PERBEZAAN STATUS SAKSI NIKAH FASIQ DAN WALI NIKAH FASIQ
Selaras dengan Quran dan Hadis Nabi, saksi yang fasiq tertolak kesaksiannya termasuklah dalam saksi nikah. Namun status saksi nikah dan wali nikah ada perbezaan dalam kitab fiqh, jika boleh dilihat dalam kitab Tuhfatul Muhtaj Imam Ibnu Hajar al-Haithami.Qaul
Masyhur Mazhab Imam Shafie tidak sah nikah wali yang fasiq, namun ada
perbahasan fuqaha’ status nikah menggunakan wali fasiq.
Imam
Ghazali, Ibnu Solah dan Imam Nawawi dalam Raudhah, Imam Subki dan Imam Azraie berpendapat
sah wali yang fasiq menikahkan kerana jika berpindah wali Hakim, akan pergi
kepada Hakim yang Fasiq pula.
Ulama’
mutaakhirin berpendapat sah wali nikah yang fasiq secara mutlaq. Kata Ibnu
Hajar dalam Kitab Tuhfah, sah kerana fasiq itu telah umum, ghalib pada
kebanyakan manusia.
Imam
Ghazali kata, barangsiapa membatalkan hukum nikah dengan wali yang fasiq
nescaya dihukumkan atas segala manusa pada masa ini anak zina, yakni tiada anak
halal tetapi anak syubhah.
Wallahu’alam
[Idhohul
Bab li Muridin Nikah Bi Sawab – Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathoni ms14]
No comments:
Post a Comment