi yang boleh diterima menurut hukum syarak dan Enakmen yang sama telah memperuntukkan borang wasiat lengkap bertulis mengikut jadual kedua subseksyen 3(3).

Menurut seksyen 5 sesuatu wasiat yang dikaitkan atau yang disertai dengan syarat adalah sah apabila syarat itu sahih menepati maslahah pewasiat (pemberi wasiat) atau penerima wasiat atau benefisiari atau orang lain yang tidak ditegah atau bertentangan dengan syarak. Seorang pewasiat hendaklah mencapai umur 18 tahun, sempurna akal dan tidak dipaksa serta tidak terhalang dari menguruskan hartanya, manakala mereka yang tidak sempurna syarat diatas hanya boleh disahkan wasiatnya dengan izin dan kebenaran mahkamah.

Terdapat juga keadaan dimana wasiat dibuat dalam keadaan pewasiat sedang menderita maradhulmaut, dalam keadaan tersebut wasiat beliau hanya diterima untuk peruntukan tidak melebihi satu pertiga daripada hartanya dan jika diwasiatkan melebihi satu pertiga maka pelaksanaannya hanya sah jika dipersetujui oleh semua ahli waris yang sah mengikut hukum Islam dan tafsiran subseksyen 6(4), manakala sakit yang tidak membawa kepada kematian cukuplah sekadar pewasiat waras pemikirannya baik ingatan dan memahami kandungan wasiat beliau sendiri.

Manakala penerima wasiat mestilah diketahui, berkelayakan untuk memiliki harta tersebut dan halangan kepada penerima wasiat untuk wujud samada wasiat itu dibuat atau ketika pewasiat mati bukanlah penghalang kepada pelaksanaan wasiat tersebut. Sesuatu wasiat juga boleh dibuat kepada tempat-tempat ibadat, yayasan kebajikan, institusi akademik atau kepada mana-mana pihak yang boleh mendatangkan kebajikan umum atau jika tidak dinyatakan tujuan penggunaannya cukuplah sekiranya didapati dapat menyebarkan maksud kebajikan umum, adalah maksud bagi seksyen 8 enakmen ini.

Sepertimana hukum faraid, wasiat juga mensyaratkan penerima wasiat bukanlah penyebab kepada kematian pewasiat samada secara langsung atau tidak langsung, samada dia bertindak sebagai prinsipal, rakan jenayah atau pesubahat atau seorang saksi palsu yang keterangannya mengakibatkan pewasiat menerima hukuman mati.

Pewasiat boleh menarik balik wasiatnya keseluruhan atau separuh daripadanya dengan tindakan beliau yang pada mana-mana keadaan membuktikan dia menarik balik wasiatnya atau dengan melupuskan hartanya dengan habis sama sekali, juga boleh dianggap menarik balik wasiat apabila dibuat satu wasiat baru. Namun perbuatan mengubahsuai bentuk harta yang diwasiatkan, penambahan yang tidak bermaksud tarik balik wasiat atau pengakuan orang selain pewasiat menafikan wasiat tersebut adalah tidak mengganggu gugat pelaksanaan sesuatu wasiat.

Beberapa perkara yang wajar diperhatikan sebelum melaksanakan sesuatu wasiat antaranya jika wasiat dibuat kepada bukan ahli waris atas kadar yang tidak melebihi satu pertiga daripada harta pusaka pewasiat selepas diselesaikan segala hutangnya dan wasiat tersebut berkuatkuasa tanpa perlu mendapat persetujuan waris-warisnya. Dalam keadaan lain iika seorang pewasiat mempunyai hutang yang masih belum dijelaskan maka harta yang diwasiatkan hendaklah diguna untuk menjelaskan hutang tersebut terlebih dahulu manakala bakinya boleh diserahkan kepada penerima wasi.

Wasiat kepada ahli waris adalah dilarang berdasarkan hadis riwayat Tarmizi dari Umamah R.A ia berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW dalam khutbahnya di dalam tahun haji widak: “Sesungguhnya Allah telah memberikan tiap-tiap orang empunya hak akan haknya, oleh sebab itu tidak boleh berwasiat untuk ahli waris”. Pada asasnya wasiat yang melibatkan ahli waris yang berhak menerima faraid biasanya akan menimbulkan masalah irihati jika sikap pewasiat mengutamakan sesetengah waris sahaja, corak kes-kes sebegini sering ditemui dalam fakta-fakta kes pengesahan wasiat di Mahkamah sepertimana kes Siti bt Yatim lwn Mohamed Nor bin Bujal (1928) 6 FMSLR 135; (1983) 3 JH 217, simati telah mewasiatkan bahawa kesemua hartanya diberikan kepada anaknya Mohmamed Nor bin Bujal. Tujuan si mati membuat wasiat sedemikian adalah untuk menyekat isterinya daripada mendapat semua bahagian dalam hartanya kerana beliau berpendapat isterinya telahpun diberi hak yang mencukupi semasa hidupnya. Wasiat Bujal yang mengutamakan anaknya dengan mengenepikan hak isterinya diputuskan adalah tidak sah. Walaubagaimanapun subsyeksen 26(2) memberi pengertian sekiranya pemberian sesuatu wasiat kepada ahli waris melebihi satu pertiga dengan mendapat persetujuan serta izin semua ahli waris yang lain maka wasiat tersebut boleh dikuatkuasakan.

Satu kes unik yang dicatatkan berkaitan wasiat dimana pewasiat yang menambah syarat pelaksanaan dalam tempoh tertentu, dalam kes Saedah bt Abu Bakar dan Malek bin Hj Mohamed Yusuf lwn Hj Abdul Rahman bin Haji Mohamed Yusuf dan Usman bin Haji Mohamed Yusuf (1982)3 JH 53. Dalam Kes ini, Haji Mohd Yusuf telah memperuntukkan pengurusan harta beliau hanya boleh diserahkan kepada pemohon iaitu Saedah bt Abu Bakar dan Malek bin Hj Mohamed Yusuf yang merupakan isteri dan anaknya selepas 10 tahun dari tarikh beliau meninggal dunia. Mahkamah akhirnya memutuskan bahawa arahan dalam wasiat tersebut adalah tidak sah mengikut undang-undang Islam dan ahli waris berhak menerima pembahagian harta pesaka secara segera.

Dalam masalah lain terdapat juga orang yang meninggal dunia tanpa sebarang wasiat kepada cucunya daripada anak lelaki yang telah mati terlebih dahulu daripadanya atau mati serentak dengannya. Mengikut hukum faraid cucu tersebut adalah tidak berhak untuk menerima bahagian faraid. Peruntukan subseksyen 27(1) Enakmen Wasiat Orang Islam (Selangor) telah memberikan hak kepada golongan tersebut dengan apa yang dikenali sebagai wasiat wajibah. Maka cucu tersebut berhak terhadap satu pertiga wasiat dan sekiranya cucu tersebut diberi dengan kadar yang kurang dari satu pertiga, haknya hendaklah disempurnakan mengikut kadar wasiat wajibah tadi, namun kadar sepertiga tersebut tidaklah boleh melebihi kadar dimana ayahnya berhak didalam harta pusaka datuknya sekiranya ayahnya mati selepas kematian datuknya, turut mengkanunkan wasiat wajibah adalah Negara Mesir dan Syria sebagai satu jalan untuk mengelakkan penginayaan dan sesuai dengan semangat syariat Islam dalam keadilan dan pembelaan sewajarnya kepada cucu yang kehilangan bapa lebih awal dari datuknya.

