*doa copy dari utube credit untuk Amaliyah Islam dan blog birdsnbees.com
1. Ya Allah kami mohon kepadaMu kebaikan dan ketaqwaan di dalam perjalanan bakal haji kami jadikan ia amalan yang Engkau redhai. Ya Allah! Permudahkanlah perjalanan mereka dan dekatkanlah ia. Ya Allah! Engkau adalah Penjaga di dalam perjalanan, khalifah iaitu wakil pengganti diri mereka terhadap keluarga dan harta-benda mereka semasa ketiadaan mereka.
2. Ya Allah! Lindungilah mereka daripada kesukaran dalam perjalanan, daripada keadaan yang mendukacitakan dan daripada keburukan tempat kembali terhadap apa yang berlaku pada harta dan keluarga mereka.
3. Dengan nama Allah yang melancarkan perjalanan ini; Sesungguhnya Tuhan kami Maha Pengampun lagi Maha Penyayang! Apa yang ditentukanNya adalah hak Allah untuk menentukannya.
4. Berilah keselamatan dan kesihatan pada orang yang melaksanakan haji, orang-orang yang berziarah dan para musafir dari kalangan umat Nabi Muhammad SAW melalui darat, laut dan udara. Jauhilah kami dari kejahatan orang-orang yang zalim khususnya keselamatan kepada ...Cikgu Shamsul bin Kamaruddin dan Isterinya Norizan binti Ahmad .
اللهم اجعله حجًا مبرورا وسعيا مشكورا وذنبا مغفورا وعملا صالحا مقبولا وتجارة لن تبور. يا عالم ما في الصدور أخرجني يا الله من الظلمات إلي النور
5. Jadikanlah haji mereka haji yang mabrur dan usaha amal yang diterima oleh Allah dan dosa-dosa mereka yang diampunkan dan amal kebaikan mereka yang diterima serta pekerjaan yang tidak akan menghancurkan atau merugikan.
6. Ya Allah peliharalah bakal haji ini. Permudahkanlah perjalanan mereka. Kurniakanlah keselamatan tubuh badan dan harta benda sepanjang perjalanan. Sampaikanlah maksud mereka mengerjakan Haji dan mengunjungi makam Baginda Rasul SAW.
7. Ya Allah, wahai Tuhan kami, kehadiran mereka ke Tanah Suci adalah atas perintah dan kehendak-Mu. Oleh itu kurniakan kepada mereka perkara-perkara menyenangkan di rumah suci itu. Jika cuacanya panas, sejuk atau sederhana, jadikanlah segala keadaan cuaca di sana nanti sesuai dan menjadi nikmat kepada mereka.
8. Berikanlah mereka selera makan dan minum walau apa sahaja makanan dan rasa dan jauhilah segala kesan buruk akibat makanan dan minuman mereka. Suaikanlah rumah-rumah tumpangan atau hotel yang akan mereka diami walau bagaimana keadaannya sekalipun.
9. Suaikanlah mereka bergaul dengan sahabat dan saudara seagama di Tanah Suci nanti di mana juga mereka berjumpa dan mereka berkumpul dalam mengerjakan perintah-Mu. Suaikanlah semua jenis kenderaan yang mereka naiki ke mana sahaja mereka pergi dalam menjalankan kerja yang Engkau perintahkan.
10. Kurniakanlah mereka keselesaan dan ketenangan serta mendapat kepuasan dalam melihat, memikirkan dan mengambil iktibar ke mana sahaja tempat yang mereka ziarahi dan janganlah Engkau jadikan kedatangan mereka ke Tanah Suci-Mu kali ini sebagai kedatangan kali terakhir.
11. Ya Allah! Elakkanlah kami dan mereka daripada segala bala bencana, wabak penyakit dan jauhkanlah daripada mereka dan kami daripada perasaan was-was dengan kurniaan-Mu dan kemuliaan-Mu; Wahai Tuhan yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.
12. Ya Allah! Selamatkan dan peliharakanlah mereka dan apa sahaja yang bersama mereka dan sampaikanlah hajat mereka dan apa sahaja yang bersama mereka.
للهم يسّر للحجاج طريقهم، واجعله حجًا مقبولًا وذنبًا مغفورًا، واكتب لنا معهم زيارة قريبة يا رب العالمين
* doa diedit c&p credit to fb Azie Damha/Jemaah Haji Malaysia 1445/2024
aburazeen
jadual TH 2032 mohon Ya Mujib Sailin mohon disegerakanlah Amin
No comments:
Post a Comment