Ust, sy nak tye berkenaan memgimamkan qiamulail :
1. Adakah
afdhal dibaca surah fatihah dan surah pilihan dalam keadaan sir atau jahr?
2. Adakah
doa dibaca selepas selesai setiap solat atau di penghujung qiamulail?
3. Adakah
ada zikir2 yg dibaca ketika selesai solat2 sunat yg dilakukan?
QIYAMULLAIL BACAAN SIR ATAU JAHR?
1. Adakah
afdhal dibaca surah fatihah dan surah pilihan dalam keadaan sir atau jahr ?
Jawapan: Solat
Qiyamullail harus dibaca sama ada Sir atau Jahr. Sebab kedua-duanya berdasarkan
dalil.
Sekiranya
dibuat secara berjemaah, seeloknya tidak terlalu sir dan tidak terlalu jahr.
Sebab sifat solat qiyamillail itu pun dibuat sepertiga malam dengan tujuan
untuk merendahkan diri, menyembunyikan
amalan dari orang awam dan menghinakan diri dihadapan Allah. Cukup sekadar
volume rendah sekira-kira didengar Jemaah akan surah dan zikir Imam. (bagi yang
ada mic)
Sekiranya
ditanya mana yang afdhol, maka saya tarjihkan sir jika solat berseorangan dan
bimbang berlaku riak, namun sekiranya solat yang dibuat di sepertiga terakhir
malam samada di rumah, surau, musolla atau masjid maka yang menjadi imam bacaan
secara sederhana (muta’adil) sir yang tidak terlalu jahr. Sesuai dengan maqsud
qiyamullail itu sendiri.
“Aku shalat
bersama Nabi saw pada suatu malam, maka beliau memulai dengan surat Al-Baqarah,
lalu aku katakan,’Beliau rukuk pada ayat keseratus, kemudian beliau meneruskan,
aku katakan, beliau shalat dengannya pada satu rakaat, lalu beliau meneruskan,
lalu aku katakan, beliau rukuk dengannya, kemudian mulailah membaca surat
An-Nisa’ dan beliau membacanya. Lalu memulai membaca surat AliImran, beliau
membacanya dengan tidak tergesa-gesa. Maka apabila mendapati ayat yang terdapat
tasbih, maka beliau bertasbih, dan apabila mendapati ayat yang ada permohonan,
beliau memohon, kemudian apabila mendapati ayat yang ada ta’awwudz, beliau
berta’awwudz, lalu rukuk dan membaca subhana rabbiyal ‘adhim, lamanya rukuk
beliau sama seperti berdirinya. Lalu beliau mengucapkan sami’allahu liman
hamidah, rabbana lakal hamdu, kemudian beliau berdiri yang lama berdirinya itu
mendekati (lama) rukuknya, Lalu beliau sujud dan membaca subhana rabbiyal
‘a’la, maka lamanya sujud beliau tidak jauh beda dari rukunya”. [Muslim]
DALIL BACAAN SIR
Diriwayatkan
dari Ghudhaif bin al-Harits, dia mengatakan, aku mendatangi ‘Aisyah, lalu aku
bertanya, bagaimana bacaan Rasul SAW, apakah beliau mengeraskan suara (jahar)
atau mengecilkan suara (sir)? ‘Aisyah menjawab, terkadang beliau mengeraskan
(jahar) bacaannya dan terkadang memelankan (sir). Aku berkata; Allahu akbar,
Alhamdulillâh (segala puji hanya milik Allah) yang telah memberikan kemudahan
dalam masalah ini. [Abu Dawud]
DALIL BACAAN ANTARA SIR DAN JAHR:
Bahwasanya
suatu malam Nabi SAW keluar rumah dan mendapati Abu Bakar ra. shalat malam
dengan merendahkan suaranya (sir). Dan beliau melewati Umar bin Khattab ketika
sedang shalat dengan meninggikan suaranya (jahar). Ketika keduanya telah
berkumpul di dekat Nabi SAW beliau bersabda: “Wahai Abu Bakar, aku sedang lalu
ketika engkau sedang shalat dengan merendahkan suaramu.” Abu Bakar berkata:
“Wahai Rasulullah, aku memperdengarkan kepada (Allah) yang aku berbisik
kepada-Nya.” Beliau juga bersabda kepada Umar: “Aku sedang lalu ketika engkau sedang
shalat dengan meninggikan suaramu” (jahar). Umar berkata: “Wahai Rasulullah,
aku membangunkan orang yang mengantuk dan mengusir setan.” Maka Nabi saw
bersabda: “Wahai Abu Bakar, tinggikan suaramu (jahar) sedikit.” Beliau juga
bersabda kepada Umar: “Wahai Umar, rendahkan suaramu (sir) sedikit”. [Abu
Dawud]
Wallahua’lam.
