Kalimah Allah Hak Islam
Abu Razeen Al-Azhari
Pra: telah submit pada 19/2/2010, lambat hantar sebab cuti raya cina. cuti-cuti malaysia. Idea dah lama simpan tapi nak tulis payah, ini karya pertama menggunakan netbook samsung tercayang tamat ditulis pada jam 3.30 pagi hari yang sama.
Pinggir Surabaya, Zaini melepaskan lelah memborong pakaian berjenama dengan berlabuh di sebuah kedai bakso, hari minggu sebegini ramai pelancong dalam dan luar Negara mengerumuni setiap toko yang ada. Diseberang jalan terdapat premis gereja Leviticus yang diapit kedai menjual jeans dan butik Polo. Gerai makanan yang dikunjungi Zaini banyak pelanggannya, taukehnya memakai songkok manakala pembantunya memakai pelangkon. Sempat Zaini berseloroh dengan taukeh gerai tentang meriahnya gerai itu,“syukur kepada Allah!” balas si taukeh sambil tersengih menyerigai. Menjelang dinihari Zaini mahu membayar bakso yang telah dinikmatinya tanpa bersisa. Taukeh gerai kelihatan tergesa-gesa mahu keluar namun masih sempat menyapanya lagi. “Permisi pak! Ada big mass.” Zaini tersenyum sambil menyusuri langkah si taukeh dengan lirikan anak mata. Bagai tidak percaya apa yang dilihatnya, si taukeh yang bersongkok itu lenyap di dalam gereja seberang jalan. Sewaktu menerima wang baki dari pembantu yang memakai pelangkon mata zaini menangkap sesuatu yang berkilauan di leher pembantu kedai . MasyaAllah! Loket berlambang salib kemas mendakap pangkal leher si pembantu. Tekak Zaini mula berasa mual dan bebola bakso yang ditelannya tadi terasa ingin dikeluarkan semula.
Puas menjelajah kawasan Zamalek, akhirnya Rashid berjumpa dengan apartment terbaik untuk disewa. Balkoni yang indah mengadap sungai Nil mendamaikan hati sesiapa saja yang lepak disini. Tambahan pula tuan rumahnya yang peramah dan warak, masakan tidak, kalimat Allah sentiasa bermain dibibir, Assalamualaikum warahmatullah, InsyaAllah, Alhamdulillah, Wallahi, rabbuna yusahhil serta pakaian jubah yang kemas dan apartment yang bersih. Rashid mula berasa tidak sedap hati sewaktu mengemas bilik utama, kerana berjumpa ilustrasi orang yang disalib belakang pintu. “mungkin ini kepunyaan penyewa yang terdahulu” ujar Rashid cuba untuk menyedapkan hatinya. Rashid dijemput ke kediaman tuan rumah bagi menjelaskan wang pendahuluan dua bulan berjumlah dua ribu paun. Wang bertukar tangan, sebagai menghormati tetamu, tuan rumah menghidangkan teh panas, sewaktu menyambut cawan dari tuan rumah, Zaini seakan terperasan tulisan tatto berbentuk salib diurat lengan tuan rumah. Zaini terkedu. Sambil berpura-pura ramah mata Zaini meliar mencari petunjuk bagi meyakinkan hatinya bahawa beliau tidak terkeliru. Akhirnya diketemukan ukiran salib yang kecil disudut dinding, belum puas dengan penemuan itu, isteri tuan rumah pula keluar dengan pangkal dada yang terdedah dihiasi salib teroleng-oleng disitu, seolah mahu semua orang tahu mereka adalah penganut setia kristian koptik berbangsa qibti. Mahu sahaja Zaini minta dipulangkan wang pendahuluan sewa apartment yang dihulurkankan sebentar tadi.
