1. Serban adalah salah satu sunnah berbentuk pakaian yang
memberikan lambang pengenalan kepada si pemakainya. Tiadalah ia satu keberatan atas orang awam untuk melaziminya kerana ia pada tahap sunnah jibiliyyah. Namun bagi pemakainya jika ingin mengikuti jejak Rasul atas dasar kecintaannya kepada Rasul dan bukan tujuan lain maka ia diberi pahala. Mungkin belum ada kesempatan daya atau upaya untuk menegakkan sunnah yang besar-besar, namun bagaimana nak buat sunnah yang besar jika yang kecil kecil pun bagi kita anggap sebagai perkara enteng.
2.Bagi suasana seperti di
Malaysia, pemakaian serban boleh juga berfungsi sebagai ‘junnah’ atau perisai
diri dari melakukan maksiat. Dikatakan sebagai identiti kerana cara pemakaian
atau lilitan serban tersebut membawa erti pembawaan imej sesuatu jamaah.
3. Sepertimana lilitan tengkolok bagi orang Melayu, serban juga
menonjolkan identiti bagi sesuatu jamaah, jika diperhatikan untuk ikatan jamaah
tabligh adalah tidak sama dengan ikatan pak haji, pak imam kampung. Bukan
sekadar untuk dibawa solat sahaja, malah serban melambangkan prestij sesuatu
institusi, sepertimana serban syria yang unik kemas dan bertingkat-tingkat. Serban
Yaman yang lebih santai, Manakala serban Al-Azhar tiada ekornya hanya bulatan
kain putih membaluti lebai seakan tarbus berwarna merah. Terkadang, kesilapan
seseorang untuk memakai serban bukan pada ahlinya boleh mengundang aib pula.
Sewajarnya hanya penuntut Al-Azhar sahaja layak untuk menggulung serban
Al-Azhar.
4. Untuk ekor serban, paling banyak digayakan dijulurkan
bahagian belakang kepala. Berkenaan dua ekor serban yang terjulur keluar
dibahagian belakang, dikatakan berasal dari saksi peperangan Badar, dimana
telah dinyatakan malaikat yang membantu peperangan tersebut memakai serban
berekor dua. Wallahua’lam
5. Jamaah tabligh adalah paling ramai mengamalkan simpulan
seperti diatas. Namun bagi ikatan gaya Abdul Rahman bin Al-Auf r.a sedikit
cebisan ekor serban dinaikkan sedikit untuk mendapat ekor serban kedua. Bagi
murid Syeikh Ibnu Masran Al-Banjari Pondok Ledang, sanad diperturunkan melalui
tariq Abdul Rahman bin Al-Auf, sanad terakhir sebelum syeikhuna adalah dari
Almarhum Tuan Guru Haji Sabran Asmawi, murid kepada Syeikh Muhammad Yasin
bin Muhammad Isa al-Fadani, Syeikh Abdul Qadir bin Abdul al-Mutallib
al-Indonesi al-Maindili dan Allahyarham Tuan Guru Muhammad Saman Bin Muhammad.
Tuan Guru Haji Sabran juga adalah bekas pesuruhjaya Pas Perak tahun 1997 hingga
2002.
No comments:
Post a Comment