DOA LUMPSUMP ATAU SETIAP SELESAI SOLAT
2. Adakah
doa dibaca selepas selesai setiap solat atau di penghujung qiamulail?
Sebelum
menjawab soalan ini. Soal takrifan perlu diselesaikan terlebih dahulu. Apa itu
Qiyamullail.
Qiyamullail:
ringkasnya adalah solat yang didirikan pada waktu malam selain dari solat
fardhu atau qadha atau rawatib. Ia bersifat umum untuk apa-apa solat yang
didirikan selepas dari solat fardhu Isya’ dan sebelum dari masuk waktu subuh.
Ia adalah pakej atau kombo.
Yang mengisi
pakej atau kombo itu adalah siri solat sunat yang khusus, saya senaraikan
disini antaranya:
Solat
Tarawih
Solat Witir
Solat dua
rakaat ringan (khafifataini)
Solat
Tahajjud
Solat Taubat
Solat Hajat
Solat Tasbih
Solat wudhu’
Solat Tahayut
al Masjid
Solat Mutlak
Dan apa jua
solat nafilah (sunat) yang dibuat dalam waktu takrifan.
Balik kepada
soalan, adakah doa dibaca selepas selesai setiap solat yang khusus dalam pakej
qiyamullail?
Harus dibaca
setiap kali selesai satu solat khusus sesuai dengan niatnya dan harus juga
dibaca semuanya sekali secara lamsam.
Pun begitu
jika merujuk kepada Kitab Al-Azkar Imam Nawawi, untuk setiap solat sunat khusus
ini ada bacaannya. Doa yang khusus, tetapi kita tidaklah terikat untuk mesti
baca doa tersebut. Cuma doa yang disusun oleh Imam Nawawi itu berdasarkan Hadis
Nabi, Sahabat dan Ulama’ sebelumnya.
Tidak kurang
juga do’a yang dikarang oleh alim ulama’ masa kini, yang baik maknanya lagi
difahami oleh diri sendiri dan juga jamaah. Dan jika tidak mampu dengan doa
yang ma’thur, maka doalah sendiri sendiri. Allah mengetahui apa yang di dalam
hati kamu.
BAGAIMANA MENYUSUN SOLAT QIYAMULLAIL
Faedah: saya
pernah ditanya mana satu turutan solat dalam pakej qiyamullail, jika nak
disusun ikut keutamaan.
Jawapan:
Rasul tidak pernah memberi isyarat, mana jenis solat sunat yang didahulukan dan
dikemudiankan. Namun jika disusun mengikut dalil ia adalah sebegini.
1. Solat
Tahajud – Dalil Quran
2. Solat
Hajat – Hadis Abi Darda’, riwayat Imam Ahmad dengan sanad yang Sahih
3. Solat
Taubat – Hadis Abu Bakar riwayat Abu Daud, Nasaie, Ibnu Majah, Baihaqi, Tarmizi
4. hadis Hasan
5. Solat
Tasbih – Hadis Ibnu Abbas, riwayat Abu Daud, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah dalam
kitab Sahih, namun Ibnu Jauzi darjat Dhoif.
Dalam kitab
Fiqh Sunnah, Sayid Sabiq menulis 12 adab qiyamullail. Antaranya selepas bangun
tidur dan sebelum solat Tahajud, Rasul solat sunat dua rakaat ringkas
(rakataini khafifataini) terlebih dahulu menurut riwayat Aisyah.
ADAKAH ZIKIR YANG KHUSUS DIANTARA SOLAT
3. Adakah
ada zikir2 yg dibaca ketika selesai solat2 sunat yg dilakukan?
Tiada zikir
yang khusus ketika selepas solat2 sunat. Ikutlah zikir yang disukai. Ketahuilah
zikir yang afdhol adalah zikir yang diisyaratkan melalui hadis Nabi, samada
berbentuk istighfar, tasbih, takbir, tahmid dan solawat yang warid dari hadis.
Adapun yang
dinamakan zikir munajat atau yang sedarjat dengannya dikarang dari campuran
zikir yang warid bersama syair atau kalam ulama’, hukumnya harus namun terhad
kepada makna yang selaras dengan hukum syara’. Namun jika mempunyai makna yang
baik dan difahami oleh penutur dan Jemaah, malah mendatangkan khusuk dan
kesedaran boleh dialunkan tetapi tetap tidak boleh mengatasi kelebihan zikir
dan solawat yang warid.
Wallahua’lam.
Abu Razeen
23 Ramadhaan 1443H
25 April 2022M
No comments:
Post a Comment