Walaupun terdapat sedikit percanggahan bidangkuasa apabila pentadbiran wasiat di Malaysia terbahagi kepada undang-undang sivil dan Islam ini bukanlah alasan untuk orang Islam meninggalkan amalan menulis wasiat. Pentadbiran wasiat disebelah sivil dilaksanakan melalui Akta Wasiat 1959, Akta Probet dan Pentadbiran Harta Pesaka 1959 atau dikenali dengan Akta 97 Probate And Administration Act 1959 yang digubal oleh Parlimen, berdasarkan peruntukan bidangkuasa dan penditilan dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Enakmen Wasiat Orang Islam sewajarnya wasiat orang Islam dilaksanakan mengikut hukum syarak dan pelaksanaan ini masih tidak berlawanan dengan artikel 121(1)(A) Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan Jadual Kesembilan, Senarai 1-Senarai Persekutuan berkenaan penentuan pemilikan harta.

Malangnya sebahagian besar masyarakat Islam yang tidak memahami kehendak hukum syarak dalam penyediaan wasiat sehingga mengakibatkan perpecahan sesama sanak saudara, pertelingkahan sehingga memungkin pertumpahan darah diatas ketidak puasan hati dalam pembahagian harta. Perkara yang sebaliknya berlaku kepada orang bukan Islam apabila bertambahnya bilangan wasiat yang didaftarkan hasil kesedaran terhadap pentingnya mengelakkan pertikaian selepas kematian. Dalam perkara ini terdapat beberapa firma atau konsultan yang mengendalikan penulisan wasiat orang Islam dibawah pengawasan Amanah Raya Berhad, dan tidak ketinggalan peguam-peguam syarie yang menjalankan khidmat penulisan wasiat untuk kemudahan masyarakat Islam merancang pemilikan harta selepas kematian dengan aman dan bijaksana.

Pada dasarnya, wasiat yang dibuat oleh mana-mana orang Islam di Malaysia adalah tidak melibatkan urusan di Mahkamah Syariah. Namun apabila berlaku sebarang pertikaian dari mana-mana pihak ataupun penentuan keesahan sesuatu wasiat maka kata putus hendaklah dibuat oleh Hakim Syarie yang berbidangkuasa berdasarkan Enakmen Pentadbiran dan Enakmen Wasiat. Berikut adalah contoh situasi dimana wasiat dibuat dalam bentuk surat yang tidak lengkap
Situasi wasiat 3:
Jefri atau disebut sebagai Arwah selepas ini, mati meninggalkan waris yang terdiri dari seorang isteri yang bernama Rose, seorang ibu kandung dan 3 orang anak lelaki yang mana salah seorangnya terencat akal, ketika masih hidup Arwah telah melantik Wasoyah Trustee Berhad secara rasmi sebagai wasi dan pemegang amanah yang menguruskan harta peninggalan beliau. Wasoyah Trustee Berhad telah mewakilkan seorang agen untuk membuat surat wasiat yang mengagih dan mentadbir harta-harta peninggalan Jefri setelah beliau mati kepada ahli-ahli waris yang masih hidup. Di dalam wasiat tersebut Arwah telah mewasiatkan hartanya yang terdiri dari sebuah rumah banglo, sebuah kereta, tanah dan saham kepada isteri beliau manakala wang ASNB, wang Tabung Haji, keahlian kelab golf dan akaun simpanan beliau kepada anak pertamanya sebanyak 30%, anak kedua seanyak 30% dan anak ketiga sebanyak 40%. Namun dalam wasiatnya tidak dinyatakan nama ibu beliau, walaubagaimanapun kesemua waris-waris bersetuju untuk melaksanakan sepenuhnya wasiat tersebut. Malangnya surat wasiat tersebut tidak sempat ditandatangani oleh Arwah.
Berdasarkan seksyen 4 Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Selangor) 1999, Rose meyakini bahawa wasiat arwah yang tidak sempat ditandatangani masih sah dan boleh dilaksanakan oleh waris-waris yang hidup. Seksyen 4 dipetik
“… tiada apa-apa tuntutan tentang keesahan sesuatu wasiat selepas matinya seseorang pewasiat boleh diterima oleh Mahkamah melainkan ianya disokong oleh dokumen-dokumen yang ditulis atau ditandatangani oleh pewasiat .”
Jika diteliti bahagian terakhir peruntukan seksyen tersebut, dengan perkataan “atau” ternyata hasrat penggubal untuk membuka peluang pelaksanaan wasiat adalah besar sehingga meliputi dokumen wasiat yang bertulis tetapi tidak ditandatangan oleh pemberi wasiat. Pun begitu, sekiranya dokumen yang tidak ditandatangani ini dipertikaikan, maka kaedah pembuktian melalui dua orang saksi mampu dijadikan hujah keesahan wasiat tersebut.
Dalam kes ini, Rose selaku salah seorang waris telah menfailkan kes ini ke Mahkamah Syariah, pemfailan ini menjadikan beliau sebagai Plaintif, manakala waris lain yang terdiri dari ibu Arwah dan anak-anaknya dijadikan sebagai Defendan. Permohonan beliau adalah untuk mendapatkan perintah Mahkamah supaya wasiat Arwah diisytiharkan sah dan dilaksanakan sepenuhnya.
Oleh kerana salah seorang anak Arwah tidak boleh mengurus dan mentadbir hal-hal diri dan harta sendiri, maka Rose telah membuat permohonan untuk menjadi penjaga ad-litem berdasarkan alasan bahawa beliau adalah ibu kandung dan penjaga hakiki. Penjaga ‘ad-litem’ kepada anak tersebut berkuasa untuk membuat apa-apa urusan mengenai harta anak tersebut berdasarkan peruntukan seksyen 91 dan 92 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003. Walaubagaimanapun oleh kerana beliau sedang dan akan bertindak sebagai salah seorang benefisiari apatah lagi sebagai Plaintif dalam kes ini maka penjaga ad-litem kemudiannya ditukarkan permohonannya kepada bapa saudara anak tersebut bagi mengelakkan tohmah.
Ibu Arwah yang mengambil sikap tidak mahu campurtangan dan menyerahkan urusan serta bahagiannya kepada keluarga Arwah telah membuat penyerahan hak dalam bentuk akuan sumpah dihadapan Pesuruhjaya Sumpah, oleh kerana kes ini melibatkan Mahkamah Syariah maka Pesuruhjaya Sumpah beragama Islam lebih diutamakan. Antara isi kandungannya adalah beliau menolak segala hak bahagiannya di dalam faraid dan redha menerima haknya yang diperuntukkan dalam surat wasiat. Beliau juga berakujanji untuk tidak mempertikaikan keesahan surat wasiat tersebut.
Dipenghujung prosiding, semua pihak yang terdiri dari benefisiari atau waris yang berhak mengikut hukum syarak kepada harta Arwah termasuk seorang penjaga ad-litem telah menandatangani Surat Ikatan Persetujuan. Surat tersebut mengandungi kesemua isi kandung wasiat yang tidak sempat ditandatangani oleh Arwah. Maka dengan keterangan semua pihak dan yang lebih penting lagi, persetujuan yang ikhlas daripada waris-waris maka wasiat Arwah akhirnya menjadi perintah Mahkamah dan secara rasminya wasiat tersebut menjadi sah dan terlaksana mengikut hukum syarak dan undang-undang.
