1. Duluuu sebelum cerita selipar Muslim Friendly lagi, isu balik rumah kaki ayam di terawih 10 malam terawal dah lama kita tahu. Tak kisahlah anda berada dalam lapisan masyarakat yang mana, pengalaman selipar hilang mungkin pernah dialami atau dengar dari cerita orang lain.
2. Dia sebenarnya subjektif pasal selipar ni, nak suruh bawa yang macam Tat Sing tu rasanya lebih sedozen orang akan pakai brand yang sama kat masjid nanti. Kekeliruan pasti timbul. Rasanya inilah cabaran pertama bagi orang yang nak solat terawih 10 terawal. Nak parking selipar dan nak cari selipar time balik.
3. Atau nak bawa selipar lain dari yang lain, pun tak menjamin kesejahteraan semasa nak balik nanti. Dia kalau nak hilang bukan pasal uniknya selipar tu, kalau dah kalut nak balik sebab parking berlapis, orang dah hon kereta lapis awal nak keluar balik rumah cepat. Awak main saruk ajer la.
4. Jadi
tempat parking selipar juga main peranan, kalau dah bersepah depan pintu masuk
memang cerah masa depan nak hilang. Kalau tak disaruk orang lain mungkin dah
tertendang masuk bawah kereta, tak pun dalam longkang. Cubalah tengok dulu …
5. Sebab tu masjid kalau takde rak kasut, orang akan selit celah pokok bunga. Ajk jangan letak pokok bunga ros, bunga kertas, kaktus atau tujuh jarum berhampiran pintu masuk masjid pula. Mungkin di celahan PVC pancur hujan, atau celah botol koridor masjid. (masjid kampong biasa ada). Bab ni menagih kreatif masing masing.
6. Jangan bawa sandal yang mahal sangat, saya pernah ada pengalaman pahit kehilangan sandal kulit di Masjid Negeri Shah Alam dalam tahun 2002. Dicuri tengah hari bolong (Zohor). Oleh sebab saya sangat sayang sandal tersebut menyebabkan saya berhati hati sampai bila-bila, sebab tu dalam kereta biasa prepare selipar biaser biaser.
7. Jika ditakdirkan hilang juga, anggaplah bukan rezeki kita. Allah pilih kita untuk diuji dalam bulan Ramadhan yang diberkati. Manatahu Allah nak ganti capal emas kat dalam syurga kelak, kan best tuh. Cuma jangan kau saruk selipar orang lain pulak!
8. Teringat masa pergi Mekah, jangan ingat masa kat kampong kau ajer selipar hilang. Kat Masjidil Haram pun sama jugak tau!, either ada orang lain terambil, disapu nojer masjid (sebab bersepah) atau yang paling banyak sebenarnya lupa letak kat rak mana.
9. Jadi sebagai alternative Jemaah umrah akan dibekalkan dengan sarung/bunjut selipar yang boleh dibawa masuk dalam Masjid Haram. Bunjut tu dibimbit masa buat tawaf, saie dan solat. Saya pernah ikat kat tali pinggang hijau tu, terolang oleng bila berjalan, apa nak buat asal tak hilang dah cukup baik.
10. Jadi kalau mana-mana yang dah ada bunjut selipar tu, bolehlah digunakan masa Ramadhan ni, rasanya kalau tak ditulis pahala sedeqah selipar insyaAllah sapapun tanak saruk selipar yang dalam bunjut. Mana ada masa nak buka, satu hal. Jadi selesai sudah satu masalah, bolehlah beribadat dengan khusyook tanpa perlu memikir balik nanti selipar aku selamat ke idok?.
Aburazeen
Godak Gobok cari Bunjut.
No comments:
Post a Comment