Sunday, January 21, 2024

HUKUM MENGKAHWINKAN BAPA ANTARA SUNAT DAN WAJIB - IDHOHUL BAB

HUKUM IKFAF USUL MS  19 Baris 15 Dari Bawah

Dan haram atas bapa itu wati sahaya anaknya dan wajib atasnya isi kahwinnya dan tiada had atasnya kerana syubhah dan jika bunting maka anaknya itu merdeka lagi bangsanya dan jadi sahaya itu mak anaknya dan wajib bagi bapanya itu membayar harganya bagi anaknya serta isi kahwin tiada harga anaknya,

(sebab apa haram bapa setubuh hamba anaknya?, sebab hamba kepada anak membolehkan anak bersetubuh dengan hamba itu tadi. Tapi jika bapa tetap setubuh dengan hamba anaknya, maka hamba itu akan jadi ummul walad, hamba itu merdeheka jika kematian tuannya, bapa tetap kena bagi mas kahwin kepada hamba tersebut walau bukan berkahwin dan juga membayar harga hamba perempuan itu tadi kepada anaknya. Tetapi tidak perlu bayar harga anak yang dilahirkan oleh hamba tersebut)

(asal hukum, kamu dan harta kamu adalah milik bapa kamu, hukum ini terkecuali dalam bab hamba perempuan yang dimiliki oleh anak itu tadi. Selain dari isu hamba, maka bapa boleh mengambil kembali harta yang diberikan kepada anak- samada hibah atau hadiah)

(ulama’ fiqh menghadkan hukum yang terbit dari “kamu dan diri kamu adalah milik bapa kamu” kepada harta yang dipindahkan oleh bapa kepada anaknya sahaja, buka setiap apa yang dimiliki oleh anak bapa boleh ambil, jika dibenarkan juga mana hak anak dalam memiliki sesuatu, hak pemilikan individu diiktiraf dalam Islam)

Dan haram atas bapa itu berkahwin dengan sahaya anaknya, tetapi maka jikalau milik anaknya akan isteri bapanya yang berkahwin ia dengan sahaya yang tiada harus bagi bapanya sekarang yakni tatkala dimiliki oleh anaknya tetapi nikah dahulu itu sahih dengan sebab peroleh syaratnya tiada jadi fasakh nikahnya itu kerana dimaafkan pada pertengahan barang yang tiada di maafkah pada permulaan

(asal hukum berkahwin dengan hamba anak adalah haram, tetap jika kahwin juga, maka hamba tadi akan jadi isteri kepada bapa, maka anak tidak boleh menjadikan ibu tirinya sebagai hamba. Maka nikah bapa dan hamba anaknya itu sah, tidak perlu fasakh sebab haram nikah, kerana ia dimaafkan setelah berlaku pernikahan)

Dan demikian lagi tiada harus seorang berkahwin dengan sahaya mukatab tetapi jika milik oleh sahaya mukatab tu akan isteri tuannya jadi fasakh nikahnya wallahukalam bissawab.

(hamba mukatab – hamba yang boleh membebaskan dirinya dengan wang yang tertentu.

hamba mudabbar – jika tuan mati ia merdeka

hamba muba’ad – jika ada dua tuan, satu merdekakan dia satu tidak, atau tuannya bagi separuh merdeka sahaja.

Ummul walad – hamba perempuan disetubuhi oleh tuannya, ia melahirkan anak maka anak itu jadi anak tuannya, dia dan ibunya merdeka dengan kematian tuannya.)  

RUKUN KE 5 - ISTERI

Adapun rukun yang kelima itu isteri maka sunat bagi perempuan bersuami jika berkehendak kepada nikah atau takut akan dizalimi oleh orang yang fajir sebab berpanjangan mata mereka akan dia atau berkehendak nafkahnya atau akan orangnya mendirikan hukuknya jika ia ketahui bahawa ia kuasa mendirikan hukuk suaminya atau berkehendak kepada fadhilat ibadat.

Maka jika tiada ada yang demikian itu maka makruh ia berkahwin, tetapi terkadang wajib pula berkahwin jika diketahui tiada sentosa atas dirinya daripada zalim orang akan dia melainkan dengan bersuami maka wajib jika diketahui

SYARAT MENIKAHKAN PEREMPUAN KECIL SECARA IJBAR

Maka jika ada perempuan kecil lagi bikir maka harus bagi bapanya dan neneknya mekahwinkan dia dengan tiada izinya sama ada ia balik atau tiada. Dan disyaratkan bagi sah ijbar itu bagi tiga syarat

1. hendak ada laki-laki itu kufu dengan dia maka jika tiada laki-laki itu kufunya tiada sah nikahnya.

2. hendaklah kuasa ia memberi mahar misil maka jika papa ia dengan mahar misil maka tiada sah.

3. jangan ada ia berseteru perempuan dengan laki-laki itu dan lagi, jangan berseteru perempuan itu antaranya dan antara bapanya dengan neneknya maka jika ada berseteru antara mereka itu tiada sah dinikahkan dengan ijbar.

Dan syarat pula bagi harus ijbar itu lagi pada mengerjakan jua tiada jadi syarat sahnya, beberapa pula hendak adalah mahar itu tunai

4 maka harus ia nikahkan dengan bertangguh dan lagi pula daripada belanja negeri itu. Dan lagi disyaratkan jangan ada laki-laki itu memberi mudhorat kehidupan dengan dia maka tiada harus dikahwinkan dengan laki-laki yang sangat tua atau dengan buta dan jangan ada laki laki yang wajib atasnya haji.

Maka manakala diperoleh segala perkara ini maka harus ia ijbarkan dia, maka jika tiada diperoleh segala perkara ini maka tiada sah nikahnya itu jjika ada kurang satu daripada segala syarat yang tiga perkara yang dahulu itu.

Tetapi jika nikah dengan kurang daripada mahar misil maka batal mahar musamma jua, tiada batal nikahnya maka wajib atasnya mahar misil.

No comments:

Post a Comment