Kes tersebut adalah salah satu gambaran permohonan pengesahan wasiat di Mahkamah Syariah, perkembangan kes wasiat sebegini amat kurang didaftarkan di Negeri Selangor, berdasarkan carian e-syariah terkini, tahun 2006 sebanyak 1 kes didaftarkan, manakala tahun 2007 sebanyak 3 kes dan bagi tahun 2008 sehingga ke hari ini tiada sebarang kes dibawah kod 039 Permohonan Pengesahan Wasiat didaftarkan. Terdapat dua kemungkinan yang menyumbang kepada kurangnya kes sebegini. Antaranya sifat mengambil jalan tengah umat Islam yang tidak mahu ahli waris berebut-rebut harta peninggalannya selepas mati seterusnya menyerahkan pembahagian kepada sistem faraid semata-mata manakala kemungkinan kedua samada wasiat yang dibuat oleh simati tidak dipertikaikan langsung oleh semua ahli waris.
Berdasarkan kes diatas, semua pihak bernasib baik apabila kesemua syarat yang ditinggalkan oleh pembuat wasiat telah memenuhi kehendak undang-undang dan juga restu ahli waris, dengan keharmonian yang ada pada semua pihak, harta peninggalan walaupun membentuk wasiat kepada ahli waris dan kadar harta melebihi satu pertiga, masih dapat dilaksanakan. Namun tidak semua kes boleh berjalan dengan lancar terutamanya apabila melibatkan salah faham dari pembuat wasiat terhadap undang-undang dan hukum syarak. Pertikaian yang direkodkan melalui kes-kes yang dilaporkan dalam jurnal perundangan membentuk empat permasalahan popular sewaktu pengagihan wasiat dibuat.
Yang pertamanya apabila wasiat melebihi satu pertiga harta yang ditinggalkan. Dalam kes Shaik Abdul Latif dengan Shaikh Elias Bux (1962) 28 MLJ 374 Hakim telah memutuskan wasiat Shaikh Babu Bux adalah bercanggah dengan undang-undang Islam. Dalam kes ini ia telah cuba menghadiahkan hartanya lebih dari satu pertiga pada selepas kematiannya. Dalam kes Katchi Fatimah lwn Mohamad Ibrahim (1962)28 MLJ 374 diputuskan seseorang Muslim tidak boleh mewasiatkan hartanya melebihi satu pertiga dari baki selepas pembayaran urusan pengebumian dan hutang piutang kecuali dengan izin semua ahli waris selepas kematian pemberi wasiat.
Yang keduanya berkaitan penangguhan dalam penyerahan harta wasiat. Dalam kes Abdul Rahim lawan Abdul Hameed dan lain-lain (1983)2 MLJ 78 Mahkamah memutuskan pembuat wasiat tidak boleh menangguhkan penyerahan harta wasiat, seterusnya menghalang pembahagian harta mengikut faraid terhadap ahli waris. Kes Saedah binti Abu Bakar dan Malek bin Hj Mohamed Yusuf lawan Hj Abdul Rahman bin Haji Mohamed Yusuf dan Usman bin Haji Mohamed Yusuf menyaksikan Mahkamah membatalkan wasiat yang dipohon. Pemohon dalam kes ini mendakwa wasiat yang mengikat hak ahli waris untuk jangka masa 10 tahun adalah tidak sah dan pembahagian kepada ahli waris hendaklah dilaksanakan segera.
Yang ketiga apabila wasiat dibuat semasa sakit yang mengakibatkan kematian (maradhul maut). Dalam kes Amanullah bin Haji Ali Hassan lawan Hajjah Jamilah binti Sheikh Madar, wasiat dibuat semasa pemberi wasiat dalam keadaan separuh sedar. Beliau menyerahkan hartanya lebih daripada satu pertiga kepada warisnya. Mahkamah memutuskan bahawa wasiat yang dibuat dalam keadaan tersebut adalah tidak sah.
Dan yang keempat wasiat kepada ahli waris, Kes Siti binti Yatim lawan Mohamed Nor bin Bujal, si mati telah mewasiatkan kesemua hartanya kepada anaknya, Mohamed Nor bin Bujal dengan tujuan menghalang isterinya mendapat bahagian di dalam hartanya. Diputuskan bahawa wasiat tersebut adalah tidak sah. Namun berlawanan dalam kes contoh yang dibawakan pada permulaan artikel ini, walaupun wasiat dibuat kepada ahli waris namun dengan tiadanya pertikaian yang timbul seperti dalam kes Siti binti Yatim, maka Mahkamah boleh memutuskan seperti mana yang dikehendaki oleh simati.
Pokok pangkalnya, pemahaman semua pihak samada ahli waris ataupun pembuat wasiat sendiri terhadap kehendak hukum syarak dan undang-undang boleh membantu kelancaran pembahagian harta selepas berlaku kematian. Bagi memudahkan semua pihak terdapat beberapa agensi yang sedia membantu proses pembuatan pengesahan dan pelaksanaan wasiat. Maka dengan kemudahan ini maka tidak akan berlaku lagi pertikaian yang boleh mencerai beraikan ahli keluarga dan sanak saudara dikalangan umat Islam.
HARTA PUSAKA
Situasi Faraid 1:
Latif bin Sujak tergamam apabila mendengar berita kemalangan yang melibatkan bapa dan datuknya dalam perjalanan ke KLIA. Selaku pengasas kepada kumpulan perniagaan yang tersenarai dalam papan utama di beberapa negara, kehilangan Datuk Asri memberi kesan kepada keluarganya. Lebih mengejutkan dikalangan sanak saudara mereka tiada sebarang penamaan dibuat keatas siapa yang akan menjadi pewaris harta Datuk Asri. Melalui laporan perubatan terhadap dua mangsa yang sempat dikejarkan ke hospital, Encik Sujak meninggal dunia terlebih dahulu daripada Datuk Asri. Jarak kematian diantara bapa dan datuk kepada Latif walaupun selang beberapa minit menjadikan Latif sekeluarga tidak layak untuk mewarisi harta arwah Datuknya mengikut hukum faraid.
Halangan ke atas Sujak untuk menerima harta datuknya adalah disebabkan syarat pewarisan yang menghendaki waris hidup ketika pemilik harta mati. Ini bermakna, waris-waris yang mati dahulu daripada pemilik harta tidak mewarisi pusaka walaupun meninggal terlebih dahulu beberapa saat. Masalah yang sama juga boleh didapati dalam peristiwa kemalangan yang melibatkan ramai orang, contohnya nahas jalanraya, udara, bencana alam dan sebagainya apabila berlaku kematian beramai-ramai maka tidak diketahui siapa yang mati dahulu dan siapa yang mati kemudian, maka dihukumkan tiada pusaka mempusakai diantara mereka yang layak apabila terjadi yang sedemikian.
Selain daripada halangan kematian terlebih dahulu daripada pemilik harta, pembunuh tidak boleh mewarisi harta orang yang dibunuhnya, dalam kebanyakan mazhab Ahli Sunnah, bunuh yang dimaksudkan samada secara sengaja atau tidak sengaja, jika ditakdirkan Encik Sujak yang memandu kereta membawa Datuk Asri, tidak meninggal dalam kemalangan tersebut, beliau masih terhalang untuk menerima harta Datuk Asri, kerana dari segi syaraknya beliau adalah penyebab kepada kematian bapanya. Melainkan Mazhab Hanafi dan Hanbali yang membahagikan penyebab kematian kepada sengaja dan tidak sengaja atau kematian yang menyebabkan hukuman qisas, diat atau kifarat menjadi sebab kepada penerimaan atau halangan menerima warisan atau faraid. Selain daripada itu berlainan agama juga faktor penghalang kepada penerimaan dan pemberian faraid kerana terdapat sebuah hadis Rasulullah yang berbunyi: Orang Islam tidak mewarisi orang kafir dan orang kafir tidak mewarisi harta orang-orang kafir.
