Thursday, April 28, 2011

Budaya Al-Quran Jumaat di JBG JB 29/04/2011

Pra : Hujung minggu yang sibuk, bermula pagi ini 29/04/2011 Membudayakan Al-Quran di Pejabat Jabatan Bantuan Guaman Johor Bahru 8.30-9.30 pagi, Malam Kuliah Maghrib Surau Nurus-Salam. Pengajian Kitab Tarbiatul Awlad fil Islam karangan Dr Abdullah Nasih Ulwan 8.30-9.30 malam. Besoknya 30/04/2011 Kuliah Wanita Taman Sri Putri 8.30-10.00 pagi. Forum Karnival Pendidikan Taman Pulai Indah 9.00-10.00 malam. Ya Allah Ya Qawiyyu Ya Azizi, berikanlah ku kekuatan, Hasbunallahuwanikmal wakieel!

1 “Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata; dan Allah pula Amat belas-kasihan akan hamba-hambanya.” [Al-Baqarah: 207]

‘ibtigha’” nasab atas maful liajlih. Selepas disebut perkara yang menjadikan seseorang itu munafiq. Disebut pula apa yang menjadikan seseorang itu dalam golongan mukminin. Sebab turun ayat ini

2. Dikeluarkan oleh Al-Harith bin Abi Usamah dalam musnadnya, Ibnu Abi Hatim dari Saib bin Al Musaiyib berkata: “Suhaib (bin Sunan Rumi) telah menerima seruan Nabi untuk berhijrah, sewaktu keluar dari Mekah beliau telah diekori oleh segolongan orang Quraish, setelah ia tahu maka ia turun dari kenderaannya dan mencapai apa yang ada di dalam bekas panahnya. Kemudian ia berkata

3. ‘wahai kaum quraish kamu telah tahu bahawa aku adalah pemanah diantara lelaki kamu, aku bersumpah dengan nama Allah kamu tidak akan sampai kepadaku melainkan aku melepaskan semua panah yang berada dalam bekas panah ini, kemudian akan ku hayun pedangku sehingga tidak tinggal sesuatu apapun dihadapanku, kemudian buatlah sesuka hati kamu dan jika jika kamu mahu akan kutunjukkan dimana hartaku berada di Mekah dengan syarat engkau biarkan aku melalui jalanku. Maka mereka berkata: Benar (dilepaskan)

4. Dalam riwayat lain. Mereka berkata tidak akan kami tinggalkan kamu dalam keadaan kaya sedangkan kami datang dalam keadaan fakir miskin (sa’lukan), akan tetapi tunjukkan kami harta milikmu di Mekah dan kami akan lepaskanmu, Mereka berjanji atas yang demikian maka ditunaikan.

5. Apabila tiba dihadapan Rasul SAW di Madinah, maka berkata Rasul: Telah untunglah perniagaan Aba Yahya, beruntunglah Aba Yahya, maka turunlah ayat “ Sesetengah manusia ada yang mengorbankan dirinya keranan menghendaki keredhaan Allah dan Allah Maha Pengasih kepada hambanya."

6. Dalam tafsir yang lain disebut Suhaib telah ditangkap dan diseksa oleh kafir musyrik, maka berkata Suhaib sesungguhnya aku seorang yang tua tidak akan memberi kesan kepadamu atau kepada orang lain, adakah boleh kamu ambil hartaku dan tinggalkan aku dan agama ku ini.

7. Al-Hasan berkata Ayat ini berkenaan orang Muslim yang bertemu dengan orang kafir dan berkata katakan Tiada tuhan melainkan Allah, apabila berkata demikian maka ia telah menggadaikan hartanya dan dirinya, maka engkar kafir dari melafazkannya. Berkata orang Islam, Demi Allah aku menjual diriku kerana Allah. Maka pergi ia menyampaikan seruan kemudian berlaku pertembungan sehingga mati orang Islam itu.

8. Ayat ini juga berkenaan orang yang menyuruh kepada maaruf dan mencegah kemungkaran dan mati kerananya, juga kepada mereka yang pergi berperang. Hisyam bin Amir menyatakan ayat ini kepada barisan tentera yang berperang di qostantine lalu mereka berperang sehingga mati.

9. Ayat ini berkenaan Saidina Ali yang tinggal di pembaringan nabi semasa peristiwa Hijrah. Dan dikatakan juga ayat ini umum untuk semua mujahid pada jalan Allah atau yang gugur mempertahankan diri atau mengubah kemungkaran.

