Tuesday, July 12, 2011

Kepeguaman. Tips menyoal saksi

1. Harini cover dua dewan YA dan YAA. Tengah syeok tiba tiba timbul impasse semasa soalan utama kepada saksi Plaintif. Masa nak masuk court rasa macam confident, tapi bila dah saksi bagi keterangan tak sepertimana yang kita nak...lari jugak tune dibuatnya..

2. Semalam 4 orang saksi harini lagi 4 orang saksi, pening juga kepala apabila menyoal saksi ni. Saya dapati setiap kali mengambil keterangan saksi, soalan saya pasti berubah. Semakin lama semakin kurang mutunya.. kenape?

3. Bertambah panjang soalan diberi.. didapati, semakin bingung saksi nak jawab. Ini terjadi sendiri kepada saya. Apabila kita tak bersedia untuk study case sebelum nak masuk dewan macam ni lah jadinya. Berpusing-pusing ayat untuk nak keluarkan point sebenar.

4. Saksi pula kadang-kadang tu bukannya faham penggunaan prosa kata peguam. Dah dua tiga kali kena jawapan berlawanan daripada yang kita hendak. Mau mati kutu. Jadi untuk memastikan kita bersedia dalam satu kes, waiima baru dalam bidang ini (saya masih baru) ataupun dah lama. maka beberapa persiapan perlu dibuat.; so tips entry kali ni.

1. Sediakan senarai soalan;

2. Jangan bagi soalan panjang pada saksi, ringkaskan;

3. Fokus point by point, senang hakim nak faham;

4. Make sure good mood!

5. Kuasai Dewan, 50% kemenangan ditangan anda.


3 comments:

  1. so mood pun mempengaruhi menang kalah ke tuan??

    ReplyDelete
  2. mood yang baik diterjemahkan dengan keyakinan diri untuk menang, sekiranya tiada mood, semangat untuk menang sikit kureng dan kesilapan demi kesilapan akan datang dan akhirnya membuka peluang peguam lawan bagi back hand ...hatta kalau bicara sebelah pihak pun Hakim akan buat assumption ..peguam ni habis modal atau tak focus. Kegagalan mengawal mood boleh jeopardize anda dan client sekaligus ... nak cari mood ikut kreativiti masing-masing, cth saya ..akan bersarapan dengan makanan kegemaran.. cth lain: pakai tie kegemaran berdasarkan hari, mendapatkan ciuman dari yang tersayang, memakai stokin baru, sikat rambut style baru (walau kena pakai songkok atau wig), telefon ibu bapa, senyum dan salam setiap lelaki yang dijumpai sebelum masuk dalam court, salam pakcik jaga, salam polis court ....dan lain lain, ikut kreativiti sendiri

    ReplyDelete
  3. boleh kah mood hakim mempengaruhi keputusan yang dijatuhkan? atau kes mengikut jantina boleh mempengaruhi hakim juga?

    TQ.

    ReplyDelete