fast reference kisah Nabi Nabi terulung, mencari ibrah yang belum sampai difikiran.
Judul: تبصرة العقلاء بقصص الأنبيٱ
Terjemahan: PENCERAHAN CENDEKIAWAN DARI KISAH NABI NABI
Penulis: Syeikh Dr. Hisham Kamil
1. Ringkas, padat, jitu dan meyakinkan. Jika isu pengkisahan romantika insan suci buatkan kita bingung. Carilah pencerahan.
2. Allah titipkan kisah Nabi NabiNya dalam Quran dan dimurnikan pula Hadis yang dipelihara, apa lagi yang kita dambakan?.
3. Jika tidak suka yang romantis, carilah kisah cemas, nyawa dihujung tanduk, soal hidup dan mati insan pilihan Allah.
4. Zaman sekarang mahunya apa semua ketemu dihujung jari, semua mahu viral tinggalnya sahih ataupun maudhu' yang dipilihnya.
5. Mahu atau tidak, kenalah kita berusaha dapatkan yang sahih. Nah! dapatkan salah satu buku Syeikh Dr. Hisham Kamil permata Azhari yang aktif menyumbang ilmu kepada masyarakat.
6. Keistimewaan pada susunan dan konten yang ringkas, tidak terlalu meleret dan tidak juga terlalu lurus. Ia sedang sedang terletak.
7. Suka dengan petikan Quran Hadis dan tafsiran yang disusun menjadikan buku ini istimewa sebagai rujukan.
8. Paling bermakna adalah ibrah atau pengajaran yang Allah selitkan buat kita, tapi hati kita terlalu kotor untuk menjumpainya. Disini Syeikh bantu cerahkan buat kita.
9. Sebab itulah namanya "Pencerahan Cendekiawan... ", sebab takat yang kita tahu hanyalah sembang kawan-kawan.
10. Pyramid dan Firaun. Meskipun zalim tapi Allah tinggalkan bekas buat pengajaran insan beriman, tapi dimanakah pula kesan orang yang Soleh?. ... ia dihatimu wahai teman
aburazeen
Wakallamallahumusataklima
berkata kata Allah kepada Musa
No comments:
Post a Comment