Namun dalam konteks Malaysia, harta orang bukan Islam boleh diwarisi oleh orang Islam mengikut undang-undang yang dikanunkan dibawah Akta 1004. Distribution (Amendment) Act 1997. Berdasarkan peruntukan tersebut pembahagian dibuat kepada semua ahli waris tanpa mengira agama mereka. Penerimaan dan pemberian ini akan mendatangkan keuntungan kepada semua pihak samada dari segi ekonomi umat Islam mahupun hubungan toleransi agama dengan sanak saudara yang tidak beragama Islam. Manakala satu lagi halangan menerima wasiat adalah murtad atau keluar dari agama Islam. Harta orang yang murtad dikembalikan kepada Baitumal tetapi menurut mazhab Hanafi harta tersebut boleh dibahagikan faraid kepada ahli waris setelah dinilai sebelum beliau murtad, harta yang diperolehi selepas murtad diserahkan kepada Baitulmal.
Peruntukan dalam undang-undang syariah di Malaysia tidak menyatakan dengan jelas tentang kaedah pembahagian harta orang yang mati didalam enakmennya, ini adalah kerana bahagian setiap ahli waris telah dinyatakan dengan jelas dalam beberapa ayat daripada Surah An-Nisaa’. Antaranya:
“Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara maka bahagian ibu bapanya ialah seperenam. Pembahagian ini ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh simati dan sesudah diselesaikan hutangnya”.
Pembahagian faraid dari segi pecahan bahagian tiap seorang adalah dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah mengikut bidangkuasa yang diperuntukkan dalam Seksyen 61(3)(b)(ix) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) No.1 Tahun 2003:
61(3) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah- (b)Dalam bidangkuasa malnya mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding jika semua pihak dalam tindakan atau prosiding itu adalah orang Islam dan tindakan atau prosiding itu berhubungan dengan: (ix) penentuan orang-orang yang berhak kepada bahagian harta pusaka seseorang si mati yang beragama Islam atau bahagian-bahagian yang kepadanya masing-masing orang itu berhak;
Daripada peruntukan umum tersebut dikhususkan pula takat bidangkuasa Mahkamah Rendah Syariah untuk tuntutan yang bernilai di bawah seratus ribu ringgit sepertimana diperuntukkan dalam seksyen 62(2)(b) yang berbunyi:
62(2)Mahkamah Rendah Syariah hendaklah; (b)Dalam bidang kuasa malnya,mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding yang Mahkamah Tinggi Syariah diberi kuasa untuk mendengar dan memutuskannya, jika amaun atau nilai hal perkara yang dipertikaikan itu tidak melebihi seratus ribu ringgit atau tidak dapat dianggarkan dengan wang.
Oleh yang demikian kepada permohonan untuk perakuan warisan yang nilaian melebihi takat RM100,000.00 maka tuntutan hendaklah didengar di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, manakala selainnnya boleh didaftarkan di Mahkamah Rendah Syariah Daerah yang berbidangkuasa.
Di dalam Enakmen yang sama terdapat satu peruntukan khas untuk pembahagian faraid yang mana di dalam Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989 terdahulu, dinamakan sebagai Sijil Faraid, manakala selepas pindaan dinamakan sebagai Perakuan Warisan, seksyen 65 dinyatakan:
“Jika dalam perjalanan mana-mana prosiding yang berhubungan dengan pentadbiran atau pembahagian harta pusaka seseorang si mati yang beragama Islam, mana-mana mahkamah atau pihak berkuasa, selain Mahkamah Tinggi Syariah atau Mahkamah Rendah Syariah, mempunyai kewajipan untuk menentukan- (a) orang yang berhak mendapat bahagian dalam harta pusaka itu; atau (b) bahagian-bahagian yang kepadanya masing-masing orang itu berhak, Mahkamah Syariah boleh, atas permohonan mana-mana orang yang menuntut bahawa dia menjadi benefisiari atau wakilnya dan setelah dibayar olehnya fi yang ditetapkan, memperakukan fakta-fakta yang didapati oleh Mahkamah Syariah itu dan pendapat Mahkamah Syariah itu tentang orang-orang yang berhak atau bahagian-bahagian itu”.
Terdahulu, prosiding permohonan sijil faraid dilakukan secara mengemukakan permohonan melalui borang tanpa perlu diperiksa oleh Hakim tentang kebenaran fakta waris-waris, namun setelah meneliti kaedah tersebut yang didapati membuka ruang untuk memalsukan fakta seperti melindungi waris yang berhak untuk menerima faraid, maka penambahbaikan sistem diperkenalkan, melalui pekeliling Ketua Pendaftar setiap permohonan perakuan warisan dibuat dengan sokongan ikrar melalui Afidavit (sumpah dihadapan Pendaftar atau Hakim Syarie). Setelah permohonan lengkap, siasatan dilakukan sepertimana prosiding kes Mal di dalam dewan perbicaraan oleh Hakim Syarie ke atas pemohon. Penyiasatan ini dilakukan dengan teliti supaya tidak ketinggalan semua ahli waris, atau tidak berlaku penyembunyian waris yang berhak melalui pakatan waris lain. Sekiranya perlu Hakim boleh memanggil saksi samada seorang atau lebih untuk menguatkan fakta dan aturan waris. Berbanding dengan sistem sijil faraid terdahulu, sijil yang dikeluarkan oleh Mahkamah Rendah Syariah perlu mendapat pengesahan dan semakan daripada Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, sekarang tidak lagi, malah keputusan Sijil Perakuan Faraid boleh dirayu ke Mahkamah yang lebih tinggi. Salah satu piagam pelanggan Jabatan Kehakiman Syariah Selangor menyatakan pelanggan boleh mendapatkan Sijil Perakuan Faraid dalam tempoh 14 hari selepas kes diputuskan.

Kembali merujuk kepada masalah Latif dipermulaan artikel dan sebagai jalan penyelesaian kepada isu mereka yang terhalang daripada menerima bahagian faraid disebabkan kematian penerima waris terlebih dahulu daripada pemilik harta, pihak Jawatankuasa Perundangan Syarak Negeri Selangor telah memasukkan peruntukan wasiat wajibah ke dalam Enakmen Wasiat Orang Islam Selangor 1999, seksyen 27 berbunyi: (1) Jika seseorang mati tanpa membuat apa-apa wasiat kepada cucunya daripada anak lelakinya yang telah mati terlebih dahulu daripadanya atau mati serentak dengannya, maka cucunya itu hendaklah berhak terhadap satu pertiga wasiat dan, sekiranya cucu itu diberi dengan kadar yang kurang dari satu pertiga, haknya hendaklah disempurnakan mengikut kadar wasiat wajibah yang diperuntukkan di bawah seksyen ini.
