Monday, April 7, 2008

AP 7 2007

AP

1. ISU

Seksyen 75(4) 75 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 1984– Kuasa Mahkamah Mengubah Perintah, seksyen 134(2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 1984- Kuasa Bagi Membuat Kaedah-Kaedah, seksyen 229 Enakmen Kanun Prosedur Mal Syariah tahun 1991 – Penggantungan perlaksanaan menunggu rayuan, seksyen 86 (3) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 1984 – Kuasa Mahkamah membuat perintah mengenai penjagaan, seksyen 104 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 1984 – Mahkamah hendaklah mengambil perhatian tentang nasihat pegawai-pegawai kebajikan, dsb. Seksyen 83(a) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 1984 - Bagaimana hak penjagaan hilang, seksyen 44 (1)(b)(ii) Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam Selangor 1989 _ Rayuan ke Mahkamah Tinggi Syariah.

2. FAKTA KES

Kes bermula dengan perintah ex-parte 007 yang diperintahkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi, YA Tn. Hj. IMY bertarikh pada Ogos 2001 berbunyi:

“1a) Mahkamah dengan ini perintahkan penggantungan sementara perlaksanaan perintah waran tangkap dan perintah yang berbunyi bahawa “Pemohon diperintahkan menyerahkan anak yang bernama Putri sebelum pukul 5.00 petang dan pemohon hendaklah ditahan di Mahkamah sehinggga anak tersebut diserahkan” yang telah dikeluarkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Daerah XX pada XXX dan menggantung kesemua prosiding yang berhubungan dengan kes mal bil XXXX Tahun 1999 hingga keputusan muktamad Rayuan terhadap keputusan tersebut diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Selangor Darul Ehsan dibawah seksyen 229 Kanun Prosedur Mal Syariah Negeri Selangor No.7 Tahun 1991.

1b) Mahkamah dengan ini mengekalkan perintah kes mal bil 175 Tahun 1992 sehingga dibatalkan oleh mahkamah yang berbidangkuasa berbuat demikian.”

Perintah tersebut telah melibatkan kedua-dua belah pihak dalam tindakan prosiding kes-kes seperti berikut: hudtyakfladvalsvasdvma;dfasdf

Manakala Permohonan Pemohon dalam kes ini adalah seperti berikut:

  1. Bahawa Mahkamah Yang Mulia ini memerintahkan Perintah Ex-parte bertarikh pada VVVVV diketepikan dan/ atau dibatalkan.
  2. Mahkamah Yang Mulia ini memerintahkan bahawa Perintah Ex-Parte bertarikh pada YYYYY digantung pelaksanaannya sehingga Notis Permohonan ini diputuskan oleh Mahkamah Yang Mulia Ini.
  3. Bahawa Kos guaman ditanggung oleh Pihak Responden.
  4. Bahawa kegagalan mematuhi Perintah ini boleh diambil tindakan menghina mahkamah yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah Yang Mulia ini.

Hak jagaan anak yang bernama Putri lahir pada XXX mulanya diserahkan kepada pihak Responden melalui Mahkamah Tinggi Syariah Selangor kes XXX tahun 1992 manakala Pemohon diberikan hak melawat dua kali sebulan. Pada XX Ogos1999, Pemohon menuntut hak jagaan anak diatas fail XX-XX-XX dengan alasan pihak Responden telah berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak mempunyai hubungan dengan anak tersebut. (keputusan kes tersebut memerintahkan Responden menyerahkan anak tersebut kepada Pemohon selewat-lewatnya jam 5.00 petang dan Responden ditahan di mahkamah sehingga anak tersebut diserahkan) oleh kerana Responden gagal melaksanakan perintah Mahkamah maka waran tangkap telah dikeluarkan keatasnya. Pada 23/8/1999 melalui kes XX-XX-XX Mahkamah Tinggi memerintahkan kes ini dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah XX.

Responden telah memfailkan kes XX-XX-XX permohonan semakan ke Mahkamah Tinggi, namun permohonannya ditolak oleh Mahkamah Tinggi dan perintah dikeluarkan supaya XX tetap di dengar di Mahkamah Rendah Syariah XX.

