Monday, April 25, 2022

SOAL JAWAB QIYAMULLAIL VERSI RAMADHAN 1443H / 2022

 Ust, sy nak tye berkenaan memgimamkan qiamulail :
1. Adakah afdhal dibaca surah fatihah dan surah pilihan dalam keadaan sir atau jahr?
2. Adakah doa dibaca selepas selesai setiap solat atau di penghujung qiamulail?
3. Adakah ada zikir2 yg dibaca ketika selesai solat2 sunat yg dilakukan?
 
QIYAMULLAIL BACAAN SIR ATAU JAHR?

1. Adakah afdhal dibaca surah fatihah dan surah pilihan dalam keadaan sir atau jahr ?
 
Jawapan: Solat Qiyamullail harus dibaca sama ada Sir atau Jahr. Sebab kedua-duanya berdasarkan dalil.
Sekiranya dibuat secara berjemaah, seeloknya tidak terlalu sir dan tidak terlalu jahr. Sebab sifat solat qiyamillail itu pun dibuat sepertiga malam dengan tujuan untuk merendahkan diri,  menyembunyikan amalan dari orang awam dan menghinakan diri dihadapan Allah. Cukup sekadar volume rendah sekira-kira didengar Jemaah akan surah dan zikir Imam. (bagi yang ada mic)
 
Sekiranya ditanya mana yang afdhol, maka saya tarjihkan sir jika solat berseorangan dan bimbang berlaku riak, namun sekiranya solat yang dibuat di sepertiga terakhir malam samada di rumah, surau, musolla atau masjid maka yang menjadi imam bacaan secara sederhana (muta’adil) sir yang tidak terlalu jahr. Sesuai dengan maqsud qiyamullail itu sendiri.
 
DALIL BACAAN JAHR:  

“Aku shalat bersama Nabi saw pada suatu malam, maka beliau memulai dengan surat Al-Baqarah, lalu aku katakan,’Beliau rukuk pada ayat keseratus, kemudian beliau meneruskan, aku katakan, beliau shalat dengannya pada satu rakaat, lalu beliau meneruskan, lalu aku katakan, beliau rukuk dengannya, kemudian mulailah membaca surat An-Nisa’ dan beliau membacanya. Lalu memulai membaca surat AliImran, beliau membacanya dengan tidak tergesa-gesa. Maka apabila mendapati ayat yang terdapat tasbih, maka beliau bertasbih, dan apabila mendapati ayat yang ada permohonan, beliau memohon, kemudian apabila mendapati ayat yang ada ta’awwudz, beliau berta’awwudz, lalu rukuk dan membaca subhana rabbiyal ‘adhim, lamanya rukuk beliau sama seperti berdirinya. Lalu beliau mengucapkan sami’allahu liman hamidah, rabbana lakal hamdu, kemudian beliau berdiri yang lama berdirinya itu mendekati (lama) rukuknya, Lalu beliau sujud dan membaca subhana rabbiyal ‘a’la, maka lamanya sujud beliau tidak jauh beda dari rukunya”. [Muslim]

DALIL BACAAN SIR
hadis Aisyah 


Diriwayatkan dari Ghudhaif bin al-Harits, dia mengatakan, aku mendatangi ‘Aisyah, lalu aku bertanya, bagaimana bacaan Rasul SAW, apakah beliau mengeraskan suara (jahar) atau mengecilkan suara (sir)? ‘Aisyah menjawab, terkadang beliau mengeraskan (jahar) bacaannya dan terkadang memelankan (sir). Aku berkata; Allahu akbar, Alhamdulillâh (segala puji hanya milik Allah) yang telah memberikan kemudahan dalam masalah ini. [Abu Dawud]

DALIL BACAAN ANTARA SIR DAN JAHR:
Hadis Abu Qatadah

Bahwasanya suatu malam Nabi SAW keluar rumah dan mendapati Abu Bakar ra. shalat malam dengan merendahkan suaranya (sir). Dan beliau melewati Umar bin Khattab ketika sedang shalat dengan meninggikan suaranya (jahar). Ketika keduanya telah berkumpul di dekat Nabi SAW beliau bersabda: “Wahai Abu Bakar, aku sedang lalu ketika engkau sedang shalat dengan merendahkan suaramu.” Abu Bakar berkata: “Wahai Rasulullah, aku memperdengarkan kepada (Allah) yang aku berbisik kepada-Nya.” Beliau juga bersabda kepada Umar: “Aku sedang lalu ketika engkau sedang shalat dengan meninggikan suaramu” (jahar). Umar berkata: “Wahai Rasulullah, aku membangunkan orang yang mengantuk dan mengusir setan.” Maka Nabi saw bersabda: “Wahai Abu Bakar, tinggikan suaramu (jahar) sedikit.” Beliau juga bersabda kepada Umar: “Wahai Umar, rendahkan suaramu (sir) sedikit”. [Abu Dawud]

Wallahua’lam.

