Intro: 24/12/2013 Hari ni, balik ofis lambat, dihati rasa rindu
dengan buku. Masanya untuk mendapatkan Fiqh Manhaji. Nomor wahid untuk
melengkapkan kajian faraid bagi keperluan thesis dan juga untuk
pengkayaan ilmu bagi syarah muniyatul musolli dan akhirnya mendapatkan buku
tadika kiki. Syurga yang dipilih harini adalah ….BADAN!
1. Buku pertama dipilih adalah Fikah Mazhab Syaf'ie -Fiqhul
Manhaji, karya agung mutaakhirin ini adalah hasil 3 ulama’ syria yang
menghimpunkan segala pandangan ahli fiqh Syafie dan meringkaskannya untuk
faedah umat Islam khususnya dalam mazhab Syafie. Mereka adalah Dr. Mustofa
Al-Khin, Dr. Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji. Syukurlah dah ada
terjemahannya, senang orang awam nak faham dari bergantung kepada ustaz nak
baca kitab Arab disurau dan Mesjid. Pakcik beli 2 jilid sahaja yang pertama Kitab
1 Bersuci dan Sembahyang. Pakcik beli niatkan untuk syarahkan kitab muniyatul
musolli dengan kitab ini. Harga dibeli RM22.00
2. Untuk buku kedua Pakcik lompat Kitab 5: Wakaf, Wasiat dan
Faraid. Harga dibeli RM18.50. Yang nilah akan jadi pengisi Literature Reading
Pakcik untuk Thesis dan rujukan selain Kitab Kitab lain yang akan
dinyatakan kemudian. Pustaka Salam telah melakukan sehabis baik dengan
mengadakan sidang penterjemah dan sidang Penyemak antara beberapa nama besar
yang terlibat dalam penghasilan buku Kitab-Kitab Mazhab Syafie ini adalah Ustaz
Ridzuan Bin Hashim, Ustaz Juanda Bin Jaya, Ustaz Azizi Bin Ismail, Ustaz Mohd
Asri Bin Hashim, Ustaz Salehan Bin Ayub dan lain-lain la. Satu keistimewaan
terbitan Pustaka Salam apabila menjual buku ini dengan belian
berasingan.Bermakna kita tidak semestinya beli dengan jumlah lengkap 8 jilid.
Harga disebut untuk semua jilid RM225.00.
3. Paling penting dalam jilid 5 ada menyatakan tentang masalah
furu’ dalam ilmu faraid yang menjadi topik kajian Pakcik. Kebanyakan kitab
moden tidak banyak mensyarahkan masalah ini, yang ditumpukan adalah teori
pembahagian dan masalah. Contohnya kes Zawil Arham yang dinyatakan dalam
mukasurat 1125 Jilid 5. Makin mudahlah kajian pakcik. InsyaAllah. Tambahan lagi Tok Guru Ambo Abu Anas Al-Madani juga telahpun mengajar Kitab ni dan telah di CDkan pun. Ramai juga ustaz-ustaz ajar buku ni di Masjid dan surau sebab mudah untuk difahami.
4. Buku seterusnya Rahsia Yahudi Dalam Filem oleh Ibu Yaacob
terbitan Moon Media, banyak sudah buku pendedahan Teori Konspirasi yang telah
diterbitkan oleh Moon Media, Apapun syabas diucapkan kerana buku yang banyak
mengajar anak-anak pakcik mengenal siapa musuh sebenar umat Islam. Buku ini banyak
mendedahkan rahsia tersirat dalam kebanyakan filem terbitan Hollywood, mungkin
ada yang kebetulan, tetapi sikap berhati-hati umat Islam boleh menyelamatkan
anak-anak kita dari fitnah Dajjal yang telahpun diberi amaran oleh baginda
Rasul SAW dalam Hadis yang benar. Cuma satu masalah buku ni adalah pada penjilidan, kertas cetak glossy bermutu tinggi namun pembaca tidak boleh lasak kerana ia senang terlerai. Tambahan anak pakcik pula suka membaca sambil baring meniarap dan macam macam fesyen lagi ...so dah ada yang terlerai pun. Jadi selepas ni mungkin penerbit boleh fikirkan tentang masalah ni.
5. Kiki yang anti McDonald, terus sahaja membuat
kesimpulan bahawa cerita Yahudi dalam buku ini tidak boleh tengok. Walaupun baru belajar membaca, tahun depan baru masuk tadika, tapi kesedaran awal Kiki
adalah petanda baik. Pakcik terangkan, bukan tidak boleh tengok, Cuma belajarlah
kenali musuh kita, sebab bila kita kenal musuh, maka kita akan tahu cara nak
lawan. Manusia akan takut kepada apa yang dia tidak tahu. Jadi janganlah takut.
Beli jangan tak beli, ajar anak-anak untuk kenal dajjal dan jangan jadi pengikut
Dajjal. Kebanyakan anak muda yang ikut black metal kerana mereka tidak tahu
sebenarnya kebanyakan lambang black metal adalah lambang memuja iblis dan
dajjal!.
6. Dari Buraidah r.a., katanya: "Rasul SAW. bersabda: "Tidakkah engkau semua suka saya beritahu perihal
Dajjal,yaitu yang belum pernah diberitahukan oleh seseorang Nabipun kepada
kaumnya. Sesungguhnya Dajjal itu buta sebelah matanya dan sesungguhnya ia
datang dengan sesuatu sebagai perumpamaan syurga dan neraka. Maka yang ia
katakan bahwa itu adalah syurga, sebenarnya adalah neraka." (Riwayat
Bukhari & Muslim)
No comments:
Post a Comment