10. Didalam Zilalil Quran karangan Syed Qutb menyatakan
“Yashri” diterjemahkan korban, dalam kitab arab juga bermaksud beli ‘Yabi’un’, iaitu menjual dirinya kesemuanya kerana Allah. Menyerahkan keseluruhan diri tanpa berbaki untuk dirinya sedikitpun. Tidak ia mengharap disebaliknya balasan dan jual membeli dirinya atas sesuatu tujuan melainkan untuk mendapat keredhoan Allah. Tiada baginya sesuatu apapun. Tiada di sebaliknya sesuatu. Pembeliannya sempurna tidak ada keraguan tiada berpatah balik dan tiada hasil dengan sesuatu harga, tidak tinggal dengan sesuatu tinggalan selain Allah. Korbankan diri kerana Allah juga membawa maksud membeli dirinya dengan setiap kemampuan hidup didunia, menghambankannnya dan mempersembahkannya ikhlas kerana Allah, tidak membabitkan hak yang lain melainkan hak tuannya (Allah). Ia berkorban pada setiap tujuan hidup dan mengikhlaskan dirinya hanya semata kerana Allah;

11. Ayat 207 ini menyatakan tingginya tingkatan antara orang yang beriman dan munafiq. Gambaran awal pada hal keadaan munafiq menyuruh kepada pantas lidahnya,buruk hatinya, jahat tabiatnya, sangat bermusuhan, rosak fitrahnya. Gambaran kedua mengenai orang mukmin yang ikhlas beriman, semata-mata kerana Allah, ringkas tujuan hidupnya,. Yan g demikian itu adalah gambaran masa depan yang akan ditempuhi oleh manusia;

12. Daripada dua suratan manusia ada yang menunjukkan perbuatan nifaq yang keji dan perbuatan Iman dan Ikhlas. Untuk golongan Muslimah berhenti di persimpangan , dengan nama iman yang diketahui mengajak masuk Islam dalam keadaan keseluruhannya, meliputi kehidupan hubungan sesama manusia dan pekerjaan. Memberi amaran kepada sesiapa yang mengikut jalan syaitan. Ini adalah kesinambungan ayat seterusnya.


13. “Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.” [Al-Baqarah:208]

14. Setelah Allah SWT menerangkan keadaan manusia samada mukmin, kafir atau munafiq maka Allah berkata, kamu semua dalam agama yang satu maka bersatulah dalam Islam dan kukuhkan diri ke atas agama ini. ‘As-Silm’ bermakna Islam. Manakala dalam Surah Anfal dan Muhammad dibaca ‘Salmi’

15. Dalam tafsir Qurtubi perkataan As-Silmi dibahaskan pengertiannya kepada 3 wajah.
1. Silmi dan Salmi adalah makna sama iaitu islam dan perjanjian damai (sulh) - Kebanyakan Ulama’ Basrah.
2. Silmi dan Salmi berbeza. Silmi adalah Islam dan Salmi adalah masuk dalam perjanjian damai. – Abu Umar bin Al-Alaa’
3. Silmi adalah Islam, Salmi adalah perjanjian damai dan Salama adalah menyerah diri – Asim Al-Jahdari.
Dirajihkan oleh Tabari Silmi bermakna Islam.

16. Berkata Huzaifah bin Yaman berkaitan ayat ini. Islam terdapat 8 habuan; Solat, zakat, puasa, haji, umrah, jihad, menyuruh yang maaruf, mencegah kemungkaran, tidak kena maksud (Islam) pada sesiapa yang tidak menunaikan habuan di dalam Islam.

17. Ibnu Abbas menyatakan. Diturunkan ayat ini kepada Ahli Kitab dengan makna, wahai orang yang beriman kepada Nabi Musa dan Nabi Isa masuklah dalam Islam dengan Nabi Muhammad secara keseluruhannya.

18. Dalam Sahih Muslim dari Abi Hurairah. Rasul Brkata, Demi tuhan yang diri Muhammad ditanganNya, tidak kudengar seoranngpun dari umat yahudi dan tiada nasrani yang mati dan tidak beriman dengan apa yang ku diutuskan kepadanya melainkan mereka tergolong dalam golongan ahli neraka”

19. “Kaafah” kesemuanya, menjadi nasab bil fathi kerana jadi hal kepada ‘Silmi” atau dari dhamir mukminin.

20. Berkata Muqatil: Abdullah bin Salam dan sahabatnya meminta izin untuk membaca taurat dalam solat dan beramal dengan beberapa ajaran dalam taurat maka turunlah “jangan kamu turut jejak langkah shaytan” Sesungguhnya mengikut sunnah adalah lebih baik selepas diutus Nabi SAW daripada jejak langkah Syaitan. Dikatakan, jangan kamu turut jalan yang ditunjukkan oleh Syaitan kerana ia “bagimu musuh yang nyata”. Musuh yang sebenar-benarnya.

