Tuesday, August 18, 2009

Ramadhaan di Egypt suatu masa dulu

1. Di kala Ramadhan dulu, ada satu lagu yang dahulunya ketika saya jadi pelajar, saya cukup benci lagu ni. Yelah lagu yang dinyanyikan oleh yang macam tak cukup nafas. Pitching pun lari. Judul lagu tu ‘Ramadhan Gana’. Lagunya dilatari muzik orchestra sezaman dengan Ummi Kalsum, suka bebeno tv dan stesen radio Mesir memusingnya macam lagu kebangsaan pula, mulanya saya tak suka langsung rhytm dia macam lagu orang lama lama. Tapi kini, saya cukup suka dengar lagu tu. Malahan jadi rindu dan kemaruk pulak. Padan muka saya. Terjemahan ‘Ramadhan Gana’ adalah "Ramadhan telah datang kepada kita",


2. Mendengarnya terubatlah rindu Ramadhan di Mesir, termenung setengah jam sambil memusing lagu tuh... Alllah! masa dulu makan qotayef teringat kuih jala, la ni makan kuih jala teringat qotayef dicicah dengan asal iswid (madu jelmaan dari tebu). 3. Kalau di Akhir Mahattah Hayyu 7, masa ramadhan tempat tumpuan adalah masjid bulat, maidatur rahmannya (jamuan berbuka puasa) hmmm menggiurkan, . Tapi kalau perasan masuk je bulan ramadhan semua orang jadi alim (warak sebulan), kedai-kedai kaset rock kapak semua pasang bacaan quran, tidak ketinggalan kedai syisya (malam je), khan al khalili, dalam teksi dan hampir semua tempat budaya membaca quran dan mendengar bacaan. .. sampai kadang tu saya jadi konpius sekali tu terjumpa ada makcik pakai skirt, tak pakai tudung duduk dalam bas sambil menelaah quran (of course le salah) tapi nak cerita spirit dan blessing dalam bulan tu menjadikan rakyat 1 Mesir khusyu’ dan tawadhuk, tapi dalam bulan itu je laa.
4. Kuliah kami kat Hussain habis je kuliah dah nak pukul 4, masa tu di sepanjang kaki lima kedai penuh dengan maidatur rahman. Jadi setakat tertinggal bas nak balik rumah boleh terus duduk kat maidatur rahman, tinggal boleh telan ke tidak je lagi hidangan tu. So budaya membaca quran dan bersedeqah adalah salah satu identiti Mesir, sesungguhnya suasana itu amat meriah dan tidak boleh dilupakan. Ada fanus, ada periuk besar untuk buat manisan dengan pelbagai gantungan menarik. Pak cik gemuk kutip sampah yang ambil upah ketuk gendang di pagi ramadhan.


5. Saya juga rindu kepada "Space Cop Gaban" yang sering ditayangkan selepas iftar di Qanah Dua Egypt. Saya rindu kepada Fazurah "Ammu Said Fil Agazah" yang tersiar di Qanah satu Egypt. Saya rindu pada Musalsal Agama yang menyentuh perjuangan para imam empat mazhab.


PS: PTK versi baru pun dalam bulan ramadhaan, ….ahlan ramadhaan, ramadhaan gana! Aaa aaa gana. Aarhg! ..semoga panel penilai bermurah hati sebab ramadhan …..aaa ramadhaan.

5 comments:

  1. salam Ustaz,

    Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak!

    ReplyDelete
  2. selamat menjalani ibadah di bulan yg mulia ini :)

    ReplyDelete
  3. tulisan tuan ni betul2 menggamit memoriku juga..ehe. Ramadhan kareem..Allahu akram.

    ReplyDelete
  4. Mula sampai tak termakan juadah kat maidaturahman..tetap petai dan budu gak..hayyu asyir-semua ada..

    ReplyDelete