Responden pernah memfailkan komital ke atas Pemohon dalam kes XX-XX-XX, namun ianya telah dibatal dan dibuang. Pada XXXCX Responden memfailkan kes ((*&((^(^)i Mahkamah Tinggi Syariah untuk semakan, Mahkamah Tinggi telah menolak permohonan tersebut dan memerintahkan Mahkamah Rendah Syariah XX menyegerakan perbicaraan kes tersebut.

Pada XXXX satu perintah Ex-Parte nombor kes BBBBVNVNVN dikeluarkan oleh Mahkamah Rendah Syariah XX yang menyerahkan hak jagaan anak sementara kepada Pemohon dan Responden diperintah menyerahkan anak kepada Pemohon. Responden kemudiannya mendapat perintah interparte bernombor pendaftaran VVVVVVV pada XCXCXC yang memberikan Responden dan ibunya mendapat hak lawatan setiap Sabtu hingga Ahad hingga hak jagaan kekal diputuskan dan Pemohon dikehendaki menghantar anak tersebut ke sekolah.

Pada HGHGHGHG Pemohon memfailkan komital keatas Responden dalam fail bernombor HGHGHGH dan Responden memfailkan notis rayuan ke Mahkamah Tinggi Syariah dalam kes bernombor VCVCVCVC diatas keputusan kes JHJHJHJHJH. Pada JHJHJHJHJ Responden telah mendapatkan perintah exparte dari Mahkamah Tinggi bernombor KHKHKHKHK untuk Penggantungan waran tangkap sehingga keputusan rayuan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah dan pada KKUYYUUYUY dalam kes bernombor KHKHKHKHK sekali lagi perintah exparte diperolehi oleh Responden dengan perintah penggantungan sementara waran tangkap dan perintah ditahan sehingga serah anak,menggantung semua prosiding berhubungan GTIYIYIYIYIY dan mengekalkan perintah kes KHKHKHK yaitu anak diserahkan kepada Pemohon.

Responden pada waktu yang sama memfailkan kes HIYIYIYIYIY pada tarikh KKHKHKHK permohonan untuk membatalkan kes di Mahkamah Rendah Syariah XX dan dipindah tempat lain. Pada HKJKJHKH Responden telah mendapat perintah secara exparte kes nombor LKJLJLJLJ supaya penggantungan sementara pelaksanaan perintah waran tangkap Mahkamah Rendah Syariah XX hingga rayuan (waran tangkap) diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah. Pada BHBHB Responden telah mendapat perintah secara exparte kes YIUIYIYIUYUIY berasaskan rayuan kes HGJGJGJHGJG.

3. DIPUTUSKAN

Setelah Mahkamah mendengar permohonan Pemohon melalui peguam syarienya yang disokong oleh Afidavit Sokongan bertarikh HHHHHH dan eksibit-eksibit yang dilampirkan, Afidavit Jawapan oleh Responden bertarikh NNNNNN dan eksibit-eksibit yang dilampirkan SERTA Afidavit Jawapan Balas Kepada Afidavit Jawapan Pihak Responden bertarikh GGGGGG dan eksibit-eksibit yang dilampirkan, Maka Mahkamah memerintahkan seperti berikut;-

1) Permohonan Pemohon untuk membatalkan perintah exparte bertarikh pada HHHHH ditolak.

2) Perintah ex-parte bertarikh HHHHH dilaksanakan dengan mengekalkan perintah kes mal bil KKKKK sehingga dibatalkan oleh Mahkamah yang berbidangkuasa.

3) Kos guaman ditanggung oleh pihak-pihak.

4. SUMBER AUTORITI

  1. Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 1984
  2. Enakmen Kanun Prosedur Mal Syariah tahun 1991
  3. Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam Selangor 1989
  4. Jurnal Hukum

5. ALASAN PENGHAKIMAN

5.1 BIDANGKUASA MAHKAMAH

Permohonan adalah untuk membatalkan perintah exparte dalam Mahkamah Tinggi Syariah Selangor Kes Mal bil JJJJJJJ mengenai penggantungan perintah sementara kes KLKKLLKLKL dan keputusan perintah kes mal bil KJKJKJKJK melalui permohonan dan affidavit yang difailkan dalam kes Mal Bil KJKJKJKJK.

