Islam adalah satu agama yang indah serta menarik, sebelum tercetusnya tragedi 11 September Islam pernah dicatat sebagai agama yang paling pesat dianuti di benua Eropah, kejayaan muslimin dan muslimat dalam mengamalkan rutin agama Islam dalam kehidupan sehari-hari berjaya menambat hati insan-insan yang belum mengenal cahaya kebenaran.
Berbeza dengan umat Islam yang dilahirkan dari kalangan keluarga yang mengamalkan Islam sebagai cara hidup, golongan yang baru memeluk Islam dikenali sebagai saudara baru atau muallaf terpaksa berhadapan dengan beberapa kesulitan dalam meneruskan kehidupan dengan prinsip hidup yang berbeza sama sekali dari agama-agama lain. Jesteru, untuk memahami dan menyelesaikan permasalahan ini adalah menjadi tanggungjawab kepada muallaf untuk mengenal undang-undang yang berkait, kesan dari penganutannya kepada agama Islam
Bemula18 tahun, seseorang boleh menyatakan hasratnya untuk memeluk Islam secara sendiri dihadapan Pendaftar Muallaf atau sebelum tahap umur tersebut dengan keizinan ibu bapa atau penjaganya. Dengan pengucapan dua kalimah syahadah dalam bahasa Arab dan dengan menghayati maksud syahadah bersama kerelaan hati sendiri, seseorang akan menerima hak beliau sebagai seorang muslim dan dirinya adalah tertakluk kepada tugas-tugas dan kewajipan-kewajipan yang sama seperti mana-mana orang Islam yang lain, serta bebas untuk mengahwini mana-mana pasangan muslim mengikut hukum syarak. Peraturan tentang cara-cara memeluk Islam diterangkan dengan bentuk perundangan pada bahagian 9 bermula seksyen 107 hingga 117 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.
Muallaf atau mengikut terjemahannya didalam bahasa Melayu dirujuk sebagai mereka yang telah dijinakkan hatinya kepada Islam adalah tergolong dalam golongan yang istimewa disisi Islam, walaupun tidak lahir dari rahim seorang yang beragama Islam tetapi mereka ini telah mengenal agama ini melalui pemikiran dan pemerhatian terhadap Islam yang diiktiraf sebagai agama rasmi persekutuan.
Kesan dari Islamnya salah satu pasangan yang bukan beragama Islam sebelumnya mengikut hukum syarak adalah dibawa kepada qadi, sekiranya yang memeluk Islam itu adalah perempuan, maka hendaklah ditawarkan kepada suaminya untuk memeluk Islam, jika enggan berbuat demikian maka antara mereka berdua hendaklah dipisahkan kerana tiada tempat bagi seorang muslimah disisi seorang kafir. Sebaliknya jika pihak suami tersebut memeluk Islam maka perkahwinan mereka terdahulu adalah kekal tanpa memerlukan akad yang baru.
Apabila memeluk Islam seorang suami dari pasangan yang beragama kitabiyah maka dikekalkan perkahwinan mereka, sebaliknya jika pasangannya beragama Majusi maka hendaklah diseru kepada agama Islam, sekiranya beliau enggan maka perkahwinan keduanya hendaklah difaraq (pisah). Sila rujuk AlFiqh Islami Wa adillatuhu karangan Dr Wahbah Zuhaili jilid 7 halaman 622 Darul Fikr Damshik cetakan 1989 dan Fathul Qadir 2/507.
Manakala dari segi undang-undang pewarisan bagi seorang muallaf, harta peninggalan mereka adalah untuk diwarisi bagi kalangan keluarganya yang memeluk Islam sahaja, manakala untuk selainnya adalah tidak layak mewarisi melainkan jika diwasiat atau dihadiahkan kepada mereka
sebelum kematiannya.
Jika salah satu dari pasangan bukan Islam memeluk agama Islam dari segi syariatnya perkahwinan yang terdahulu tidak diiktiraf di dalam Islam, dari sudut perundangan didalam seksyen 46(2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor telah menetapkan bahawa pembubaran perkahwinan untuk salah satu pasangan yang memeluk Islam berkuatkuasa setelah disahkan oleh mahkamah.
Walaubagaimanapun perkahwinan yang terdahulu mengikut pandangan Mahkamah sivil atau dibawah Law Reform Act 1976 (LRA) masih belum dibubarkan kecuali dengan kematian salah satu pihak, atau dengan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Sesyen melalui permohonan oleh pasangan yang belum memeluk Islam.
