Penyampaian
saman secara short messsage system (SMS) atau facebook (FB) adakah dibenarkan
oleh Mahkamah?
Jawapannya
ada ‘Tidak Boleh’ dan ‘Boleh’.
‘TIDAK
BOLEH’ – Kerana peruntukan dalam Sek 41 dan 48 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah
Syariah (Negeri Johor) 2003 [En. 20/2003] menyatakan:
“41(1) Tertakluk kepada Bahagian ini, sesuatu saman atau dokumen lain hendaklah disampaikan ke diri, dan hendaklah dilaksanakan dengan menyerahkan saman atau dokumen lain itu, atau dengan mengemukakannya untuk diperiksa dan menyerahkan satu salinan saman atau dokumen lain itu, kepada orang yang kepadanya saman atau dokumen itu hendak disampaikan.”
Manakala penyampaian ganti:
“48(1) Jika Mahkamah berpuas hati bahawa atas apa-apa alasan
yang mencukupi saman atau dokumen lain itu tidak dapat disampaikan secara
biasa, Mahkamah boleh memerintahkan supaya saman atau dokumen lain itu
disampaikan dengan cara menampalkan suatu salinannya di papan kenyataan
Mahkamah dan juga di suatu tempat yang mudah dilihat di bangunan tempat orang
yang kepadanya saman atau dokumen itu hendak disampaikan terakhir diketahui
tinggal, atau mengikut apa-apa cara lain
yang difikirkan patut oleh Mahkamah.
(2) Mahkamah boleh juga, dalam mana-mana hal yang
termasuk dalam subseksyen (1), membuat perintah supaya penyampaian dibuat
melalui iklan dalam mana-mana akhbar tempatan sebagaimana yang difikirkan patut
oleh Mahkamah.”
Begitu
juga dengan Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. Aturan 10 Penyampaian proses pemula:
“1.Tertakluk
kepada peruntukan mana-mana undang-undang bertulis dan Kaedah-Kaedah ini, suatu
writ hendaklah disampaikan secara kediri kepada setiap defendan atau dengan
menghantarkannya kepada setiap defendan memalui pos berdaftar Akuan Terima yang
dialamatkan ke alamat akhirnya yang diketahui dan setakat yang dapat
dilaksankan, percubaan penyampaian yang pertama mestilah dibuat tidak lewat
dari satu bulan dari tarikh writ itu dikeluarkan.”
Manakala
Aturan 62 Kaedah 5 Penyampaian ganti menyatakan:
“(1)
If, in the case of any document which in accordance with these Rules is
required to be served personally on any person, it appears to the Court that it
is impracticable for any reason to serve that document personally on that
person, the Court may make an order in Form 133 for substituted service of that
document.
(2) An application for an order for substituted service shall be made by notice of application supported by an affidavit in Form 134 stating the facts on which the application is founded.
(3) A substituted service of a document, in relation to which an order is made under this rule, is effected by taking such steps as the Court may direct to bring the document to the notice of the person to be served.”
Pada asasnya tidak dinyatakan bentuk lain penyampaian yang
dibenarkan. Kecuali dalam penyampaian ganti seksyen 48 En. 20/2003 dan Aturan 5
Kaedah-Kaedah Mahkamah
2012 Namun
jika Mahkamah Syariah menggunakan keluasan;
“..atau mengikut apa-apa cara lain yang difikirkan patut oleh
Mahkamah.”
Syarat penyampaian selain S41 atau 48(1) dan (2) hendaklah
atas kebenaran Mahkamah. Pun begitu Mahkamah boleh menerima atau menolak
pelaksanaan berasaskan afidavit penyampaian yang diikrarkan.
Sekiranya diterima sekalipun ia adalah case-to-case basis dan
tidak bersifat binding secara umum atas semua kes yang didaftarkan.
Setakat pencarian saya, jika ada sekalipun penyampaian melalui
sosial media, ia tidak dilaporkan dalam kes di Mahkamah Malaysia. Manakala
Mahkamah United Kingdom, Australia dan Kanada telah membenarkan dokumen
mahkamah diserahkan melalui sosial media, tanpa mengabaikan prosedur sedia ada
yang membenarkan penyampaian ganti tersebut
Dalam
kes Axe Market Garden Ltd v Axe CIV-2008-485-2676,
Mahkamah Tinggi New Zealand membenarkan penyampaian ganti melalui Facebook kerana
alamat lengkap defendan tidak dapat dikesan dengan mudah. Perkara yang sama
berlaku di Mahkamah Kanada dalam kes Knott v. Sutherland (Feb.
5, 2009) Edmonton 0803 002267 (Alta.Q.B.M.) yang membenarkan plaintif melakukan
serahan kepada defendant melalui akaun Facebook. Dalam kes Larry
Philip Fontaine et al v. The Attorney General of Canada et al, (8
August 2014), Winnipeg MBQB CI05-01-43585 (MBQB) Mahkamah Canada menerima hujah
plaintif yang menyatakan adalah tidak praktikal penyampaian secara kediri
terhadap defendan. Tetapi memandangkan defendan adalah pengguna Twitter,
Mahkamah membenarkan plaintif untuk memberikan notis melalui Twitter.
No comments:
Post a Comment