Mahkamah berbidangkuasa mendengar permohonan untuk mengubah perintah mengenai penjagaan anak sebagaimana yang diperuntukkan dalam undang-undang mengikut seksyen 75 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor :1984

75. Mahkamah boleh, atas permohonan seseorang yang ada mempunyai kepentingan, pada bila-bila masa dan dari masa ke semasa mengubah, atau pada bila-bila masa membatalkan, sesuatu perintah mengenai penjagaan atau nafkah seseorang anak, jika Mahkamah berpuashati bahawa perintah itu telah diasaskan atas sesuatu salah pernyataan atau kesilapan fakta atau jika sesuatu perubahan matan telah berlaku tentang hal keadaan.

Dan mengikut seksyen 134(2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 1984:

134(2) “Mengenai perkara amalan dan acara dalam perbicaraan hal ehwal suami-isteri yang tidak diperuntukkan dengan nyata dalam Enakmen ini atau dalam apa-apa kaedah yang dibuat di bawah Enakmen ini atau dalam Enakmen pentadbiran, Mahkamah boleh memakai apa-apa amalan dan acara yang difikirkannya wajar bagi mengelakkan ketidakadilan dan bagi menyelesaikan perkara-perkara yang dipersoalkan antara pihak-pihak.”

Manakala dalam bidang kuasa penggantungan perlaksanaan menunggu rayuan seksyen 229 Enakmen Kanun Prosedur Mal Syariah tahun 1991 menyebut:

229. Apabila suatu notis rayuan difailkan ia tidaklah berkuatkuasa sebagai penggantungan perlaksanaan tetapi Mahkamah boleh atas permohonan dan dengan sebab yang mencukupi diberi, menggantung perlaksanaan atas syarat-syarat yang ia fikir patut.

Dengan peruntukan ini ternyatalah Mahkamah pada hari ini berbidangkuasa untuk mendengar dan memutuskan permohonan ini untuk mengelakkan ketidakadilan atau penyalahgunaan proses Mahkamah .

Setelah Mahkamah meneliti Afidavit Sokongan Pemohon, Afidavit Jawapan oleh Responden dan Afidavit Jawapan Balas Kepada Afidavit Jawapan Pihak Responden oleh Pemohon adalah benar tindakan Hakim Mahkamah Tinggi bertindak menggantungkan perintah sementara kes 1361-29-4-1999 dan mengekalkan hak jagaan anak sementara sepertimana hak jagaan kekal yang diputuskan sebelumnya kepada Responden dalam kes mal bil 175 tahun 1992.

1. HAK JAGAAN ANAK SEMENTARA

Dalam memutuskan hak jagaan anak sementara, hak substantif dalam mengenalpasti penjaga yang tepat dan berkelayakan mesti diambilkira walaupun ianya hanya bersifat interim , dengan merujuk kepada seksyen 86 (3) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 1984

86(3) Adalah menjadi suatu anggapan yang boleh dipatahkan bahawa adalah untuk kebaikan seseorang kanak-kanak dalam masa ia kecil supaya berada bersama ibunya, tetapi pad amasa memutuskan sama ada anggapan itu dipakai bagi fakta-fakta sesuatu kes tertentu, Mahkamah hendaklah memberi perhatian kepada tidak baiknya mengacau kehidupan seseorang kanak-kanak dengan bertukar-tukarnya jagaan.

Dalam membuktikan wujudnya “mengacau kehidupan seseorang kanak-kanak dengan bertukar-tukarnya jagaan” keterangan melalui dokumen eksibit yang bertanda “RR-8” dalam kes permohonan nombor: KJKJKJKJK membuktikan wujudnya ketidakstabilan emosi kepada anak tersebut.

Dalam laporan oleh Dr CXCXCXC, Child and Adolescent Psychiatrist, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia bertarikh KJKJKJKJK menyatakan bahawa anak tersebut disifatkan terlalu pendiam dan menyendiri daripada keluarga. Pada peringkat awal anak tersebut telah terpisah daripada bapanya dan setelah ditemukan semula anak tersebut dilaporkan mengalami mimpi ngeri setiap kali lawatan (nightmare after each visits) semasa beliau berumur 3 tahun, dalam salah satu lawatan anak tersebut menjadi pendiam, menyendiri dan kelihatan tidak gembira, beliau mengadu bapanya mendakwa bapa tirinya adalah seorang yang tidak baik dan akan merogolnya apabila beliau besar. Beliau juga bimbang tidak akan bertemu ibunya kembali apabila melawat ke rumah bapanya.

