MENYEDIAKAN TEKS UCAPAN (1)
1. Tiada jalan mudah untuk menyediakan teks ucapan yang baik. Tambahan lagi melibatkan Ketua, Pengarah atau VVIP. Seringkali kita terkasima dengan ucapan pemimpin, tahukah anda tidak kesemua perasmi atau yang berucap itu, datangnya dari dirinya sendiri.Kadangkala isi kandungannya 80% datangnya dari pembuat teks ucapan. Manakala cara penyampaian yang baik mampu menarik perhatian audien, meskipun isi kandungan disediakan oleh orang lain.
Berikut adalah beberapa perkara yang boleh membantu penyediaan teks anda, hasil dari pengalaman penulis:
1.1 KENALI ORANG YANG AKAN BERUCAP.
1.1.1 Boss pertama saya seorang yang suka bercakap panjang lebar, tetapi disebabkan umur menghampiri fasa pencen beliau lebih suka mengomel dari melihat teks. Orang yang sebegini, kita kena masukkan banyak kata-kata nasihat macam abah abah begitu. Nada suaranya bersifat monotone. Tak perlu menyelitkan humor kedalam teks kerana ia akan terucap sendiri secara spontan. Arwah suka masukkan perkataan Jawa dalam setiap ucapan. Antara yang saya ingat, "merono merene nangkono nangkene", "berpinjungan" dan macam macam lagi.
1.1.2 Boss kedua saya seorang yang ringkas, beliau akan berterus terang yang beliau bacakan teks yang disediakan sahaja, meskipun beliau adalah pentadbir tertinggi. Mula-mula saya buat teks yang panjang seperti Boss pertama saya, tetapi Boss kedua akan potong dua perenggan sebab nak meringkaskan teks. Selepas itu saya terus buatkan pendek pendek, bahkan pantun yang saya sediakan pun jarang dibaca lantaran mahu cepat selesaikan ucapan. Kecewa pun ada jugak, tapi itu semua pengajaran yang amat mahal buat saya.
1.1.3 Boss ketiga saya, sangat pandai berkata-kata, seolah olah tidak perlukan pembuat teks lagi, tetapi beliau menggesa perlukan teks juga sebagai pagar supaya tidak terlajak berucap diatas pentas nanti. Dari sini saya dapat kepuasan apabila semua isi kandungan teks dibacakan dan dari sini saya mengenal perbezaan individu apabila berada di puncak kerjaya. Kali ini boss sukakan gurindam yang dipetik dari teks klasik seperti Hikayat Malim Deman, Hikayat Awang Sulung Merah Muda, namun demikian teks sedemikian agak sukar diperolehi, dan lagi sukar untuk dibaca.
1.1.4 Memadai dengan pantun sahaja. Kebetulan negeri tempat saya berkhidmat itu kaya dengan pantun maka lompong rasanya kalau tidak diselitkan pantun walaupun dengan serangkap pantun 4 kerat. (saya akan memperkatakan tentang pantuan dipautan lain). Untuk pantun yang kreatif, menarik dan sedap didengar biasanya hadirin akan memberikan tepukan ikhlas (ketahuilah, tepukan tidak ikhlas itu wujud), dan ini akan mengangkat imej dan semangat pemberi ucapan.
1.1.5 Jadi perlu kenal boss kita, dan semestinya mereka semua tidak sama panjang nafasnya, sebutan dan kecenderungan. Jika anda di Negeri Sembilan pastikan anda memasukkan pantun Nogoi, saya sangat suka mendengar ucapan oleh Tuan Kamal Bashah, Hakim Negeri Sembilan, dan saya tidak lupa untuk mencatat pantun yang mesti diselitkan. Meskipun kurang faham dialek negeri tetapi ia adalah satu hiburan, trivia, dan pelajaran untuk saya, saya sering menunggu ungkapan unik dialek minang untuk disimpan, kalau tak sempat tanpa segan silu saya akan bertanya terus kepada beliau seusai majlis, malangnya catatan saya bertebaran entah kemana, akibat banyak penempatan:
1.1.6 Ada Boss yang Pro Islamik, mewajibkan setiap teks ada ayat quran dan hadis dengan teks Arab didalamnya, maka kerja kitalah untuk mencari nas yang relevan. Kalau yang berpendidikan sivil, carilah maxim dalam bahasa latin lagi bagus, terserlah kewibawaan sekiranya Boss dapat menyebut perkataan dengan betul. Kalau contoh ucapan yang penuh jargon dan sarat dengan istilah cuba tengok ucapan Dato' Seri Anuar Ibrahim sewaktu beliau menjawat jawatan menteri kewangan dan timbalan perdana menteri dalam parlimen.
1.2 BANYAKKAN MEMBACA
Ini bukan sahaja memberi faedah kepada isi kandungan ucapan, bahkan untuk memperkayakan ilmu si penyedia teks sendiri. Berikut adalah senarai buku yang saya miliki dan sering dirujuk:
1.2.1 Koleksi Ucapan YB SUK Selangor Dato’ Abdul Aziz bin Mohd Yusof
(2001-2002)
Bagi saya inilah ultimate kitab untuk saya jadikan rujukan. Terdapat 7 bab mengikut event dan sasaran pendengar. Ini memantaskan carian sasaran contoh ucapan berdasarkan topik tanpa perlu meneliti satu persatu buku setebal 369 mukasurat. Ia lebih kepada agenda perubahan kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2002-2002 (era Khir Toyo) namun berfaedah untuk semua. Kata-kata yang ringkas dan padat, tidak meleret, fakta, statistik, quran, hadis, idiom, maxim, perumpamaan, kata kiasan dan tidak kurang juga pantun lama dan moden. Kudos untuk penyedia teks beliau, Sebanyak 58 spesimen teks terbaik dalam tempoh 2 tahun, anda mahu apa lagi?.
