Tips untuk peguam syarie – appear pertama kali
Pra: Seorang rakan bertanya, macam mana nak appear peguam
syarie first time?. Soalan yang pendek untuk jawapan seminggu belum cukup habis
terangkan. Untuk Hukum Syarak, Undang-Undang dan Soft Skill telahpun diselesaikan
oleh Ibnu Taimiah, Syeikh Abdul Karim Zaidan, Prof Ahmad Ibrahim, Mahmud
Saedon, Ridzuan Awang, (sekadar menyebut beberapa nama). Takkan nak suruh dia
baca semua hasil akademik?. Jadi untuk short cut, saya tulis ikut seperti
sembang kedai mamak. Harap membantu. Saya kongsikan juga untuk sesiapa
yang mahu ambil faedah.
UCAPAN PEMBUKAAN
1.“Pertama kali”, pastinya semua mendebarkan, tak kiralah
apa jua perbuatan, masuk mahkamah apatah lagi, jadi pertama kali mestilah yang
paling baik, ia berkenaan reputasi, tanggapan pertama dan keyakinan pelanggan
anda, jadi mulakan dengan draf ritual ‘ucapan pertama’ contohnya:
“Saya Abu Razeen bin Adam, peguam syarie dari Tetuan Roza
& Nori, hadir pada hari ini mewakili Plaintif Tuminah binti Sadri, turut
hadir adalah Defendan En Wahab bin Dol yang diwakili oleh rakan bijaksana Tuan
Raja Syahrul bin Raja Kobat.
Skrip ritual ini hendaklah ditulis dalam buku ‘combat tools’
penuh dengan tips yang boleh jadi fast reference bila-bila masa.
Ulang banyak kali, sampai fluence sebab moment of fame
berlaku untuk 5 minit pertama. (Hakim akan nilai first five) –kalau kita
fluence dia tahu kita bersedia, kalau kita kelam kabut dia akan tahu juga kita
‘koyak’ untuk kes pada hari itu.
Elemen dalam kata pembukaan.
Nama sendiri, biar 30 kali kita appear jangan lupa sebut
nama, sebab Hakim nak catat, walaupun dia dah kenal dan tahu. Kita refresh
Hakim dan peguam pihak sebelah.
Sebut dari firma mana, (jika Jabatan Bantuan Guaman, bawa
pewartaan atau surat lantikan ke JBG)
sebut nama anak guam, kalau anak guam tidak hadir, bagi tahu
sebabnya. Kalau ada surat lagi bagus, kalau memang susah nak hadir minta
pengecualian awal-awal. Kecuali semasa untuk bagi keterangan.
Sebut sekali nama opponent, bahasakan peguamnya dengan
“rakan Bijaksana” by right Hakim akan tahu kita jenis yang macam mana.
GENTLEMAN
2. Peguam adalah gentlemen, distinguish, semua ni dikenal
melalui manners, etiquette atau akhlak, budi pekerti. Lantak la korang jenis
ketawa terbahak bahak kat luar, tetapi dalam dewan kena berlakon, kawal
perasaan, jangan tunjukkan emosi berlebih-lebihan. Senyum bila masa perlu. Tapi
tidaklah poyo sepanjang masa. Luar dewan make friend with everybody even your
opponent, tapi walau rakan baik sekalipun, jangan sampai bertepuk tampar dengan
peguam lawan sebab saya pernah terima aduan kata peguam sendiri berpakat dengan
peguam lawan.
ADDRESS
3. Address Hakim dengan gelaran yang betul, kalau Mahkamah
Rendah, sebut Tuan Hakim, kalau Mahkamah Tinggi sebut Yang Arif, kalau Mahkamah
Rayuan ada tiga orang hakim sebut, Yang Amat Arif Dato’, Yang Arif, Yang Arif.
Kesilapan address menunjukkan kita tak study atau lebih kurang ajar takut
dikata perli.
Mata memandang kepada Hakim. Tunjukkan kita focus dan serius
bawa kes. Muka kena konfiden.
Pastikan telinga sensitive dengan sebutan Hakim, kalau tak
dengar sebut “maaf Yang Arif?”
Jangan berebut nak bercakap dengan peguam satu lagi.
Pantang dua peguam berdiri dalam satu masa, sebab Hakim
keliru nak dengar yang mana.
Sebelum bercakap, minta izin. “Dengan izin Tuan Hakim”
Semasa Hakim menulis, jangan mula bercakap. Bagi peluang
Hakim habiskan tulisannya. Tidak semua hakim ada katib/tukang catat bicara.
BACAAN
4. Banyakkan
membaca buku undang-undang terbitan terkini, arahan amalan, baca jurnal hukum,
kertas kerja. Bermula dengan buku Ahmad Ibrahim, Ridzuan Awang,
WEAK POINT
5. Kenalpasti
kelemahan sendiri, contohnya jika dalam undang-undang keluarga kita kurang
pengetahuan tentang fasakh, maka banyakkan pembacaan tentang fasakh. Pembuktian
fasakh, fasakh dari segi hukum syara’, Akan ada ruang untuk menambah ilmu,
tidak semua yang kita tahu. Tumpukan pada blind spot. Pada masa yang sama
tambahkan soft skill yang lain.
BUKU ENAKMEN
6. Bawa buku
enakmen, jangan datang melenggang atau sibuk layan henfon di bench.
Peguam adalah orang terpelajar, sebab itu dinamakan sebagai
“yang bijaksana”, atau “learned council”, orang terpelajar bukan duduk buang
masa, dia baca buku enakmen. Sepanjang pemerhatian, sekalipun senior lawyers,
buku enakmen sentiasa dibawa. Kalau kes Mal paling kurang Enakmen Keluarga
dan/atau Enakmen Prosedur. Ada Hakim yang akan tiba-tiba tanya pasal seksyen
secara spontan. Sudah tentu kita tak mahu kelihatan kelam kabut.
*Idea untuk simpan enakmen dalam handphone tu sudah bagus,
tapi bayangkan time kita nak rujuk tiba tiba hp hang, battery is about to die, jemm,
MAKLUMAT KEPADA HAKIM
7. Prepare kes
dengan persediaan maklumat ringkas pada Hakim, Hakim ada yang tidak sempat
belek fail sebelum dengar kes.
“Kes pada hari ini adalah tuntutan fasakh, pada tarikh
terdahulu pihak Plaintif telahpun failkan jawapan kepada pembelaan dan tuntutan
balas. Plaintif pada hari ini bersedia untuk memberi keterangan, jika tiada
bantahan dari pihak Defendan mohon mahkamah memanggil Plaintif mengangkat
sumpah beri keterangan”
SARAPAN
8. Mengisi Perut-
Lebih baik sarapan dulu sebelum memulakan kes, anda sudah pasti tidak mahu
client mendengar bunyi kriuk kriuk dalam perut semasa sedang membawa kes. Anda
tidak tahu berapa lama kes akan berlangsung. Ini pengalaman sebenar, saya
sangkakan kes akan habis sebelum pukul 10.00. Tapi akhirnya berlangsung sampai
pukul 12.00 dengan keadaan masih belum bersarapan. Perutnya berbunyi, pasti
didengar oleh client yang duduk di sebelah. Bayangkan apa yang ada dalam hati
client hmmm,………
Abu Razeen
All Rounders
Post: akan buat video untuk input ini.
No comments:
Post a Comment