Peruntukan ini memberi maksud, Latif selaku cucu kepada Datuk Asri tetap layak utuk menerima bahagian didalam faraid, walaupun terhalang kerana kematian bapanya yang lebih dahulu mati sebelum datuknya. Peruntukan ini dinamakan sebagai wasiat wajibah, hanya Negeri Selangor sahaja di dalam Malaysia yang memperakui peruntukan tersebut, kebanyakan Mahkamah Syariah selainnya berpandukan kepada bidangkuasa umum berkaitan wasiat yang diperuntukkan dalam senarai 2 Jadual Sembilan Perlembagaan Persekutuan dan dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri-Negeri. Oleh kerana ketiadaan peruntukan tersebut, kerapkali timbul masalah dan konflik dalam memutuskan kes-kes yang berkaitan dengan wasiat.
Walaupun persoalan faraid tidak pernah membincangkan wasiat wajibah secara terperinci kerana khilaf yang berlaku diantara ulama’ fiqh tentang keharusannya, namun terdapat beberapa Negara Islam yang melaksanakannya diatas dasar menjaga maslahah dan keadilan kepada waris dan ahli keluarga terutamanya cucu yang dinafikan daripada mendapat pusaka kerana ibu atau bapa mereka mati dahulu sebelum kematian datuk atau nenek mereka. Negara-Negara tersebut adalah Mesir, Maghribi, Syria, Tunisia, Pakistan dan Sudan, sepertimana khilaf terhadap keharusan wasiat wajibah tersebut, Negara-negara Islam yang mengiktirafnya turut berbeza kaedah pemakaiannya antara satu sama lain.
Menurut Enakmen Wasiat Orang Islam Selangor 1999, seksyen 27, menyatakan kadar yang akan diterima oleh cucu adalah tidak melebihi bahagian yang sepatutnya diterima oleh ayahnya sepertimana yang diperuntukkan, begitu juga dengan beberapa peruntukan lain yang menjadi panduan kepada Hakim Syarie sebelum memutuskan bahagian faraid yang mengandungi wasiat wajibah untuk kemaslahatan semua pihak sepertimana kandungan seksyen tersebut yang berkenaan:
“(2) Kadar wasiat wajibah untuk kanak-kanak yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah setakat kadar di mana ayahnya berhak daripada harta pusaka datuknya sekiranya diandaikan ayahnya itu mati selepas kematian datuknya:”
Dengan syarat wasiat itu tidak melebihi satu pertiga daripada harta pusaka simati.
“(3) Kanak-kanak tersebut hendaklah tidak berhak kepada wasiat sekiranya dia telah mewarisi daripada datuk atau neneknya, mengikut mana berkenaan, atau datuk atau neneknya semasa hayatnya, dan tanpa menerima apa-apa balasan, telah membuat wasiat kepada mereka atau telah memberi kepada mereka harta yang bersamaan dengan apa yang mereka sepatutnya menerima menurut wasiat wajibah:
Dengan syarat sekiranya wasiat yang dibuat oleh datuk atau nenek itu kurang daripada bahagian yang sepatutnya dia berhak, haknya hendaklah ditambah sewajarnya dan jika bahagian tersebut adalah melebihi bahagian yang dia berhak, bahagian yang lebih itu hendaklah menjadi wasiat sukarela dengan tertakluk kepada persetujuan waris.”.
HARTA SEPENCARIAN
Harta Sepencarian merupakan salah satu isu yang sering timbul daripada perceraian di kalangan umat Islam khususnya masyarakat Islam di Malaysia. Penyelesaiannya melalui peringkat Mahkamah telah berlaku baik di mahkamah sivil mahupun di mahkamah syariah. Penyelesaian ini amat penting dilakukan kerana apapun dalam isu harta kebiasaannya boleh menimbulkan hubungan yang kurang senang atau perbalahan di kalangan mereka yang berhak senadainya ianya tidak diselesaikan.
Harta Sepencarian ditakrifkan dalam Seksyen 2 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 sebagai:
“harta sepencarian” ertinya harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuat kuasa mengikut syaratsyarat yang ditentukan oleh Hukum Syarak;”
Berdasarkan pindaan enakmen undang-undang keluarga pada tahun 2003, tafsiran harta sepencarian secara umum telah menyentuh dua peruntukan substantif dalam enakmen yang sama, pertamanya seksyen 122 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003:
“(1) Mahkamah adalah mempunyai kuasa apabila membenarkan lafaz talaq atau apabila membuat suatu perintah perceraian untuk memerintah supaya apa-apa aset yang diperolehi oleh pihak-pihak itu dalam masa perkahwinan dengan usaha bersama mereka dibahagi antara mereka atau supaya mana-mana aset yang diperolehi oleh pihak-pihak itu dalam masa perkahwinan dengan usaha bersama mereka dibahagi antara mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagi antara pihak-pihak itu.
(2) Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh subseksyen (1), Mahkamah hendaklah mengambil perhatian tentang.
(a) takat sumbangan-sumbangan yang telah dibuat oleh tiap-tiap satu pihak dalam bentuk wang, harta, atau kerja bagi memperolehi aset-aset itu;
(b) apa-apa hutang yang terhutang oleh salah satu pihak yang telah dilakukan bagi manfaat bersama mereka;
(c) keperluan-keperluan anak-anak yang belum dewasa dari perkahwinan itu, jika ada, dan, tertakluk kepada pertimbangan-pertimbangan itu, Mahkamah hendaklah membuat pembahagian yang sama banyak.”
Manakala yang keduanya di dalam seksyen 23(10) enakmen yang sama:
(10) Tiap-tiap Mahkamah yang memberi kebenaran atau memerintahkan supaya perkahwinan itu didaftarkan di bawah seksyen ini, hendaklah mempunyai kuasa atas permohonan mana-mana pihak kepada perkahwinan.
(a) untuk menghendaki seseorang untuk membuat pembayaran nafkah kepada isteri atau isteri-isteri yang sedia ada; atau
(b) untuk memerintahkan supaya apa-apa aset yang telah diperolehi oleh pihak-pihak itu dalam masa perkahwinan dengan usaha bersama mereka dibahagi antara mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagikan.
Peruntukan ini diwujudkan setelah pindaan dibuat untuk memastikan hak isteri terdahulu terjamin dan mengelakkan pertikaian tentang harta kepada pasangan yang telah dibenarkan oleh Mahkamah untuk berpoligami.
Sesuatu tuntutan yang berkaitan dengan harta sepencarian sama ada harta alih atau harta tak alih perlu dibuktikan bahawa harta itu diperoleh dalam tempoh perkahwinan. Harta yang dikumpulkan oleh pasangan suami isteri selepas perceraian tidak dianggap sebagai harta sepencarian. Dalam kes Ningal @ Yang Chik lawan Jamal, plaintif (isteri) yang telah diceraikan menuntut perkongsian dalam harta sepencarian. Dibuktikan bahawa defendan (suami) telah menceraikan plaintif pada 12 Februari 1982 tetapi perceraian mereka didaftarkan pada Januari 1983. Di Mahkamah Rayuan, mahkamah menolak rayuan perayu dan mengekalkan keputusan Qadhi Besar. Dalam Kes ini, Mahkamah Rayuan mengulas bahawa meskipun dalam nota perbicaraan kes ini, Qadhi yang mendaftarkan perceraian perayu dan yang kena rayu telah mencatatkan akan menjual rumah itu serta akan membahagi separuh daripada nilainya kepada perayu tetapi nota tersebut hanyalah tidak lebih dari hasrat yang kena rayu memberikan separuh bahagian daripada hasil jualan rumah itu. Sehubungan itu, fakta yang amat penting di dalam kes ini ialah rumah dan kereta yang dipertikaikan itu adalah dibeli oleh pihak yang kena rayu selepas dia menceraikan perayu pada 12 Februari 1982.
