ADAKAH PERLU TUKAR BINTI ANAK ANGKAT BILA MAHU KAHWIN?
Seorang anak angkat hendak berkahwin, sedangkan dalam sijil kelahiran dan kad pengenalan, anak angkat tersebut di“binti”kan kepada bapa angkat, adakah perlu untuk menukar binti dalam kad pengenalan di Jabatan Pendaftaran Negara?.
1. Bapa angkat tidak boleh menjadi wali kepada anak angkat perempuan yang hendak berkahwin.
2. Status bapa angkat yang telah dibintikan kepada anak angkat hendaklah dimaklumkan dalam borang permohonan nikah di Pejabat Agama.
ADAKAH PERLU MENUKAR BINTI DALAM KAD PENGENALAN?
3. Tidak perlu, sekiranya bapa kandung yang sah anak angkat tersebut diketahui dan dapat hadir bagi mewalikan anak tersebut maka, tidak perlu untuk tukar binti dalam kad pengenalan, cukup hanya buat surat sumpah menyatakan siapa bapa kandung yang sah kepada anak tersebut.
4. Sekiranya bapa kandung tidak ditemui dan/atau tidak diketahui, maka status tersebut hendaklah dinyatakan kepada pejabat agama. Pernikahan anak tersebut akan dijalankan secara Wali Hakim. Perlu mendapat perintah dari Mahkamah Syariah sebelum pernikahan dijalankan oleh Wali Hakim.
PERLUKAH MENCARI BAPA KANDUNG?
5. Adalah tindakan bijak untuk mencari dahulu siapa bapa kandung yang sah, sebelum mendaftarkan kes permohonan Wali Hakim di Mahkamah Syariah, kerana Hakim akan bertanya apakah usaha yang dilakukan untuk mencari wali tersebut.
6. Sekiranya bapa kandung anak tersebut diketahui tetapi ia bukanlah bapa yang sah kerana tiada talian perkahwinan dengan ibu biologi, atau anak tersebut lahir sebelum 6 bulan dari tarikh perkahwinan bapa kandung dan ibu biologi, maka proses permohonan Wali Hakim hendaklah dibuat.
MASIHKAH PERLU TUKAR BINTI?
7. Untuk menukar binti dalam kad pengenalan bagi seorang dewasa perlu melalui proses di Jabatan Pendaftaran Negara dan melibatkan lain-lain agensi seperti institusi kewangan jika melibatkan perjanjian serta urusan lain. Proses tersebut boleh dilakukan, namun terserah kepada individu untuk melaksanakannya.
JIKA BARU HENDAK AMBIL ANAK ANGKAT …..
8. Namun
sayugia diperingatkan bahawa, jika semasa mula daftar anak angkat tersebut manakala
anak masih kecil atau semasa menerima anak tersebut di Jabatan Pendaftaran
Negara, maka hendaklah dibinti/bin kan kepada bapa
kandungnya atau mana-mana nama Allah al-Husna yang tidak sama dengan nama ayah
angkat berkenaan.
soalancepumas
No comments:
Post a Comment