Friday, April 9, 2021

SOP OH SOP! CATATAN SEBELUM RAMADHAAN (1)

1. Aura Ramadhan telahpun dirasai meskipun belumpun tengok anak bulan. Sibuklah menyelongkar jubah, kain pelikat, baju melayu lama yang letak dalam gobok sejak 2 tahun lepas (notes: tahun lepas terawih kat rumah pakai track suit pagoda dan all that suits  aje).

2. Macam biasa, routine menyambut Ramadhan bagi bapa-bapa adalah sibuk nak pergi terawih. Menggunakan kesempatan 10 terawal untuk meramaikan masjid, puas rasanya bagi ajk kelam kabut pasang khemah tambahan, tikar tambahan dan kipas tambahan dekat luar masjid… akhirnya digunakan.

3. Ajk pula sibuk keluarkan sejadah/tikar yang dah dua tahun bertapa dalam stor, harap tak reput lagi, kalau ada kencing tikus harap dibasuh… bersama sama rewang dengan Jemaah hujung minggu ini. Jemaah hujung minggu ni jangan goyang kaki pula.. untung ada kopi ‘o’ dan epok epok nyambil nyambil bersihkan masjid, minggu depan dah tak boleh dahh.  

 4. Mana yang menetap dalam qaryah harap ambil tahu tentang SOP masjid sempena Ramadhan ini. Salah dalam memahami SOP kadang kadang merajuknya boleh tahan… makan hati sampai tahun depan, kalau takat makan hati pergi masjid lain takpa, buatnya tak pergi langsung ..haru!

5. Kena cakna sebab lain negeri lain SOP, MKN bagi kuasa kepada pihak Negeri untuk menetapkan SOP Masjid/Surau masing-masing. Namun walau satu negeri jangan harap sama ja semua. Besar kemungkinan dalam satu kampong pun SOP tak sama.

6. Oleh sebab itu, sila ambil tahu. Jangan SOP masjid qaryah sendiri tak diambil tahu. Ajk pula boleh gunakan ruang grup wazap masjid/surau untuk menegaskan SOP. Kalau abah-abah tak baca wazap (kunun!) mak-mak boleh tolong cek dalam grup yasinan. Update dengan bapa-abah peraturan terkini, jangan balik terawih besok ceritanya Jemaah tak puas hati dengan ajk pulak. Asyik Ajk je nak masuk syurga….

7. Kalau ragu-ragu ni SOP yang standard (Notes: SOP berbeza Negeri/Daerah/Kampung/Taman)

a) Berwuduk dari rumah

b) Pakai mask

c) Bawa sejadah BESAR

d) larang anak katas 7 tahun

e) Kalau selsema/batuk/bersin elok solat kat rumah je.

8. Banyak lagi SOP yang mungkin kita tak pernah dengar, antaranya selipar kena bawa masuk masjid, ruang solat perempuan ditiadakan sebab tak cukup ruang (penjarakan social), tidak boleh solat kat koridor, kena baca ayat lazim ajer, tiada tazkirah dan macam macam lagi.


9. Jadi untuk yang musafir atau pergi masjid yang kita tak tahu SOPnya, kalau kena tahan, halang atau ditegur dengan Ajk masjid, harap jangan koyak ya, dalam pagar masjid bidangkuasa tempatannya adalah pada Pengerusi dan Ajknya. Mungkin Allah nak bagi ‘sesuatu’ pada anda, mungkin semasa anda berniat nak buat terawih pahalanya telahpun ditulis malaikat, tapi terhalang sebab tak patuh SOP, catatan malaikat itu tidak akan terpadam…    

AbuRazeen

Nawaitu mohon dipermudahkan.

No comments:

Post a Comment