Dua situasi yang tidak menyenangkan diatas, adalah perkara biasa di dua buah negara yang majoriti penduduknya beragama Islam. Negara pertama mewakili umat Islam terbesar didunia dan negara kedua memiliki gedung Ilmu Islam tersohor didunia. Sungguhpun berada di dua benua yang berlainan, namun kedua-dua negara mempunyai persamaan dari segi geopolitik dan toleransi agama. Kedua-duanya merupakan republik yang didominasi oleh seorang Presiden, mempunyai asas tamadun awal yang terkenal, taburan penduduk yang tinggi, juga rakyat yang berbilang kaum dan agama. Namun yang ingin diutarakan bersesuaian dengan isu kali ini adalah tahap liberalisasi agama sesama rakyatnya. Kedua-dua negara membenarkan penggunaan kalimat Allah oleh sesiapa sahaja tanpa mengira agama. Penggunaan ini bukan terhad sekadar ceramah lisan di rumah-rumah agama, malah dalam media percetakan dan juga penyiaran elektronik disemua peringkat. Dalam satu keraian Koptik yang disiarkan secara siaran langsung dalam Nile TV, Baba Shanudah, ketua mazhab Orthodox menyampaikan khutbah dalam bahasa Arab dan menggunakan kalimah Allah dalam maksud tuhan bagi mereka. Namun, ini bukanlah sesuatu yang pelik kerana sememangnya bangsa Arab telahpun menggunakan kalimah Allah bagi maksud tuhan sejak sebelum zaman Rasul SAW diutuskan. Malah sebelum kerajaan Fatimiyah didirikan, perlembangan Nil itu pernah diperintah oleh kerajaan Kristian. Jesteru bukanlah sesuatu yang pelik bagi bangsa Arab yang beragama Kristian untuk menggunakan kalimat Allah sekalipun sewaktu berurusan dengan orang Islam. Manakala bagi penutur bahasa selain Arab ia adalah sesuatu yang janggal dan mengelirukan.
Keadaan yang sama berlaku di seberang, apabila Undang-Undang Dasar 1945 tidak meletakkan mana-mana agama menjadi agama rasmi Negara (kecuali Qanun Acheh), Pasal 29 hanya menyatakan kepercayaan terhadap Tuhan Yang Maha Esa tidak sepertimana yang terkandung dalam perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang menyebut Islam secara khusus. Meskipun mempunyai penganut agama Islam terbesar didunia namun secara kasarnya semua agama mendapat layanan yang sama. Tiada yang dapat membezakan antara Islam dan agama lain lantaran kalimah Allah bukanlah hak ekslusif agama Islam. Orang yang bukan Islam boleh menyeru dengan nama Allah sebagai dakyah mengaburi mata orang Islam, atas dasar menyembah tuhan yang sama. Dasar asimilisasi menambah rumitkan identiti agama apabila semua nama mestilah bunyinya menyerupai satu bangsa sahaja, barangkali masih ada yang belum tahu bahawa Joko Suprianto dan Ricky Subagja, adalah berbangsa Cina. Dasar penggunaan satu bahasa berjaya dilaksanakan dengan lebih cepat sehinggakan bible diterjemah kepada bahasa watan. Perkahwinan multi agama juga dibenarkan, manakala anak boleh memilih sendiri mana-mana agama yang dirasakan sesuai, ini menjadikan kekeliruan akidah bertambah kusut. Dasar liberal mereka menjadikan sesebuah premis boleh bertukar fungsi berdasarkan hari kebesaran agama, seperti Jumaat untuk orang Islam, Ahad untuk kristian dan hari lain untuk lain-lain agama. Bukanlah sesuatu yang menghairankan sekiranya apabila siang seseorang beragama Islam dan malamnya beragama lain dan esoknya kembali ke agama Islam. Menyedari hakikat betapa mudahnya untuk mengaburi akidah umat Islam yang telahpun jauh ditinggalkan wali-wali keramat. Pihak gereja meningkatkan lagi pergerakan misionari melalui bantuan kemanusiaan dan sebaran dakyah seperti bible berbahasa ibunda. Selain daripada pengeksportan pekerja beramai-ramai ke negara jiran, pihak gereja juga percaya taktik dakyah yang serupa patut dieksport ke Malaysia juga.