21. Dalam riwayat Ibnu Jarir dari Akramah berkata: Diturunkan ayat ini kepada Saklabah, Abdullah bin Salam, Ibnu Yamin, Asad dan Asid Ibni Kaab, Said bin amru, Qwais bin Zaid kesmua mereka dari asal Yahudi, mereka berkata wahai Rasulullah, kami membesarkan hari Sabtu maka biarkanlah kami merayakan hari Sabtu pada harinya. Sesungguhnya Taurut juga Kitab Allah makabiarkanlah kami mengamalkannya pada waktu malam, maka turunlah ayat: Wahai orang-oran gberiman, masuklah kamu dalam Islam secara sempurna”;

22. Sayid Qutb dalam Di bayah Lembayung Al-Quran menyatakan masuk Islam secara kaafah adalah:
“ Perkara pertama yang boleh difahami dalam ayat ini adalah, penyerahan diri orang-orang beriman secara total kepada Allah, pada zat diri mereka, dalam sekecil-kecil urusan dan sebesar-besarnya. Satu penyerahan diri yang tidak meninggalkan selepasnya perasaan engkar dari segi gambaran atau perasaan, dari niat dan perbuatan, dari segi kecenderungan atau pengasingan, tidak merendah diri kepada Allah dan tidak redha dengan hukumNya dan ketentuanNya. Penyerahan diri kepada Allah memberi erti jadi orang yang taat, percaya, tenang dan redha. Menyerah diri kepada tangan yang menetukan untung rugi nasibnya. Orang-orang beriman percaya bahawa mereka perlukan kebaikan, nasihat dan petunjuk, mereka sentiasa tenang setiap masa dan perjalanan samada mencari hasil dunia atau balasan diakhirat.

23. Syed Qutb juga memberi gambaran hasil dari penyerahan secara kaafah akan memberi faedah seperti berikut:
"Apabila orang Islam menyahut seruan ini (masuk Islam keseluruhannya) ia telah masuk ke alam penyerahan secara keseluruhannya, semuanya dalam keadaan selamat. Alam yang semuanya ada kepercayaan dan ketenangan, setiap redha dan pengakuan, tiada pelik dan berbolak balik, tiada sesat, selamat ia dari segi fizikal dan mental, selamat bersama akal dan fikiran, selamat bersama manusa sekeliling dan kehidupannya. Selamat dengan ada kesemuanya dan semua yang ada. Selamat ia bersenang lenang dengan suasana keselesaan. Selamat memayungi hidup individu dan masyarakat. Selamat didunia dan selamat di langit".

24. "Maka kalau kamu tergelincir (dan jatuh ke dalam kesalahan disebabkan tipu daya Syaitan itu), sesudah datang keterangan-keterangan yang jelas kepada kamu, maka ketahuilah bahawasanya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." [Al-Baqarah:209]

25. “Fain zalaltum” Jika kamu tergelincir dari jalan istiqamah. Asalnya goncangan pada kaki, kemudian pada akidah dan pendapat dan selainnya. “Selepas datangnya keterangan” iaitu mukjizat Al-Quran jika sekiranya yang ditujukan kepada orang mukmin, jika ditujukan kepada ahli kitab, maka keterangan adalah apa yang terdapat dalam syariat mereka daripada yang menunjukkan kerasulan Muhammad SAW dan apa yang diketahui tentang baginda. Ayat ini adalah dalil atas hukuman oran gyang tahu dengan dosa adalah lebih besar dari pada hukuman orang yang jahil. Barangsiapa yang tidak sampai dakwah Islam tidaklah menjadi kafir apabila meninggalkan syariat.

26. Didalam kitab Jami’ Liahkamil Quran, diriwayatkan oleh An-Naqash bahawa Kaab Al-Ahbar apabila masuk Islam ia belajar AL-Quran, maka dibacakan oleh pengajarnya “Faaklamu Annallaha Ghafurun Rahim”. Berkata Kaab “Sesungguhnya aku tidak setuju dengan bacaan itu Kemudian lalu seorang leki lalu Kaab berkata: Bagaimana membaca ayat ini?. Lelaki tersebut berkata: “Faaklamu Annallaha Azizun Hakim. Maka berkata Kaab “beginilah yang sepatutnya”. “Aziz” tiada yang menghalang menghalang atas apa yang dikehendakiNya. “Hakim” apajua yang hendak dilakukanNya.

.. tafsir tamat ..
29/4/2011 0220AM

post : hanyut dengan kesibukan dunia tak sempat nak buat entry, setakat ni tengah niat nak upload nota tarbiatul awlad, resensi "cinta dari rumah Hassan Al-Banna", "Rahsia simbol Freemason", film critics, "Hurt Locker", "Green Zone", "Battle Los Angeles" dan lagi ..... perkhhhh! Hannan tolong ayahh

3 comments:

  1. nape hannan buat muka pelik tu ustaz? hihihihihi

    ReplyDelete
  2. hannan memang pandai bermain ekspresi muka, jangan terpedaya hik3, segala tentang hannan boleh tengok kat myrazeen.blogspot

    ReplyDelete
  3. alololo...hannan...achik geram la tgok mata kamu....eiiiiiiiiiiiiiiiii...
    abu hannan: nk cakap ngn syed la, nak baby girl plk...ngeeeeeee;)

    ReplyDelete