Pra: Pengajian Malam Rabu kami di Pondok Ledang adalah talaqqi Kitab Jamiul Jawami' Al-Musannifat (Himpunan Kitab Karangan Ulama' Acheh) kitab tasauf dan Sirajul Huda pada mensyarahkan Matan Ummul Barahin oleh Imam Sanusi karangan Sheikh Muhammad Zainuddin Muhammad Badwi As-Sumbawi sebuah kitab Usuluddin. Kedua-duanya disyarahkan oleh Sheikhuna Ibrahim Masran Al-Banjari. Berikut sedikit catatan yang sempat dibuat. Semoga saya dan pembaca blog ini mendapat keberkatan dari Allah. Kalaam Shaikhuna....
1. Dalam mensyarahkan Dawaul Qulub Minal Uyub pada perenggan
muqaddimah pada menyatakan adab segala orang yang Alim dan segala murid.
3.Kita boleh untuk bersihkan hati dengan syarat ada keinginan,
belajar dengan himmah memperbaiki hati, jangan belajar perkara memperbaiki hati
tetapi hati tidak berminat untuk diperbaiki.
Sheikhuna bersama Sheikh Husni Ginting Al-Lankati Al-Azhari
juga dikenali sebagai Musnid Asia Tenggara.
4. Ulamak terdahulu belajar adab selama 20 tahun lepas tu baru
belajar hadis, adab adalah kunci barakah, dengan sebab adab Allah beri semangat
untuk beramal.
5. Banyak orang ada ilmu tetapi kefahaman tidak sama sebab
faham berbeza-beza, rezki untuk memahami ilmu tidak sama. Ada orang gaji
RM1000.00 habis 2 hari dan ada orang gaji RM1000.00 boleh tahan sebulan.
Sheikhuna bersama Sheikh Muhd Zainul Asri Mudir Maahad Darul Hadis, Alor Setar Kedah. Mulutnya tidak lekang dengan Selawat dan Salam kepada Rasulullah.
6. Adab Dunya wa Din – Adab menuntut ilmu mesti menghina diri
dan merendah diri, maka kita akan menerima ghanimah (habuan) ilmu, jika tiada
keduanya maka Haramlah ia Ghanimah.
7. Hak seorang guru kepada murid seperti hak tuan kepada
hambanya. Kata saidina Ali Sesungguhnya sesiapa yang mengajarku, dia akan
menjadi tuan aku, sekiranya ia mahu ia boleh menyuruhku, sekiranya ia mahu ia
boleh membebaskanku, dan sekiranya ia mahu ia boleh membiarkan aku.
Tuan Guru Maulana Hussein Abdul Qadir Yusufi mempunyai Daurah tetap di Pondok Ledang sebulan sekali. Alim Hadis ini banyak menulis Risalah berkenaan Ulumul Hadis untuk diskusi dan membaca Sunan Tarmizi di Madrasah As-Shatiri di Kampung Melayu Johor Bahru.
8. Imam Shafie semasa sedang mengajar datang orang yang
berpakaian compang camping dari tempat sampah lalu Imam bangun dan memeluk
orang tersebut. Imam Shafie menjelaskan bahawa orang tersebut telah memberi
ilmu cara mengenal anjing jantan dan anjing betina.
9. Alimnya Imam Shafie, sehingga Imam Ahmad belajar darinya.
Imam Shafie dibenarkan memberi fatwa semasa umur 15 tahun. Semasa memberi fatwa
Al-Imam makan epal disebalik selindangnya kerana pada masa itu Al-Imam masih
belum baligh.
10. Sekarang banyak orang dapat ilmu tanpa keberkatan, tetapi
memberi musibah atas diri dan musibah atas orang lain. Hari-hari ada sahaja
hukum baharu yang keluar dari ilmu google. Allah berfirman “Fas alu Ahla Zikra”
Tanyalah kepada Ahli Zikra iaitu orang
yang mempunyai ilmu pengetahuan. “Ahli” itu adalah orang yang sebenar-benar takut
kepada Allah SWT. Akan datang Dajjal datang mula dengan orang Alim, kemudian
mengaku wali Allah, kemudian mengaku Nabiullah kemudian akhirnya mengaku diri
nya lah Allah.
11. Para malaikat melebarkan sayapnya kepada penuntut ilmu
kerana atas perbuatan mereka. Sesiapa yang keluar menuntut ilmu maka ia adalah
pada jalan Allah (fisabilillah) sehingga ia pulang. Jadikan kita orang
yang menuntut ilmu.
12. Imam Nawawi berpesan seorang murid mesti duduk sebagai murid
bukan sebagai guru. Tidak boleh sandar ke dinding (kecuali yang sudah tua).
Ilmu yang benar adalah ilmu yang memberi faedah.
13. Untuk menuntut ilmu ada adabnya, untung kita datang belajar.
Rezeki kefahaman dan rezeki keberkatan dalam menuntut ilmu akan diperolehi dengan
sempurnya adab belajar.
Bumi Johor kian subur dengan majlis ilmu, hatta di penghujung bandar JB-Pontian. Surau Nurus Salam. Taman Pulai Indah. Kangkar Pulai, Johor Bahru turut menganjurkan pengajian kuliah maghrib setiap hari kecuali malam Jumaat. Jadilah orang yang mengajar, atau pelajar atau pendengar atau pencinta ilmu maka jangan kamu jadi golongan yang ke lima.
14. Dipenangguhan pengajian harini 8/1/2014 baris kesebelas dari
atas mukasurat 93:
“Tiada sah ilmu melainkan adab dan tiada sah adab melainkan
dengan engkau ketahui segala kaifiatnya, maka sebab itulah kedahulukan adab
daripada lainnya” …sambung minggu depan.
Post: Semoga isteri dan anak-anak pak cik memahami betapa kurangnya masa yang dapat diluangkan demi untuk memburu ilmu bagi kemanfaatan dunia akhirat. Pesanan akhir ...hidup di dunia ini sementara akhirat jua kekal abadi, oleh itu kejarlah akhirat ..nanti engkau akan lihat dunia akan mengejarmu pula!.
Salam. Pondok ledang ni di mana. Saya mencari2 majlis ilmu d johor bahru...
ReplyDeletesaudara anonymous, sila cari fb pondok ledang, ada maklumatnya, kalau tak jumpa, sila emelkan saya, semester kedua pengajian baru bermula isnin lepas... emel saya aburazeen@gmail.com
ReplyDeletealhamdulillah, dpt ilmu.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Syukran atas ilmu dan perkongsian. Allahuyubarikfikum.
ReplyDeleteMohon doa untuk diri ini.
Assalam, sy mencari pondok atau tempat menimba ilmu dan berguru sprt majlis ilmu pengajian kitab2 di sekitar Johor bahru . Klu ada tau mana2 area sini hubungi sy 0142272811 - Hafiz Thanks smoga Allah membalas jasa kamu yg memberi pertolongan
ReplyDelete