Sunday, February 5, 2012

Muniyatul Musolli: Keinginan Pendiri Solat (2)

[Mimbar Masjid Negara]

Jurnal 14/1/2012
Masjid Negara Kuala Lumpur
Kitab Maniyatul Musolli
Dr Abdul Basit.UIAM

Pra: Menjejak ilmu turath kembali ke akar umbi, bezanya tidak lagi perlu menjarah pondok tradisional. Syukurlah kerana semuanya telah disediakan di kotaraya ini, hanya mereka yang mengenal mutiara akan mencarinya. Terima kasih pada Hj. Kamin kerana menemukan pencinta ilmu dan majlis ilmu pada hari ini. Rabbunayu Khalli’

1. Rupanya ini adalah kelas kali kedua. Tertinggallah komponen Muqaddimah yang penting dalam permulaan baca kitab. Tapi tak bererti tinggal sedikit maka kena tinggal semua. Jadi kesempatan yang ada belasah ajelah, harap harap ada rakaman sebelum ni dalam utube.

2. Tertarik dengan nas dari Imam Ghazali r.a. “Umpama orang yang mendirikan rupa sembahyang yang zahirnya jua dan lalai ia daripada hakikatnya yang batin seperti umpama seorang menghadiahkan bagi raja yang amat besar darjatnya akan seorang khadam/dayang yangmati tiada ruh baginya. Dan seumpama orang yang mentaqsirkan (mencuaikan)pada mendirikan yang zahir sembahyang seumpama ia menghadiahkan kepada raja akan seorang khadam/dayang yang terpotong anggotanya dan ketiadaan dua matanya maka adalah ia orang yang menghadiahkan ini dan yang dahulunya mendedahkan keduanya itu akan diri keduanya bagi raja itu siksa dan murkanya dan marahnya kerana keduanya itu menghinakan bagi hurmat kerajaannya dan meringankan oleh keduanya dengan hak kerajaan.”

3. Susahkan nak faham?. Sebab tu kena mengadap tok guru. Meskipun guna bahasa Shaikh Daud bin Abdullah Al-Fathani semacam membaca Hikayat Malim Demam (art stream tahun 1992) tetapi pemahaman dari sumber ‘pondok’ teramatlah diperlukan, tak sama macam baca teks sastera dulu-dulu.

4. Nak dapat yang lengkap kenalah pi pulak kelas yang seterusnya pada 11/2/2012 di Masjid Negara. Semoga dipermudahkanlah jalanku untuk menuntut ilmu Ya Allah.


5. Anyway, beberapa maklumat menarik dicurahkan oleh AL-Fadil Ustaz, antaranya kaedah mengurangkan beg tangan wanita yang selalunya bawa 3 beg sekali jalan. Beg duit, beg susu dan beg telekung. Sebenarnya untuk orang perempuan yang bersolat boleh ajer solat di surau tanpa perlu bawa telekung atau guna telekung kat surau yang dah berapa lama tak basuh. Rahsianya kenalah pakai pakaian keluar rumah yang lulus puspakom syariah. Bila dah pakaian cukup menutup aurat seperti menutup bahagian lengan dan berstokin (selain pakaian yang labuh) maka boleh terus aje solat.

6. Dalam menerangkan perkara yang dimaafkan dalam solat adalah “dimaafkan tempat istinja dengan umpama batu..” . Boleh digunakan pada anak-anak yang belum bersunat (khitan) untuk berdiri dalam sof orang dewasa dalam solat jemaah. Jadi sebenarnya takde masalah putus sof jemaah sekiranya ada diselangi anak yang belum bersunat jika mengambil kira kemaafan pada tempat istinja’ tadi.

7. Antara syarat sah solat adalah yakin masuk waktu solat. Jika semasa niat nak mula solat ragu-ragu tentang masuk waktu solat maka tidak sah solatnya itu meskipun waktu solat itu telahpun masuk. Atau cukup dengan dzon sahaja pun boleh.

8. Perkara yang membatalkan solat antaranya melakukan perbuatan yang bukan daripada jenis sembahyang, seperti melangkah tiga kali berturut-turut Tetapi dimaafkan perbuatan yang sedikit jikalau banyak sekalipun seperti menggerakkan anak jarinya membilang tasbih atau menggaru anak jarinya dengan tiada bergerak tapak tangan. Tapi jangan hairan dengan solat mazhab lain seperti dalam Hanbali, pergerakan dalam solat tiada had Cuma jangan sampai Nampak macam tak solat sudah. (Selalu kita Nampak orang solat sambil tangan pegang quran, membetulkan kain rida’, kain serban atas kepala (pebetul side tengah Saudi). So bagi mazhab mereka tidaklah batal walau lebih dari tiga kali pergerakan besar sekalipun berturut-turut.