Mengambil pengajaran dari eksperimentasi yang telah dibuktikan berjaya di negara jiran, The Catholic Herald Weekly, sebuah terbitan gereja Roman Katholik Malaysia memohon perkara yang sama melalui ruang perundangan setelah percubaan pertama dinafikan oleh pihak Kementerian Dalam Negeri, sebelumnya mereka cuba mengedarkan 10,000 bible yang menggunakan kalimah ‘Allah’ sebagai tuhan. Akhirnya mereka berjaya mendapatkan satu perintah daripada Mahkamah Tinggi untuk menerbitkan majalah dengan memasukkan kalimat Allah dengan syarat lain tidak digunakan sebagai dakyah kepada orang Islam. Keputusan Mahkamah Tinggi pada penutup tirai tahun 2009 mengundang reaksi yang pelbagai dari umat Islam, meskipun disulami dengan emosi berbaur politik dan kepentingan diri, namun semua pihak telah menyatakan pendapat masing-masing, malah pihak berotoriti telah terlebih dahulu mengambil inisiatif bagi mendepani masalah ini. Larangan penggunaan kalimah yang khusus bagi umat Islam seperti Allah, Solat, Kaabah, Baitullah telahpun diputuskan oleh Jemaah Menteri, tidak dibenarkan penggunaannya oleh orang bukan Islam pada 16 Mei 1986. Keputusan menteri telah disambut dengan penggubalan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) Selangor seterusnya diperkenankan oleh Pemangku Raja Negeri Selangor pada 28 Jun 1988.
Kuasa negeri untuk membuat undang-undang untuk mengawal agama diperuntukkan dalam Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan. Kuasa ini termasuk wilayah-wilayah persekutuan bagi mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara orang-orang yang menganut agama Islam. Undang-undang yang bersifat preventif ini turut memperuntukkan denda semaksimum RM10,000.00 dan/atau penjara tidak melebihi satu tahun penjara bagi kesalahan-kesalahan pengembangan agama lain keatas orang Islam. Meskipun undang-undang ini adalah berkaitan dengan agama Islam dan dibuat atas kuasa negeri namun Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidangkuasa melaksanakan undang-undang tersebut. Malah sehingga kini tiada sebarang kes dilapor berdasarkan kesalahan-kesalahan berkaitan. Melengkapi enakmen ini terdapat 25 perkataan-perkataan yang tidak boleh digunakan berkaitan dengan agama bukan Islam termasuklah perkataan ‘Allah’. Kesemua negeri telah memperuntukkan larangan penggunaan kalimah Allah dalam undang-undang yang hampir serupa berdasarkan dalam Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan kecuali Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.
Pihak otoriti agama pula telahpun berpendirian tegas dalam perkara ini. Pada Mei 2008, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan, lafaz Allah merupakan kalimah suci khusus bagi umat Islam dan tidak boleh digunakan oleh agama selain Islam. Apapun jua keputusan yang diambil oleh pihak yang bertanggungjawab bagi menjaga kepentingan umat Islam, ianya bukanlah isu yang diberi perhatian oleh Mahkamah Sivil. Susunan keutamaan perundangan negara meletakkan Perlembagaan Persekutuan adalah yang tertinggi dan untuk lebih tepat, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Lau Bee Lan tidak terikat dengan keputusan fatwa. Namun ini bukanlah penamat bagi perjuangan memelihara kesucian lafaz Jalalah bagi umat Islam, proses perundangan masih boleh diteruskan pada beberapa peringkat lagi, tindakan diluar batas perundangan akan mengakibatkan kesan negatif keatas kepentingan Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh dan kesan keatas umat Islam yang menjadi minoriti di negara-negara lain.