DOA LUMPSUMP ATAU SETIAP SELESAI SOLAT

2. Adakah doa dibaca selepas selesai setiap solat atau di penghujung qiamulail?
 
Sebelum menjawab soalan ini. Soal takrifan perlu diselesaikan terlebih dahulu. Apa itu Qiyamullail.
 
Qiyamullail: ringkasnya adalah solat yang didirikan pada waktu malam selain dari solat fardhu atau qadha atau rawatib. Ia bersifat umum untuk apa-apa solat yang didirikan selepas dari solat fardhu Isya’ dan sebelum dari masuk waktu subuh. Ia adalah pakej atau kombo.
 
Yang mengisi pakej atau kombo itu adalah siri solat sunat yang khusus, saya senaraikan disini antaranya:
Solat Tarawih
Solat Witir
Solat dua rakaat ringan (khafifataini)
Solat Tahajjud
Solat Taubat
Solat Hajat
Solat Tasbih
Solat wudhu’
Solat Tahayut al Masjid
Solat Mutlak
Dan apa jua solat nafilah (sunat) yang dibuat dalam waktu takrifan.
 
Balik kepada soalan, adakah doa dibaca selepas selesai setiap solat yang khusus dalam pakej qiyamullail?
 
Harus dibaca setiap kali selesai satu solat khusus sesuai dengan niatnya dan harus juga dibaca semuanya sekali secara lamsam.
 
Pun begitu jika merujuk kepada Kitab Al-Azkar Imam Nawawi, untuk setiap solat sunat khusus ini ada bacaannya. Doa yang khusus, tetapi kita tidaklah terikat untuk mesti baca doa tersebut. Cuma doa yang disusun oleh Imam Nawawi itu berdasarkan Hadis Nabi, Sahabat dan Ulama’ sebelumnya.
 
Tidak kurang juga do’a yang dikarang oleh alim ulama’ masa kini, yang baik maknanya lagi difahami oleh diri sendiri dan juga jamaah. Dan jika tidak mampu dengan doa yang ma’thur, maka doalah sendiri sendiri. Allah mengetahui apa yang di dalam hati kamu.
 
BAGAIMANA MENYUSUN SOLAT QIYAMULLAIL

Faedah: saya pernah ditanya mana satu turutan solat dalam pakej qiyamullail, jika nak disusun ikut keutamaan.
Jawapan: Rasul tidak pernah memberi isyarat, mana jenis solat sunat yang didahulukan dan dikemudiankan. Namun jika disusun mengikut dalil ia adalah sebegini.
 
1. Solat Tahajud – Dalil Quran
2. Solat Hajat – Hadis Abi Darda’, riwayat Imam Ahmad dengan sanad yang Sahih
3. Solat Taubat – Hadis Abu Bakar riwayat Abu Daud, Nasaie, Ibnu Majah, Baihaqi, Tarmizi 4. hadis Hasan
5. Solat Tasbih – Hadis Ibnu Abbas, riwayat Abu Daud, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah dalam kitab Sahih, namun Ibnu Jauzi darjat Dhoif.
 
Dalam kitab Fiqh Sunnah, Sayid Sabiq menulis 12 adab qiyamullail. Antaranya selepas bangun tidur dan sebelum solat Tahajud, Rasul solat sunat dua rakaat ringkas (rakataini khafifataini) terlebih dahulu menurut riwayat Aisyah.
 
ADAKAH ZIKIR YANG KHUSUS DIANTARA SOLAT

3. Adakah ada zikir2 yg dibaca ketika selesai solat2 sunat yg dilakukan?
 
Tiada zikir yang khusus ketika selepas solat2 sunat. Ikutlah zikir yang disukai. Ketahuilah zikir yang afdhol adalah zikir yang diisyaratkan melalui hadis Nabi, samada berbentuk istighfar, tasbih, takbir, tahmid dan solawat yang warid dari hadis.
 
Adapun yang dinamakan zikir munajat atau yang sedarjat dengannya dikarang dari campuran zikir yang warid bersama syair atau kalam ulama’, hukumnya harus namun terhad kepada makna yang selaras dengan hukum syara’. Namun jika mempunyai makna yang baik dan difahami oleh penutur dan Jemaah, malah mendatangkan khusuk dan kesedaran boleh dialunkan tetapi tetap tidak boleh mengatasi kelebihan zikir dan solawat yang warid.
 
Wallahua’lam.
 
Abu Razeen
23 Ramadhaan 1443H
25 April 2022M

Wednesday, April 20, 2022

DOA MAJLS ILMU HAFAZ AL QURAN

Diambil dari kitab Doa Orang-Orang Soleh oleh Syeikh Abu alFida' Muhamad Izzat Arif. Pengetua Ma'had Araby bagi Perubatan Nabawi dan ilmu ilmu lain.
Doa ini sering dibaca oleh Asatizah sebelum memulakan kuliah
Doa untuk memelihara ilmu dan menerbitkan hasil dari ilmu tersebut
Doa untuk menghilangkan kelupaan
Doa untuk mohon ilmu dan penerang hari 


 Credit untuk YA Tn Hj Syukeri Najib yang telah kongsikan dalam Grup Pakar Turath JKSM.

