1. Hasil dari pemerhatian pakcik, kebanyakan umat Melayu
sebenarnya sangat suka melakukan ibadat. Terutamanya ibadat yang melibatkan
sedeqah makanan. Contoh macam Kenduri tahlil, yasin, doa selamat, kenduri nak
pi haji, balik haji, akikah, hatta pak
arab pun kalah tiba bab kenduri nih. Paling best apabila tiba bulan Muharram
adalah makan bubur ashura. ..(sebab tu
pakcik susah nak hilang gendotnya!)
2. Khusus kepada bubur asyura, sebahagian besar kalau ditanya
berdalilkan sempena mendaratnya bahtera nabi Nuh, Itulah yang diketahui dan
sememangnya ada asas sekiranya kita merujuk kepada kitab jawi kuning seperti “Nihayatuz
Zain” karangan Syeikh Nawawi Al Banteni, dan di dalam kitab “Nuzhatul Majalis”
karangan Syeikh Abdur Rahman Al Ushfuri serta di dalam kitab “Jam’ul Fawaid”
karangan Syeikh Daud Al Fathoni. Yang antara lainnya menceritakan bahawa,
ketika mana bahtera Nabi Nuh a.s. berlabuh di bukit Juudi pada Hari Asyura’,
maka berkatalah ia pada umatnya :
“Himpunkan apa yang kamu miliki daripada makanan yang lebih-lebih”. Maka, dibawalah satu genggam daripada kacang Baqila’ iaitu kacang ful (kacang poi) dan satu genggam kacang Adas, Ba’ruz dan hinthoh dan tepung sehingga menjadi tujuh bagai biji-bijian yang dimasak. Maka berkatalah Nabi Nuh A.S : “Masaklah sekeliannya kerana kamu sudah mendapat kesenangan sekarang”.
“Himpunkan apa yang kamu miliki daripada makanan yang lebih-lebih”. Maka, dibawalah satu genggam daripada kacang Baqila’ iaitu kacang ful (kacang poi) dan satu genggam kacang Adas, Ba’ruz dan hinthoh dan tepung sehingga menjadi tujuh bagai biji-bijian yang dimasak. Maka berkatalah Nabi Nuh A.S : “Masaklah sekeliannya kerana kamu sudah mendapat kesenangan sekarang”.
3. Setakat ini itulah saja, rujukan yang dijumpai, mungkin ada
dalam lain-lain kitab pakcik maslh belum jumpa. Pendirian pakcik selagi mana
belum ada sumber yang sahih lagi rajih maka ia terhenti setakat dalil
pengharusan sahaja, mungkin boleh disandarkan hikmah menjamu keluarga kepada
hadis “Sesiapa memberi keluasan kepada keluarganya pada hari Asyura, maka Allah
akan memberi keluasan kepadanya sepanjang tahun itu”. Itupun hadis tersebut berstatus
lemah. Boleh rujuk ke http://abuumair.com/2009/12/26/asal-usul-bubur-asyura/
. Lagi baik sekiranya kita bersandarkan kepada Hadis yang Sahih seperti: Dari
Abu Zar ra, katanya: “Rasul SAW
bersabda: “Hai Abu Zar, jikalau engkau memasak kuah, maka perbanyaklah airnya
dan saling berjanjilah dengan tetangga-tetanggamu – untuk saling
beri-memberikan”.” (HR Muslim)
4. Bagi pakcik, untuk kita meraikan sesuatu yang dipanggil
perayaan bersumberkan agama, lebih baik dirujuk kepada pakar agama, macamlah kita
nak repair kereta lebih baik pergi ke pomen kereta jangan pergi kat pomen basikal pula. Nanti tak
bergeraklah kereta kita.
5. Jangan kita jadi macam golongan ini, yang merayakan 10
Muharram mengikut persepsi agama tafsiran sendiri, namun lebih malang lagi, ada
juga umat Melayu yang terikut-ikut. Gambar penuh sila pergi http://blogserius.blogspot.com/2011/12/serius-sekitarsambutan-hari-asura-di.html
6. Ada beberapa artikel bagus untuk kita baca, Terafdholnya
bergurulah dengan ustaz di pondok surau masjid… mungkin anda boleh tanya dengan para
asatizah tentang kebenaran bubur ashura dikaitkan dengan kisah nabi nuh…dari
mana datangnya? Apapun bubur ashura kalau sesapa bagi ambil dan makan. Baca
bismillah. Tak ambil hangpa rugi woo!
7. Pakcik juga agak berhati-hati juga dengan amalan turun
temurun yang disandarkan atas nama
agama, kalau boleh biarlah ada sandaran pengambilannya yang jelas dan sahih,
agar ibadat kita dinilai disisi hukum syarak. Dalam kita dok anti syiah tapi
kelakuan kita amalan kita sama macam penganut syiah .. sila rujuk http://apanamadotcom.wordpress.com/2012/11/24/awas-jangan-mengikut-jejak-amalan-syiah-ketika-menyambut-hari-asyura-10-muharram/
jangan tak tau.
8. Satu lagi isu berkait dengan asyura juga adalah berkenaan puasa sunat, ada sahabat pakcik tanya ..bolehke puasa hari Jumaat (hari Khamis adalah 10 Muharrram) kerana nak cukupkan dua hari, sebab dia lupa nak puasa tasua (9 Muharram). Jawapan ringkas pakcik: Boleh!. Berdasarkan pertanyaan ini sebenarnya ada 3 keadaan berdasarkan kiraan hari.
a. Puasa pada 9 dan 10 Muharrram
b. Puasa pada 10 Muharram
c. Puasa pada 10 dan 11 Muharram
d. Tak puasa langsung.
9. Paaaling Afdhal adalah puasa pada 9 dan 10 Muharram berdasarkan dalil berikut:
Daripada
Ibn Abbas r.a berkata (maksudnya): “Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari
‘Asyura, Baginda turut mengarahkan orang ramai supaya turut berpuasa. Lalu mereka
berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya hari ini adalah hari yang dibesarkan
oleh kaum Yahudi dan Nasrani. Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi:
"Sekiranya di tahun depan, jika diizinkan Allah, kita akan berpuasa pada
hari ke-9". Ibn Abbas berkata: Tidak sempat munculnya tahun hadapan,
Rasulullah SAW wafat terlebih dahulu.” (Riwayat Imam Muslim)
10 Kemudian boleh juga puasa 10 Muharram on single day berdasarkan dalil A’isyah r.a berkata (maksudnya):
“Rasulullah SAW telah mengarahkan supaya berpuasa pada hari A’syura, dan apabila
telah difardhukan puasa Ramadhan, maka sesiapa yang hendak berpuasa (hari
A’syura) maka dia boleh berpuasa, dan sesiapa yang hendak berbuka maka dia
boleh berbuka (tidak berpuasa)”. (Riwayat al-Bukhari & Muslim).
11. Secara tidak langsung hadis diatas menerangkan keharusan untuk beramal dengan situasai (b) dan (d). Manakala untuk puasa kategori (c) sungguhpun tiada dalil namun untuk membezakan puasa orang Yahudi pada 10 Muharram semata-mata maka hadis dalil untuk puasa (a) boleh digunakan. Namun beramal dengan hadis sohih adalah lebih utama. So ambillah puasa tasu' dan 'ashura untuk menghilangkan was-was.
p/s beramallah tanpa was was.
No comments:
Post a Comment