KHSR tu Kad Selamat Hari Raya
Beberapa gambar lama mengimbau kenangan masa lalu, ada gambar keluarga, masa belajar dan selepas kahwin.
Bersama dengan mak di lombong belakang jalan keretapi Kampung Pinang, TaipingAyahnda Zainudin di Taman Tasik Taiping, zaman beggie
Kad Selamat Hari Raya yang dibuat sendiri dulu-dulu, jenuh cuci kat kedai gambar. Ayah yang kreatif
Hadiah perkahwinan kami, masih ada lagi yang belum dipakai sampai anak ke enam, berkat keikhlasan pemberi hadiah
Majlis Konvokesyen tahun 1999, sempat ikuti sebelum balik diambang 2000
Masjid Husain dibelakang, kawasan ini dipanggil Husaiin bersetentang dengan Universiti Al-Azhar kampus induk di Kaherah
Didalam Masjid Al-Azhar, dibelakang menara mercutanda al-Azhar berpucuk kembar yang tidak dapat dilihat dek kesilapan pengambil gambar
Di Mahattah Jami' Al-Azhar tempat menunggu bas, yang ni nampak menara berpucuk kembar simbol Masjid Al-Azhar, tempat ni kami berulang alik ke kuliah dan mengejar bas
Komputer IBM pertama dibeli dengan wang JPA, semua main pasang sendiri kat Mother board. Siap Bahas "Assignment" pakai PC ni lah yang beso gedabak dan berat nak mampoih.
No comments:
Post a Comment