MAK AYAH KSHR DAN KAHERAH

KHSR tu Kad Selamat Hari Raya

Beberapa gambar lama mengimbau kenangan masa lalu, ada gambar keluarga, masa belajar dan selepas kahwin.
Bersama dengan mak di lombong belakang jalan keretapi Kampung Pinang, Taiping
Ayahnda Zainudin di Taman Tasik Taiping, zaman beggie
Kad Selamat Hari Raya yang dibuat sendiri dulu-dulu, jenuh cuci kat kedai gambar. Ayah yang kreatif
Hadiah perkahwinan kami, masih ada lagi yang belum dipakai sampai anak ke enam, berkat keikhlasan pemberi hadiah
Majlis Konvokesyen tahun 1999, sempat ikuti sebelum balik diambang 2000
Masjid Husain dibelakang, kawasan ini dipanggil Husaiin bersetentang dengan Universiti Al-Azhar kampus induk di Kaherah
Didalam Masjid Al-Azhar, dibelakang menara mercutanda al-Azhar berpucuk kembar yang tidak dapat dilihat dek kesilapan pengambil gambar
Di Mahattah Jami' Al-Azhar tempat menunggu bas, yang ni nampak menara berpucuk kembar simbol Masjid Al-Azhar, tempat ni kami berulang alik ke kuliah dan mengejar bas

 Komputer IBM pertama dibeli dengan wang JPA, semua main pasang sendiri kat Mother board. Siap Bahas "Assignment" pakai PC ni lah yang beso gedabak dan berat nak mampoih.

Monday, April 11, 2022

AMAL WIRID SELEPAS SOLAT

 AMALAN WIRID SELEPAS SOLAT

Ramai orang Melayu di Malaysia khususnya dan di Nusantara amnya tidak berapa kenal atau tahu bahawa amalan wirid selepas solat yang diamalkannya merupakan susunan dari Al Arif Billah Syeikhul Akbar Ahmad Al-Qasyasyi , ulama besar di Tanah Suci di kurun-16. Amalan wirid telah dikumpulkan oleh beliau ,setelah melihat pada amalan-amalan ahli Madinah yang menjadikan wirid tersebut amalan yang telah berjalan sejak zaman Rasulullah S.A.W lagi.
Wirid-wirid ini telah dicatat dalam kitab-kitab Jawi seperti kitab Hidayat As Salikin , Bada i zuhur dan banyak lagi kitab-kitab karangan ulama Jawi yang terkenal.
Silsilah wirid ini dari pengarangnya adalah seperti berikut - Amalan Ahli Madinah - Syeikh Al-Qushashi - Syeikh Ibrahim Al-Kurani - Syeikh Abdul Rauf Al-Fansuri - ulama-ulama alam Melayu.
Syeikh Ahmad Al-Qasyasyi adalah Syeikhul-Akbar Syeikh besar Thoriqat Syathoriyyah. Beliau wafat pada tahun 1660M/1071H di Madinatul-Munawwarah di kebumikan di perkuburan Al-Baqi'.Beliau juga adalah guru Tarekat kepada Syeikh Abdul Rauf As-Singkili atau Syeikh Kuala(Acheh) , Beliau juga guru kepada Qutbuddin Syeikh Daud Al-Fathoni dan juga guru kepada Syeikh Abdul Malik bin Abdillah Sang Wali Keramat Tokku Pulau Manis.
Wirid pusaka (Auradul Madaniyah) Syeikh Thoriqat Syathoriyyah ini dulunya menjadi amalan popular ahli Madinah Ar-Rasul dan Tidak ada lagi sejak Zaman Pemerintahan Wahabi di Arab Saudi selepas 100 tahun . Beliaulah yang menyusun Wirid mulia ini kembali kepada Al-Qur'an dan Al-Hadis.Di-amalkan dia sesudah selesai tiap-tiap solat Fardhu yang lima.
Bersyukur lah kita Wirid dan zikir yang disusun As-Syeikh Qutubul-Wujud Sayyidi Ahmad Al-Qusyasyi r.a. berkekalan di Tanah Melayu semenjak dahulu sehingga kini. Kerana Kebanyakan masjid di Semenanjung Arab sudah tidak diamalkan lagi sejak pemerintahan Wahabi.
"Aku bangga Menjadi Melayu - Islam." Terlalu banyak jasa tokoh tokoh ulama tanah melayu terdahulu yang merantau dan menimba ilmu berpuluh-puluh tahun di Tanah Semenanjung Arab. Segala ilmu berbagai ilmu yang mereka perolehi di turunkan kepada anak-anak Melayu yang sanad ilmunya masih bersambung sehingga ke hari ini.
Alhamdulillah syukur! ❤
Kredit penulis Tengku Daeng Mawelle