Anak tersebut dari segi terkesan saikologinya dengan keadaan yang tidak menentu disekelilingnya (Hana was psychologically affected by the uncertain circumstances around her).

Begitu juga dengan laporan oleh Professor Dr. HJHJHJH Pakar Perunding Kanan Psikiatri Kanak-Kanak dan Remaja, Jabatan Psikiatri, Fakulti Perubatan, Hospital JHJHJHJHJ bertarikh KJKJKJKJK.

Laporan perubatan ini telah dijadikan eksibit RHTA-6 fail Kes Mal Bil KJKJKJKJK yang diikrarkan dalam Affidavit Jawapan dipetik:

“Sekarang pesakit (anak tersebut) rasa terkongkong dan tidak dapat bergerak bebas, walaupun segala kehendak beliau secara material dipenuhi oleh bapanya”. “Beliau kerap merasa sedih dan ada terfikir perkara yang tidak baik akan terjadi kepada dirinya”. “Pesakit juga ada berfikir untuk membunuh diri tetapi tidak akan melakukannya”. “Pesakit juga menghadapi masalah utuk tidur dan kerap tidak mempunyai selera makan”. “Pesakit tahu akan apa yang dia mahu dan saya dapati pesakit mahu menjaga hati bapa dan ibunya, sehingga sanggup mengorbankan dirinya sendiri”.

“Beliau takut tidak akan dapat berjumpa dengan ibunya buat selama-lamanya sekiranya tidak mematuhi arahan bapa, oleh itu beliau tidak melawan bapanya”. Saya tidak pasti pesakit boleh bertahan lama mengawal perasaan sedihnya. Pada pandangan saya, pesakit tidak sepatutnya dipisahkan terus daripada penjagaan ibu kandungnya demi kesihatan mental beliau yang kini berada dalam keadaan yang boleh menyebabkan beliau mendapat penyakit kemurungan”.

Berasarkan qarinah oleh dua doktor bertauliah, jelas difahami oleh pihak mahkamah bahawa wujudnya unsur “mengacau kehidupan seseorang kanak-kanak dengan bertukar-tukarnya jagaan” seperti yang dimaksudkan oleh seksyen berkaitan.

Keterangan berbentuk qarinah yang diikrarkan oleh pihak responden adalah bertepatan dengan peruntukan seksyen 104 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 1984 yang berbunyi:

104. “Apabila menimbangkan apa-apa soal berhubungan dengan penjagaan atau nafkah seseorang kanak-kanak, Mahkamah hendaklah, bila-bila juga yang praktik, menerima nasihat seseorang, sama ada pegawai awam atau tidak yang terlatih atau berpengalaman dalam kebajikan kanak-kanak tetapi Mahkamah tidak terikat menurut nasihat itu.”

2. HAK JAGAAN IBU YANG TELAH BERKAHWIN

Berhubung dengan hujah asal yang digunakan untuk mendapat hak jagaan anak sementara kepada pihak Pemohon adalah disebabkan oleh Responden yang berkahwin dengan lelaki yang tiada hubungan dengan anak tersebut, Mahkamah ini berpendapat bahawa sungguhpun Seksyen 83(a) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 1984 memperuntukkan:

83. Hak seseorang perempuan terhadap hadanah adalah hilang-

(a) jika perempuan itu berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak mempunyai pertalian dengan kanak-kanak itu dalam mana orang lelaki itu dilarang berkahwin dengan kanak-kanak itu, tetapi adalah kembali semula apabila perkahwinan itu dibubarkan.

Namun hak yang dijaga adalah lebih kuat dari hak yang dijaga. Bagi memahami kaedah ini Mahkamah merujuk kepada kes Harun lwn. Che Gayah (1978) 1JH(1)66 dimana Jemaah Pengadilan telah mengukuhkan keputusan Yang Ariff Kadi bahawa tuntutan bapa keatas hak jagaan anak setelah ibunya berkahwin tidak sabit dan anak hendaklah diteruskan di bawah jagaan ibunya mengikut fatwa:

“Sesungguhnya setiap penjaga dan anak jagaan masing-masing mempunyai hak jagaan akan tetapi hak yang diberi kepada anak jagaan itu adalah lebih kuat daripada hak yang diberi kepada penjaga (Sayid Sabiq Fiqhus-Sunnah Jld8)