Umat Islam di Malaysia sendiri sebenarnya masih belum mencapai tahap konsensus dalam isu ini. Walaupun pendapat melarang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam mendominasi media cetak dan iklim perbincangan negara ini. Namun sebilangan kecil masih membuka ruang toleransi atau lebih tepat ke arah liberal dalam menyuarakan pendirian. Sungguhpun kumpulan ini kecil namun pendapat mereka diberati dengan hujah-hujah qat’i bersumberkan Al-Quran dan sukar dicanggah berdasarkan perbahasan method yang sama. Antaranya petikan dari Surah Az-Zumar ayat 38: yang bermaksud “Dan jika kamu tanya mereka (orang kafir) siapakah yang mencipta langit dan bumi? Mereka akan menjawab Allah…” begitu juga dengan firman Allah dalam ayat 63 Surah Ankabut yang bermaksud: “Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu, siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan dibumi setelah matinya, sudah tentu mereka menjawab Allah”.
Meskipun terdapat rad (bantahan) penggunaan hujah ayat-ayat Al-Quran dari golongan yang membenarkan penggunaan lafaz ‘Allah’ berdasarkan asbabun nuzul, tetapi hakikat penggunaan kalimah Allah sebelum disyariatkan Islam tidak dapat dinafikan, malah bapa baginda Rasul SAW sendiri bernama Abdullah yang memberi erti hamba Allah, sedangkan syariat Islam atau Al-Quran hanya diturunkan setelah Rasul SAW berumur 40 tahun. Namun bukanlah perbahasan mengenai siapa terlebih dahulu menggunakan lafaz ‘Allah’ perlu diperjuangkan, akan tetapi yang lebih aula adalah bagaimana penggunaan ‘Allah’ harus digunakan dalam konteks Malaysia pada hari ini.
Adalah sesuatu yang tidak perlu dibahaskan bahawa Perlembagaan Persekutuan telah dinobatkan sebagai perundangan tertinggi Negara pada tahun 1958. Jawatankuasa Lord Reid yang merangka Ordinan Perlembagaan telahpun bersetuju bahawa ketuanan Islam diungkapkan dalam perkara 3(1) yang menyebut “Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan”. Bolehlah difahami bahawa Islam adalah payung kepada ugama-ugama lain atas dasar agama bagi persekutuan. Tetapi keutamaan ini tidaklah menjadikan Islam sebagai agama paksaan keatas mana-mana warganegara Tanah Melayu pada waktu itu. Oleh yang demikian Tanah Melayu pada waktu dulu dan Malaysia pada hari ini bukanlah sebuah negara yang tidak beragama jauh lagi bersifat sekular (walaupun pernah ditafsirkan sedemikian) apatah lagi agama lain bertindak mengatasi agama Islam dari segi keutamaan, ini tidak boleh kerana Perlembagaan Persekutuan telahpun menyatakan yang sedemikian. Malaysia bukanlah sebuah negara yang meletakkan asas semua agama adalah sama. Benar, jika dikatakan semua agama mengarah kepada visi dan moral yang baik, tetapi agama disisi Allah SWT adalah Islam, itu adalah dogma bagi umat Islam dan dakwah kepada orang lain.
Jika dikatakan agama tidak harus dijadikan sentimen dalam mentadbir negara, ia adalah salah! hatta negara yang memperjuangkan negara bebas seperti Amerika Syarikat sekalipun tetap menabalkan presiden dengan meletakkan sumpah beliau ke atas bible, melambangkan keutamaan agama kristian. Ini menunjukkan dalam asas kestabilan sesuatu pentadbiran negara, satu agama harus dijadikan tunggak tanpa menafikan hak agama lain untuk diamalkan. Dalam ertikata Malaysia, Islam dan Al-Quran adalah asas kepada kestabilan negara, mana mungkin seorang pemimpin harus bersumpah setia dengan berbilang-bilang agama atau menganut beberapa agama demi menjaga keharmonian negara.