Sehubungan itu, pihak yang menuntut perlu membuktikan di Mahkamah bahawa harta yang dipertikaikan itu benar-benar wujud. Jika sekiranya tuntutan harta tak alih dibuat, meskipun beban pembuktian dibebankan kepada pihak yang menuntut biasanya pembuktian berada dipihak yang kena tuntut, tetapi pihak yang menuntut boleh mendapatkan pembuktian itu melalui Perakuan Carian Rasmi di Pejabat Tanah berasaskan kepada Jadual 4 Kanun Tanah Negara atau Cabutan Hak Milik berasaskan Jadual 9 (kaedah 42) Kanun Tanah Negara dan taksiran nilaian harta-harta yang dipertikaikan itu melalui penilai berdaftar atau taksiran dari Pejabat Tanah (Pembahagian Pesaka).
Disamping tuntutan hak ke atas harta sepencarian, suatu relief yang perlu dilakukan memohon tegahan harta tersebut dari sebarang perpindahan, peruntukan yang agak jelas dibuat dalam undang-undang yang baru digubal dan telahpun diluluskan oleh sesetengah negeri. Undang-undang baru ini memperuntukkan bahawa mahkamah, boleh atas permohonan mana-mana pihak isteri atau suami membuat suatu perintah melarang daripada melupuskan apa-apa harta yang diperoleh dalam perkahwinan jika mana-mana prosiding hal ehwal suami isteri masih belum selesai atau dalam prosiding itu mahkamah boleh membuat suatu perintah berkenaan. Kegagalan pihak-pihak itu mematuhi perintah berkenaan boleh dikenakan hukuman sebagai suatu penghinaan kepada mahkamah.
Harus diteliti bahawa harta-harta lain yang tidak dapat ditafsirkan dengan jelas didalam undang-undang bertulis yang memberi kuasa kepada Mahkamah Syariah, maka ia tidak boleh dituntut di Mahkamah Syariah. Dengan perkataan lain, undang-undang bertulis berkenaan hanya meperuntukkan perkara perkara yang melibatkan hal ehwal agama Islam yang dilihat dalam skop yang terhad. Oleh itu jika pertikaian harta (misalnya saham) meskipun ia berlaku dalam tempoh perkahwinan tetapi pihak yang menuntut berjaya membuktikan atas asas anggapan ia sebagai amanah maka ia tidak termasuk dalam makna tafsiran dalam undang-undang keluarga dan Mahkamah Syariah tidak berbidangkuasa untuk membicarakan tuntutan berkenaan. Tegasnya, apa yang dapat difahami dari peruntukan undang-undang tersebut ialah “perkahwinan atau perceraian” atau “tuntutan-tuntutan terhadap harta yang berbangkit daripada perkahwinan dan perceraian itu hendaklah berlaku secara serentak dan bukan secara berasingan atau dalam isu yang tersendiri. Dengan lain perkataan, perkahwinan dan perceraian itu hendaklah ada unsur dominan dan perkaitan yang amat rapat dengan apa-apa tindakan atau prosiding.
Dalam kes Noor Jahan lawan Md Yusoff dan lain-lain plaintif merupakan isteri defendan pertama yang menuntut bahawa 47,001 unit saham Amanah Saham Nasional (ASN) yang dikeluarkan oleh defendan kedua (ASN Sdn Bhd) walaupun didaftarkan atas nama defendan pertama, dipegang atas amanah untuknya dan memohon suatu injunksi dan suatu perintah untuk pemindahan saham itu kepadanya. Dalam kes ini, plaintif memberitahu mahkamah bahawa dia telah membeli saham itu atas permintaan defendan pertama. Oleh itu suatu amanah berbangkit yang memihak kepadanya telah timbul. plaintif diberikan suatu injunksi interlokutri.
Meskipun defendan pertama menghujahkan bahawa saham itu merupakan satu hadiah dan memohon supaya tuntutan plaintif dibatalkan atas alasan bahawa ia tidak mendedahkan apa-apa kuasa tindakan yang munasabah, remeh, menyusahkan, salah tanggap disisi undang-undang dan penyalahgunaan proses mahkamah dan beliau juga memohon supaya injunksi interlokutri itu diketepikan kerana tidak ada soalan serius untuk dibicarakan, terdapat ketidakdedahan fakta material dan sebagainya disamping menimbulkan suatu bantahan bahawa Mahkamah Tinggi tidak mempunyai bidangkuasa ekslusif di bawah peruntukan Perlembagaan Perkara 121 (1A) namun permohonan beliau (defendan pertama) ditolak dengan merujuk kepada kandungan dan tujuan Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam Pulau Pinang 1959 yang membuat peruntukan mengawal hak ehwal agama Islam supaya membuat suatu tindakan atau prosiding ke dalam skopnya. Tegasnya dalam kes ini, tuntutan Plaintif untuk relief injunktif bukanlah mempunyai kaitan dengan dominan dengan perceraian tetapi sebaliknya ia berbangkit dari relief asas yang dipohon itu penentuan mengenai hak milik (empunya) saham itu dan soal amanah serta tidak ada kaitan dengan hak ehwal Agama Islam (dalam soal perceraian dan perkara berkaitan dengannya). Kedua-dua belah pihak juga memperakui bahawa perkara tindakan dibawah maksud seksyen 40(30 9b) (iv) enakmen itu (pembahagian inter vivos harta sepencarian) iaitu 47001 unit saham itu adalah dibeli dengan wang plaintif sendiri dan telah diberi kepada defendan secara ekslusif. Malah sumber atau usaha bersama di antara plaintif dan defendan pertama tidak dibangkitkan sama ada harga belian atau mana-mana bahagian daripada saham itu diperoleh secara bersama.
Kebanyakan penyelesaian kes harta sepencarian berdasarkan kepada adat Melayu, kerana peruntukan kuasa mahkamah pembahagian harta sepencarian tidak menjelaskan bagaimana patut harta dibahagikan.
Meskipun tiada kaedah yang tetap kes-kes terdahulu boleh dijadikan pengikat kes-kes kemudian antara kes berkenaan, kes Hajjah Lijah Binti Jamal lwn Fatimah Binti Mat Diah The Rasim lwn Neman Laton lwn Ramah dan Re Noorijah adalah antara kes-kes yang sering dijadikan rujukan pembahagian Harta Sepencarian.
