Pra: Bayu Gunung Belumut melunakkan pemikiranku hariini. Berehat di kampung menjanjikan masa lapang yang tenang aman dan damai. Edo, Ajim, Kiki dan Hannan bebas bermain bersama maksu, makcik dan eyin (anak si paejot). Sesekali terdengar jerit hannan atau eyin yang merengek minta dimanjakan. Kiki yang lahir tiga tahun lepas akan menyambut harijadi sikit hari lagi, tiga tahun lepas harijadinya tepat dengan hari raya cina. Pagi tadi hujan gerimis melanda Kahang Timur, pastinya air terjun berlumut seperti ais dinginnya. Petang ini kalau tak hujan nak ajak Tipah dan anak-anak mandi gunung lah. Sebelum tu nak bagi resensi “The Chamber” tulisan penulis novel kesayangan pelajar undang-undang si John Grisham. Sikit lagi buku ini akan ku pinjamkan pada si Lili Farhana, adik Tipah yang baru gagal periksa MUET. Pinjam je tau! Sebelum berpisah kita bagi resensi dulu.
1. The Chamber mengisahkan seorang peguam muda bernama Adam Hall yang sedang bersemangat mengambil kes-kes jenayah pro bono untuk peningkatan kerjayanya. Sehinggalah Adam mengambil satu kes pembunuhan bersifat kebencian perkauman yang mana Sam Cayhall akhirnya dihukum mati dalam gas chamber.
2. Novel ini juga mengajak kita menyelami sejarah Ku Klux Klan, satu organisasi pengganas yang wujud atas dasar benci kepada kulit berwarna dan orang yahudi. Sam yang turut serta dalam aktiviti lynching (penyeksaan kulit bewarna sehingga mati) di awal penglibatannya sehingga terjebak dalam kejadian bom Marvin Kramer seorang peguam Yahudi di Mississipi.
3. Secara tidak sedar, John Grisham juga mengajar kita tentang sejarah gelap Amerika, apabila wujud golongan pelampau (sebelum US melampaukan pejuang kemerdekaan Islam Palestin, Iraq, Afghanistad, Chechnya, Pattani dan lain-lain). Kumpulan Ku Klux Klan yang terlebih dahulu menetapkan agenda utamanya menghapuskan orang kulit bewarna dan yahudi di amerika. Kenapa KKK bencikan sangat Yahudi tak diceritakan pulak kat sini.
4. Alami detik demi detik penyeksaan saikologi seorang banduan akhir. Sam pasrah nasib dirinya ditentukan oleh peguam muda yang tidak kenal erti lelah untuk kesinambungan nyawanya, namun itu bukanlah panadol buat dirinya yang sentiasa berperang dengan temujanji kematian. Gejolak jiwanya digambarkan oleh JG dengan dramatik sekali:
“His sheets were soaked with sweat, and as he lay on the bed and watched the ceiling for the million time he thought of death. The actual act of dying would not be to terrible. For obvious reasons, no one knew the exact effects of the gas. Maybe they would give him an extra dose so he’d be dead long before his body twitched and jerked. Maybe the first breath would knock him senceless. At any rate, it wouldnt take long, he hoped...”
5. Kegigihan Adam memanipulasikan sistem kehakiman yang dipenuhi dengan loophole, menjadikan keadilan di Amerika seperti bahan mainan peguam bijak. Hujanan panggilan telefon dan fax yang bertali arus boleh mengubah proses rayuan. Saksikan juga ketidak seragaman sistem perundangan dan hukuman antara states di Amerika tidak menghalang dari keadilan ditegakkan.
6. Jangan lupa menghayati keindahan penulisan JG yang memenuhi ruang novelnya dengan fakta-fakta benar, teknik penceritaan bersifat real-time menjadikan pembaca seperti aku, terkasima dan termenung sejenak, kenapa kat Malaysia tiada penulis sehebat beliau menggarapkan cerita undang-undang yang mampu mendidik dan menjana minda kreatif pembaca?. Atau kalau adapun penulis seperti itu, kenapa tak seglemer JG yang novelnya diadaptasikan ke layar perak seperti the pelican brief, the firm, the client dan hampir 50% bukunya dijadikan filem (sebelum ‘ombak rindu’)...Kenapa aku tak boleh tulis sepertinya?
7. Ikuti perit getir seorang peguam yang memperjuangkan nyawa seseorang yang dipercayainya tidak bersalah. Rasai kengerian pelaksanaan hukum gas beracun sebagai penalti di Masachuset. Ketahui sistem kehakiman Amerika yang dipenuhi prosedur rayuan yang kompleks, sistem penghakiman juri yang tiada di malaysia. Apakah hubungan Adam dan Sam dalam kes ini?. Apakah kesudahan nasib Sam?. Adakah di bilik yang dipenuhi dengan gas beracun atau bebas bersama orang tersayang?
Post: Buku ni dibeli dalam tahun 2007, dalam Pesta Buku PWTC. Novel pertama John Grisham, lepas tu beli lagi buku dia The Associates, tunggu habis nanti saya resensikan lagi. Tapi untuk buku Associates lambat sikit nak habis kerana masa dibaca sudah duduk kembali bersama Tipah dan anak-anak (dapat pindah Johor). Kalau dah malas nak tengok kamus, tuan-puan boleh beli terjemahannya. Saya suka beli yang paper back sebab mudah dibaca dan dilipat-lipat, dulu selalu baca dalam tren nak pi kerja kat KL dari rumah Shah Alam. Sweet memory though!
Hubungi penulis di http://www.jgrisham.com/

abu hannan...buku ni mmg best! nak2 c JG ni yg tulis..Dia ni mmg pemes ngn buku2 genre undang2 n penah la dolu2 masa study, abah kata nk pandai bhs omputih kena bnyk baca buku omputih..so..abah suggest baca buku mamat JG ni la...(mana abah tau sal JG ni ntah!)
ReplyDeletetp sy stuju kalau mana2 novel dia dijadikan filem! mesti sonot n pnuh mainan perasaan! suggest la...susah sgt org depa nk adaptasi drnovel jd pelem, kita suggest kt Khabir Batia..x pn Mamat Khalid..x pn Afdlin Shauki! (hhehehehe)
Nur Syed's Lullaby, TJ juga suka baca JG, itu persamaan yang kami ada. kat dia lagi banyak, tapi nak ngabiskan satu buku JG bercinta dibuatnya. The Chamber dah jadi filempun tapi tak pernah tengok lagi dah lama dah, yang saya tengok The Pelican Brief, The Last Juror dan ...ntah tak ingat lagi dah
ReplyDeletebila lah nak start baca buku2 mcm nih... bila tgk org lain dapat menguasai dgn baik, rasa kekurangan lah plak... huhuhu...
ReplyDelete