bersama membantu memperkayakan ilmu dan meningkatkan pemahaman terhadap masalah semasa, paper-paper terkini boleh didapati disitu, joinlah. aburazeen
MUKADIMMAH
Akhir-akhir ini kes-kes murtad dilaporkan semakin menjadi-jadi. Ada dakwaan yang menyatakan bahawa sehingga tahun 1999 ada sebanyak 5,000 deed pool, afidavit, notis dan iklan yang mengishtiharkan niat mahu meninggalkan agama Islam. Rasa prihatin umat Islam juga dapat dilihat dengan penganjuran diskusi murtad dan demonstrasi yang meledak dengan tiba-tiba bila seorang gadis melayu di Kuala Lumpur dikatakan telah dimurtadkan oleh lelaki Katolik pada tahun 1998.
Selain itu Mahkamah Syariah hari ini telah diberi bidangkuasa khas melalui Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam Negeri masing-masing untuk memutuskan pengisytiharan sama ada seseorang itu Islam atau sebaliknya. Malangnya masih tiada apa-apa kesalahan jenayah syariah yang berkaitan kejadian murtad diadakan. Oleh itu Seminar Krisis Murtad dianjurkan untuk memahamkan situasi sebenar jenayah murtad dewasa ini dan hubungkaitnya dengan hukum syarak dan perundangan semasa. Mudah-mudahan dengan kefahaman ini, semua pihak dapat bangun berusaha mempastikan tiada lagi gejala perosak aqidah di kalangan Umat Islam di Malaysia tercinta ini.
PROGRAM
Program : Seminar Krisis Murtad
Tarikh : 30 Mei 2009 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi – 5.00 ptg
Tempat : Dewan Seminar, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
Shah Alam, Selangor
ANJURAN
Persatuan Ulama’ Malaysia Cawangan Selangor &
Masjid Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah. Shah Alam
PEMBENTANG :
Asas-asas Ajaran Budhha sebagai Perbandingan Agama di Malaysia
Oleh : Dr Ridhuan Tee Abdullah
Naib Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA)
Asas-Asas Ajaran Kristian Sebagai Perbandingan Agama di Malaysia
Oleh : Hj. Muhammad Abdullah Nicholas Sylvester
Pengasas Hidayah Center JIM
Asas-Asas Ajaran Hindu Sebagai Perbandingan Agama di Malaysia
Oleh : Ust Fitri Abdullah
Pengarah Unit Da’wah Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia
Peruntukan Undang-undang dan Kesan Perundangan Melibatkan Permohonan Pengisytiharan Keluar Agama
Oleh : Tuan Mahamad Naser bin Desa
Timbalan Ketua Bahagian Penasihat (Syariah), Jabatan Peguam Negara
Implikasi dan Hak-hak Muallaf Mengikut Hukum Syara’
Oleh : Tuan Hj Abdul Walid bin Abu Hasan
Ketua Unit Pembangunan Undang-undang Keluarga Islam dan Sistem Kehakiman Syariah, Jabatan Peguam Negara
Krisis Murtad dan Isu-isu Terkini
Oleh : Dr Mohd Azam Adil
Pensyarah Undang-undang UiTM
BAYARAN PENYERTAAN:
Agensi Kerajaan dan swasta : RM50
Individu / Pelajar
UNTUK PENYERTAAN , HUBUNGI :
Sdra Khairunnizam : 012-291 1335
Sdra Mohd Azmi : 019-384 2920
Ust. Firdaus
Tempat adalah terhad...
http://ulamadaily.blogspot.com/
Persatuan Ulama' Malaysia
http://www.e-ulama.org/
menarik tu.. saya minat ustat ridzuan tee tu :)
ReplyDeleteSaya nak pegi, tapi jemputan setiap jabatan dua orang jer..
ReplyDeleteterim kasih for the info. Insya-Allah saya pergi esok bawak 3 org students.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Pogram ini amat bermanfaat sekali dgn isu dan isi yg padat dan penting.Moga dpt diteruskan usaha murni ini dan kami di sini dpt lagi menghadiri majlis ilmu ini.
ReplyDelete