Begitu juga dengan kes Mohammad lwn. Azizah (1979)1J.H(1)ms79 dimana pihak ibu tetap diberikan hak jagaan oleh Yang Arif Kadi Besar walaupun beliau telah berkahwin , kerana dalam ulasannya Yang Arif menyatakan:

“Tujuan hadhanah ialah untuk muslihat dan kebaikan budak yang dipelihara dan dijaga sebagai hak asasi budak itu. Hak inilah yang mesti difaham diutamakan daripada hak yang memelihara sebagaimana yang difaham daripada dasar fatwa (Ibn Salah) yang tersebut di dalam Tuhfah serta diakui muktamadnya oleh Ali Shabramulsi dan bagaimana yang disalin oleh Sayid Sabiq dalam Fiqh Sunnah Juz.8 “Bahawasanya seorang pemelihara kanak-kanak dan kanak-kanak yang dipelihara, akan tetapi hak kanak-kanak yang dipelihara itu lebih kuat daripada hak pemeliharaannya” dan yang diterangkan oleh Ibn Qudamah dengan katanya:

Dan hak bagi pemeliharaan itu tetap bagi pihak seorang kanak-kanak”

3. KEPUTUSAN EXPARTE / RAYUAN

Dakwaan pemohon bahawa rayuan yang dipohon secara ex-parte adalah tidak berperaturan dan menyalahi prosedur telah dijawab oleh Responden dengan menggunakan seksyen 229 Enakmen Kanun Prosedur Mal Syariah tahun 1991, apabila permohonan lisan untuk penggantungan perintah oleh Responden ditolak oleh Hakim Mahkamah Rendah maka pihak Responden berhak untuk merayu di Mahkamah Tinggi.

Pihak Mahkamah berpendapat Mahkamah Tinggi Syariah berhak mendengar dan memutuskan sebarang rayuan keputusan Hakim Mahkamah Rendah Syariah mengikut peruntukan seksyen 44 (1)(b)(ii) Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam Selangor 1989 yang berbunyi:

44.(1) Suatu rayuan boleh dibuat kepada Mahkamah Tinggi Syariah terhadap keputusan Mahkamah Rendah Syariah:

(b) dalam bidangkuasa Mal-

(ii) dalam semua kes yang melibatkan mana-mana keputusan mengenai status peribadi, oleh mana-mana orang yang terkilan oleh keputusan itu:

Manakala kuasa Hakim Mahkamah Tinggi pula berhak untuk membuat keputusan sepertimana dalam peruntukan seksyen 44(2)(b) Enakmen yang sama:

44(2) Dalam mana-mana rayuan Mahkamah Tinggi Syariah boleh:

(b) dalam perkara Mal, mengesahkan, membatalkan atau mengubah keputusan Mahkamah yang membicarakan kes itu, menjalankan mana-mana kuasa tersebut sebagaimana Mahhkamah yang membicarakan boleh melaksanakannya, membuat perintah sebagaimana Mahkamah yang membicarakan sepatutnya membuatnya, atau memerintahkan perbicaraan semula.

Dalam kes ini permohonan lisan responden telah ditolak semasa prosiding berjalan dan disaksikan oleh Pemohon dan peguamnya, manakala hak responden didalam seksyen 44 Enakmen tersebutu telah digunakan sepenuhnya oleh beliau dengan cara sepatutnya.

Pemohon juga telah mendakwa bahawa proses mengeluarkan perintah penggantungan sementara dari Mahkamah Tinggi Syariah dilakukan adalah tidak boleh dilakukan secara exparte, namun pihak pemohon tidak berjaya membawa mana-mana bukti prosedurer yang menghalang permohonan tersebut tidak boleh didengar secara exparte.

6. KEPUTUSAN

1) Permohonan Pemohon untuk membatalkan perintah exparte bertarikh pada 3hb HJHJHJHJ ditolak.

2) Perintah ex-parte bertarikh 3hb Ogos dilaksanakan dengan mengekalkan perintah kes mal bil HJHJHJHJH sehingga dibatalkan oleh Mahkamah yang berbidangkuasa.

3) Kos guaman ditanggung oleh pihak-pihak.

Compiled

Abu Razeen

No comments:

Post a Comment