Merujuk kepada kes Shamala a/p Sathiyaseelan v Dr Jeyaganesh a/l C Mogarajah menunjukkan dengan pemelukan Dr Jeyaganesh atau Dr Radwan tidak membubarkan perkahwinan Hindunya. Dalam kes Viswalingam v Viswalingam seorang isteri yang menetap di England telah memfailkan petisyen penceraian pada 1977 manakala pihak suami yang memeluk Islam telahpun dibubarkan perkahwinannya berdasarkan fatwa daripada mufti wilayah persekutuan, kes ini berakhir dengan rayuan dimana pihak isteri berjaya mendapatkan hak beliau didalam tuntutan selepas penceraian. Dalam pada masa yang sama Shamala telah memohon kepada mahkamah untuk mengishtiharkan pengislaman suaminya adalah tidak sah, namun permohonan beliau ditolak.
Berkenaan hak jagaan anak mengikut Undang-Undang Keluarga Islam Selangor, beragama Islam adalah kriteria penting dalam menentukan hak terhadap hadhanah dalam seksyen 83 (a) dan dengan terkeluarnya dari Islam menyebabkan hak jagaan anak akan hilang daripada individu tersebut disebut didalam seksyen 84 (d) perkara ini disebabkan kekhuatiran memberi mudarat kepada anak tersebut
Perkara tersebut juga menimbulkan konflik lain yang melibatkan mualaf dilihat dalam kes Dr Radwan yang memeluk Islam telah mendapat hak jagaan dua orang anak daripada Mahkamah Tinggi Syariah melalui permohonan sebelah pihak (ex parte) di hadapan YA Tuan Haji Mukhyuddin bin Ibrahim. Pihak isteri yang tidak memeluk Islam telah memfailkan tuntutan di bahagian keluarga Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur, dalam kes ini walaupun mahkamah syariah dilihat membuat keputusan dengan tidak mengambil kira Guardianship of Infants Act (GIA) 1961 pindaan 1999 akhirnya hak jagaan bersama telah diputuskan.
Sungguhpun Islam amat menitikberatkan pendidikan dan asuhan anak tetapi toleransi tetap berjalan dalam situasi dimana apabila perempuan yang bukan beragama Islam apabila suaminya memeluk Islam maka hak beliau keatas anak tersebut sama seperti seorang muslimah selagi anak tersebut masih belum memikirkan tentang agama atau dalam umur tujuh tahun, tetapi sekira perlakuannya boleh menjinakkan kepada kekufuran seperti dibawa ke tempat ibadatnya, maka hak jagaan anak tersebut akan hilang sekalipun sebelum anak tersebut mencapai tahap umur mengenali agama. Perkara ini diterangkan dalam Kitab Al-Durr Al-Mukhtar (juzuk 3) mukasurat 564/5.
Pentingnya pengisytiharan dan pendaftaran sebagai seorang muallaf dilihat untuk mengelakkan kes Moorthy yang menggegarkan perundangan negara sedikit masa lalu dari berulang. Sarjan M. Moorthy atau nama Islamnya Mohamad bin Abdullah, telah memeluk agama Islam tanpa memberitahu ahli keluarga sendiri, beliau meninggal dunia dan turut sama meninggalkan konflik sewaktu pengurusan pengkebumian beliau akibat tidak memaklumkan pengislamannya terlebih dahulu.
Dalam kes yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, S. Kaliammal balu kepada M. Moorthy menuntut supaya dikebumikan menurut adat istiadat agama Hindu, permohonannya ditolak di mahkamah tersebut diikuti oleh keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan keputusan Datuk Md. Raus Sharif terdahulu.
Perkara ini dilihat dari sudut pengislaman Moorthy yang telah didaftarkan terlebih dahulu menjadikan beliau adalah sebagai seorang Islam. Apabila seseorang menganut agama Islam maka ia adalah tertakluk kepada undang-undang Islam serta hukum syarak. Selari dengan Perkara 121(A) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Mahkamah Sivil tidak mempunyai bidang kuasa berkenaan sebarang perkara yang diputuskan oleh Mahkamah Syariah mengikut bidangkuasa yang diberikan oleh undang-undang bertulis.
Episod ini diakhiri dengan pengkebumian Mohamad bin Abdullah di tanah perkuburan Taman Ibukota di Gombak pada 28 Disember 2005 oleh pihak JAWI setelah disimpan di Hospital Kuala Lumpur selama lapan hari.
Memandangkan beberapa perkara sensitif yang timbul daripada konflik perundangan yang melibatkan mualaf, sewajarnya kaedah dan perundangan syarak wajar diperhalusi dan diperluaskan bidangkuasanya supaya tidak timbul kekaburan dalam undang-undang serta dapat memelihara akidah mualaf dari diganggu-gugat unsur-unsur yang melemahkan jiwa mereka.

1st article
MAIS Bil 4: Ogos 2006
No comments:
Post a Comment