Kes Robert lwn Umi Kalthom adalah kes yang sering dikaitkan dengan pembahagian harta sepencarian. Roberts adalah seorang pegawai British yang telah memeluk Islam dan berkahwin dengan Umi Kalthom, kedua-duanya bekerja. Rumah yang mereka duduki telah didaftarkan atas nama isterinya Umi Kalthom, Robert adalah warga negara asing telah berkahwin dengan Umi Kalthom warganegara Malaysia. Mengikut peraturan dalam akta pemilikan, beliau tidak boleh memiliki apa-apa tanah dan rumah untuk mendaftar milik harta atas namanya, termasuk rumah yang diduduki bersama isterinya. Sedangkan tuntutan harta sepencarian boleh dilakukan oleh mana-mana pihak suami atau isteri. Dalam kes ini, suami berhak menuntut bahagian harta yang disifatkan harta sepencarian, jika dibuktikan harta itu adalah harta sepencarian, setelah berlaku penceraian, Robert menuntut sebahagian rumah itu. Hakim Raja Azlan Shah telah merujuk kepada kes lama yang pernah diputuskan, dan akhirnya mahkamah memutuskan bahawa Robert berhak mendapat sebahagian dari rumah tersebut yang dikongsi bersama dengan Umi Kalthom. Persoalan mengenai Robert tidak boleh memiliki tanah dan rumah serta tidak boleh mendaftarkan rumah itu atas namanya tidak timbul kerana ia tidak ada kaitan dengan adat Melayu yang diamalkan, oleh itu tidak diambil kira diatas siapa harta didaftarkan. Hakim berpendapat bahawa harta sepencarian adalah perkara adat Melayu dan bukan mengenai undang-undang Islam. Pada masa itu perkara-perkara adat Melayu termasuk adat mengenai harta sepencarian, Mahkamah Sivil yang berbidangkuasa mendengarnya.
Dalam kes Boto’ Binti Taha lwn Jaafar Bin Muhammad Dimana Boto’ sebelum berkahwin telah bekerja dan berhenti setelah berkahwin. Boto’ menuntut sebahagian daripada harta sepencarian. Hakim Salleh Abbas memutuskan bahawa harta sepencarian itu tidak ada kaitan dengan Undang-undang Islam dan ia termasuk di bawah kumpulan adat Melayu tempatan yang sudah lama diamalkan. Oleh itu sebarang pertimbangan hakim adalah berdasarkan adat Melayu dan tidak berpandukan undang-undang Islam tulin. Adalah diputuskan bahawa pembahagian hendaklah dibuat melalui adat, dengan itu Boto’ dibenarkan atas tuntutannya.
Dalam kes Aishah Bee lwn Mohamad Noor. Harta sepencarian boleh juga dibahagikan jika sekiranya kedua belah pihak bersetuju. Dalam kes ini pembahagian harta sepencarian dibuat atas persetujuan kedua-dua belah pihak.
Dalam kes Rosnah lwn. Ibrahim isteri menamakan harta yang dituntut itu adalah harta sepencarian yang diperolehi sepanjang perkahwinan. Dengan itu isteri telah membuat tuntutan harta terhadap beberapa perkara, antaranya termasuk barang-barang kemas, kereta tolak, pinggan mangkuk dan juga wang simpanan di dalam bank. Diputuskan, barang-barang kemas dan pakaian serta kereta tolak hendaklah diserahkan kepada isteri, barang-barang kemas yang telah digadai hendaklah diganti, tuntutan isteri terhadap pinggan mangkuk dan wang simpanan di dalam bank ditolak, kerana tidak ada bukti menunjukkan bahawa harta dan barang-barang itu adalah hasil usaha isteri juga.
Dalam kes Sabariah lwn Zainal isteri menuntut rumah dan kereta dibawah tuntutan pembahagian harta syarikat, tuntutan isteri ditolak kerana tidak ada keterangan yang jelas menunjukkan bahawa harta (rumah dan kereta) yang diperolehi itu boleh dianggap sebagai harta syarikat, tuntutan isteri ditolak.
Dalam kes Norbee lwn Ahmad Sanusi isteri menuntut bahagiannya ke atas kereta, televisyen dan beberapa perkakas rumah. Qadhi Besar, telah membenarkan tuntutan itu di bawah peruntukan pembahagian harta sepencarian dan juga di atas dasar harta syarikat, ini disebabkan oleh suami isteri tinggal bersama dalam sebuah rumah, isteri mendakwa beliaulah yang mengurus rumahtangga, menjaga kebajikan suami ketika suami keluar bekerja mencari nafkah. Selain itu, isteri telah menjelaskan bahawa suami tidak menyediakan beberapa perkara yang sepatutnya disediakan oleh suami untuk membantunya dalam mengurus rumah tangga seperti menyediakan pembantu rumah kerana isteri berhak untuk mendapatnya sedangkan suaminya mampu berbuat demikian. Oleh kerana suami tidak menyediakan pembantu rumah, maka segala urusan yang berkaitan dengan rumah tangga dan kebajikan suami serta keluarga terpaksa dilakukan sendiri. Oleh itu adalah wajar disifatkan usaha dan kerja-kerja suami seolah-olah usaha dan kerjasama dari isteri. Sumbangan isteri seperti ini amat besar ertinya kepada suami, sehingga menjadikan suami begitu selesa mencari dan mengumpul harta yang akhirnya memiliki harta itu, diputuskan, harta (rumah dan kereta) itu dijual dan dibahagikan antara mereka berdua. Pembahagian ini menepati peruntukan dalam Undang-undang keluarga Islam di Malaysia.
Dalam kes Hamimah Bee lwn. Shamsuddin. isteri menuntut bahagiannya, iaitu barang-barang di dalam rumah, kereta, peti televisyen, petisejuk, dapur gas dan rumah. Isteri mendakwa semua tugas rumahtangga dilakukannya sendirian tanpa adanya pembantu rumah, isteri juga turut menjaga rumah dan anak tiri, kerana isteri tidak mempunyai pembantu rumah, maka harta-harta yang dituntut itu boleh dianggap sebagai harta bersama. Walau bagaimanapun, dalam kes ini tidak ada keterangan dan saksi yang dipanggil untuk menyokong tuntutannya. Qadhi Besar memutuskan rumah itu hendaklah dibahagi bersama antara mereka, dapur gas dan almari diberi kepada isteri dan yang lain-lain kepada suami.
Dalam kes Zawiah lwn Roslan, isteri menuntut dan mendakwa bahawa suami telah menggadaikan barang kemasnya, isteri juga menuntut kereta di mana isteri turut serta memberi pinjaman kepada suami sebanyak RM4,000.00. Suami dapat membuktikan bahawa, sememangnya barang kemas itu digadai tetapi separuh daripadanya diberi kepada isteri, sementara kereta pula telah dijual oleh suami sebelum mereka bercerai. Suami juga dapat buktikan bahawa kereta itu dibeli dengan wangnya sendiri. Dengan itu mahkamah telah memutuskan bahawa suami hendaklah memberi separuh daripada barang yang digadai sahaja.
Dalam kes Zarah lwn Idris, di Johor Baharu, tuntutan isteri ditolak kerana tidak ada bukti keterangan dikemukakan, harta-harta yang diperolehi itu secara bersama, sementara suami pula dapat membuktikan bahawa rumah memang dibeli dengan wangnya sendiri, pendahuluan dibayar dengan wang simpanan pekerjanya dan ansuran dipotong dengan wang gajinya, tambahan pula isteri dengan sendiri meninggalkan rumah dengan itu mahkamah menolak tuntutan isteri.