Sesudah diketahui agama bagi persekutuan, maka setiap penafsiran harus dibuat berdasarkan asas tersebut. Dalam menangani konflik seperti penggunaan kalimah ‘Allah’ atau isu-isu lain, Islam telah menetapkan beberapa kaedah fiqhiah bagi menjaga kemaslahatan ummah dan kerukunan dengan agama-agama lain. Kuasa kerajaan ini telah disebut dalam kaedah “Tasarraful Imam Manutun bil Maslahah” atau tindak tanduk pemerintah haruslah mengutamakan maslahah, meskipun pemerintah boleh menggunakan Islam sebagai otoriti dalam perlembagaan, tetapi maslahah rakyat bukan Islam tidak harus dipinggirkan.
Dalam keadaan umat Islam yang berjumlah majoriti namun lemah dari segi ketahanan dan kesatuan, kerajaan patut mengambil pendirian yang boleh mempertahankan kesucian Islam, dalam kes ini misalannya, meskipun diketahui lafaz Allah harus digunakan oleh agama selain Islam namun sekiranya dibenarkan juga maka akan bertambah lemahlah umat Islam disini. Bangsa Melayu Islam bukanlah seperti bangsa Arab yang mampu membezakan lafaz ‘Allah’ yang dinasabkan kepada Islam ataupun lafaz ‘Allah’ yang dinasabkan kepada agama kristian atau lain-lain agama. Bangsa Melayu Islam Malaysia juga masih mempunyai kerajaan yang dipimpin oleh orang Islam dan perlembagaan yang memihak kepada Islam walau dalam sudut yang kecil, bukanlah seperti negara yang langsung tidak menamakan Islam sebagai agama rasmi negara. Ini adalah perbezaan antara Malaysia dan negara-negara lain yang langsung tidak patut dijadikan kias dalam perundangan.
Ketiadaan konsensus dalam penggunaan isu kalimah ‘Allah’ bukan sahaja berlaku dipihak umat Islam, tetapi turut dialami oleh pihak kristian, Seorang tokoh dan ilmuan Kristian di Amerika, Dr. R. Albert Mohler, Jr., President of The Southern Baptist Theological Seminary, menegaskan bahawa, adalah tidak wajar untuk penganut kristian menggunakan ‘Allah’ sebagai tuhan, ini kerana perbezaan maksud dengan lafaz yang sama digunakan oleh orang Islam, kekeliruan ini akan memberi kesan yang besar kepada penganut Islam dan kristian sendiri. Kerana Islam menafikan Allah mempunyai anak sedangkan asas agama kristian menyatakan sebaliknya.
Dalam keadaan kita yang masih berjerubu dengan masalah sosial dan gerhana politik, umat Islam sewajibnya berganding bahu memberi lebih penumpuan kepada memelihara akidah dan kerohanian anak-anak serta remaja Islam. Meskipun kita pernah menafikan bilangan orang Islam yang murtad yang tinggi namun kejayaan pihak bukan Islam dalam kes kalimah ‘Allah’ ini adalah merupakan batu loncatan kepada mereka untuk merealisasikan percambahan bilangan muslim yang murtad. Dengan kelalaian kita hari ini, tidak mustahil anak-anak muda Islam boleh masuk agama lain dengan alasan agama lain juga menyembah ‘Allah’ tapi tidak perlu lagi menunaikan solat, tidak perlu puasa, boleh diampun dosa dengan pergi gereja dan yang penting tuhan yang disembah adalah sama.
Pada masa yang sama umat Islam tidak seharusnya meratapi keputusan MahkamahTinggi terdahulu.Kesempatan perbahasan mengenai isu kalimat Allah ini, sepatutnya diambil untuk suatu peluang yang lebih bermunafaat. Misalnya menerangkan konsep ketuhanan dalam Islam, Allah yang bersifat sempurna, tiada yang bersekutu denganNya. Sebagai solusi sementara, kita boleh mengambil pendirian tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan sekiranya semua pihak mahu berunding dan menghormati satu sama lain.
Artikel untuk Majalah MAIS 18

No comments:
Post a Comment