Pra: Pasti ramai yang dah dapat zikir yang diberikan oleh guru, paling kurang pun kawan bagi atau rasa rasa nak sendiri nak zikir, zikir ni maksudnya untuk ingat Allah. Meskipun kita berzikir tapi ingat benda lain, tapi pahala tetap dapat, dan untuk lebih ampuh, perlu tahu makna dan yakin sesungguhnya yang memberi bekas hanya Allah SWT.
1. Susunan zikir ini, dah lama diamalkan oleh pakcik, biasanya ingat waktu diluar rumah, dalam rumah selalunya alpa kalau takda gangguan. Tapi kalau dalam hutan biasanya lagi banyak yang dibaca.
2. Zikir itu ikut kemampuan atau keperluan, sebab Allah sendiri telah tetapkan zikir untuk manusia yang beriman itu adalah semasa waktu solatnya, manusia yang tidak solat itu luput ingatannya pada Allah, Nauzubillah.
3. Kalau nak panjang takut tak teramal, dapat sanadnya saja boleh nak istiqamah ikutlah martabat iman sendiri. Jadi kalau nak mulakan biarlah dari basic, lebih basic dari basic adalah bacaan dalam solat.
4. Sebab tu dalam masa perjalanan Rasul suka berzikir cara solat, so solat sunat boleh sahaja dibuat atas kenderaan, cuma bila nak solat fardhu kena la berhenti jika boleh berhenti untuk solat sesempurna mungkin. Terkecuali atas kapal terbang atau tempat yang susah nak berhenti, jika berhenti tertinggal bas ekspress contohnya... saya dah dua kali kena tinggal bas, sekali kena tinggal flight.
5. Untuk basic atau biasher biasher inilah susunannya, tak ingat bermula dari siapa yang ajar saya, tapi ada sekali tu al Fadhil Ustaz Zahazan ajar semasa kuliah di Radio IKIM pukul 7.30 gitu samalah susunannya. Dimulai dengan Alfatihah, Ayatul Kursiy, Al Falaq, Annas, Auzubukalimatillah tiga kali, Bismillahillazi tiga kali. diulang pada pagi dan petang atau sebaiknya selepas solat subuh dan sebelum solat maghrib.
yang ni baca tiga kali
yang ni pun baca tiga kali
6. Pakcik try nak upload PDF susunan molek tapi server blogspot tanak bagi, jadi pakcik try gif sahajalah, boleh download dan simpan dalam fon kalau belum hafal. Tapi kalau nak PDF punya kena la komen atau emel pakcik. Yang pakcik susun dibawah ni BMP file, kalau print semula mungkin pecah gambo.
7. Manakala dah hafal dan istiqamah, kalau nak upgrade boleh la tambah lagi, tapi mungkin dalam tread yang lain, bawa basikal dulu dah terer baru bawa harley okeh. Semua ni kena pelan-pelan bagi istiqamah. Hafal mungkin senang tapi nak maintain tu susah. Tapi kalau terlupa taklah sampai berdosa pula.
Post: Ajarlah spouse, pasangan, anak-anak, sebaik-baiknya kalau naik satu kereta biar ayahnya leadkan, baca beramai-ramai. Tak susah pun. Paling utama kalau bawa baby dalam kereta atau diluar rumah, lebih baik baca sebab baby ni fragile syaitan ummu sibyan suka bertenggek usik dia. Kalau dalam hutan hiking lagi kena baca, sebab makhluk halus suka.
No comments:
Post a Comment