1.2.2 Sekalung Budi Seuntai Bahasa. DBP 1996
Terima kasih daun keladi, Budi tuan jadi kenangan."
Kumpulan perumpamaan Melayu, hasil dari koleksi orientalist, penulis penjajah tersohor. Penulis sama yang tulisannya dijadikan rujukan buku sejarah sekolah rendah semasa dibaca pada tahun 1992
1.2.4 Misa Melayu. Raja Chulan
Memang tidak akan ada teks ucapan penuh dalam buku ni, tetapi isi kandungan dan cuplikan / quotes dari individu berpengaruh dunia dipilih berdasarkan karismatik pada pandangan Simon Sebag. Mungkin kita dapat inspirasi darinya dan mungkin juga ada keratan kata-kata yang menarik perhatian untuk jadi tarikan dalam teks ucapan.
1.3 PEKA DENGAN TETAMU DAN PENONTON
1.3.1 Jika tetamu merupakan dif kehormat kerajaan seperti Ketua Menteri, Menteri Besar, Datuk SUK, maka jangan lupa sisipkan dasar-dasar kerajaan semasa. Ini mengingatkan mereka bahawa kita adalah penyokong "government of the day", ingat penjawat awam tidak berpolitik, tetapi wajib menyokong kerajaan tanpa mengira siapakah kerajaan itu, selagi mana dipilih oleh rakyat.
1.3.2 Saya tertarik dengan sosok seorang mantan Menteri Besar di Melaka yang cekap berbahasa Arab (English apatah lagi), boleh memetik ayat al-Quran dengan mudah meskipun beliau bukan seorang ustaz (beliau engineer). Kalau berbahasa English beliau sering memasukkan idiom sehingga saya jadikan post dalam facebook saya, semasa merasmikan Sukan Mahkamah Syariah beliau mengungkapkan: “All work and no play make jack a dull boy”. Terserlah ‘distinguish’ nya, namun sayang karier politiknya tidak bertahan lama.
1.3.3 Lihat kepada majoriti audien, samada dari kalangan orang kampung atau terpelajar. Sangat besar perbezaan kata larasnya. Mungkin point yang sama tetapi
1.4 JANGAN SALAH FAKTA
Yang ini pantang tok nenek, terutamanya di hadapan pemimpin politik,
jangan anda petik dasar atau ungkapan kerajaan terdahulu jika kini barisan
pembangkang membentuk kerajaan. Anda akan dianggap tidak peka, penyokong
pembangkang (hari ini) dan besar kemungkinan projek untuk jabatan kita akan
bermasalah. Inilah tugas pembuat teks ucapan, menjaga sensitiviti kerajaan
sekarang. Kalau nak puji sekalipun jangan puji orang lain dihadapan pemimpin
sekarang, kita tidak tahu samada antara mereka ada isu atau tidak, untuk ‘play
safe’ ceritakanlah sahaja tentang kerajaan kini sedia ada.
1.6 SELIDIK FAKTA PROGRAM KERJASAMA AGENSI
1.6.1 Saya biasa mengadap pengarah program atau urusetia yang bertugas untuk mendapatkan maklumat di atas. Kalau tidak dapat berbincang disebabkan kesuntukan masa, memadai dengan kertas kerja dasar. Antara perkara yang wajib dimasukkan dalam teks adalah objektif program. Jangan lupa untuk kemaskini dengan pengarah program kerana selalunya akan ada pindaan terakhir sejurus sebelum majlis berlangsung.
1.6.2 Sekiranya Majlis adalah kerjasama agensi seperti Blue Ocean Strategy, maka kita perlu juga mendapatkan maklumat dari P.A Jabatan yang menjalinkan kerjasama. Saya pernah menghubungi Pejabat Menteri Besar semata-mata untuk mendapatkan hint apa yang sedang di promosikan semasa itu. Jadi teks ucapan Boss kita adalah selari atau wajar dengan ucapan Menteri Besar. Biasanya kita jugalah yang akan drafkan teks ucapan MB atau SUK sekiranya mereka hadir sama.
1.6.3 Selepas dapat maklumat asas dari pengarah program baharulah mengadap Boss yang akan berucap, maklumkan apa yang akan kita masukkan. Pada peringkat ini kita cuma perlu ambil catatan sahaja. Pasti ada hasrat lain yang mahu disisipkan oleh Boss dalam sesuatu program. Fahami kehendak Boss dan terjemahkan dalam ayat yang paling cantik dan selesa.
Ada juga Boss yang segan untuk bawa kertas berhelai-helai nak ke podium, jadi mungkin queue card lebih sesuai, berbincanglah dengan Boss anda, mungkin ada juga yang suka teks diletakkan awal awal di Podium, supaya beliau tidak perlu menjinjing kertas kesana kemari. Yang lebih banyak saya lihat adalah seseorang pembantu yang akan meletakkan teks, sebaik sahaja Boss mahu mula berucap. Terpulanglah kepada keselesaan Boss masing masing.
No comments:
Post a Comment