Friday, June 12, 2009

POST SEMINAR KRISIS MURTAD

Alhamdulillah, Seminar telah selamat berlangsung, tapi masih menunggu resolusi dari urusetia, khabarnya semua kertas kerja akan dijadikan PDF untuk dikongsi semua. Ini menepati konsep sharing knowledge yang mesti dipupuk oleh semua. Jadi buat masa ni hanya beberapa gambar yang boleh dipaparkan.
Semuanya berjalan seperti yang dirancang, penuh dengan maklumat bahkan tidak mencukupi bagi sebahagian peserta, dihadiri oleh lebih kurang 280 peserta yang penuh dengan enthusiasm.

Banyak-banyak maklumat ada satu perkara yang pasti baru diketahui faktanya. Salah seorang ahli panel seminar Hj. Muhammad Abdullah Nicholas Sylvester bagitau takdenyer air mineral yang dicampur holy water, tidak ada holy water dibuat dari anjing hitam atau dari janin padri+biarawati digereja. Holy water dibuat di vatican bukan untuk diminum, ia untuk upacara baptis. Yang ada didakwa sekarang mungkin air yang dijampi atau disihir. Orang kristian pun marah apabila kita bagitau ada air mineral dicampur dengan holy water.

Kata Hj Muhammad ia dibuat dalam satu bekas besar air biasa dicampur sedikit minyak zaitun untuk memberikan sedikit rasa setahun sekali dibuat dan diedarkan keseluruh dunia, adapun intipati yang ngarut-ngarut macam dibagitau kat atas adalah bidaah belaka, bukan dalam Islam je ada bidaah. agama lain pun ada bidaah, bahkan lagi teruk dan tidak terbendung.

Itu baru sikit maklumat yang kita salah terima, ada banyak lagi maklumat lain yang kita boleh dapatkan dalam kertas kerja yang akan diuploadkan nanti.

Kepada semua pengunjung blog aburazeen yang hadir hasil dari iklan dalam blog ni dan memberi komen saya ucapkan terima kasih, at least ianya dapat dikira sebagai in return to Allah. Ini menjadikan saya lebih bersemangat untuk mengupdatekan blog atleast seminggu sekali.

Inilah tenaga-tenaga penggerak seminar kemaren, semoga dapat berjumpa kalian lagi diprogram akan datang terima kasih sertakan saya sekali dalam jihad ini

p.s aburazeen cuti seminggu di Sg. Relong-Caruk Nau-Paya Nedam sempat update blog myrazeen sahaja, ada masa ziarahlah.

2 comments:

  1. Salam,

    Saya attend program tersebut di sebelah paginya, kerana sebelah petang saya ada program lain.Apapun tahniah, sebab program tersebut berjaya mencapai objektifnya. Pada saya, memang program tersebut sangat menarik, kerana penerangan daripada semua pendakwah tersebut yang masing-masing berlainan bangsa memang menceriakan majlis. Masing2 dengan cara tersendiri. yang paling penting, intipati dan isi kandungan yang disampaikan berkenaan agama-agama lain memang bagus, kerana memberi pendedahan kepada semua peserta berkenaan agama lain. Syabas kepasa urusetia dan semua yang terlibat. Semoga dapat dianjurkan program seumpama ini pada masa akan datang.
    Cuma ada soalan, MAIS is one of the organizer, tapi kena bayar jugak.. hmmm.. how?

    ReplyDelete
  2. Pakai LO kan, Diperingkat awal surat jemputan kepada semua jabatan telah dibuat dan dihantar oleh PPSM termasuklah kepada MAIS, pada masa itu MAIS belum dimasukkan sebagai organizer, tetapi atas pertukaran disaat akhir seminar dibuat dengan kerjasama PUM, Masjid Negeri dan PPSM. Keputusan dibuat untuk mengekalkan surat dan wang pendaftaran sementelah persetujuan antara pihak diatas dibuat walaupun penganjurnya dahpun berubah. Alkisahnye .. terimakasih kerana hadir InsyaAllah saya pun mengharapkan seminar sebegini dapat diteruskan dengan sokongan semua badan-badan kerajaan dan NGO Islam dan umat Islam seluruhnya

    ReplyDelete