[Bangunan JAKIM. maso pakcik kojo pendakwaan dulu. Best woo!]

9. Akhirnya satu persoalan yang selalu saya telagahkan dengan ibunda tercinta, sebab arwah tok guru mak cakap nak solat pakai kain pelikat kenalah pakai seluar di bahagian dalam supaya tidak Nampak aurat dari belakang sewaktu sujud. Baru jumpa nasnya disini berbunyi “ Syarat ketiga menutup aurat antara pusat dan lutut jika lelaki dan sahaya perempuan dan sekelian tubuhnya jika perempuan dan khunsa yang merdeheka yang lain daripada mukanya dan dua tapak tangannya dengan suatu yang menutup dan menegah daripada dilihat warna kulitnya pada pihak atas dan kelilingnya tiada pihak bawahnya dan jikalau dengan lumur lumpur sekalipun.

10. Saya sebenarnya oppose pendapat pakai seluar di bahagian dalam melapisi kain pelikat ni, tapi tak mahu dibalahkan secara terbuka, sebabnya menghormati pendapat tok guru, tapi kita tak bolehlah nak kata tak pakai seluar selain dari kain pelekat akan menyebabkan solat tidak sah. Saya berhujah dengan pakaian ihram, yang mana tidak boleh pakai seluar, jika orang berpakaian ihram solat didepan kita dan sedang sujud, sekiranya kita perhatikan dari belakang maka akan Nampak pangkal pahanya. So apa pula hukumnya solat lelaki dengan berpakaian ihram?

11. Bab ni saya Tanya ustaz, beliau menjawab, jika dipakai, itu adalah lebih baik. So saya berpuas hati, at least sahlah solat orang yang solat pakai kain pelekat sahaja, tanpa ada seluar yang panjang dipakai dalamnya sehingga bawah lutut.

12. Ustaz juga menimbulkan persoalan yang pernah ditanya mengenai seburuk-buruk saf wanita adalah paling dihadapan. Perkara ini selalu menjadi khilaf samada disurau atau di masjid. Berlaku apabila saf lelaki dan sof perempuan disusun secara bersebelahan dengan diselangi tabir sahaja. Diterangkan bahawa maksud hadis itu adalah pad a zaman nabi dahulu, solat jemaah dibuat dalam masjid nabi dimana sof perempuan amat hampir dengan lelaki, Dikalangan sahabat ada yang berpakaian naïf sehinggakan kalau solat ada pakaiannya akan tercongget keatas. Maka sof perempuan paling hadapan akan terlihat kekurangan tersebut. Ada juga yang menyatakan takut berlaku ikhtilat (percampuran) Maka disebutlah seperti yang demikian.


[Muridun wa Mualim fil Ilmi, sebelah pakcik Hj. Kamin (Al-AHkam.net)dan sebelah lagi AL-Fadhil Ustaz Dr Abd Basit]

13. Zahirnya sekarang sudah tidak ada masalah sepertinya lagi, kerana umat Islam kini telahpun sampai pada tahap berkemampuan dan tabir yang selamat dari percampuran telahpun ada. Maka persoalan solat jemaah wanita disebelah sof jemaah lelaki boleh diselesaikan, tidak semestinya dok kat belakang, kalau dok kat tepi sekalipun ada tabirnya dan belakangkan satu sof dari sof hadapan lelaki untuk membezakan barisan jemaah lelaki dan wanita. Itu dah kira selesai.

14. Ustaz juga menimbulkan soalan yang pernah ditanya, yang kadang-kadang menjadi isu seperti orang yang terpaksa samak setiap dinding rumahnya. Puncanya berus cat yang digunakan dahulunya untuk mengecat seluruh dinding rumah diragui asal dari bulu khinzir. Perlukah sampai macam tu sekali?.

Post: Terlalu banyak mutiara ilmu untuk diuntaikan satu persatu dalam blog ni, takut salah faham pula kalau dibaca tulisan saya. Minta dijauhkan oleh Allah. Nak capai tahap tok guru baru nak menyampaikan alamat berkurunlah lagi. Apapun sikit ilmu yang dikongsikan ini moga dapat mencerahkan minda kita InsyaAllah. Balik tu lalu kat JAWI KL, teringat masa zaman prosecutor dulu. Walau kejab tapi pengalaman Alhamdulillah.


Post 2: Makanan rohani udah, makanan jasmani pulak. lepas habis kuliah terus pi Dewan MBSA untuk kenduri kahwin anak CC Z. Istimewa kali ni jumpa ex-boss Pn Hjh Hadina sekeluarga dan juga Masroha, Aza, Sofiyah dan lain-lain staff JAKESS Shah Alam. Ukhuwwah tiada hentinya..

No comments:

Post a Comment