Dalam kes Piah lwn Che Lah .Qadhi Besar telah memerintahkan rumah dibahagikan samarata antara suami isteri kerana ada bukti menunjukkan bahawa rumah itu dibeli bersama. Dalam kes Mamat lwn Fatimah, mereka berkahwin pada tahun 1945, suami seorang pegawai polis apabila bersara suami membeli tanah dengan wang pencennya, suami dan isteri bekerja bersama-sama atas tanah itu serta mendirikan rumah, suami juga ada membeli harta (tanah) lain. Di Mahkamah, Qadhi meminta suami bersumpah untuk menafikan harta itu harta sepencarian. Jika tidak bersumpah akan dibalikkan kepada isteri dan isteri juga mestilah bersumpah untuk mengiakan harta itu adalah harta sepencarian dan isteri akan mendapatnya. Suami menbuat rayuan, Qadhi menolak rayuan itu dan diminta dibicarakan semula. Dalam perbicaraan semula Qadhi nampaknya tidak menilai jasa isteri yang mengerjakan tanah itu dengan mengemukakan alasan apakah boleh dituntut semula segala usaha yang dilakukan oleh isteri untuk menunaikan kewajipan sebagai isteri. Dalam kes sumbangan isteri dalam pembelian tanah telah diambil kira dan diputuskan isteri memperoleh sebahagian kecil daripada tuntutannya.
Dalam kes Bidah lwn Abd Ghani isteri menuntut pembahagian harta sepencarian, walau bagaimanapun terdapat perdamaian dan persetujuan diantara mereka berdua agar harta yang dituntut itu dibahagi samarata. Dalam kes Tengah lwn Ibrahim. kedua-dua pihak bekerja, suami bekerja sebagai buruh dan isteri bertani, hasil pendapatannya dikongsi bersama mereka membeli tanah dan mendirikan rumah di atasnya. Setelah mereka bercerai, isteri menuntut pembahagian harta itu dibahagi samarata, suami menuntut tanah dan rumah sebanyak 2/3 bahagian. Qadhi membuat penilaian dan melihat bahawa usaha dan tenaga suami lebih banyak daripada usaha dan sumbangan isteri maka diputuskan harta itu dibahagi sebagai mana dituntut oleh suami.
Dalam kes Tengku Anum Zahrah lwn Dr. Hussein isteri menuntut pembahagaian harta sepencarian, Suami mendakwa bahawa semua harta yang diperolehi hasil usaha gigihnya, sedangkan isterinya tidak menyumbang apa-apa pun sama ada tenaga atau usaha ataupun wang ringgit. Qadhi berpendapat sungguhpun isteri tidak menyumbang tenaga atau usaha atau wang ringgit sehingga suami memiliki harta namun isteri tetap memberi sumbangan sekurang-kurangnya sokongan moral secara langsung atau tidak langsung kerana berkahwin dengannya yang merupakan salah seorang keturunan dan kerabat di raya Terengganu. Dengan itu, sedikit sebanyak dapat mempengaruhi karier dan pekerjaannya atau profesyennya, sehingga suami dengan mudah memperolehi harta dan membuatkan orang ramai dapat memberi kepercayaan kepadanya. Selain dari itu, dapat memudahkan suami mendapat gelaran pangkat Dato’. Oleh itu mahkamah membenarkan tuntutan isteri pada 12.12.1982. Perceraian telah didaftarkan pada 12.1.1983, harta yang terdiri dari rumah dan tanah telah dibeli selepas bercerai diputuskan bahawa rumah itu dibahagi samarata dengan persetujuan dua pihak, tetapi tanah tidak dibahagikan kerana diperolehi selepas bercerai.
Dalam kes Rokiah Binti Abdul Jalil lwn Mohamed Idris Shamsuddin, Qadhi Besar telah menolak tuntutan isteri untuk mendapat harta, termasuk tanah dan saham yang diperolehi dalam masa perkahwinan. Qadhi berpendapat, bahawa suami telah memperolehinya sendiri. Qadhi bersandarkan kepada pendapat Imam Syafie’
“Jika terdapat pertelingkahan di antara suami dan isteri berkenaan dengan perabot rumah di masa mereka tinggal sebelum berpisah atau sama ada rumah itu diberikan kepada suami atau isteri atau jika kedua-duanya mati atau salah seorangnya mati dan pertelingkahan timbul dikalangan warisnya, sesiapa yang dapat membawa bukti bahawa harta milik suami atau isteri maka dialah berhak mendapatnya.”
Dalam kes ini jawatankuasa Mahkamah Rayuan berpendapat, Qadhi Besar telah tidak menghiraukan sumbangan secara tidak langsung isteri di dalam memperolehi harta, mereka telah merujuk kepada kes Mansjur lwn Kamariah dan rujukan juga telah dibuat kepada fatwa-fatwa yang dikeluarkan. Dalam kes Mansjur lwn Kamariah dan juga kes Rokiah lwn Mohd Idris, hujjah yang dipertikaikan ialah mengenai sumbangan isteri sama ada secara langsung dan tidak langsung perlu diambil kira atau sebaliknya. Mahkamah seharusnnya membuat pertimbangan sewajarnya selain dari itu harta yang diperolehi dalam masa perkahwinan juga mesti diambil kira sebagai sumbangan isteri secara tidak langsung terhadap perolehan harta itu, di mana isteri menjaga rumah tangga dan kebajikan sosial keluarganya sepanjang tempoh perkahwinan, kerana tempoh perkahwinan pasangan ini selama 33 tahun dan merupakan suatu tempoh yang lama bagi sesebuah perkahwinan, maka dengan itu amatlah wajar bagi isteri memperolehi haknya. Mahkamah Rayuan memerintah suami memberi satu pertiga bahagian harta kepada isteri.
Berdasarkan dari kes-kes yang disebutkan tadi, menggambarkan kaedah dan kepelbagaian bentuk pendekatan pembahagian harta sepencarian yang telah diaplikasikan oleh mahkamah-mahkamah sama ada Mahkamah Tinggi (sivil) atau Mahkamah Syariah dalam menyelesaikan pertikaian mengenai pembahagian harta selepas bercerai, disamping itu juga, didapati tiada suatu pendekatan khusus yang seragam boleh diterimapakai sebagai satu peraturan atau kaedah yang patut dan munasabah diikuti.
Secara umumnya pembahagian harta sepencarian yang diselesaikan itu dapat diklasifikasikan kepada dua cara, iaitu pembahagian melalui persetujuan kedua belah pihak (suami isteri) dan kemudian diperakui oleh mahkamah atau pun melalui pembahagian penghakiman dalam keadaan hakim sendiri yang memutuskan pembahagian itu.
Selain dari itu mahkamah didapati agak longgar dalam menilai dan menimbang bukti keterangan untuk memutuskan sesuatu kes. Walau pun sumbangan pihak masih boleh dipersoalkan. Adalah wajar mahkamah memastikan bahawa ia benar-benar tidak wujud penipuan dan pembohongan daripada pihak-pihak yang berkepentingan (menuntut dan pihak yang kena tuntut) dalam menyelesaikan persoalan ini. Mahkamah hendaklah benar-benar berpuashati sebelum keputusan dibuat.
PENUTUP
Berdasar maklumat yang dikumpulkan, dari segi peruntukan undang-undang dan laporan kes-kes di Mahkamah, kita mendapati masih terdapat ruang penambahbaikan yang boleh diisi samada dalam bentuk substantif mahupun prosedurer. Sebagai umat Islam, kaedah dan cara-cara pengurusan yang betul mestilah menjadi amalan supaya tidak berlaku perpecahan dalam keluarga dan masyarakat hanya disebabkan oleh kejahilan menguruskan harta. Setiap orang ada haknya, jika kita menghormati hak orang lain maka hak kita juga akan dihormati, malah jika kita saling redha meredhoi dan bersedekah itu adalah lebih baik.
p/s: saya tertinggal bab hibah rasanya, ia disampaikan melalui presentation, kalau adam tak jumpa minta maaf ya, saya akan cuba research sekali lagi.